Bab 17

Romance Completed 159812

Lara mengambil papan tanda berkaki besi di satu sudut restoran 'Pizzaria' di pasaraya Jaya Jusco Taman Maluri pada senja itu.

'Section B closed'.

Itulah yang tertulis pada papan tanda tersebut. Ruang sederhana besar yang agak terpencil dalam restoran itu terus ditutup sebaik sahaja selesai satu upacara sambutan harijadi. Lara memandang ke arah deretan meja yang panjang, penuh dengan pinggan-pinggan kotor, gelas dan cawan serta peralatan makanan yang lain. Tisu-tisu yang sudah digunakan juga bersepah-sepah. Ada saki-baki makanan yang tertumpah di sana sini. Kotor! Semuanya harus Lara selesaikan dengan segera.

"Lara okay tak? Nak Kak Sha tolong?" Tanya salah seorang pelayan restoran tersebut.

"Takpe kak, akak pergilah jaga seksyen A. Customer ramaikan. Lara boleh je buat sorang ni." Lara tersenyum. Lantas, pekerja yang dipanggil Kak Sha itu mengangguk dan terus berlalu pergi.

Sudah hampir dua minggu Lara bekerja di restoran tersebut sementara menantikan panggilan masuk ke program ijazah sarjana muda di UiTM. Dengan keputusannya yang cemerlang, Lara yakin yang permohonan melanjutkan pengajiannya akan diterima.

Namun begitu, masuk bulan ini sudah dua bulan ayahnya tidak memberikan dia wang saku. Lara tidak tahu sama ada lelaki itu berbuat demikian kerana mengandaikan yang Lara sekarang tinggal bersama ibunya ataupun kerana pergaduhan besar mereka di Kolej Teratai. Bagaimana jika ayahnya terus-menerus tidak memberinya wang belanja hingga buka semester nanti? Itulah perkara yang membuatkan hati Lara risau kebelakangan ini.

Jika keadaan ini berterusan, sudah tentu ibunya akan membawa perkara ini ke mahkamah semula dan mengenangkan hal itu, perasaan Lara merengsa. Dia benci dengan tempat tersebut.

Sambil membersihkan meja, fikiran Lara menerawang lagi...

Gajinya sebagai pekerja sambilan di situ hanya RM650 sebulan. Tolak makan, minum dan pengangkutannya, berapa sangatlah yang dia boleh kumpul untuk menampung perbelanjaannya di UiTM nanti?? Tambahan pula, keputusan UPU akan keluar dalam masa dua atau tiga bulan sahaja lagi!

Lara telan liur. Hatinya mula berasa gusar sementelah tangannya mengutip pinggan-pinggan kotor di atas meja.

Modeling.

Lara terfikir untuk mengambil job modeling juga selain daripada bekerja di restoran tersebut tetapi malangnya buat masa ini belum ada lagi tawaran yang sesuai kecuali tawaran yang...

Tiba-tiba sedang Lara memusingkan badannya, dia ternampak gelagat Encik Mazola, Floor Manager restoran tersebut sedang memerhatikan punggungnya daripada kaunter minuman yang terletak beberapa meter sahaja di belakang Lara. Air wajah Lara bertukar bengis!

"Encik Mazola! Kenapa saya tengok Encik Mazola ni selalu perhatikan badan saya?! Dua minggu saya dekat sini, ini bukan first time tau!" Suara Lara mencerun. Dia sudah tidak tahan lagi dengan perangai jelik lelaki tersebut. Nasib baiklah ruangan Seksyen B itu terletak jauh sedikit daripada Seksyen A yang sentiasa penuh dengan pelanggan.

"Eh, takdelah. Mana ada!" Lelaki tiga puluhan itu menjawab selamba namun anak matanya direndahkan memandang ke lantai.

"Mana ada?! Habis tu yang Encik Mazola pandang saya dekat sini, dekat sini... Tengok apa?!" Lara berkata sambil meletakkan kedua-dua tapak tangannya di pinggang dan kemudian di punggungnya. Ketika itu, dia memakai seluar slack berwarna hitam sebagai pakaian seragam restoran tersebut.

"Tak adalah-"

"Encik Mazola dengar sini ye! Kalau saya datang kerja ni untuk orang tengok badan saya, baik saya buat modeling! At least sejam catwalk dapat tiga empat ratus ringgit! Sini berapa?? Sejam tiga empat ringgit je!" Tangan Lara segera menanggalkan apron di badannya. Dia menggumpal-gumpalkan apron tersebut lalu dihempaskan ke meja.

"Saya berhenti! Saya tak sukalah kerja dengan orang pervert macam ni!" Lara segera berlalu pergi. Dia terus mengambil begnya di dalam locker pekerja lantas bergegas keluar daripada restoran tersebut. Beberapa orang pekerja restoran itu terjenguk-jenguk memandang termasuklah Kak Sha tadi. Masing-masing tercengang, tidak tahu apa yang berlaku...

Sebaik sahaja turun daripada escalator, Lara meluru masuk ke sebuah butik menjual baju di tingkat Ground Floor. 

"Hai, kak. Hari tu saya nampak ada signage iklan kerja kosong salesgirl dekat sini. Still available tak?" Soal Lara kepada seorang perempuan yang sedang duduk di kaunter bayaran.

"Oh, sorry dik. Dah tak ada dah job tu. Minggu lepas ada orang baru masuk."

"Ooo okay, takpe. Thanks ye." Balas Lara dengan senyuman lalu terus beredar meninggalkan butik tersebut.

'Hhah!' Lara mengeluh panjang. Fikirannya kusut. Dia memutuskan untuk pulang ke rumah saja...

Langit telahpun gelap. Sebentar lagi azan Isyak akan berkumandang. Lara duduk sendirian bersilang kaki dan menongkat dagu di stesen LRT Maluri sambil menunggu tren tiba.

'Haih, macam mana ni!' Keluhnya. Duit simpanannya semakin surut semenjak ayahnya tidak memberikan wang belanja. Malah, tambang dia pergi balik kerja pun Lara pinjam dulu dari ibunya dan kini dia sudah tiada pekerjaan pula! Urgh!!

Lara mengeluarkan telefon bimbit dan membuka aplikasi SMS.

'Don't worry. Those are not for Malaysia market. All overseas, that's why the payments are high. Starting from RM3k up to RM7k.' - Amber TMC

Lara membaca SMS daripada Amber, pengurus agensi peragaannya minggu lalu.

Tiga hingga tujuh ribu ringgit! Lara telan liur. Sebenarnya, sejak dari awal lagi dia tidak mahu ambil pusing dengan job offer yang 'satu' itu. Tetapi sekarang... Dia mula mempertimbangkan tawaran yang agak berlainan sedikit daripada tawaran peragaan yang biasa dia dapat!

Lama Lara merenung SMS tersebut. Otaknya berfikir dengan sangat dalam hingga ke dasar hati. Berbagai benda menerjah masuk ke ruang fikirannya. Lara memejam mata untuk seketika dan menarik nafas dalam-dalam.

'Ah, persetankanlah semua! Yang susahnya sekarang ni, aku! Yang nak hidup, aku! Ada orang lain fikir pasal aku?? Ayah aku pun tak pedulikan aku! Lantaklah! Kali ni apa nak jadi, jadi!' Hati Lara memberontak lantas, dia menekan butang 'Reply'.

'Hi Amber, after long consideration I agreed for this. Please advise how should I proceed with the offer.'

Message sent.

Lara ketap bibir. Kini dia merasakan masalah kewangan yang menghantui fikirannya bakal berakhir tidak lama lagi.

Bunyi tren menghampiri stesen tersebut menyedarkan Lara. Dia segera bangun daripada bangku besi yang didudukinya apabila pintu tren tersebut mula ternganga luas...

"So, you quit?" Ashraf bertanya ketika mereka berdua bergayut di telefon tidak lama selepas Lara tiba di rumah.

"Yelah! Tak nak I bekerja dengan lelaki pervert macam tu. Muka dia pun macam buaya lapar! Eii, gelilah!"

Ashraf ketawa.

"Haih, inilah dia perangai certain lelaki... Buat malu kaum je. Bodoh!" Ujar Ashraf dalam tawanya.

"Hmm..." Lara cebik bibir.

"Dahlah, you tak payah kerjalah. You duduk rumah je sementara tunggu result. Bukannya lama pun. Kakak I dulu pun, makan minum tidur je sebelum dia masuk diploma."

Hati Lara terusik. Kalau ikutkan, siapa yang tak nak hidup senang-lenang macam tu? Semua orang nak tetapi bukan semuanya bernasib baik, fikir Lara. Dia mengherotkan bibir. "Hmm, yeah... I ingat... I just nak sambung buat part time modeling je lah."

"What...?! Modeling?! Oh, you model?!" Mata Ashraf terbeliak. Satu senyuman lebar terukir di wajahnya. Memang betullah telahannya ketika pertama kali dia melihat Lara di KLIA dulu! Gadis itu sememangnya memiliki kualiti 'model material'. Walaupun dengan sekilas pandangan mata, aura itu jelas kelihatan pada gaya dan personaliti Lara.

"Ye... Eh?? You tak tahu I model ye?"

"Tak. You bukannya model terkenal pun untuk I tahu." Ashraf ketawa mengejek menyebabkan telinga Lara rasa berdesing!

"You ni!!" Suara Lara nyaring sambil ikut ketawa. Hatinya sakit disindir tajam tetapi tawa Ashraf yang makin kuat itu menyebabkan Lara tidak jadi marah!

"I tahulah I tak famous! I tanya sebab kita dah kenal berapa bulan dah! I ingatkan I pernah bagi tahu you pasal I buat modeling...!!" Nada suara Lara semakin kuat bila sampai ke penghujung seolah-olah ingin mengatasi kuatnya gelak tawa si Ashraf. Itu membuatkan Ashraf semakin gelihati.

"Manalah tahu kot-kot you kenal I through my modeling works ke...!" 

"Tak!" Pendek sahaja jawapan Ashraf dalam tawanya yang belum reda. Lara senyum kelat. Seronok sungguh lelaki itu mentertawakannya!

"Eiii... I bencilah cakap dengan you ni, Ashraf!! Ergh!!" Serta-merta Lara tekan butang memutuskan talian. Tetapi selepas itu dia juga sambung ketawa sambil terbaring di katil.

Mulut laser lelaki! Cakap tak meleret-leret tetapi bila sekali tembak terus tepat kena pada muka kita! Dead shot! Itulah perkara yang Lara perasan tentang diri Ashraf setelah mengenali lelaki itu beberapa bulan. Sikap yang memang boleh menyakitkan hati!

Tiba-tiba telefonnya berbunyi lagi dengan nama Ashraf terpampang di skrin. Dengan kasar, Lara menekan butang menjawab panggilan.

"Sorry-" Suara Ashraf masih ketawa.

"I hate you...!" Lara segera memintas. Serentak itu juga mereka berdua sambung ketawa bersama...

Tepat pada pukul 11.30 malam, Lara dan Ashraf mengucapkan selamat malam lantas mematikan talian. Selepas itu, Lara cepat-cepat membuka satu SMS yang masuk ketika dia dan Ashraf sedang bersembang tadi.

'Hi Lara, great to hear from you. Okay, I will proceed to clients. Please come to our office for photoshoot next Tuesday and bring your favourite 2-piece bikini along. We need to make your bikini compcard first to submit to clients. And if you have tattoos on your body, make sure you conceal that with concealer. Bikini models cannot have tattoos on their body yea. See you next week Lara!' - Amber TMC

Lara telan liur.

Bikini model.

Satu title yang baru buatnya selepas freelance model.

Hati Lara sebenarnya masih berasa was-was. Adakah tindakannya ini menandakan dia semakin terpesong? Sepanjang dia dalam dunia peragaan, pakaian paling seksi yang pernah dia gayakan pun hanya sekadar dress berkemban dan pendek setakat peha. Tetapi kali ini dia hanya dibaluti oleh dua helai kain yang menutupi bahagian kewanitaannya sahaja. Sudah pasti perkara ini harus menjadi TOP SECRET buat ibunya dan Huzaimi! Lara ketap bibir.

Ah. Tetapi selama ini pun (tanpa pengetahuan ibunya) dia memang berbikini. Malah, Zieta dan Khyra juga memakai bikini. Jadi apa bezanya jika dia menjadi model bikini? Ya, bezanya kali ini dia dibayar untuk memakai pakaian mandi tersebut. Jika dia boleh memakainya dengan sukarela, mengapa pula tidak boleh kalau berbayar? Lagipun kata Amber ia untuk pasaran luar Malaysia, sudah pasti tiada siapa yang tahu.

Tiga ribu ringgit untuk satu job.

Paling kurang tiga ribu ringgit itu bakal ada dalam tangannya nanti. Lara menarik nafas panjang sambil tersenyum nipis. Kerisauan yang bersarang di hatinya mengenai wang perbelanjaannya kini beransur reda...

Bikini model. Satu title yang baru buatnya selepas freelance model.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience