Bab 25

Romance Completed 159812

"Hello Zie..."

"Hello Ra! Eh, kenapa suara kau macam ni? Kau tak sihat ke?" Wajah Zieta berkerut.

"Tu lah... Aku tiba-tiba demam pulak..." Ujar Lara.

Sepatutnya mereka berdua hendak berjumpa hari ini selepas tamat kelas Lara nanti untuk bergosip tentang blind date minggu lepas!

"Laa... Kesiannya kau! So kita tak payah jumpa dululah. Kau rehat je, okay."

"A'ah, okay... Sebab tu aku call kau ni. Nanti bila aku dah okay kita set balik ye."

"Okay Ra. Take care tau! Kalau ada apa-apa bagi tahulah."

"Okay..."

Setelah masing-masing mengucapkan 'bye', mereka memutuskan talian.

Lara menempatkan telefonnya di tepi bantal. Saat dia melirikkan pandangan ke jam dinding, waktu sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi. Dalam fikiran Lara, dia teringatkan kelas Fundamental of Business yang sudah setengah jam berlangsung. Lara tidak larat untuk ke fakulti apatah lagi bila hendak berasak-asak menaiki bas. Kalaulah dia larat, perkara pertama sekali yang Lara hendak buat adalah pergi ke klinik. Tetapi oleh kerana badannya berasa lemah, Lara mengambil keputusan untuk berehat sahaja dahulu.

Tiba-tiba, telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

Calling... Ashraf SIA

Hati Lara berbunga apabila terlihatkan nama itu. Sebentar tadi Lara ada menghantar SMS kepada Ashraf (dan juga Huzaimi!) mengatakan yang dia tidak ke kelas kerana tak sihat badan.

Lara tekan butang 'Answer'.

"Hello Ash..."

"Uish! Princess, your voice sounds awful." Ujar Ashraf. Lara hanya tertawa kecil tetapi suara tawanya itupun kedengaran seperti peti suara Lara membengkak. 

"Dah makan ubat belum?"

"Erm... Takde ubat. I belum pergi klinik."

"Laa, habis tu kalau takde ubat macam mana nak baik?" Tanya Ashraf lagi.

"Ermm... Petang sikitlah I pergi klinik. Sekarang tak laratlah. Badan I lemah."

"Ah, okay... I tell you what. You tidur dulu, rehat elok-elok. Lagi dua atau tiga jam nanti baru pergi klinik okay?"

"Yeah, memang I rasa macam nak rehat dulu..."

"Yup yup, good... Nanti lagi dua atau tiga jam I call you balik, okay? You tidurlah sampai I call."

"Yeah, okay Ash..." Bibir Lara mengukir senyuman. Seronok juga rasanya bila ada orang yang boleh tolong kejutkan nanti. "Thanks, Ash..." Ucap Lara dengan suara yang sedikit sengau. Hidungnya tersumbat!

"No worries. Take care, princess."

Talian diputuskan. Lara terus mengiringkan badannya sambil memeluk bantal. Sekejap sahaja selepas dia menutup mata, Lara terus larut dalam lenanya...

*          *          *          *          *

Gabungan muzik orkestra persembahan daripada kumpulan San Francisco Symphony kedengaran sungguh harmoni sebelum petikan gitar dan pukulan drum menggegarkan segenap ruang kereta Mazda RX8 tersebut. Lagu 'No Leaf Clover' daripada band metal terkenal dunia, Metallica bergema semakin rancak. Ashraf tersenyum sendirian. Kakinya menekan pedal kereta sehingga kereta sport tersebut memecut dengan sungguh laju. Bunyi enjin berteknologi rotary itu kedengaran mengaum garang...

*          *          *          *          *

Lara tersentak dari lena yang panjang. Perlahan-lahan, dia membuka mata. Telinganya menangkap bunyi telefon bimbit yang berdering.

Calling... Ashraf SIA

"Ya Allah... Dah dua jam aku tidur...??" Jari Lara menekan butang 'Answer'.

"Hi Ash..." Matanya ditutup.

"Hi princess. How are you feeling?"

"Hmm... Okay-lah, had a good sleep. Tapi still demamlah." Lara senyum kecil.

"Jom pergi klinik?"

Mata Lara terus terbuka dan serta-merta keningnya berkerut!

"Jom pergi klinik??" Lara mengulangi ayat Ashraf. Dia berasa pelik.

"Yeah... Umm... Actually, I'm already at the gate." Ucap Ashraf dengan senyumannya yang lebar!

"Huh?? Already at the gate?? Gate mana?" Lara semakin pelik tetapi kedengaran suara Ashraf ketawa.

"Gate Kolej Melati..."

Mata Lara terbeliak.

"WHAT?!" Lara segera bangun dan terduduk bersila di atas katil. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dia dengar!

"You dah ada dekat bawah??" Tanya Lara lagi.

"Hehe... Yeah. I was thinking to bring you to clinic."

"Ya Allah, Ash...! Kenapa you susah-susah macam ni?!"

"Eh...! I tak rasa susahlah. Sekejap je I drive daripada JB tadi. Lagipun... Saja nak try long distance drive kereta I ni... Hehe..." Ashraf rasa alasannya itu agak kukuh.

Lara masih terpempan!

"Erm, kita pergi klinik ye?" Sambung Ashraf lagi.

"Oh my God... Sure, sure...! Susahkan you je! Tapi you tunggu sekejap, I nak freshen up dulu boleh?"

"Yes, of course. Don't worry, take your time. I boleh tunggu dekat bawah ni. Kereta I color merah tau. Bukan kereta yang hari tu."

"Oh, okay. See you in awhile."

Lantas, talian diputuskan.

"Masya Allah, Ashraf Zildan...!!" Lara melompat daripada katil dan merenggut tuala berserta bakul toiletries-nya lantas berlari keluar menuju ke bilik air di tengah-tengah bangunan kolej kediaman tersebut.

Ashraf meletakkan telefonnya di dalam compartment yang berada di tengah-tengah antara tempat duduknya dan tempat duduk penumpang sebelah. Perjalanan dari Johor Bahru ke Shah Alam dengan kereta sport Mazda RX8-nya itu sungguh mengasyikkan. Berdesup dia pergi! Ashraf mengusap-usap stereng kereta. 'Awek seksi' kesayangannya!

Lebih kurang dua puluh minit selepas itu, bayang Lara muncul daripada jauh. Kelihatan gadis itu memakai seluar jeans dan baby-T sendat berserta cardigan yang agak tebal. Bibir Ashraf mula mengukir senyuman lebar apabila terlihatkan sosok itu. Perasaannya mula berbunga-bunga.

"Hi Ash!" Ucap Lara sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.

"Hi princess! Aww... Kesiannya dia demam..." Ashraf memandang wajah polos Lara yang sedikit pucat tetapi air wajah gadis itu dia lihat berseri-seri seperti orang yang sedang gembira. Adakah kerana Lara gembira dengan kedatangannya yang secara tiba-tiba?? Hati Ashraf tertanya-tanya.

"Whoa, cantiknya kereta you...!" Raut wajah Lara kelihatan kagum melihat ruang dalaman kereta tersebut menyebabkan Ashraf tersenyum bangga. 

"Thanks! Tapi kereta I ni kecik jelah, tak macam kereta abang I hari tu." Kata Ashraf sambil mengundurkan kereta. 

"Eh, kereta sport memanglah kecik!" Lara tersenyum dan menjeling Ashraf. 

Rindu. 

Ada sedikit rindu tercalit di hati Lara ketika menatap wajah Ashraf di sebelahnya. Tetapi segera Lara abaikan. 

Sedang Ashraf memandu keluar daripada kawasan Kolej Melati itu, jarinya menekan salah satu butang di sterengnya, lantas lagu 'Laskar Cinta' daripada kumpulan Dewa19 kedengaran. 

"You memang suka Dewa, kan?" Lara senyum.

"Hei... Diorang legend-lah!"  

"Ye, I tahu... I tak argue pun sebab I pun minat Dewa jugak... Especially, Tyo... Ahh, handsome-nya dia...!" Kata Lara sambil melekapkan kedua-dua telapak tangannya ke dada dan membuat ekspresi melamun. 

"Tyo? Tyo Nugros?!" 

"A'ah." Lara senyum lebar.

"Drummer Dewa tu??"

"Yups, drummer terganteng seantero Indonesia!" Ujar Lara dalam dialek Indonesia dan mereka terus ketawa bersama! "Bila I tengok dia main drum... Ahh! Cair...!" Sambung Lara sambil melentokkan kepala. Ashraf mencebikkan bibir. Cemburu.

"Eleh... You tak tengok lagi drummer Necromancers main drum!" 

Kening Lara mencerun memandang Ashraf.

"Necromancers tu band you kan?"

"A'ah." Ashraf sengih sambil mereka bertentang mata dan sekali lagi, tawa mereka berderai.  

"You...! I tengok dalam video clip Laskar Cinta ni dengan Risalah Hati, dia pusing-pusingkan drumstick tu masa dia tengah main drum... Oh my god! Macho gila! Ahh...Bergayanya!"

"Hei, heii... It's a drummer thing-lah... Biasa je tu, I pun boleh buat!" Suara Ashraf yang seakan cemburu itu membuatkan Lara ketawa terbahak-bahak. Lagaknya sekarang sudah seperti orang sihat kecuali bunyi suara tawanya yang serak-serak pecah!

"Eleh...! You boleh buat macam tu??" Tanya Lara dalam tawanya.

"Of course!"

"Nak tengok?!" 

"Datanglah JB, nanti I jumpakan you dengan bandmates I semua..." Jawab Ashraf. Fikirannya terus membayangkan kalau Lara benar-benar datang ke Johor Bahru, sudah tentu menjadi hari yang paling gembira sekali buatnya! Dia dengan bangganya akan memperkenalkan Lara kepada Danny dan budak-budak bandnya dan begitu juga sebaliknya.

Kereta sport itu terus merentasi pintu pagar UiTM pada tengahari itu...

Selepas ke klinik, Ashraf membawa Lara makan tengahari. Kata gadis itu, dia teringin makanan yang bersup dek kerana tekaknya yang perit. Lantas, mereka berdua ke restoran steamboat Johnny's di Jusco Bukit Raja yang terletak di sempadan Shah Alam - Klang. Kedudukannya tidak berapa jauh daripada pintu masuk belakang UiTM Shah Alam. 

"Sedaplah nasi goreng ni." Ujar Ashraf sambil menghabiskan suapan terakhir. 

"Yeah... I pun suka semua nasi goreng dekat sini. Actually Zieta dengan Khyra yang suka makan steamboat ni. I tak berapa sangat... So kalau I datang sini, I mesti makan nasi goreng dia... You tak pernah makan Johnny's sebelum ni ye?"

"Tak. I jarang makan yang fancy-fancy ni." Waktu itu juga gelak tawa mereka kedengaran. Perkataan 'fancy' itu membuatkan Lara segera teringat kepada perbualan mereka minggu lalu. 

"Perli I lah tu!" Ujar Lara dalam tawanya. Dia memberi satu jelingan tajam ke wajah Ashraf.  

Ketika itu juga Ashraf mula mengeluarkan kesemua ubat Lara daripada plastik kecil berwarna putih. Ada ubat selsema, ubat batuk, paracetamol dan antibiotik yang perlu Lara habiskan. 

"So lepas ni you balik Ukay Heights?" Tanya Lara. Tangannya menadah ubat paracetamol yang telah dibuka Ashraf.

"Taklah. Terus balik JB lah."

Lara terpempan. 

"Err... Kenapa you tak balik ke Ukay Heights??" 

"Buat apa nak balik sana... Lagipun I tak bawak kunci rumah, adik I pulak kerja. Baik I terus balik ke JB atau Singapore je. Malam esok I ada jamming, lusa pulak dah kerja."

"La... Habis tu, you datang ni sekejap je??"

Ashraf mengangguk kepala. Dia memerhatikan saja gadis di hadapannya itu memakan ubat selsema yang diberi. 

"Ala... Kesiannya you." 

"Takpe, jangan risau. Tak jadi masalah pun." 

Lara tidak sedap hati. Saat dia memakan ubat-ubatan yang lain, otaknya berfikir laju. Huzaimi yang ada bersebelahan dengan Shah Alam pun tak datang menghantarnya ke klinik! Dia mula berasa serba salah...

"Erm..."

Mata mereka bertentang. 

"Macam ni lah. Kita hangout sekejap sebelum you balik, nak? Takkan you dah datang jauh-jauh ni sekejap je terus nak balik."

Ashraf ketawa!

"Risau sangatlah you ni. You tak sihatlah, princess. You nak hangout dekat mana...? Balik bilik tidur je lah, rehat." Ujar Ashraf.

"Ermm... Kalau kita pergi tengok wayang??"

Saat itu, Lara lihat Ashraf senyum meleret!

"You tak sihat, kan?"

"Ye lah, tapi tengok wayang duduk relax je. Bukannya kena buat apa-apa pun..."

Mereka terdiam sebentar. 

"Betul you nak tengok wayang ni?" Tanya Ashraf.

"Betullah. Atas ni ada GSC."

"Oh... Okay. Kalau you nak, bolehlah. You nak tengok cerita apa?" Tanya Ashraf lagi. Dia lihat Lara seakan berfikir. 

"I ikut you je lah. I cerita apa-apa pun okay." 

"Hmm... Actually I bukan tahu sangat movies apa yang ada sekarang. Bila last I tengok wayang pun I dah tak ingat. Lama gila tak pergi." 

Kata-kata Ashraf itu menangkap perhatian Lara. Saat itu mereka mula bangun dan menuju ke kaunter bayaran. 'Hai...? Playboy takkan lah tak bawak awek-awek dating tengok wayang??' Bisik hati Lara. Dia jalan beriringan dengan lelaki setinggi 186cm itu. Oleh kerana kali ini Lara memakai kasut yang bertapak rata, sosok tubuh Ashraf itu dia rasakan semakin tinggi melampai. 

Raut wajah Ashraf yang sedang membuat bayaran di kaunter ditatapnya. Raut yang sentiasa tampak serius tetapi bila sesekali tersenyum, aduh manisnya... Fikir Lara. 

'Playboy ke mamat depan aku ni...?' Lara terus tertanya-tanya sendirian... 

Ashraf dan Lara duduk bersebelahan di dalam panggung wayang tanpa bersentuhan bahu. Mereka akhirnya memilih untuk menonton filem Mr & Mrs Smith lakonan Angelina Jolie dan Brad Pitt. Tidak ramai pun penonton pada waktu ini, mungkin kerana sedang waktu pejabat dan waktu makan tengahari baru sahaja berakhir. 

"You okay tak?" Tanya Ashraf sambil menatap wajah Lara dalam samar-samar cahaya. Waktu itu filem baru sahaja bermula. 

Lara tersenyum dan mengangguk memandang Ashraf.

"Tak sejuk?" Tanya Ashraf lagi.

"Taklah. Cardigan I tebal."

Lantas Ashraf mengangguk dan memalingkan semula pandangannya ke layar skrin.

Hampir empat puluh minit kemudian, Ashraf terasa suhu di dalam panggung menjadi semakin sejuk. Mungkin kerana bilangan penonton yang tidak ramai. Fikiran Ashraf teringatkan Lara yang sedang demam tetapi... Kata gadis itu tadi cardigan yang dipakainya tebal.

Tiba-tiba, Ashraf terperasan gerak-geri Lara di sebelahnya yang mula memeluk tubuh lantas membuatkan Ashraf menoleh.

"Sejuk?"

Lara tertawa kecil sambil mengangguk. 

"You okay tak?"

"Okay je..."

"Nak balik?" 

"Tak naklah! Cerita tengah best-lah!" Bisik Lara lagi.

Ashraf terpaku sebelum memandang ke hadapan semula. Saat ini hatinya mula berdebar. Dia mengetap bibir manakala fikirannya seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

Ashraf mengatur nafas.

Hati masih lagi berdebar sementara mencari satu daya dalam dirinya.

Entah bagaimana secara spontan dia menghulurkan tangannya ke Lara. Hatinya terasa gusar, bimbang kalau-kalau hulurannya ditolak. Kelihatan gadis itu memandang tepat ke wajahnya dalam samar-samar. 

"Err... You sejuk, kan? So let me warm you a little bit." Berdebar. Alangkah malunya dia kalau gadis itu menolak! 

Ashraf lihat Lara tersenyum.

Perlahan-lahan, kedua-dua tangan gadis itu menggenggam tangan Ashraf. Debaran tadi terus hilang entah ke mana!

Ashraf mula mengusap-usap tangan Lara yang dingin supaya geseran itu dapat menghasilkan sedikit haba. Jari-jemari halus itu terus diusap...

Lara hanya mematungkan diri. Dalam keadaan yang sejuk membeku itu hatinya terasa hangat dan mencair! Tangan Ashraf yang kasar sungguh lembut membelai kulit dan jemarinya. Bukan kerana Huzaimi tidak pernah menyentuh tangannya tetapi panahan asmara si Ashraf ini lebih hebat. Lara mengeluh dalam diam... Tingkah laku playboy dalam diri Ashraf dirasakan semakin ketara.

Walaupun pandangan mata Lara ditancap pada layar skrin di hadapan, tetapi fikirannya kini melayang jauh memikirkan Ashraf seorang...

*          *          *          *          *  

Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam sewaktu Ashraf berhenti sebentar di R&R Ayer Keroh, Melaka. Sebaik sahaja dia keluar daripada tandas, dia terpandang seorang lelaki yang sudah agak berusia sedang berniaga kerepek di bahu jalan berhampiran dengan parkir keretanya. Terdapat lima buah bakul di atas rumput penuh dengan bermacam jenis kerepek, terus Ashraf hampiri.

"Yes, sir... You want buy? Potato chip... Banana chip... This one, banana chip, sweet. Good." Lelaki yang berkopiah itu seboleh-boleh cuba berbahasa Inggeris sambil menunjukkan ibu jarinya saat dia berkata 'good'. Ashraf terkedu. 

'Alamak... Habis tu aku nak kena cakap English jugak ke atau macam mana ni??' Bisik Ashraf dalam hati. Dia menggaru kepala.

"Oh...! You... You don't know chip?? This one potato... This one banana... We cut... Like this... Haa... We... We cook... Oil. Now, like this. Good... You want try?" Mungkin kerana melihat Ashraf tergaru-garu kepala, pakcik tua itu sedaya upaya memberi penerangan tentang kerepek yang dijualnya!

Ashraf terus mencangkung kerana lelaki itu duduk di bangku yang agak rendah. Dia membelek-belek kerepek di dalam bakul dan selepas itu mereka bertentang mata. 

"Err... Sebungkus ni berapa pakcik?" 

Pakcik tua itu ternganga! 

"Laa! Melayu ke kau?! Pakcik ingatkan mat saleh manalah tadi! Hawau!! Hahaha!" Tiba-tiba sahaja lelaki itu berkata sambil ketawa dengan kuatnya. Ashraf tertawa kecil dan tersipu malu.

"Haa... Yang besar ni dua belas ringgit. Yang plastik sederhana ni lima ringgit. Tapi sebab kau punya pasal dan hari pun dah malam ni, pakcik bagi sepuluh ringgit dengan tiga ringgit je lah!" Katanya lagi masih dalam tawanya. 

"Oh..." Mata Ashraf melilau-lilau lagi memandang kerepek tersebut. "Bagi semua pakcik." Sambung Ashraf.

Pakcik tua itu ternganga untuk kedua kali!

"Semua??" Tanyanya.

"A'ah. Boleh ke?"

"Apa tak boleh pulak?" Serentak itu lelaki itu ketawa lagi menyebabkan beberapa orang yang lalu-lalang di situ memandang mereka berdua. Ashraf ikut tertawa sambil menggeleng kepala.

"Haa... Lapan bungkus besar, lapan puluh ringgit..."

"Takpe, pakcik kira je harga asal. Lapan bungkus, sembilan puluh enam ringgit..." Ujar Ashraf. Wajah tua itu dia lihat seolah-olah terpempan dan kemudian menganggukkan kepala. Dia mengira-ngira pula plastik kerepek yang bersaiz sederhana besar.

"Jadi semua sekali seratus empat puluh enam ringgit. Seratus dua puluh jelah! Diskaun!" Kesemua kerepek-kerepek itu dimasukkan ke dalam beg plastik besar yang sudah renyuk. Ashraf menarik keluar dua keping wang kertas berwarna ungu daripada dompetnya lalu dihulurkan kepada pakcik tersebut. 

"Seratus empat puluh enam ringgit, balance pakcik simpan." Ujar Ashraf.

Air muka pakcik itu segera berubah. Dia menelan liur sambil melihat wang di tangan Ashraf.

"Eh, banyak sangat ni..." Ujarnya dengan wajah yang berkerut. 

"Mana ada banyak. Baki sepatutnya ada lima puluh empat ringgit. So pakcik simpanlah lima puluh empat ringgit tu." 

"Lima puluh empat ringgit tu banyak buat pakcik nak..." Mata tua itu mula berkaca.

"Oh." Ashraf terpempan seketika. Betapa kata-kata itu memberi satu perspektif buat dirinya tentang kehidupan dan nasib orang lain yang tidak sebaik dirinya ataupun ayahnya kerana lelaki tua itu Ashraf rasa lebih kurang sebaya ayahnya.

"Takpe, rezeki pakcik. Ambiklah." Ashraf mengunjukkan duit itu sekali lagi. Lantas, duit tersebut bertukar tangan. 

"Terima kasih..." Kata lelaki itu dengan wajah yang terharu. "Pakcik doakan semoga hidup kau dilimpahi rahmat, nak..." 

Ashraf tersenyum lebar. 

"Thanks, pakcik." Ujarnya.

Sebenarnya, Ashraf kerap sahaja melakukan perkara seperti ini tetapi inilah pertama kali dia mendapat reaksi yang menyentuh hati.

Setelah mengucapkan selamat tinggal, Ashraf masuk ke dalam kereta bersama dua buah beg plastik besar di tempat duduk belakang! 

Apabila keretanya hendak keluar daripada simpang R&R tersebut, belum sempat pun Ashraf memecut, lampu keretanya menyuluh sesuatu di tepi jalanraya. Mujurlah dia tidak melanggarnya. Ashraf segera memberhentikan kereta lalu bergegas keluar.

"Hey, buddy..." Ucap Ashraf dengan nada yang perlahan. Dia terus mencangkung.

"Awhh... You poor thing..." Kata Ashraf sebaik sahaja terlihat kulit yang sudah terkoyak!

'Uuu... Uuu...' Bunyi itu kedengaran sungguh lemah tidak berdaya.

"Alright... Don't worry buddy, you go home with me tonight." Ashraf mengangkat binatang itu dengan berhati-hati. Suara rintihan terus kedengaran.

"Syhhh... I gotcha. I gotcha..." Kata Ashraf.

Dia terus berjalan masuk ke dalam kereta...

Tangan Ashraf yang kasar sungguh lembut membelai kulit dan jemarinya. Bukan kerana Huzaimi tidak pernah menyentuh tangannya tetapi panahan asmara si Ashraf ini lebih hebat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience