Lampu trafik bertukar warna merah dan Ashraf memberhentikan kereta. Hidungnya merah sedikit akibat selsema namun dia tetap pergi bekerja walaupun sekali-sekala dia terbersin. Ah, rimasnya! Dia menyandarkan kepala pada tempat duduk kereta.
Mata memerhatikan kereta lalu-lalang di hadapan. Dalam kotak ingatannya sekarang seakan terngiang-ngiang lenggok suara Lara...
"Sayang, cuba you teka... You rasa I ada pakai apa-apa tak dekat dalam?"
Aduh... Air liur ditelan. Bibirnya melorekkan senyuman.
Seminggu telah berlalu namun aksi-aksi menggoda Lara sewaktu mereka bermalam di Genting Highland masih terbayang dan terngiang.
"Well, I don't mind getting wet... Again..."
Urgh, cair! Satu minggu ini juga Ashraf umpama makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena penangan godaan Lara.Â
'Kamulah makhluk Tuhan yang tercipta yang paling seksi,
Cuma kamu yang bisa membuatku terus menjerit,
Oh oh oh! Oh oh oh...!'
Kedengaran lagu yang sedang popular 'Makhluk Tuhan Paling Seksi' nyanyian Mulan Jameela bergema di radio membuatkan Ashraf tertawa sendirian.
"Argh, no!" Dia memejam mata rapat-rapat. Stereng kereta digenggam kuat hingga timbul urat di tangan. Separuh gila Ashraf sekarang dek kerana Lara!
Mustahillah nafsunya tidak bergelora apabila mendengar suara lunak dan lentok badan Lara yang manja dan seksi pada malam itu. Menggeletar seluruh badan dan lemas jiwa raganya menolak godaan tetapi Ashraf tekad, dia tidak akan sekali-kali tunduk pada kehendak Lara.
Dua tahun sudah cukup lama menunggu Lara menjadi miliknya. Mana ada lelaki yang sanggup tunggu selama ini?! Terasa seolah-olah cinta dan diri diperlakukan sambil lewa oleh gadis idamannya. Mentang-mentanglah dia cinta separuh mati! Hati Ashraf terobek, sakit sekali. Kalau semakin difikir memang boleh bawa gaduh tetapi bagus juga kejadian malam itu. Semua yang terpendam di hati Ashraf selama ini akhirnya terluah juga.
Pedal minyak kereta dipijak apabila lampu trafik berubah warna.
Saat ini Ashraf teringat pula pada keletah Lara keesokan harinya. Gadis itu tidak banyak cakap, entahkan merajuk atau kerana apa, Ashraf malas hendak layan kerana hatinya masih panas. Kali ini dia memang tidak bagi muka! Alang-alang marah, biar sampai gadis itu sedar. Tetapi Ashraf perasan apabila mereka jalan beriringan, walaupun diam membisu Lara tetap akan memeluk lengannya. Malah sewaktu di dalam kereta juga, Lara sentiasa bersandar pada bahu dan memeluk pinggang Ashraf sepanjang perjalanan. Manja! Tapi nasib baiklah Ashraf tidak terjerat dengan helah manja itu.
"Hei. Duduk betul-betul. Ni compartment ni, sakit pinggang you nanti." Sengaja Ashraf buat nada tegas tetapi Lara degil tidak peduli, terus melekap tak lepas-lepas sehinggalah mereka berhenti di perhentian R&R Genting Sempah.
Ketika mereka di perhentian, barulah Lara dilihat sibuk cuba mengambil hati Ashraf semula.Â
"Sayang, ni I belikan pau kari ayam favourite you."
"Sayang, ni Livita untuk you kalau you penat drive."
"Sayang nak apa-apa lagi tak sebelum kita gerak? I boleh pergi belikan untuk you."
Hah, tahu pun takut! Ashraf bersorak dalam hati. Ingat dia marah main-main?Â
Bibir mengukirkan senyuman dan kini hati mula terusik rindu...
Ashraf tarik brek tangan apabila tiba di tempak letak kereta Changi Airport. Dia menaip selembar SMS sebelum keluar daripada kereta.
'I really miss you.'
Itu sahaja. Semenjak pertelingkahan mereka, Ashraf sengaja berlagak dingin dan tidak banyak cakap. Semua SMS yang dia hantar pun pendek-pendek sahaja walaupun kekerapan ber-SMS masih seperti biasa. Namun, tiada lagi nama panggilan manja princess, hun, sweetheart, darling dan baby seperti selalu. Ashraf pasti Lara perasan akan hal tersebut.
Jari Ashraf menekan butang 'Send' dan saat itu juga dia terbersin buat sekian kali...
* * * * *
Syed Al-Fahd merebahkan diri ke atas katil. Penatnya tak terkata menguruskan kapal-kapal tangki minyak di pelabuhan sepanjang hari. Sudahlah penat, perut lapar pula. Hari sudah malam dan kedai makan pun semuanya tutup di sepanjang jalan pulang tadi.Â
Inilah salah satu sebab dia tidak suka dengan kehidupannya di Terengganu. Dia keseorangan. Jika di Klang, setiap kali pulang daripada kerja pasti ada emak, ayah atau adik menyambutnya pulang. Waktu kerjanya di sana juga mengikut waktu pejabat dan... Lara. Ya, di sana ada Lara. Tunang yang dia cintai tetapi entah kenapa dia masih belum boleh memaafkan Lara tentang hal bikini modelling dan juga berkenaan lelaki yang bernama Ashraf. Perasaan Fahd terhadap Lara sama sekali berubah sejak mengetahui perkara tersebut.
Fahd lantas menyeluk poket seluar, mengeluarkan telefon bimbit apabila terkenangkan Lara. Pasti ada SMS dan missed call daripada gadis itu hari ini. Sudah seminggu Fahd menyepi dan mengelak daripada berkomunikasi dengan Lara.
22 missed calls
5 voice messages
7 new messages
Satu keluhan kedengaran dan hatinya mula terasa jengkel.
Semenjak tunangnya itu meroyan minta putus, hidup Fahd tidak tenang. Semak betul rasanya! Asalkan bersembang sahaja di telefon, pasti Lara membangkitkan hal yang sama iaitu topik putus tunang! Sebab itulah Fahd mendiamkan diri kebelakangan ini.Â
Jari Fahd menekan butang pilihan peti pesanan suara seraya memasang telinga...
"Fahd, boleh tak you angkat call I? Sampai bila you nak mengelak daripada I? I baru habis pindah barang masuk ke rumah sewa ni. Answer my call, I need to talk to you!" Bunyi pesanan suara yang pertama.
Fahd menyengetkan mulut. Dia tahu, Lara telah berpindah keluar daripada kolej kediamannya hari ini bersama Zieta kerana mereka tidak lagi mendapat penempatan untuk semester hadapan. Latihan praktikal Lara di Petronas pun telah tamat pada minggu lalu.Â
Lantas Fahd membuka pula pesanan suara yang kedua...
"Fahd! You sengaja tak nak jawab call I kan?! Macam mana nak kahwin kalau macam ni?! Bila ada masalah je you lari! Tak nak bincang! I tak nak lah kahwin dengan lelaki macam ni!"
Darahnya tersirap dan hati serta-merta jadi panas berapi. "Hmmph! Cilaka punya perempuan. Selagi kau mengata aku macam-macam dan kau sakitkan hati aku, selagi itulah aku tak kan lepaskan kau..." Dia tertawa sinis lantas menekan butang peti pesanan suara yang seterusnya.
"Fahd, you jangan buat sampai I datang Terengganu! You better answer my call! It's been a week! Answer me!"
"Fine, I cari flight atau bas ke sana sekarang... Kali ni I tak kira! I nak jugak discuss masalah kita! Kalau you tak nak layan SMS dan panggilan I, takpe! I datang bersemuka dengan you dekat sana!"
"Huh?" Kening Fahd mencerun dan mesej pesanan suara yang terakhir dimainkan.
"Okay... I dah dapat flight ticket ke KT malam ni. Call me ASAP or answer my call! If you don't, I'll find you in Kerteh or Dungun tomorrow!"
Fahd bingkas bangun!
'Flight ke Kuala Terengganu malam ni?! Gila!' Getus hati Fahd. Ini dah pukul berapa?! Maknanya Lara sudah ada di sini sekarang.
Lara sedang berbaring di atas katil di bilik hotel Serambi Room, Tanjong Jara Resort. Dia baru sahaja tiba pada pukul lapan malam tadi. Tempat mahal! Tetapi itu saja hotel yang paling dekat dengan rumah Fahd. Dia hendak pastikan yang Fahd tidak boleh lari daripadanya kali ini. Jika pergi balik kerja pun lelaki itu akan lalu di hadapan resort ini, maka tiada alasan lagi untuk Fahd tidak mahu bersemuka dengannya.
Sambil berbaring, kelihatan Lara leka menaip sesuatu pada papan kekunci telefon.
'I miss you too, so very much sayang :( Sayang I sempat makan before flight tak?' - My Princess
'Tak. Makan dalam flight nanti.' - MWB
'Oh, okay... Selsema dah okay ke?' - My Princess
'Nope. Getting worse.' - MWB
'I see... Kesiannya sayang I... Sakit pun kena kerja.' - My Princess
'Hmm.' - MWB
Sebaik sahaja membaca balasan itu, Lara campak telefon bimbit ke tepi.
"Arh!!" Dia seakan mahu menangis tetapi tiada air mata yang keluar.
Sudah seminggu Ashraf melayannya seperti orang asing. Keadaan ini membuatkan hidup Lara serba tak kena.
Lara tahu, ini semua berpunca daripada dirinya dan dia akui, memang dia mengambil masa yang lama untuk menyatukan cinta mereka. Dia tahu, Ashraf sudah penat menunggu malah kalau dia berada di tempat Ashraf sekalipun, dia juga akan merasakan hal yang sama.
Dan kerana itulah dia berada di sini. Esok, Lara tekad untuk meletakkan titik noktah pada tali pertunangannya dengan Syed Al-Fahd. Cincin belah rotan di jarinya ini akan dia pulangkan kepada lelaki itu. Cukuplah untuk semuanya.
'Sayang, dah seminggu sayang macam dingin je dengan I... I rindu nak gelak-gelak dan gurau-gurau dengan you... ;(' - My Princess
'Lara, not now. I just don't have time to talk about this right now. I'm doing a walk around check for my aircraft and soon will take off from SIN.' - MWB
'Hmm... Okay... Sorry kacau you :(' - My Princess
'Tak kacau, cuma tak boleh sembang panjang.' - MWB
Lara cebik bibir. Ah, kalau sembang pendek pun dingin jugak, getus hati Lara. Tetapi saat itu juga telefonnya berbunyi dan nama Fahd muncul di skrin.
Akhirnya!
Lalu Lara menekan butang menjawab panggilan.
"I dah ada dekat sini baru you reti nak telefon?!" Lara terus sahaja berkata tanpa sempat menyapa 'hello'. Hatinya betul-betul geram!
"Kau jangan nak kurang ajar sangat dengan aku. Aku tak nak jumpa kau nanti, baru kau tahu!"Â
"Kalau you tak nak jumpa I, I cari you sampai ke pelabuhan esok! Tak pun I tunggu you depan rumah. You jangan paksa I buat kecoh Fahd. I kalau dah naik gila, I dah tak kisah apa dah! Nanti you sendiri yang malu!"
"Kau ni boleh percaya ke kau ada dekat sini?"
"Oh, you ingat I main-main? I dekat Tanjong Jara sekarang. Tak jauhkan daripada rumah you?"
"Yang kau buat gila datang cari aku ni kenapa?!"
"Hei, Fahd! Please! You jangan buat-buat tak tahu! I nak jumpa you sebab nak discuss betul-betul pasal kita! I nak you bukak mata besar-besar yang hubungan kita sekarang ni sedang bermasalah! You tak boleh lari kali ni, Fahd! Ini bukan hal main-main! Ini masa depan kita berdua! You kena hadap!"Â
"Ah, sebenarnya kau yang buat masalah tu jadi complicated!"Â
"Syed Al-Fahd!! You berhenti salahkan orang boleh tak?!! Masalah tu datang daripada kita berdua! I ada salah, you yang perangai macam gila babi ni pun bagi masalah jugak pada I!! ADMIT IT!! DON'T DENY IT!!" Lara menjerit macam orang gila.
Telinga Fahd bingit mendengar jeritan Lara di corong telefon. Rasa nak tampar!
"Jadi sekarang kau nak apa?!"
"I tak nak cakap malam ni! I penatlah kelam-kabut kejar flight tadi. I nak bincang esok. Pukul berapa you free?"
"Sebenarnya kau bukan nak bincang tapi kau nak mintak putuskan?"
"I nak kita duduk, bincang, dan buat post morterm! I nak you faham kenapa I mintak putus! I nak you tengok rasional di sebalik permintaan I ni! I nak you tahu yang I bukan buat keputusan melulu!"
Keadaan terdiam seketika.Â
"Okay. Aku datang jumpa kau esok pagi. Tapi tengahari aku kerja." Nada Fahd mencerun tanda dia akur pada permintaan Lara.
Setelah kata sepakat dicapai, mereka pun segera memutuskan talian...
Dada Fahd berombak menahan marah dan fikirannya semakin diasak-asak.
Semak! Semak! Semak! ARGHH!
Kini dia berasa sungguh buntu. Untuk melepaskan Lara memang tidak sama sekali! Dia harus dapatkan seratus ribu ringgit itu dahulu daripada Sharina, mana boleh wang itu terlepas begitu saja!
Fahd mundar-mandir. Otak terus berputar laju tetapi tiba-tiba sahaja dia teringatkan sesuatu.
Lantas dia mencapai telefon bimbit dan lagaknya seolah-olah sedang mencari sesuatu sehinggalah dia menjumpainya.
Bibir diketap. Akalnya memikirkan sesuatu tetapi hati masih teragak-agak...
* * * * *
"Fara, bagi aku-"
Ashraf yang tiba-tiba terpacul di 'galley' terhenti apabila melihat Natasha yang berdiri di ruang tersebut. Dia segera memalingkan badan ke galley sebelah kanan di mana Fara sedang memanaskan hidangan buat penumpang.
"Nak air mineral." Sambungnya.
"Ish, ambiklah dekat Natasha. Sini tak ada mineral. Sini ada Coke, nak?"
"Coke tak nak, aku nak makan ubat." Jawab Ashraf. Dia terus memalingkan wajah ke arah Natasha. Tangan dihulur ke arah Natasha, menunggu apa yang dia minta.
Kelihatan Natasha tarik muka dan mencapai sebotol air mineral. Lalu jari yang berkuku merah itu menyuakan botol ke arah Ashraf.
"Thanks." Ashraf berkata acuh tak acuh dan terus berlalu daripada situ...
Nota: Layang-layang putus tali. Walaupun putus, terbang melayang melihat alam. Walaupun putus, ada angin menentu hala ;)
Share this novel