Bab 87

Romance Completed 159812

SQ 336

SIN - CDG

Singapore Changi Airport - Paris Charles De Gaulle Airport.

Hujan renyai yang turun di kawasan sekitar Changi semenjak tadi masih belum berhenti. Cuaca malam semakin sejuk apatah lagi di dalam bangunan Changi Airport tersebut. Kelihatan kereta Range Rover hitam milik Kapten Zamani memasuki tempat letak kereta di dalam bangunan itu...

Trrr...

Bunyi beg bagasi diseret tetapi malam ini bukan satu, malah tiga beg bagasi ditarik oleh tiga orang juruterbang yang segak berpakaian seragam!

"Hi capt!" Tegur satu suara lelaki sebaik sahaja kaki melangkah masuk di Aras Perlepasan.

"Hey there!" Kapten Zamani senyum sambil mengangguk. Entah juruterbang mana yang menyapa, dia pun tidak ingat. Mungkin salah seorang yang pernah terbang bersamanya. Langkah terus diatur kemas.

"Hi capt! Hey, Azril!"

"Hi!" Balas Kapten Zamani.

"Hey man! What's up! Haha!" Bunyi balasan si Azril pula kepada sapaan First Officer Joseph. Dan selepas itu, entah dari mana pula...

"Hi Zubeen!"

"Hey Sherry! How are you?!"

"Alive and kickin'! Catch you next flight!"

"Sure!"

Sempat lagi Azril dan pramugari itu berbalas sapaan dalam sepintas lalu.

"Hey Azril!"

"Hi Belinda, evening! You look good today!"

"Thanks, just finished my last sector!"

"Oh, really? Thought you just about to kick start the night!"

Mereka tertawa sambil melambai, menuju ke arah haluan masing-masing.

"Hello Steph! You doing good?" Tegur Azril kepada seorang pramugari yang tinggi lampai dan cantik manis.

"Oh, hi Zubeen! I'm great! Hi capt!"

"Hi!" Balas Kapten Zamani dalam senyuman lalu mereka terus menghala ke arah eskalator untuk naik ke aras Pejabat Penerbangan.

Ketika di eskalator, sedang mereka menunggu untuk tiba di aras tiga tiba-tiba sahaja muncul seorang pramugari dari arah yang bertentangan.

"Hey, evening Anita!" Tegur Azril.

"Hey ya! Oh my god, it's been awhile!"

Mereka berselisih seketika dan perlahan-lahan semakin menjauh.

"Yeah, hope to catch you in the next flight!"

"Me too!" Balas gadis itu dalam senyuman yang lebar sambil melambai ke arah Azril.

"Hish, kau ni tengah-tengah eskalator pun nak tegur orang ke?" Ashraf yang membisu sahaja semenjak daripada tadi akhirnya bersuara. Bukan apa, dia rimas dengan kelakuan 'hyper' si Azril walaupun dia tahu abangnya memang begitu! Kedengaran Azril ketawa.

"Kenapa? Apa salahnya? Time aku berjalan tadi pun aku tegur orang jugak apa?"

"Kalau jalan je, tak payah tegur-tegur orang tak boleh ke? Pak guard tadi kau tak tegur pun."

"Dah aku tak kenal, aku tak tegurlah. Kadang-kadang orang yang tegur aku, aku tegurlah balik!"

Kapten Zamani hanya mendengar sahaja pertelingkahan kedua-dua orang anaknya di belakang. Perkara biasa! Tetapi begitulah perbezaan antara personaliti Azril dan Ashraf. Yang seorang 'huha' sana, 'huha' sini dan sungguh popular manakala yang seorang lagi pula berat mulut hinggakan hendak senyum pun malas. 

Tiba-tiba, sewaktu mereka hendak masuk ke Pejabat Penerbangan, seorang wanita yang sedikit berusia melangkah keluar sambil memegang mop dan baldi.

"Hi aunty... Good evening!" Ujar Azril tersenyum. Kelihatan wanita itu berlalu sambil membalas sapaan dan senyuman Azril.

"Ha, aku dah tegur. Puas hati?" Bisik Azril memandang Ashraf. Ashraf hanya buat muka... 

* * * * *

"Honey..."

Lara menoleh ke arah Fahd yang menghulurkan bertih jagung dan air minuman kepadanya. Ini kali pertama mereka keluar 'dating' selepas mengikat tali pertunangan dan malam ini, mereka menonton wayang di Midvalley.

"I tak suka you panggil 'honey'..." Ujar Lara mencebik. Bagi Lara, hanya Ashraf sahaja yang boleh memanggilnya dengan nama panggilan itu. Bertih jagung dan air minuman bertukar tangan.

"Ha? Kenapa tak boleh pulak?"

"Sebab bunyi dia macam nama 'Hani'." Lara sengaja memberikan alasan yang sama seperti dia berikan kepada Ashraf dahulu.

"La... Pasal tu je? Mengarutlah you ni. Habis tu you nak I panggil apa? Darling?" 

Lara senyum dan menggeleng. Itu juga nama panggilan yang biasa Ashraf guna. 

"Sweetheart?"

Geleng juga. 'Sweetheart' lagilah!

"Habis tu I nak panggil you apa?" Kening Fahd mencerun tajam. Waktu itu mereka sudah pun melangkah masuk ke dalam panggung wayang yang masih kosong, tiada orang.

"Ala, you panggil 'sayang' je lah. Simple but sweet." Lara melabuhkan punggung di tempat duduk.

"Habis tu, you pulak nak panggil I apa? Bukan ke kadang-kadang you panggil I sayang jugak?"

"'Sayang' feels natural to me... Takpelah, apa salahnya masing-masing panggil 'sayang', kan?" Kata Lara. Ya, macam dia dan Huzaimi. Kisah cinta yang telah berkubur mati. 

Lantas mereka sama-sama tersenyum sambil memandang ke dalam anak mata masing-masing. Tanpa berkata apa-apa, Fahd mengambil tangan Lara lalu mencium di belakang tapak tangan yang lembut dan halus. Terasa hangat bibir dan kumis Fahd menyentuh kulit.

Lara berasa janggal tetapi dia tetap mengukirkan senyuman. Hati berdetak sedih dan pilu. Kalaulah Ashraf tahu ada lelaki lain yang mencium tangannya pasti lelaki itu sedih, fikirnya...

* * * * *

Pejabat Penerbangan
Changi Airport

"Wow... I'm flying with The Z's Trio tonight! Such an honour!" Tiba-tiba bayang Kapten Idris muncul di bilik taklimat dan serentak itu juga suasana menjadi gamat seketika dengan suara gelak tawa. Mana tidaknya, belum pernah lagi The Z's Trio terbang bersama dalam satu penerbangan dan kini ditambah pula dengan kehadiran Kapten Idris sebagai juruterbang kedua. Inilah penerbangan yang paling mengujakan buat mereka semua!

"Alright, let's see what we've got... You got your charts, Zildan?" Tanya Kapten Zamani.

"Yups."

Ashraf membentangkan kertas kerja di atas meja dan keadaan terdiam seketika. Mata mereka melihat satu demi satu maklumat yang tertera. 

"How the taxiing looks like, Zubeen?" Tanya Kapten Zamani lagi. 

"Erm... Southbound... Taxiway tango right turn at intersection T10, hold short of the runway." Jari Azril bergerak-gerak di atas kertas tersebut sambil meneruskan pembacaannya. Kelihatan kedua-dua kapten mengangguk serentak. 

"Sounds great... I hope you did your revisions. I wouldn't know anything until we push the throttle." Sakat Kapten Idris lalu disambut dengan tawa termasuklah Kapten Zamani.

Ashraf dan Azril hanya tersenyum kelat. Wah wah... Bukan main lagi ayah mereka dalam mood santai. Mentang-mentanglah terbang bersama rakan baik! Kalau tidak, dari awal hingga tamat penerbangan mukanya ketat memanjang dan sungguh cerewet meminta maklumat itu dan ini.

Mereka terus berbincang mengenai beberapa perkara penting lagi sebelum menamatkan taklimat sejurus selepas itu.

"So... Who's your take?" Kapten Zamani bertanya kepada Kapten Idris sambil memuncungkan mulut ke arah anak-anaknya. Kapten Idris yang bertugas pada separuh masa kedua boleh memilih sama ada hendak mengambil Ashraf Zildan atau Azril Zubeen untuk menjadi pembantu juruterbang. Sebenarnya, semua nama sudah ditetapkan dalam jadual kerja mereka tetapi sengaja Kapten Zamani memberi peluang kepada rakannya untuk memilih.

Kelihatan Azril dan Ashraf terkaku memandang kedua-dua kapten di hadapan mereka. Azril terus mendekatkan muka ke telinga Ashraf seolah-olah hendak berbisik sesuatu.

"Kau tengok... Gaya dia macam orang kaya dalam cerita P. Ramlee tengah pilih nak beli hamba abdi dekat pasar..." 

"Hah?" Kening Ashraf mencerun.

"Kau Tuan Sadiq ke atau Kassim Patalon?"

"Pkkhht!" Ashraf tahan gelak. Bengong betul abangnya ini!

"Zildan." Tiba-tiba kedengaran Kapten Idris memutuskan pilihan.

"Dua ratus dirham..." Azril berkata dengan nada perlahan, meniru gaya percakapan watak si penjual hamba abdi dalam cerita 'Tiga Abdul', P. Ramlee...

* * * * *

Jalan raya sudah agak sunyi ketika Fahd menghantar Lara ke rumah Khyra selepas mereka berdua pulang daripada Midvalley pada tengah malam itu. Sebentar tadi, Zieta juga memberitahu Lara dalam SMS-nya bahawa dia sudah tiba di sana.

Oleh kerana Khyra terpaksa bekerja pada hari pertunangan Lara, maka mereka bertiga telah berjanji untuk 'sleepover' di rumah Khyra pada malam ini. Ada sesi hati ke hati yang Lara ingin kongsi bersama Khyra tentang pertunangannya dengan Fahd!

Tepat pukul 12.30 malam, kereta Mitsubishi Evo hitam itu dilihat memasuki kawasan kondominium Khyra.

"Sayang, tunggu kejap. I ada something untuk you." Ujar Fahd sambil menarik brek tangan. Dia mengambil sesuatu di tempat duduk belakang lalu dihulurkan kepada Lara.

"Wah, apa ni?!" Suara Lara kedengaran sungguh girang. 

"Kejap lagi you bukalah, okay?"

"Thanks Fahd, you selalu sangat bagi I hadiah! Mahal-mahal pulak tu!"

Mana tidaknya, wang tunai sebanyak seratus ribu ringgit baru sahaja Fahd terima daripada Sharina siang tadi!

"Welcome... Small matter. You kan tunang I, I would give everything for you."

Lara terasa sayu mendengarnya. Teringat kata-kata manis yang pernah Ashraf pernah tuturkan dahulu namun kini, Fahd pula seperti mengambil alih 'tugas' itu semenjak ketiadaan Ashraf. 

"Okay-lah Fahd, I naik dulu. Take care tau, dah malam ni. Sampai rumah nanti SMS I." Pesan Lara. Walaupun dia tidak mencintai Fahd, namun keselamatan tunangnya itu semestinya penting juga.

"Hmm, okay..." 

Mata mereka saling bertatapan dan waktu itu juga, tiba-tiba sahaja Fahd mendekatkan wajahnya ke wajah Lara!

"Eh, Fahd...!" 

Dengan sepantas kilat Lara menahan dada Fahd daripada terus mara dan oleh kerana tidak mahu nampak janggal, Lara pura-pura tertawa manja.

"Kenapa...?" Fahd tersenyum dalam kesipuan.

"Sayang... Jangan kiss dulu boleh?" 

"Ha? Kenapa?"

Lara tertawa lagi. "Ala... Tunggulah dulu..." Dia melentok manja menyembunyikan perasaan gugup tetapi Fahd pula sudah seperti tak senang duduk!

"Nak tunggu sampai bila, sayang...? Kitakan nak kahwin?" Fahd mengambil kedua-dua tangan Lara lalu menggenggamnya.

"Ye, jadi tunggulah sampai kita kahwin! Boleh?"

"Serius? So dalam masa dua tahun ni I nak kiss you pun tak boleh ke? Kalau macam tu I nak kahwin cepat-cepatlah." Fahd merenung Lara dengan senyuman yang menggoda dan merangkul seperti hendak memeluk. Namun Lara perlahan-lahan cuba melepaskan diri.

"Ala, tak bolehlah macam tu sayang... Kan you dah setuju nak tunggu sampai I habis belajar dan bagi I kerja sekejap. Ala, pejam celik, pejam celik, nanti sedar-sedar dah dua tahun, yang..."

Waktu itu barulah Fahd merenggangkan badannya daripada Lara. Kelihatan dia mengangguk tanda setuju menyebabkan Lara berasa lega!

Lara tekad. Dia harus segera mencari Ashraf tetapi perkara pertama yang perlu dia lakukan adalah untuk mempastikan yang Huzaimi benar-benar sudah kembali ke pangkuan isterinya. Jika keadaan sudah benar-benar selamat daripada cengkaman Sharina, Lara akan ke Ukay Heights semula untuk mencari rumah Haris. Dia tidak sabar untuk menjejaki cinta hatinya apatah lagi bila Fahd sudah seperti ulat bulu naik daun!

* * * * *

Cuaca di Paris pada malam itu sekitar sepuluh darjah celcius. Sudah hampir sepuluh jam kru Singapore Airlines tiba di kota cinta itu namun Ashraf masih lagi tidur nyenyak dalam biliknya di Hotel Hilton Paris. Entah bagaimana, bunyi dan getaran telefon bimbit menyebabkan dia terjaga. 

Calling... Azril SingTel

Mata terbuka separuh melihat ke skrin telefon lalu jarinya menekan butang menjawab panggilan.

"Hmm..." Itu saja yang Ashraf ucapkan bagi menggantikan ucapan 'hello'. 

"Woi, aku lapar." 

Malas hendak melayan Azril, Ashraf terus menekan butang merah untuk mematikan talian. Dia mencapai bantal di sebelah lalu memeluknya dengan rasa yang sungguh selesa namun tidak lama, kerana selepas itu telefon biliknya pula berbunyi. 

"Aku laparlah setan!" Kedengaran suara Azril sebaik sahaja gagang diletak di telinga.

"Pergilah makan dengan papa!" 

"Papa dah keluar dengan uncle Eid!" 

"Hish... Jangan kacau akulah!" 

Pak! Gagang telefon diletak...

Kini Ashraf sudah tidak boleh tidur nyenyak selepas dua kali dikacau Azril tetapi badan masih berasa letih. Dia cuba juga untuk melelapkan mata walaupun otaknya sudah 'terjaga' memikirkan beberapa hal dalam kepala. Tidak sampai lima belas minit selepas itu, kedengaran pintu biliknya dibuka. 

"Ash!" 

Suara Azril kedengaran bersama bunyi daun pintu ditutup. Ashraf mula berasa bengang!

"Woi... Jomlah cari makan! Kau tak lapar ke?" Bayang Azril muncul berserta jaket tebal seperti orang hendak keluar. 

"Macam mana kau dapat masuk ni?!" Ashraf yang sudah terduduk di katil memandang abangnya dengan pandangan yang tak puas hati namun Azril hanya tersengih seperti kerang busuk. 

"My brother is locked in the bathroom so I need to enter his room to save him." Azril mengajuk kembali kata-katanya kepada pekerja hotel di kaunter pendaftaran tingkat bawah sebentar tadi semasa dia meminta kad pendua bilik Ashraf! Lantas mereka berdua terus tertawa geli hati.

"Babi!" Ashraf membaling kuat sebiji bantal ke arah Azril. Dia terus bangun dan berlalu ke bilik mandi untuk bersiap-siap keluar bersama abangnya...

Rue Dessaix, Paris
Hampir tengah malam

Selepas membeli beberapa jenis krep atau lempeng di sebuah kafe kecil di Rue Dessaix atau 'Jalan Dessaix' itu, Ashraf dan Azril berjalan ke arah Eiffel Tower untuk makan dan lepak sebentar di situ sebelum pulang ke hotel.

Azril menggigit kepingan krep atau lempeng panas di tengah-tengah cuaca yang dingin. Ashraf sebenarnya teringinkan churros tetapi kedai yang menjual makanan itu telah tutup sementelah hari sudah pun hampir lewat malam. 

"I miss Amsterdam churros." Kata Ashraf sambil mengunyah.

"Go get'em. Five hours drive from here." 

Ashraf hanya tersenyum sinis mendengar balasan si Azril. Sebenarnya dia lebih merindukan kenangan di Amsterdam daripada churros!

Sedang mereka menghabiskan makanan, lampu Eiffel Tower tiba-tiba berkilauan. Ashraf dan Azril tahu bahawa waktu ketika itu sudah mencecah tepat pukul 12 tengah malam. Lampu di menara besi itu memang akan berkilau selama lima minit pada setiap jam pada malam hari.  

"Kau pernah bawak 'awek' kau datang sini?" 

Ashraf terkaku mendengar pertanyaan Azril. Dia tidak pasti sama ada Azril betul-betul tahu tentang Lara atau abangnya itu sekadar bertanya. Mereka saling bertatapan buat seketika. 

"Kau pernah bawak dia fly dua kali, kan?" 

Lantas Ashraf tertawa. "Mana kau tahu ni?!"  

"Siapa lagi, Faralah! Aku fly dengan dia last month. Dia cerita." 

"Oh!" Sekali lagi Ashraf ketawa diikuti dengan Azril. Si mulut tempayan itu rupanya, fikir Ashraf. 

"Tapi sebelum tu, papa pernah cakap something pada aku dulu." Kata Azril dan saat itu juga, mata kedua-dua beradik itu bertembung sekali lagi.

"Apa dia?" 

"Papa kata, kalau nak cari girlfriend, cari macam girlfriend Ash."

Ashraf melopong dan sejurus itu ketawa! "Papa kata macam tu?!" 

Kelihatan Azril mengangguk. "Kenapa ah??" Suara Ashraf seakan teruja ingin tahu. 

"Entah... Sebab tu aku nak tanya kau ni. Apa yang special sangat girlfriend kau tu?" 

Ashraf senyum sampai ke telinga!

Ah, kalau ditanya pada dirinya sudah tentulah banyak keistimewaan Lara di matanya! Seorang gadis yang berdikari, cantik dan bijak pandai, periang, baik hati, kuat semangat dan... Segalanya perfect-lah untuk Ashraf! Tetapi apa yang menyebabkan Kapten Zamani berkata sedemikian? Ashraf semakin tertanya-tanya... 

"Kau rasa... Kenapa papa cakap macam tu?" Ashraf meneliti wajah Azril yang sedang menghabiskan krep yang pertama. 

"No idea... Bakal menantu kesayangan papalah kot." 

"Eh, tapi mama tak tahu lagi tau! Jangan bagi tahu dia dulu!"

"Tahu... Papa ada jugak cakap pasal tu." 

Wah. Kini Ashraf semakin kagum dengan keperihatinan Kapten Zamani. Sebenarnya dia memang perasan, sejak kehadiran Lara, Ashraf dapat merasakan hubungan dia dan ayahnya semakin rapat. Bukan sahaja mereka sudah boleh berbicara dari hati ke hati malah Kapten Zamani juga sudah tidak sedingin seperti dahulu. 

"Kenapa kau tak nak bagi tahu mama?" Tanya Azril dengan wajah yang berkerut. 

"Err... Long story short, aku tengah lost contact dengan dia sekarang."

"HAH?! Lost contact?? Bodohlah kau ni! Girlfriend pun tak reti jaga! Mesti kau buat 'taik' lepas tu dia merajuk tukar nombor phone, kan?" 

Dan saat itu juga suara kedua-dua beradik itu bertikam lidah kedengaran di padang rumput Champ De Mars yang sungguh luas itu... 

Nota: Kadang-kala kehadiran orang ketiga boleh meruntuhkan atau merapatkan sesebuah pertalian/perhubungan :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience