Bab 19

Romance Completed 159812

Tahun 2005

Evo^7: Hi :) a/s/l plz.

Lara_Croft: Hi... 22/f/shah alam. How bout u?

Evo^7: 26/m/tganu. Shah alam kat mana u?

Lara_Croft: Dalam uitm... Haha..

Evo^7: Dalam uitm? Student ke? Diploma ke degree?

Lara_Croft: Yups, degree student. Baru je start first semester..

Evo^7: I see... Bagus la macam tu.

Lara_Croft: U tganu kat mana?

Evo^7: Dekat rantau abang.

Lara_Croft: Ooo... Rantau abang...

Evo^7: U tau ke? Penah datang sini?

Lara_Croft: Tak penah! Haha :P Tp kalau nama rantau abang tu memang familiar la...

Evo^7: I see...

Lara_Croft: So u memang asal tganu la ye?

Evo^7: Tak. Family I sebenarnya dekat klang. I dok tganu ni sebab keja.

Lara_Croft: Owh! Orang klang rupanya :D So u keje mana?

Evo^7: Kerteh. Keja kat pelabuhan.

Lara_Croft: Pelabuhan? U keje kapal ke?

Evo^7: Erm... I keja dengan petronas, tapi handle bahagian marine operation. So kerja I ni kena mengena dengan kapal la :D

'Wow, orang Petronas! Boleh buat networking untuk lubang kerja lepas habis degree ni!' Getus hati Lara. Dia tersenyum sendirian sambil mengangkat kening. Kalaulah dia dapat bekerja dengan Petronas, alangkah bagusnya! Lara tersenyum lebar dan terus menaip...

Lara_Croft: I see...

Evo^7: Kenapa u pakai nama lara croft ni? U gamer ke main game Tomb Rider?

Lara terus menaip...

Lara_Croft: Haha! Taklah... Bukan gamer... Nama I mmg Lara, so saja laa guna lara croft ni :D Nama u pulak siapa?

Evo^7: Oh... Lara, nice name. Tapi jangan buat I melara sudah la. Haha :D

'Duh...' Lara mengerlingkan matanya ke atas. 'Kenapa pulak aku nak buat kau melara? Poyo!'

Lara_Croft: Hehe... Thanks. Nama u pulak siapa?

Evo^7: U can call me Fahd... Syed Al-Fahd.

Lara sengih melebar. 'Wow... Nama macam pak Arab!'

Lara_Croft: Ok Fahd. Nice to meet u. I kena gerak sekarang. Ada kelas nak masuk dekat makmal komputer ni kejap lagi. I save ID u dalam my 'Buddy List' dekat YM (Yahoo Messenger) ye?

Evo^7: Alaa... Baru je nak chat dengan u :) Sure, please save my ID k! Next time kita chat lagi okay?

Lara_Croft: Yes, for sure! Take care fahd!

Evo^7: U too! @)--- > -----

Lara tertawa melihat simbol tersebut!

'Comellah mamat ni bagi bunga ros dekat aku!' Getus hatinya. Jarinya cepat-cepat menekan tab yang tertulis 'Sign out' dan serentak itu, komunikasi mereka terus terputus.

Ketika itu, beberapa orang pelajar mula memasuki makmal komputer tersebut untuk kelas yang seterusnya. Ini menandakan waktu sudah hampir ke pukul empat petang. Lara tergesa-gesa memasukkan buku dan alatan tulisnya ke dalam beg. Rakan-rakan sekelasnya telah lama meninggalkan makmal komputer itu sebaik sahaja kelas 'Communication for Professionals' mereka tamat.

Tanpa membuang masa, Lara berjalan keluar daripada makmal tersebut...

Keadaan di Universiti Teknologi MARA kelihatan sibuk sementelah semester baru sahaja dibuka. Namun, dalam pada kesibukan itu Lara berasa sunyi tanpa Zieta dan Khyra di sisi. Dia berjalan sendirian merentasi dataran yang luas di bangunan Menara menuju ke Perpustakaan Tun Abdul Razak. Daripada situ, Lara mula menuruni anak tangga sehinggalah dia tiba di hadapan perhentian bas bangunan Hal Ehwal Pelajar.

Angin petang bertiup lembut menyebabkan daun-daun kering luruh ke tanah. Keadaan di perhentian bas itu lengang tiada orang. Lara pasti yang dia baru sahaja ketinggalan bas pengantara!

'Haih!' Nafas dihela sambil dia menoleh ke kiri dan kanan. Kosong, tiada kenderaan. Lalu, Lara melabuhkan punggung di bangku konkrit di situ.

'Sayang... I sunyilah sejak Zieta dengan Khyra takde... :('

Begitulah bunyi SMS Lara yang dia taip kepada Huzaimi. Tapi Lara tahu, Huzaimi sekarang dalam mesyuarat. Lelaki itu tergesa-gesa sewaktu mereka berjumpa ketika makan tengahari tadi. Katanya ada mesyurat penting dengan Pegawai Daerah Hulu Langat untuk projek pembangunan terbarunya. Lara hanya tersenyum nipis dan menggelengkan kepala apabila mengenangkan keletah kekasih hatinya itu.

Sepuluh minit berlalu, tetapi segalanya masih sepi. Tiada tanda-tanda bas akan tiba dan tiada juga balasan SMS daripada Huzaimi.

Tidak lama kemudian, datang tiga orang pelajar perempuan ke perhentian bas tersebut lalu duduk menyertai Lara di situ. Lara menginjak sedikit untuk memberi ruang dan selepas itu, jari-jemarinya pantas menaip sesuatu di papan kekunci telefon...

'Message sent'.

Ashraf sedang membuat walk around pada pesawatnya apabila dia terdengar bunyi notifikasi SMS masuk.

'Hi technical crew... ;)' - Beautiful specimen

Terus sahaja dia tertawa. Setiap kali Lara menyapanya dengan panggilan itu, hatinya terasa digeletek. Kisah lucu tentang terma 'technical crew' pada awal perkenalan mereka dahulu memang takkan Ashraf lupakan. Dengan sepantas kilat, jari Ashraf menari-nari laju membalas mesej Lara...

'Hey princess :) Bad timing. I tengah buat walk around, kejap lagi nak fly. Where are you?' - Ashraf SIA

Lara mengherotkan mulut sebaik sahaja membaca balasan mesej si Ashraf. Semenjak kebelakangan ini, lelaki itu sering memanggil dia dengan panggilan 'princess'. 'Kalau tau dek Huzaimi ni... Mati aku.' Getus hati Lara.

'Owh... You dah nak fly yea. Okay. I dekat UiTM dah habis kelas, nak balik bilik.'

Bunyi mesej Lara. Kurang dari lima minit selepas itu, Ashraf pula membalas...

'I see... How's your class going on? Dah dapat gang baru?' - Ashraf SIA

Lara menghela nafas panjang. Selain Huzaimi, dia juga ada beritahu kepada Ashraf yang sejak menginjak masuk ke program ijazah sarjana muda ini, dia sering berseorangan. Zieta tidak dapat diterima masuk untuk menyambung pelajaran manakala Khyra pula sudah diterima bekerja di Malaysia Airlines sebagai pramugari.

'Belum dapat gang lagilah Ash... :( I tak tau kenapa all my classmates sekarang ni semuanya layan I macam alien. Kadang-kadang bila I tegur, diorang macam tak layan. Diorang semua ada gang ikut branch masing-masing. I sorang je dalam kelas yang asal UiTM induk, but they treat me like I pulak yang masuk tempat diorang. Sedih tau... Sunyi sangat takde kawan... :'( ' - Beautiful specimen

Lara meluahkan isi hati.

'Aww... Sunyi? Kesiannya dia :) You can always talk to me here, princess. If you were alone, I would definitely be your shadow ;)' - Ashraf SIA

Lara tersipu-sipu senyum sendirian. Pipinya terasa kebas membaca ayat tersebut dan hatinya terasa melonjak!

'Hehe! Thanks Ash :"> Tapi life dekat UiTM sekarang ni sunyi... Tak sama macam dulu...' - Beautiful specimen

'Well, kalau I dekat dengan you boleh kita hangout together buat hilangkan sunyi you. - Ashraf SIA

'Oh. Kalau you dekat, you boleh masuk kelas I sekali ke? ;P ' - Beautiful specimen

'Kalau boleh masuk, I nak je masuk. Tapi nanti I jadi top student susah pulak.' - Ashraf SIA

'Eleh... Top student konon! Confirm ke boleh jadi top student? ;P ' - Beautiful specimen

'Alaa, flying school pun I graduated with flying colors, apalah sangat course dekat universiti. Bukannya susah pun. Heh! ;)' - Ashraf SIA

Lara buat muka dan bibirnya mencebik. Gaya bahasa si Ashraf ini kadang-kala berbaur angkuh. Itulah salah satu perkara yang Lara perasan dan buat dia rasa menyampah!

'Itu flying school, memanglah flying colors. Dekat sini takde flying-flying! Ahaks ;P' - Beautiful specimen

Tawa Ashraf terhambur. Sepanjang perkenalannya dengan Lara, mesej-mesej gadis itu selalu menghiburkan hatinya. Setiap bait kata Lara penuh bersahaja dan kadang-kala kedengaran lucu. Ashraf melihat jam di tangannya lalu dia cepat-cepat membalas SMS Lara...

'Sorry princess. Got to go now. Catch you later. You take care.' - Ashraf SIA

Sebaik sahaja membaca mesej Ashraf yang terakhir, Lara tarik muka. 'Ah, fly-lah kau jauh-jauh! Mamat poyo, macam bagus je...!' Getus hati Lara yang masih lagi rasa menyampah dengan sikap berlagak Ashraf. Dia terus mencampak telefonnya ke dalam beg tangan.

'Hmm, entahlah... Memang baguslah kot... Bukan sebarangan orang boleh kerja bawak kapal terbang.' Bisik Lara dengan bibir yang mencebik. Fikirannya terus berlegar bersama angin petang yang menerpa lembut...

* * * * *

Setelah hampir empat puluh minit mengemudi pesawat Boeing 747-400 itu naik ke awan, Ashraf menekan satu butang yang terdapat di panel kokpit untuk mengaktifkan mod 'cruising'.

"So, who's she?"

Ashraf terpinga-pinga sebaik sahaja terdengar soalan yang dilontarkan oleh kaptennya secara tiba-tiba.

"Huh? Apa dia capt?" Tanya Ashraf tersenyum lebar.

"Oh, come on-lah! Aku tahulah dari gaya kau senyum-senyum balas SMS tu!" Serentak itu, kedua-dua juruterbang itu ketawa besar.

Pintu kokpit dibuka bagi membenarkan seorang pramugari masuk untuk mengambil pesanan minum petang mereka. Kapten Hamzah memesan secawan kopi manakala Ashraf hanya meminta air mineral.

"Obvious sangat ke capt?" Ashraf tersengih malu sambil matanya memandang ke arah gumpalan awan yang indah terbentang luas di hadapan mereka.

"Kalau tak obvious, aku tak tanyalah." Mereka berdua tertawa.

Serentak itu juga, pramugari yang mengambil pesanan mereka tadi kembali ke ruang kokpit dengan membawa minuman.

"Thank you." Ujar Ashraf. Air mineral tersebut bertukar tangan.

"So, kau seriuslah dengan girl ni?"

"Eh, belum lagi capt." Potong Ashraf. 'Jumpa pun belum...' Dia berbisik dalam hati.

"Apa yang kau rasa dia lain dengan perempuan yang lain?"

Ashraf tertawa besar bila mendengarkan soalan tersebut!

"Kenapa capt tanya macam tu? I've never been in a serious relationship before-lah."

"Sajalah aku nak tahu taste kau..." Mendengarkan kata-kata kaptennya itu, Ashraf tersengih lebar sambil menggelengkan kepala. Pandangannya disorotkan kembali ke padang kapas yang luas di luar sana.

"Erm... Entahlah capt. Mula-mula tu, I attracted to her because of her looks and appearance. Tapi bila dah lama kenal dia, I fancy her personality and I really fancy her as a person." Kata-kata Ashraf itu membuatkan Kapten Hamzah tertawa.

"Ye, betul... You fancy her. I can see it from your face. Muka orang kena lamun cinta!"

"Eh, ye ke capt?" Kening Ashraf mencerun sambil memandang kaptennya.

"Yelah!"

"Muka macam mana?"

"Muka macam kaulah!"

"Eh, kalau muka macam ni mahal capt!" Gurau Ashraf. Serentak itu juga gelak tawa mereka berhamburan lagi...

* * * * *

Lara sedang melayan perasaan sendirian di perhentian bas tadi apabila sebuah bas UiTM berwarna ungu tua muncul dari jauh. Akhirnya...! Lara tarik nafas lega lalu beratur bersama pelajar-pelajar lain.

Tiba-tiba, dia terdengar telefon bimbit di dalam begnya berbunyi. Sebaik sahaja dia mengeluarkan telefon, kelihatan nama Zieta terpampang di skrin. Lara cepat-cepat menekan butang menjawab panggilan.

"Ra! Kau dekat mana?" Kedengaran suara ceria Zieta di corong telefon.

"Dekat UiTM lah... Baru nak balik bilik, tengah beratur nak naik bas."

"Eh, jangan naik bas tu! Aku ambik kau! Aku dekat UiTM jugak ni, pergi submit borang rayuan tadi."

"Hah?!" Lara cepat-cepat keluar barisan lalu menyambung, "Laa, kau dekat sini ke? Okay, okay! Kau datang ambik aku dekat HEP ni. Aku rindu kau-"

"Aku pun! Aku datang sana sekarang!"

Kedengaran suara mereka berdua sungguh girang sekali!

Keadaan di food court Seksyen 2 pada petang itu sangat riuh. Lara dan Zieta duduk di satu sudut sambil menikmati ABC coklat yang sememangnya cukup terkenal di situ.

"Huz apa cerita? Dia ada cakap nak masuk meminang kau tak?" Pertanyaan Zieta itu disambut dengan gelak tawa dari Lara.

"Ish, kau ni! Aku baru je sambung degree, nak meminang apa pulak! Dia busy macam selalulah. Kau tahu-tahu jelah dia tu... Dua puluh empat jam asyik dengan business dia je! Sekarang ni dia ada projek besar dekat Hulu Langat katanya." Jawab Lara. Zieta hanya mengangguk kepala.

"Eh, mamat pilot yang contact kau dulu tu... Siapa nama dia?"

"Ashraf."

"Haa, Ashraf! Korang still contact ke?"

"A'ah, kitorang selalu je contact. Selalu SMS dengan dia. Kalau dia tak fly, dia call aku."

"Oh...! Tak sangka ye dia still contact kau... So, korang dah jumpalah?"

Lara tersengih lebar!

"Belum!" Balasnya pendek.

"What...?!!" Wajah Zieta tercengang. "Kenapa tak jumpa lagi?? Dah berapa lama korang kenal?" Pertanyaan Zieta itu membuatkan Lara ketawa besar gelihati.

"Hmm... Dekat lima enam bulan jugak kot..."

"Hah, habis tu?? Kenapa korang tak jumpa lagi? Dia takde ajak kau jumpa ke?"

"Ada. Tapi aku macam malaslah nak jumpa dia..."

"Kenapa?!"

Kedengaran Lara mengeluh.

"Entahlah... Sebab dia orang Singapore kot." Lara sengaja bagi alasan.

"Laa... Bukannya semua orang Singapore tak berguna macam si kera kau tu!" Mendengarkan kata-kata Zieta itu, Lara hampir-hampir sahaja tersedak ABC yang sedang dia makan. Lalu mereka berdua ketawa.

"Eh... Habis tu Ra, kau tak tahu lagilah dari mana dia dapat nombor telefon kau?"

"Tak..."

"Ya Allah, tension-nya aku dengar! Kau ni memang bongoklah!" Hambur Zieta dan sekali lagi, Lara ketawa sendiri.

"Kau tak teringin ke nak tahu dari mana dia dapat nombor kau??" Zieta mengamati wajah rakannya itu.

"Mula-mula tu memanglah aku teringin nak tahu... Tapi bila dah lama-lama, aku dah jadi macam... Whatever-lah! Malas nak fikir." Jawab Lara sambil mencebikkan bibirnya.

"Oh my god... No way, Lara! Mana boleh macam tu! Listen here..." Zieta menolak ABC coklatnya ke tepi.

Lara mula memberi perhatian.

"Mamat Ashraf ni..." Zieta menekan jari telunjuknya di atas meja. Mata dia dan Lara bertentang. "Dia bukan dari kalangan kawan-kawan kita tau. He's not even in our party circles. Dan kau pun percaya yang dia bukan tali barut Reza. So this must be something else... He must be from somewhere else!" Sambungnya sambil mengetuk-ngetuk jarinya ke meja.

"I know..." Balas Lara sambil mengeluh.

"Then? Kau tak teringin nak find out ke?"

Sekali lagi, Lara menghela nafas panjang. Dia tahu Zieta tidak faham dengan keadaannya sekarang. Sejujurnya, semakin lama Lara mengenali Ashraf, dia kadang-kala terkeliru dengan perasaannya sendiri! Hati Lara sebenarnya sudah hampir terpaut pada lelaki tersebut dan kerana itulah dia cuba membataskan hubungannya dengan Ashraf hanya setakat di telefon!

Lara sedar yang dia punyai Huzaimi, dan lelaki seperti Huzaimi - apa lagi yang tidak cukup? Raut wajah lelaki itu redup mata memandang, gaya dan penampilannya menarik, ada business empire sendiri! Pada Lara, Huzaimi adalah lambang lelaki kebanggaannya setelah dia 'kehilangan' ayahnya yang semakin menjauh.

Huzaimi itu lelaki yang sangat rajin bekerja, tidak seperti Reza. Dia mengutamakan bukan sahaja masa hadapan diri sendiri tetapi juga masa hadapan perniagaannya. Bagi Lara, Huzaimi sungguh sempurna di matanya dan kerana itulah dia tidak mahu Ashraf menjadi orang ketiga dalam hubungan dia dan Huzaimi. Dan kerana itulah juga Lara enggan bertemu empat mata dengan Ashraf walaupun lelaki itu sudah berkali-kali memujuknya untuk berjumpa!

"Hello...??"

Serta-merta, Lara tersentak dari lamunannya.

"Kau dengar tak aku cakap ni?"

"Sorry, sorry...! Apa dia?"

"Aku cakap... Aku nak nasihatkan kau satu benda. Aku tak nak kau ulang lagi kesilapan kau masa kau dengan Reza dulu."

Lara mengerutkan keningnya. "Kesilapan yang mana?" Pertanyaan Lara itu membuatkan Zieta tertawa.

"Haa, banyak sangat buat silapkan masa dengan Reza dulu?" Serentak itu juga kedua-dua gadis itu ketawa.

"Betul-betullah Zie, aku nak dengar ni!" Lara tersenyum dan buat muka bengang manakala Zieta pula tersengih-sengih menghabiskan saki-baki ABC coklatnya.

"Dulu masa kau dengan Reza, kau percaya melulu je dekat mamat tu kan? Lepas tu, kau ni bila ber-boyfriend je mulalah kau stop jumpa lelaki-lelaki lain, konon-konon nak setialah, kan?" Zieta lihat muka Lara merah sambil gadis itu ketawa!

"Aku bukan nak suruh kau curang pada Huz, tapi kau janganlah sekat pergaulan kau dengan lelaki lain... Takut nanti, bukanlah nak mintak benda yang tak baik, tapi manalah tahu kot-kot Huz tu ada perempuan lain yang cucuk 'line' dia ke... Kita tak tahu! Nanti sia-sia je kau dok hadap dia sorang!"

Kata-kata Zieta yang panjang berjela itu menusuk ke jiwanya, tetapi Lara tidak ambil hati. Dia akui, apa yang dikatakan oleh rakannya itu semuanya benar belaka. Lara senyum dan mengambil nafas dalam-dalam.

"Aku tahu, kau mesti tak nak jumpa si Ashraf tu sebab kau rasa serba salah pada Huz, kan? Kau tak payah tipu akulah, dekat empat tahun aku kenal kau, Ra! Aku tau!"

Lara ketawa berdekah-dekah. Dia berasa gelihati kerana apa yang Zieta katakan itu ada juga benarnya. Zieta tersenyum kelat sambil menjeling Lara.

"Hei! Kau kena janji dengan aku!" Sambung Zieta.

"Hah, janji apa pulak...?"

"Janji yang kau kena jumpa and find out siapa yang pass nombor kau pada si Ashraf. Aku nak tahu sangatlah!"

"Oh..." Lara menarik senyuman yang panjang lebar. "Okay-lah... Aku janji!" Matanya memandang ke wajah Zieta. Kelihatan rakannya itu tersenyum puas.

"Nanti bila korang dah jumpa, kau kena share cerita dengan aku tau!"

"Bukan setakat dengan kau je, dengan Khyra pun nanti aku share, okay!"

"Yay...!!" Zieta tersenyum girang sambil menepuk tangan.

"Hah, berbalik kepada cerita kau pasal rayuan untuk degree tadi. Maknanya kalau permohonan kau berjaya, kau masuk bila Zie?" Tanya Lara. Barulah dia teringat akan tujuan rakannya itu datang ke UiTM Shah Alam pada hari itu.

"Aku masuk second intake-lah, next semester..."

"Oh... So maknanya, nanti kau junior akulah?"

"Yelah!" Zieta menjeling Lara manakala Lara sudah ketawa besar.

"Ala, okay-lah tu! Janji dapat sambung belajar, kan...? Nanti kita apply bilik sama-sama lagi yea? Aku dekat Kolej Melati sekarang, satu bilik dua orang je tau... Nanti kita bolehlah jadi roomie lagi!" Lara berkata dengan girang. Wajah Zieta juga kelihatan gembira sekali. Mereka berdua sudah tidak sabar untuk tinggal sebilik semula!

'Aww... Sunyi? Kesiannya dia :) You can always talk to me here, princess. If you were alone, I would definitely be your shadow ;)' - Ashraf SIA

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience