Bab 59

Romance Completed 159812

Mariott Hotel Amsterdam
Permulaan musim luruh

Kru-kru Singapore Airlines tiba di hotel mewah itu lewat petang semalam. Selepas mendaftar masuk, Ashraf terus membawa Lara ke restoran Morocco berhampiran. Walaupun hanya lima minit berjalan kaki, Lara gembira dapat melihat kawasan sekitar. Mereka memesan set kebab bersama kentang goreng untuk makan malam di bilik hotel dan usai makan malam, masing-masing masuk tidur awal.

Pagi itu sebaik sahaja Lara terjaga, dia terdengar bunyi televisyen daripada bilik Ashraf. Ternyata lelaki itu sudah bangun lebih awal.

Lara terpacul di pintu penghubung bilik. Ashraf dia lihat sedang berdiri di kabinet kecil pantri, mengacau air minuman di dalam mug. Di atas meja tulis pula terdapat pelbagai hidangan sarapan pagi telah tersedia.

"Hey, sweetheart. You're up!" Senyuman Ashraf sungguh manis sekali. Lara terus menghampiri dengan langkah yang perlahan.

"Wow... Kenapa ada banyak makanan dekat atas meja ni?" Tanya Lara.

"I nak breakfast privately dengan you hari ni. Tak nak bersesak-sesak dekat bawah."

"Ha? Kenapa?" Lara terpana dalam senyuman.

"Inikan trip harijadi you. So, biarlah special sikit hari pertama kita dekat sini."

"Oh..." Senyuman makin lebar. Ashraf masih sibuk mengacau minuman.

"I dah buatkan air. You pergi mandi, kita sarapan dan lepas tu kita keluar, okay?"

"Okay... Thanks sayang sebab tolong buatkan air." Lara berlalu sambil mengenyitkan mata. Dia segera kembali ke biliknya untuk mandi dan bersiap-siap...

Lebih kurang pukul 9.30 pagi, Lara dan Ashraf sudah tercegat di hadapan Rijksmuseum atau 'muzium nasional'. Jarak Mariott Hotel dengan Rijksmuseum dekat sahaja, hanya lebih kurang 600 meter.

"Wah, cantiknya..." Lara terkaku tatkala melihat muzium tersebut.

Bangunan berusia lebih dua ratus tahun itu sangat indah dengan gabungan rekabentuk gaya Renaissance dan 'gothic'. Dinding berbatu-bata merah itu membuatkan bangunan tersebut tampak lebih klasik bersama konkrit putih berukiran halus pada setiap bingkai tingkap.

Kenapalah di Malaysia tiada bangunan yang cantik-cantik sebegini? Fikir Lara. Matanya terus meneliti keindahan Rijksmuseum.

"Let's take your picture." Suara Ashraf menyedarkan Lara daripada lamunan. Dia mengeluarkan sebuah kamera digital berjenama Sony daripada poket jaketnya. Sewaktu mereka di Los Angeles dahulu masing-masing terlupa bawa kamera!

Dengan riangnya, Lara berdiri mengiring menghadap Ashraf dan membelakangkan bangunan muzium tersebut.

"One, two... Three." Serentak jari Ashraf menekan punat kamera, Lara membuat satu pose bersahaja dengan gerakan badannya ala photoshoot. Rasa janggal pula kalau berdiri tegak.

"Kenapa?" Kening Lara berkerut ketika dia berjalan mendapatkan Ashraf. Cara pandangan dan senyuman lelaki itu dia rasakan lain sedikit. 

"I baru tersedar yang I tangkap gambar model. You're so pretty."

"And you're such a sweet talker!" Lara senyum menjeling lalu melihat ke skrin kamera.

Wow. Ternyata gambar itu memang cantik dan bernilai estetik! Sudah lama Lara teringin bergambar dengan latarbelakang sebegitu. Bibirnya tersenyum puas memandang Ashraf.

"Meh sini, I ambikkan gambar you pulak." Ujar Lara tetapi Ashraf segera menarik kamera tersebut.

"Tak payah." Katanya.

"Laa, kenapa?"

"I tak suka tangkap gambar."

"Huh?? Kenapa?"

"I'm camera shy."

"What?! Muka handsome macam ni pun camera shy ke...?!"

Gelak tawa mula kedengaran sambil mereka mengatur langkah meninggalkan Rijksmuseum...

Sepuluh minit kemudian, mereka tiba di pasar Albert Cuypmarkt. Lara rasa pasar itu biasa sahaja, sama seperti pasar pagi di Malaysia tetapi ada sesuatu yang mereka cari di situ.

ORIGINAL STROOPWAFELS
SINCE 1978

Mata Lara menangkap perkataan tersebut pada sebuah kedai yang agak kecil berwarna putih dan biru. Nampak seperti sebuah kontena mini. Mereka terus menghampiri kedai tersebut.

"You nak perisa original ke coklat?"

"Mestilah original!" Lara tersenyum girang.

"Mag ik twee originele stroopwafels, alstublieft?" Ayat tersebut meluncur laju daripada mulut Ashraf membuatkan Lara terlopong.

"Zeker." Balas lelaki Belanda yang memakai seragam putih seperti chef. Dia terus menyediakan pesanan.

"Wah... You tahu cakap bahasa Belanda?"

"Ye, datuk I memang cakap Dutch dengan my mom. So kitorang adik-beradik pun kena belajar jugak masa kecik."

"Oh, yeah... You ada darah Dutch. So you ada kampung dekat sinilah?" Soalan itu membuatkan Ashraf ketawa.

"Kampung datuk I lah! Kampung I dekat Singapore je." Balas Ashraf. Waktu itu juga stroopwafel itu telah siap dan Ashraf membuat bayaran.

"Bedank!" Ujar penjual tersebut lantas Ashraf segera membalas, "Graag gedaan."

Ah, Lara sudah tidak ambil peduli! Wafel nipis yang dibalut dengan kertas putih itu terasa suam-suam di tangannya. Sisa karamel yang disapu antara dua wafel nipis itu melimpah keluar. Kecur air liur lalu dia segera menggigit.

"Hmmph...!" Mata tertutup dan langkah diperlahankan.

Terasa wafel yang digigit itu rangup bercampur dengan tekstur kenyal daripada karamel tadi. "My God, sedapnya...!" Ujar Lara. Dia lihat Ashraf yang sedang makan cuma mengangguk. Cara lelaki itu mengunyah pun sudah cukup menceritakan tentang keenakan stroopwafel tersebut! Mata mereka bertembung dan berbalas senyuman. 

"Heaven!" Kata Ashraf lantas mereka berdua tertawa...

Selepas habis stroopwafel tersebut, mereka berdua menaiki tren untuk ke Prinsengracht di tengah kota. Mereka akan menyertai canal boat tour untuk melihat-lihat bandar Amsterdam melalui jalan air. Prinsengracht atau 'Prince Canal' adalah salah satu terusan utama di kota tersebut dan mempunyai kelebaran yang luas.

Cuaca terasa sedikit dingin saat Lara dan Ashraf masuk ke dalam bot panjang dan besar berbumbung lutsinar. Kedatangan mereka bersama penumpang-penumpang lain disambut ramah oleh seorang pemandu pelancong wanita dan pemandu bot.

TRR! TRRRRR...!!

Kedengaran enjin bot dihidupkan. Perlahan-lahan, kenderaan itu mula bergerak meninggalkan dok.

Cahaya matahari pagi sungguh indah di tambah pula dengan deretan 'canal house' pelbagai warna dan stail bentuk bumbung di sepanjang terusan. Ashraf dan Lara mendengar pemandu pelancong itu menceritakan tentang latarbelakang rumah tirus tersebut.

Canal house merupakan salah satu tarikan di bandar Amsterdam yang kebanyakannya pada hari ini telah dijadikan kafe atau perniagaan lain. Kebanyakannya berusia sehingga tiga ratus tahun! Walaupun keluasannya sempit sehingga dilihat seperti berhimpit-himpit antara satu sama lain, tetapi setiap canal house mempunyai rekabentuk berbeza. Itulah yang menjadikan kota liberal itu tampak unik dan 'vibrant'.

"Sayang, I suka yang tu!" Kata Lara sambil dia menunjuk ke arah canal house berwarna hijau tua, tingkap berbingkai putih dan bumbungnya muncung tirus tetapi berseni ukir. Cantik! Ashraf hanya membalas dengan senyuman dan anggukan.

Sambil menyelusuri terusan, pemandu pelancong tadi terus bercerita tentang sejarah bangunan tersebut.

Di tepian terusan itu juga Lara lihat terdapat banyak jenis bot sehinggakan ada di antaranya terlihat seperti rumah yang terapung di atas air! Alangkah bagusnya kalau dia dapat bermalam semalaman di dalam rumah tersebut, fikir Lara.

Tiba-tiba, lamunan Lara terhenti apabila dia terasa Ashraf merapatkan diri sambil memaut tangan pada pinggangnya.

"I miss you, hun." Suara Ashraf singgah di telinga Lara bersama bunyi enjin bot dan suara wanita pemandu pelancong di corong mikrofon. Dia tersenyum memandang Ashraf.

"I dekat depan mata you pun masih rindu jugak ke?"

Kelihatan Ashraf juga tersenyum.

"I rindu moment macam ni. Moment bila I merasa you jadi girlfriend I."

Lara terkedu tetapi dia cuba menyembunyikan air wajahnya. Terasa kesat kerongkong menelan liur.

"Why don't we just be a real couple, honey? A real one instead-"

"And at the right side as we are passing by now is one of the most notable narrowest house at Prinsengracht, house number 57!" Nada suara pemandu pelancong bergema, membuatkan kata-kata Ashraf terhenti. Lalu wanita Belanda itu menyambung lagi, "This one holding the record measures in at just 2.2 metres wide... And that's about the length of six wine bottles, ladies and gentlemen!"

Rumah atau bangunan berukuran 2.2 meter lebar? Gila!

Lantas mata mereka menangkap bayang bangunan berwarna coklat tiga tingkat, kelihatan seperti sebuah kafe. Memang nampak sempit dan kecil sahaja tetapi sangat comel!

Ashraf tidak meneruskan perbualan yang tergantung sebentar tadi. Mungkin kerana tidak mahu mengganggu kosentrasi trip mereka dan itu membuatkan Lara berasa sungguh lega...

Satu jam berlalu langsung tidak terasa. Memang seronok dapat ronda-ronda di kota tersebut melalui jalan air. Selepas tamat sesi lawatan tersebut, Lara dan Ashraf naik ke daratan semula. 

"Kita pergi mana pulak sekarang sayang?" Tanya Lara sambil membetulkan jaket yang dipakainya. 

Ashraf tersenyum meleret. 

"Erm... Red light district." 

"Oh, okay." Lara jawab selamba dan saat itu Ashraf memandang ke wajahnya. 

"You tahu tak apa red light district tu?" 

"Tak. Tapi I tahu tempat tu famous. Pernah dengar sebelum ni." Lara masih lagi selamba manakala Ashraf pula ketawa!

"Kenapa??" Pandangan Lara penuh hairan. 

"Okay. So, you tak tahu apa benda tempat tu, biar I beritahu... Itu memang salah satu tourist attraction dekat sini. Tapi tempat tu... Quite legal for prostituition and marijuana."

Mulut Lara terlopong! "Jadi kenapa kita nak pergi sana?" 

"Sebab I nak you tengok realiti dunia luar macam mana. Go beyond your horizon, see things you've never seen before tapi bukan untuk rosakkan minda you tau! This is just... Some kind of real world out there. Well I mean, here in Amsterdam."

"Oh, okay..." Lara penasaran tetapi... Dia hanya menurut. 

Mereka berjalan kaki melalui bangunan-bangunan unik di sepanjang jalan sehinggalah lebih kurang dua puluh minit kemudian, apabila tiba di sebuah jambatan hidung Lara menangkap bau sesuatu...

Macam bau yang biasa dia hidu di kelab-kelab malam atau di afterparty selepas fashion show. Namun dia tidak berkata apa-apa, hanya terus berjalan mengikut Ashraf. 

"Kita dah sampai dekat kawasan red light district." Kata Ashraf. Lara hanya mengangguk.

Mereka mula menyelusuri lorong-lorong di belakang canal house yang sedikit sesak dengan manusia.

Dalam banyak-banyak deretan kedai di situ, kedai pertama yang mencuri perhatian Lara adalah kedai yang tertulis 'Smart Shop: CBD and Ganja Delight'. Dia terus tersenyum memandang Ashraf!

"Wow."

"Apa wow?!" Potong Ashraf dengan senyum kelat.

"Dia letak signage tu dengan selamba je?!"

"There's more out there!" Sambut Ashraf dalam tawanya diikuti Lara. Sekarang barulah Lara tahu bau yang dia hidu di jambatan tadi. Bau ganja!

Mereka terus melangkah. Terdapat kedai-kedai menjual cenderamata, kedai serbanika dan kafe di sepanjang jalan.

"Hun, you tengok banyak kedai tulis 'coffeeshop' kan?"

"Aha."

"Itu bukan coffeeshop biasa tau."

"Hah??" Muka Lara berkerut memandang Ashraf dan lelaki itu ketawa.

"Diorang bukan jual kopi biasa."

"Habis tu??"

"Diorang jual kopi yang campur ganja. Bukan setakat kopi, kek pun ada jugak. Pendek kata, you jangan masuk kedai yang tulis 'coffeeshop'. Kalau nak coffee dekat Amsterdam ni, cari CAFE, bukan COFFEESHOP. Remember that."

"What...??" Lara terlopong. Ini memang satu perkara yang baru buatnya! "Jom kita masuk tengok-tengok, sayang?"

"WHAT?!" Kali ini Ashraf pula tercengang. 

"Princess, you jangan buat I menyesal bawak you ke sini... You jangan nak cuba yang bukan-bukan pulak-"

"Sayang, I curious je nak tengok menu dia, bukannya nak beli! I ni arak pun tak minum, tak kan lah nak ambik ganja pulak..." Potong Lara dalam tawanya. Gelihati sungguh melihat reaksi Ashraf yang sudah gabra.

"Tengok je! Kalau you mintak apa-apa dekat dalam tu nanti, I terus pikul you keluar!" Serentak itu tawa mereka berderai.

"Ye lah! Sayang, I ni kalau nak hisap ganja ke, dadah ke, tak payah tunggu dekat sini... Korie boyfriend Zieta tu, ramai kawan dia tokan 'bijik' kalau I nak." 

Ashraf tersenyum. Betul juga, fikirnya. Lantas dia dan Lara masuk ke dalam coffeeshop yang berhampiran... 

TODAY'S SPECIALS:
Space brownie 
Moonrock
Gelato #41
Zushi
Do-Si-Lato

Lara tersenyum memandang Ashraf apabila membaca menu yang tertera. 

"Hallo, wat kan ik voor u doen?" Tiba-tiba barista di kaunter menyapa mereka berdua. 

"Ja, goeie vraag... Laten we eerst eens kijken." Ashraf membalas sambil buat senyum paksa.

"Alamak... Kenapa? Dia cakap apa sayang?"

"Dia tanyalah you nak apa."

"So you cakap apa?"

"I cakap good question, bagi kita tengok dulu." 

Lara terus tertawa! 

"Habis tu, macam mana sekarang? Dia dah tunggu pulak ni." 

"Macam mana apa? Dah tengok, kita keluar je lah!" 

Sekali lagi Lara ketawa tetapi barista di kaunter itu hanya memerhati sahaja gelagat mereka sambil menunggu pesanan. 

"Hun, you jangan cari pasal. I angkut you macam kayu balak keluar dari kedai ni nanti. Dah, jom!" 

"Eh, kejap. Tengok ni. Ni apa benda sayang? Strawberry banana kush, blueberry kush, big buddha cheese-"

"Ish, manalah I tau, bukannya pernah beli pun! Dah dah, jom!" Ashraf terus merentap lengan Lara. "Dankt je wel! Doei!" Ujar Ashraf kepada barista tersebut yang kelihatan tercengang memandang mereka. 

Lara ketawa terbahak-bahak dengan keletah Ashraf. Dia terus memeluk lengan dan menyandarkan kepalanya di bahu Ashraf sebaik sahaja melangkah keluar daripada kedai tersebut.

"You memang nak beli ke, hun?"

"Ish, tak lah!" Teriak Lara lantas mereka ketawa semula. Lorong kecil yang mereka lalui itu dilihat semakin ramai pengunjung. 

Selang sepuluh minit kemudian, mulut Lara ternganga lagi! 

Dia melihat deretan tingkap berlampu merah dan berkaca lutsinar mempunyai perempuan-perempuan seksi di dalamnya. Kebanyakan mereka memakai sut lingerie pelbagai rupa dan warna tetapi ada juga yang tidak bertutup di bahagian dada, hanya menekup dengan telapak tangan! 

"Don't stare too long." Ujar Ashraf. Lara terus memandangnya. 

"Amboi. Seronok nampak cuci mata?!" 

"What...?" Ashraf tergelak besar. "Siapa yang cuci mata ni, hun? You tu yang tengok macam nak terkeluar biji mata-"

"I terperanjat, bukan cuci mata." Nada Lara mencerun. "Cuci mata tu you-lah. Lelaki, kan?!" Kali ini nadanya berbaur cemburu dan sakit hati. 

"Hun... Cuci mata apanya...? To me cuci mata is when I enjoy the view. Ini... Hmm..." Ashraf memandang deretan perempuan itu sekilas lalu dan waktu itu juga Lara rasa hendak tekup saja mata si Ashraf! Hatinya penuh cemburu.

"Takdelah cantik pun. Yang macam dah beranak pun ada." Sambung Ashraf.

Lara kembali memandang ke arah tingkap-tingkap yang sedang mereka lalui. Ashraf sudah tidak menoleh kiri dan kanan, hanya terus melangkah. 

Hmm... Betul juga, fikir Lara. Pendek kata, rata-rata perempuan di dalam tingkap itu semuanya biasa-biasa sahaja.

"Ada ke orang nak langgan kalau macam ni?" 

"Entah. Supply versus demand, adalah kot." Jawab Ashraf selamba. 

"Ashraf... I harap you tak buat benda-benda gila macam ni ye." 

Bulat mata Ashraf memandang Lara! 

"Hun?! You ingat I apa?? Hei, I ni memanglah tak alim tapi takdelah terdesak atau sangap sangat nak buat benda-benda macam ni."

"I cakap je... Manalah tahu-"

"What?! Manalah tahu?!" Ashraf tertawa sinis. "Okay, listen. Let me tell you something. I ni jenis kalau tak ada perasaan, I tak boleh buat tau. Dengan you yang I ada perasaan pun I tak buat apa-apa, inikan pulak dengan window girls entah mana-mana manusia ni, hish! You ni fikir bukan-bukan!"

Lara senyum sumbing. Hatinya berasa lega sedikit. Mereka berdua terdiam sambil terus berjalan... 

"Hah. Kedai ni you tak nak masuk macam coffeeshop tadi ke?" Ashraf berkata selepas beberapa ketika.

Lara terus memandang apa yang dimaksudkan oleh Ashraf. 

THE MOST VIBRATING SHOP 

Tulisan itu besar-besar tertulis pada kaca dinding kedai. Di dalamnya, terdapat pelbagai 'alatan' terpamer di situ. Kening Lara berkerut masih tidak dapat menangkap apakah bendanya semua itu. Lantas dia menarik tangan Ashraf menghampiri dinding kaca dan saat dia masih penasaran, matanya menangkap sesuatu yang sangat jelas. 

Tawa Lara terhambur. Wajahnya merah memandang Ashraf dan kelihatan lelaki itu tersenyum nipis. 

"Oh my God..." Lara melihat kembali ke arah 'benda-benda' tersebut. 

Deretan replika menyerupai punggung perempuan lengkap bersama dua lubang depan dan belakang dalam pelbagai tona warna kulit tersusun di situ! 

"Gosh! Seriously...??" Sambung Lara tetapi kini wajahnya sudah mula berkerut. Eww!

Di satu sudut pula, terdapat deretan replika berbentuk zakar dalam pelbagai saiz dan warna tetapi yang lain-lain itu Lara tidak pasti! Ada yang bentuk bercangkuk-cangkuk, ada yang seperti cawan dan entah apa lagi kegunaannya, tidak tercapai dek akal. 

"Hah. Tak nak masuk??" Suara Ashraf seakan-akan memerli tetapi entah bagaimana telinga mereka menangkap bunyi sesuatu...

"Oh...! Ahhh!" Kedengaran suara perempuan sayup-sayup menjerit daripada dalam kedai tersebut. Mungkin sedang mencuba produk sebelum membeli!

"Damn it...!" Lara menarik tangan Ashraf dan segera beredar daripada situ. "Dah, dah...! Ini dah mengarut dah ni, sayang! Jomlah kita chow." Ujarnya lalu membuat Ashraf ketawa terbahak-bahak.  

"Ha, macam ni lah I rasa masa you nak beli air dekat coffeeshop tadi! Sekarang baru tahu takut!" 

"Shut up, sayang...!" Potong Lara lantas mereka ketawa dan meninggalkan daerah yang penuh cela itu...

Mariott Hotel Amsterdam
Bilik nombor 229

"Hun...!" Kedengaran suara Ashraf memanggil di luar pintu bilik mandi. 

"Ye?!" Jawab Lara. Dia memperlahankan air pancuran. Sebaik sahaja mereka tiba di bilik hotel daripada Red Light District tadi, Lara terus mandi membersihkan diri. Mereka pulang ke bilik lebih awal kerana merancang akan keluar semula untuk makan malam.

"I nak pergi swimming dekat bawah!" 

"Hah? Kenapa tiba-tiba nak pergi swimming?" Kening Lara mencerun. 

"Swimming kan memang rutin I...!" 

"Masa dekat LA you tak swim pun??" 

Ashraf tertawa kecil. Terasa lagak Lara menyoalnya seperti seorang girlfriend yang sedang menyoal siasat boyfriend-nya.

"Biltmore punya swimming pool under construction. I selalu fly LAX, dah berapa bulan dah diorang tutup indoor swimming pool tu." 

"Oh, okay..." 

"Lepas mandi you datanglah bawah, teman I swim." Sambung Ashraf. 

"Ha, okay. Tapi I takde swimsuit tau. I tengok you swim je lah." 

"Okay... I pergi dulu. See you there!" 

"See you, sayang!" Lantas, Lara terus menyambung mandi...

Selepas bersiap, Lara mencapai telefon bimbitnya. Dia kelihatan cantik sekali dengan baju dress setakat lutut dan knitted cardigan berwarna kelabu. 

BAM...! 

Pintu bilik ditutup tetapi saat itu juga, Lara teringat sesuatu... Dia tidak membawa kad akses bilik! 

'Aduh... Lupalah pulak!' Desisnya namun dia berharap Ashraf ada membawa kad pendua tersebut.

Lara masuk ke dalam lift dan menekan butang nombor 3 yang ada tertera perkataan 'Swimming pool' di tepinya... 

"Sayang!" Lara memanggil Ashraf sebaik sahaja dia tiba di situ. Kelihatan Ashraf yang sedang berenang menoleh.

"You ada bawak access card tak?" 

Ashraf menggeleng. 

"Ala, I terlupa nak bawaklah... Tertinggal dalam bilik!" 

"Takpe, boleh mintak daripada receptionist dekat bawah!" 

"Ha, okay. I pergi sekejap!" 

Ashraf mengangguk dan Lara terus berlalu... 

"Excuse me... I forgot to bring my access card. Do you have the duplicate card?" Ujar Lara kepada pekerja di kaunter menyambut tetamu. 

"Yes, we have ma'am. May I know what's your room number?" 

"229." 

"Okay, please wait for a moment, ma'am." Kata pekerja tersebut dan terus berlalu.

"Hai, Lara!" 

Lara memandang ke arah suara tersebut. 

"Eh, hai!" Dia memberikan sebuah senyuman kepada Natasha. 

"You buat apa ni?" Tanya gadis itu.

"Oh, I tertinggal kad akses dekat dalam bilik. So nak ambik pendua." 

"Ashraf mana?" 

"Ashraf tengah swimming. Dia pun tak bawak kad." Jawab Lara.

"Oh, I see......" Senyuman Natasha makin lebar! 

"Ma'am, here it is. You may return it anytime or during check-out." Pekerja kaunter tadi tiba semula dan menghulurkan sekeping kad kepada Lara. 

"Okay, thank you..." 

"You're welcome." Balas pekerja itu lagi dan perlahan-lahan Lara mengatur langkah bersama Natasha.

"Eh, Lara... I nak tanya something-lah."

Lara memandang Natasha.

"You dah berapa lama couple dengan Ashraf?"

'Alamak! Nak cakap berapa lama?' Getus Lara dalam hati. Dia senyum tersipu-sipu namun detak hati Natasha menahan rasa meluat dengan reaksi 'bahagia' pada air wajah Lara. 

"Hmm... Masuk dua tahun. Eh, rasa macam cepat pulak dah dua tahun!" Lara tertawa manakala Natasha pula seboleh-boleh berlakon ikut tertawa sama. 

"Hmm, lama jugak tu... Setakat ni you okay ke dengan Ashraf?" Lirikan mata Natasha sungguh tajam.

"Okay... Kitorang happy je! He's so loving and caring. Pendek kata... Happy sangat!" Lara lihat gadis itu hanya tertawa dan mengangguk. 

"Well, erm... Sebenarnya, I nak share something dengan you. But firstly, I just want you to know that I don't have any ill intention towards you. Kita sama-sama perempuan. I cuma nak tolong you je." 

Lara terkedu. Keningnya mula mencerun... "Apa maksud you?" 

"Has Ashraf ever cheated on you before?"

Pertanyaan itu lagi membuatkan kening Lara berkerut.

"Erm, tak pernah. Kenapa??" Tanyanya lagi.

"Bulan lepas, masa kitorang sampai Changi, I nampak ada sorang perempuan sambut Ashraf."

Pandangan mata Lara menangkap mata Natasha. 

"Masa tu I ingatkan you sebab diorang kemain berpeluk sakan."

Kata-kata itu singgah di telinga Lara bagaikan halilintar! 

"Tapi lepas tu... Masa perempuan tu peluk lengan Ashraf, I tengok daripada belakang perempuan tu kecik rendah je orangnya, bukan tinggi macam you." Sambung Natasha lagi. Sebuah senyuman sinis terkoyak di bibir.

"Really...?" Lara memandang Natasha menerusi pandangan mata yang sudah mengecil.

"Really, I swear! Kalau you tak percaya, you tanyalah Ashraf sendiri." 

Saat ini Natasha berasa puas hati dapat menghancurkan hati Lara melalui 'pertolongannya'. Wajah Lara ditenung dalam pandangan belas ehsan yang dibuat-buat. Terasa satu kemenangan besar buatnya! 'Rasakan kau! Kau bahagia sangat tadi, kan?! Kau ingat si poyo tu baik sangat?! Padan muka kau sekarang!' Bisik hatinya.

"Are you sure that was Ashraf, Natasha?" 

Pertanyaan itu membuatkan Natasha ketawa!

"My dear, kesian you... I tahu you mesti susah nak percaya, kan...? Of course I yakin itu Ashraf. Kitorang keluar kapal sama-sama! Tapi masa I nampak tu jarak kitorang takdelah dekat sangat, macam dari sini ke lounge sana! Tapi I tahulah itu Ashraf, dia jalan depan I!" 

Hati Lara hancur. Sakit kerongkongnya menelan liur yang bercampur dengan rasa kecewa. 

"Hmmph, kemain sungguh diorang berpeluk! Macam dah gersang sangat, entah-entah lepas tu terus check-in hotel! Semacam je I tengok betina tu! Eh, entah-entah Ashraf memang ramai skandal kot? Maklumlah, orang handsome!" Jarum terus dicucuk, biar terbenam jadi luka yang dalam di hati gadis di depan matanya ini.

"Hmm, thanks Natasha sebab you bagi tahu perkara ni pada I... Nantilah, I tanya Ashraf." Lara rasa lemas! Dia cuba bernafas perlahan-lahan untuk bertenang tetapi udara yang masuk bagaikan penuh dengan selumbar.

"It's okay... I faham perasaan you. Tapi I harap Ashraf akan mengakulah, sebab... Kalau dia tak mengaku, kesian you... Bukan saja dapat boyfriend playboy, tapi jugak penipu."

Hati Lara hancur mendengarnya. Tak sanggup dia bayangkan lelaki yang paling dia percaya selama ini akhirnya... Begini. 

"Okay. Thanks again, Natasha." Lara senyum paksa lantas jarinya menekan butang lif...

"Why don't we just be a real couple, honey? A real one instead-"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience