Lara segera menoleh ke arah suara tersebut. Dalam sesaat cuma, otak memproses laju apa yang bermain di minda: Dia kenal suara itu tetapi adakah ini benar??
Lantas mata Lara tertancap pada wajah Ashraf yang tercengang dan kali ini kedua-duanya pula tercengang!
"Princess... Is that you?"
"Ash...?!"
Ashraf mengangguk!
"ASH!!!" Lara menjerit, air matanya terus terembes keluar dan ketika dia mara mendakap Ashraf, lelaki itu juga datang menerpa.
"Ya Allah... Princess..."
"Ash...!" Teriak Lara dalam tangisannya.
Mereka berdakapan sungguh erat seolah-olah tidak mahu dilepaskan untuk seribu tahun lagi!
"Syhh... It's okay baby girl, I'm here... Don't cry... Syhh..."
Ashraf memeluk Lara dengan mata terpejam rapat, menghayati saat indah ini, merasai sosok tubuh langsing itu dalam pelukan dan menjiwai rasa rindu yang akhirnya telah sampai di penghujung! Sungguh... Dia amat bersyukur!
"Baby, I miss you... Why are you here? How come you're here?" Ashraf berbisik perlahan.
"I cari you... I rindu... Hu huu..."
"You cari I sampai sini...?! Oh, I miss you too..." Ashraf memeluk Lara makin erat.
"Huu... I tak lvfbkgfdtn..." Wajah Lara yang terbenam di dada Ashraf bersama esak tangis menyebabkan butir katanya tidak jelas.
"Apa dia baby...?"
"I tak nak lepaskan you...!" Ulang Lara.
"Oh yes, baby. Peluk, peluk... Jangan lepas..." Ashraf mengeratkan lagi pelukan tetapi saat itu juga Lara mengangkat muka dan terus mencium bibirnya.
Tanpa menghiraukan para pengunjung di situ, Ashraf juga membalas ciuman tersebut. Masing-masing melempiaskan dendam rindu yang terpendam sekian lama.
"Princess, I cari you selama ni..." Ashraf melepaskan bibir Lara buat seketika.
"Ye sayang, I tahu..."
Dan bibir mereka kembali bertaut...
Cahaya bulan sungguh terang pada malam itu seolah-olah meraikan pertemuan dua hati. Ashraf memeluk Lara daripada belakang sambil mata mereka menikmati panorama bandaraya Los Angeles di waktu malam.
"Princess, you're hot..." Bisik Ashraf di telinga Lara. Lara hanya tersenyum dan menjeling. Terasa nakal dan seksi apabila Ashraf menuturkan ayat itu.
"Err, I mean your body is hot. Eh, I mean your body is... Literally hot like you're having temperature-"
Untuk pertama kali dalam jangkamasa yang panjang, Lara ketawa sepenuh hati tanpa ada rasa sakit merindu lagi.
"Ashraf!" Teriaknya dan waktu itu juga Ashraf turut ketawa.
"Sayang! I ingatkan you nak cakap-"
"No no, you ARE hot baby! No doubt at all! But at the same time, it seems like you're having a fever right now..."
Inilah antara yang paling Lara rindukan tentang Ashraf. Lagak dan katanya selamba sahaja tetapi kadang-kala mencuit hati. Sehinggakan adakalanya Lara sendiri tidak tahu sama ada Ashraf serius atau sedang melawak. Ah, segalanya indah bila bersama lelaki ini!
Ashraf memeluk dan mencium pipinya dengan penuh kasih sayang. Lalu Lara menoleh ke belakang dan mencium bibir Ashraf sekali lagi...
Sebaik sahaja mereka meninggalkan Griffith Observatory, Ashraf membawa Lara makan malam di restoran Tarboosh Middle East Kitchen yang terletak di Wilshire Boulevard.
Waktu itu masing-masing berkongsi cerita tentang bagaimana mereka cuba menjejaki satu sama lain dan Lara hanya mengatakan bahawa kad simnya rosak tanpa memberitahu cerita yang sebenar.
"So you memang dah tak pakai email 'pinkyrara' tu?" Tanya Ashraf sambil memotong dan menyuap bebola daging kafta ke mulut Lara.
"Tak, email tu dah lama I tak check sejak I pakai laraellerizman."
"Lara Elle Rizman? Oh, sama nama dengan akaun Friendster you?"
"Hah? You tahu I ada akaun Friendster?!"
"I've told you, princess. I cari you merata-rata dan bermacam-macam cara...!" Ashraf tertawa saat menuturkan ayat itu.
Lara meneliti wajah Ashraf yang sedang makan dengan penuh rasa kasih dan juga kasihan.
"Itulah... Dulu I ada pergi Celcom untuk retrieve balik my old number, tapi Celcom kata nombor prepaid tak boleh buat macam tu. Postpaid je boleh sebab pengguna postpaid berdaftar dalam sistem."
Ashraf hanya mengangguk.
Memang betul. Nombor prabayar pada ketika ini umpama nombor telefon pakai buang. Beli sahaja pek permulaan berharga RM10 - RM25, masuk kad sim ke dalam telefon dan ia terus boleh digunakan. Tiada pendaftaran langsung. Jadi 'after-sales service' agak terhad untuk pengguna prabayar.
"It's okay, hun. At least sekarang kita dah jumpa, nothing else matters." Ashraf senyum memandang Lara. Namun sebenarnya hati tertanya-tanya tentang hubungan gadis itu dan Mr CEO, tetapi dia diamkan saja. Mereka baru sahaja bertemu dan Ashraf tidak mahu merosakkan suasana malam itu...
Selepas bayar di kaunter, Ashraf memimpin tangan Lara keluar daripada restoran tersebut.
"Pukul berapa flight you besok?" Tanya Ashraf.
"Tengahari."
"Oh... Awal!"
Lara hanya mengangguk.
"So, erm... Kita nak pergi mana lagi ni?" Ashraf berhenti melangkah lalu bertatapan dengan mata Lara.
"Sini takde kedai aiskrim, kan?" Pertanyaan itu membuatkan mereka tertawa. Teringat memori pertemuan pertama dahulu.
"Kalau ada pun dah tutup, hun. It's almost eleven now." Ashraf mengunjuk jam tangannya ke arah Lara.
"Ash..." Sedih sahaja suara Lara. "I tak puas hangout dengan you lagi... Boleh tak kalau I nak stay dengan you malam ni?"
Lantas sebuah senyuman terukir di bibir Ashraf. "Boleh... Tapi I hantar you terus ke LAX lah besok. Takdelah rushing you nak balik ke Westin. Kita ambik luggage you malam ni ye?"
Jawapan itu sungguh menggembirakan Lara. Dia senyum seraya mengangguk kepala.
"Eh, tapikan..." Kata-kata Ashraf terhenti.
"Tapi apa?"
"Bilik I takde connecting room tau." Ashraf tersengih manakala tawa Lara pula pecah kedengaran bercampur dengan bunyi kenderaan lalu-lalang.
"I know-lah! Kalau ada, I memang syak you yang bukan-bukan, Ashraf Zildan!"
Sambil melangkah, mereka bergelak ketawa bersama-sama...
Tepat pukul sebelas malam, Ashraf dan Lara tiba di Hotel Westin. Ashraf hanya menunggu di lobi hotel sahaja sementara Lara naik ke atas untuk mengemas barang-barang.
Apabila tiba di bilik, saat Lara memberitahu Khyra tentang pertemuannya dengan Ashraf, mata Khyra membuntang dan dia berteriak tidak percaya.
"Hah?! Kau jumpa Ashraf dekat Griffith?! Kau biar betul, Ra.... Serius ke ni?! Ke... Kau hallucinating? Kau demam, kan...?"
Lara terus ketawa terbahak-bahak dan menceritakan apa yang terjadi. Namun Khyra masih sukar untuk mempercayainya. Selepas Lara habis mengemas, Khyra mengikuti Lara ke lobi bagi berjumpa sendiri dengan Ashraf.
Keadaan di lobi gamat sebentar saat Khyra melihat Ashraf. Dia berasa sungguh takjub dan mereka bersembang sebentar sebelum Ashraf meminta diri bersama Lara.
"Ash..." Panggil Khyra sebelum Ashraf beredar. Ashraf menoleh.
"Kawan I ni..." Khyra terhenti lalu memandang Lara. "Dia cinta sangat pada you... I harap... You akan jaga dia."
Lalu Ashraf tersenyum sambil memandang Lara dan mengangguk.
"Yes, I will." Balas Ashraf...
Hotel Biltmore
Bilik 2212
Ketika Lara melangkah keluar daripada bilik mandi dengan jubah mandinya, dia lihat Ashraf sudah baring di sofa bersama bantal dan selimut.
"Oh, ada selimut ekstra?" Tanya Lara.
"Tak, I mintak daripada housekeeper tadi."
"Oh..."
Saat ini Lara lihat bilik yang bersepah ketika dia mula-mula sampai tadi sudah kemas sedikit. Katil untuk Lara tidur pun sudah disiapkan Ashraf. Lara hanya tersenyum sambil mengeringkan rambut.
Mereka bersembang seketika sehinggalah jam menunjukkan pukul 1.30 pagi.
"Princess, dah pukul satu setengah. Esok pukul sepuluh kita nak gerak ke LAX. Takut you tak cukup rehat. I balik lusa." Ujar Ashraf sambil menutup televisyen.
Hati Lara terus terasa berat. Dia belum mahu berpisah dengan Ashraf! Mulutnya mencebik.
"Ash..."
Ashraf memandang Lara. Keadaan terdiam seketika dan Lara seolah-olah terbeku.
"Hmm?" Tegur Ashraf, masih menatap wajah Lara. Dia sedikit penasaran apabila melihat tatapan mata Lara.
"Erm... Jangan tidur dekat sofa."
Terus Ashraf terkedu.
"Err... Habis tu, you nak I tidur dekat mana?"
"Sini." Lara menepuk tilam di sebelahnya membuatkan Ashraf makin terkedu!
"Huh? Are you sure?" Wajah Ashraf kaget. Sebenarnya dia yang tak pasti. Kalau dulu setakat mereka berdua jalan berpegangan tangan, bolehlah Ashraf tidur sebelah-menyebelah. Tetapi kini... Aduh, jantungnya berdebar! Sudahlah tadi mereka bercium sakan.
"Please..." Lara merayu lembut membuatkan Ashraf semakin serba salah.
"Erk... Err, okay..."
Ashraf telan liur. Dia mengambil bantal di sofa lalu datang ke katil dan meletakkannya di sebelah bantal Lara.
"Erm... Kenapa... Tiba-tiba je you nak I tidur sebelah you? Bukan ke dulu... Itu yang paling you nak elak?"
Dalam sekelip mata, wajah Lara dia lihat bertukar muram.
"Ash, I rindu you dan esok I dah kena balik Malaysia. Kalau boleh I tak nak balik, I nak duduk sini dan balik dengan you...! Sebab tu I nak peluk you puas-puas malam ni. You tak rindu dekat I ke?!"
"Err, I rindu... Ah okay-lah kalau macam tu..." Lalu Ashraf mematikan lampu bilik dan memasang lampu tidur.
Dia lihat Lara sudah baring di katil dan dia pun merebahkan badan dengan selamba walaupun tubuhnya seakan kaku.
Lara melingkarkan tangan ke dada Ashraf dan memeluk dengan erat.
"I miss you, Ash..."
"Me too..." Dan rambut Lara diusap lembut. "Tidur, okay?"
"Erm... Ash... Boleh tak kalau you nyanyikan satu lagu untuk I?"
Ashraf tertawa!
"You nak lagu apa?" Wajah Lara ditatap dengan penuh kasih.
"Apa-apa je lah, tak kisah. I rindu sangat nak dengar you nyanyi..." Pelukan makin dieratkan.
"Hmm... Okay..."
Ashraf seakan berfikir sebentar dan tidak lama selepas itu dia berdehem kecil. Suara garaunya dilontar perlahan di sebelah telinga Lara menerbitkan bibit romantik yang menyebabkan hati Lara berbunga-bunga!
"Baby mine, don't you cry,
Baby mine, dry your eyes...
Rest your head close to my heart
Never to part, baby of mine..."
Sewaktu baris 'Rest your head close to my heart' itu, Ashraf merapatkan kepala Lara ke dada supaya bibir mereka tidak bertaut akibat wajah Lara yang semakin rapat memandangnya. Dia tahu Lara sengaja berbuat demikian. Bukannya dia tidak kenal dengan perangai gedik Lara!
"Eh? Ini lagu apa ye? Macam pernah dengar." Lara cuba mengingati melodi lagu tersebut.
"Lagu 'Baby Mine', Dumbo. Cerita anak gajah tu." Jawab Ashraf sambil tertawa. Mamanya sering menyanyikan lagu itu buat mereka adik beradik sewaktu kecil dahulu.
"Oh, cerita tu! I suka!" Lara mengeratkan pelukan. "Nyanyilah lagi Ash..."
Lara menekapkan pipinya rapat ke dada Ashraf. Terdengar juga degup jantung lelaki itu bersama alunan suara yang maskulin tetapi merdu berbisik.
Ashraf meneruskan nyanyiannya sehinggalah ke rangkap yang terakhir:
"From your head to your toes,
You're not much, goodness knows...
But you're so precious to me,
Cute as can be, baby of mine...
Baby of mine..."
Ashraf mencium kepala Lara sebaik sahaja lagu itu tamat.
"Dah, tidur... Esok nak bangun awal."
Lantas selimut ditarik. Ashraf memperkemaskan pelukan lalu menutup mata.
"Thanks Ash... Sedap lagu tu..." Bisik Lara dalam senyuman.
Dia lihat Ashraf mengangguk sedikit dan sejurus kemudian lelaki itu hanyut dalam lena. Kini tinggallah Lara seorang terkebil-kebil.
Lama Lara termenung. Matanya belum boleh lelap. Lalu dia menatap wajah lelaki cinta hatinya. Yang dia puja. Yang dia cari berbulan-bulan lamanya.
Wajah Ashraf sungguh polos. Jelas dia kepenatan seharian ke sana-sini.
Dalam diam, Lara mengagumi lelaki ini. Hatinya berbunga-bunga tanpa sebab menatap wajah yang sedang dibuai mimpi. Namun dalam suasana sepi ini, realiti seolah-olah menghempas di dada mengatakan bahawa dirinya sekarang adalah tunangan orang. Tunang Syed Al-Fahd! Lara tahu, dia harus memutuskan tali pertunangan ini sebelum dapat dihidu Ashraf.
Entah bagaimana Lara berasa kecut perut. Jantung berdegup laju dan diri mula resah, sangat takut kalau-kalau Ashraf dapat tahu tentang status dirinya yang sebenar.
Tidak, dia tidak sanggup kehilangan Ashraf buat kali kedua! Runtuh jiwa raganya jika itu terjadi.
Kalau ikutkan hati, Lara tidak mahu balik ke Kuala Lumpur atau Shah Alam. Dan kalau boleh, dia hanya ingin berada dekat dengan Ashraf sama ada di Singapura atau di Johor Bharu.
Dia juga tidak mahu berhadapan dengan Fahd. Kini dia bimbang kalau-kalau lelaki itu menagih kasih-sayang seperti yang berlaku di dalam kereta di kondo Khyra bulan lalu.
Malah semenjak Lara 'terkantoi' tentang Ashraf, Fahd dia lihat sengaja dan semakin kerap minta dipeluk cium. Namun Lara masih menolak dengan alasan bahawa dia masih panas hati dek kerana maki-hamun Fahd. Dan selepas itu mereka akan bertengkar atau bermasam muka semula.
Entahlah, Lara sendiri tidak tahu sampai bila dia boleh mengelak namun apa yang pasti, dia tidak rela diapa-apakan oleh Fahd kerana jiwa raganya hanyalah untuk lelaki yang sedang tidur di sebelahnya ini.
Lara menyeka air mata yang sudah jatuh bercucuran. Fikiran makin kacau...
Ashraf sedang tidur lena apabila dia perlahan-lahan terjaga.
Terasa bibirnya dicium berkali-kali dan waktu itu barulah dia teringat bahawa dia tidur bertemankan Lara pada malam ini.
Pada mulanya, Ashraf membalas ciuman beberapa kali namun saat mata ingin lena semula, ciuman itu masih belum berhenti malah semakin hangat.
Ashraf buka mata dan wajah Lara sudah menutupi pandangan.
"Baby..." Ashraf melepaskan bibir Lara. Pipi dan rambut Lara diusap lembut. Kedengaran nafas Lara sudah tercungap.
"Kenapa tak tidur lagi?" Bisik Ashraf.
Lara tidak menjawab sebaliknya terus mencengkam rambut dan menciumnya semula.
Ashraf masih menurut dan membalas. Tetapi antara nafsu dan fikiran sedarnya pada ketika ini, dia berasa hairan dengan kelakuan Lara.
"I love you, sayang..."
Terdengar ayat itu dibisikkan dan saat ini juga ciuman Lara turun ke leher Ashraf bertubi-tubi sehingga membuatkan perasaannya bergelora!
"Hmmph...! Wait, baby, wait..." Ashraf cuba meleraikan pelukan dengan perlahan. Dada sudah turun naik agak laju.
"What are you doing...?" Air wajah Ashraf terpinga-pinga memandang Lara dalam samar.
"I want you..." Apabila Lara mara menerpa ke tubuh Ashraf, lelaki itu menahannya.
"Eh... Nanti, nanti..."
"Ash, please...!"
Terus terang Ashraf katakan, rengekan manja itu mencairkan jiwa lelakinya dan kini dia berasa serba salah!
"No, baby... I can't do this to you."
"Why not...?!" Lara mula menangis!
"Eh? Hun? Kenapa you menangis..? Badan you panas sangat, you tak sihatlah hun..."
"But I really want you..." Lara mendakap Ashraf lalu rebah dalam pelukan lelaki itu.
"I know, baby... But it can always wait, right?"
"No, I can't-"
"Oh yes, I can...!"
Ashraf tertawa diikuti Lara yang menyeka air matanya.
"Ash, please... I takut kalau kita terpisah lagi..." Suaranya bergetar dengan nada tangis semula. Dia duduk menghadap Ashraf dan memegang erat tangan kasar itu.
"Huh? Terpisah lagi? How? No, kita tak akan terpisah dah lepas ni..."
"Kalau terjadi jugak macam mana? I takut...!"
"You takut apa...?" Kening Ashraf mencerun hairan.
Saat ini Lara terkedu, sudah tidak tahu apa yang harus dikatakan. Keadaan menjadi sepi seketika lalu Ashraf menarik Lara masuk semula ke dalam pelukannya.
"Sweetheart... Err... I heard it's gonna hurt you for the first time..." Ashraf telan liur. Membayangkan itu saja sudah membuatkan nafsu serakahnya bergelora!
Lantas Ashraf menyambung, "You're unwell, baby. I don't wanna do it when your body is not ready. I mean, yeah I'm gonna 'enjoy' it but... Err... Let's enjoy it together when you're feeling better and... Oh, come on, not during while I'm working. Look at this room! Bersepah, boring, gelap and tomorrow morning we're gonna rush to LAX to catch your flight... Rushing sangatlah, hun..."
Lara membatukan diri. Sebenarnya dia ingin menyerahkan segala-galanya kepada Ashraf sebelum dirinya dirampas oleh Fahd! Manalah tahu kalau-kalau selepas ini Lara tidak dapat menepis kemahuan lelaki itu. Namun Lara tahu. Perkara yang paling penting sekarang ini adalah untuk segera memutuskan tali pertunangannya dengan SyedAl-Fahd!
"Lagipun, hun... I thought for the first time, I want it to be in a perfect setting."
Kata-kata Ashraf mematikan lamunan Lara.
"Perfect setting?"
"Yeah... Relax, happy mood, romantic place..." Ashraf tersengih.
"You ni banyak tengok romance movie ni..." Ejek Lara lantas Ashraf tertawa.
"Apa-apa je lah, tapi sekarang tak boleh. You demam, princess. You need to rest, tomorrow gonna be a sixteen hours flight. I nak 'buat' pun tak sampai hati... Kita tidur, okay? I peluk you."
Lara akhirnya mengalah dengan pujukan lembut Ashraf. Lalu dia terfikir bahawa kelembutan itu adakalanya lebih kuat berbanding kekerasan. Lara mengangguk perlahan.
Ashraf segera membaringkan Lara di sebelahnya lalu memeluk erat tubuh yang hangat itu...
KOMBO 2/2 Nota: Make korang baca Bab 89 dulu sebelum Bab 90! :) "Kita bertemu di penghujung rinduuu..." - Penghujung Rindu, Jamal Abdillah ;)
Share this novel
so sweet of ashraf.such a gentleman.susah nak jumpa man like this