Azfar Darwisy
DING DONG!
Tangan aku tekan loceng. Dua kali. Tak sampai seminit, bunyi tombol pintu dipulas dari dalam. KLIK!
Pintu kayu itu terkuak perlahan. Muncul wajah Helena rambut panjang serabai, mata sembap, muka blur macam baru bangun tapi tetap nampak cantik dalam selekeh dia. Tank top kelabu longgar, seluar pendek. Tangan kanan gosok mata kiri.
Aku sengih. Tangan kanan aku angkat plastik putih depan muka dia.
"Special delivery. Nasi goreng dua bungkus. Panas-panas."
Mata dia terus terbeliak. Lapar punya pasal. Bibir dia naik sengih, gigi taring kiri terkeluar sikit. Comel gila nak mampus.
"Tahu pun aku lapar!" Dia terus buka pintu luas-luas. Langkah ke tepi. Kaki ayam saja, kuku pun belum potong.
Aku melangkah masuk. Rumah ini bersih. Lantai berkilat. Bau sabun pencuci lantai lemon-lime. Tapi kosong. Tak ada meja makan, tak ada sofa. Hanya ada sebiji bean bag biru gelap dan kipas berdiri.
Kondominium diai ni tak jauh dari rumah sewa aku. Dua belas minit naik motor. Boleh singgah kalau malas nak balik terus. Lagipun dia ini, kalau lapar boleh jadi naga. Eloklah aku datang awal bawa makanan. Kalau tak, habis aku dia gigit.
Aku terus duduk bersila atas lantai. Sandar dinding. Helena capai botol air mineral dari peti sejuk. Buka penutup, hulur ke arah aku tanpa banyak bunyi. Aku ambil, teguk separuh.
"Kau lapar, kan?" suara aku. "Meh makan dengan aku."
Dia terus duduk bersila sebelah aku. Siku dia sengaja langgar sikit lengan aku.
"Aku lapar dari petang semalam. Kau lambat. Denda suap aku lima suap," dia cakap sambil muncung.
Aku kerling dia. Muka manja mintak penampar tapi tak sanggup nak tampar. Sayang punya pasal.
"Suap kau lima suap, nanti kau suap aku lima ciuman boleh?"
"Celaka."
Dia balas sambil cubit lengan aku tapi dia gelak. Aku buka plastik. Buka bungkusan polisterin. Bau nasi goreng kampung naik.
Kami mula makan. Bersila berdua macam budak hostel. Cuma beza, budak hostel tak duduk sebelah perempuan cantik macam ini.
Aku pandang dia sekejap. Dia makan gelojoh. Tak jaga imej macam budak lelaki tapi itu yang buat aku jatuh cinta. Gelojoh, tapi setia. Kasar, tapi tak berpura-pura.
Aku rasa tenang. Lain macam tenang dia macam... aku bukan penjenayah. Aku bukan pembunuh. Aku bukan buaya.
Aku cuma Azfar seorang lelaki yang bawa nasi goreng untuk kekasih dia, waktu lewat petang tapi aku tahu. Rasa tenang ini tak kekal. Esok lusa, darah tetap akan tumpah lagi. Mungkin?
"Aku boringlah duduk rumah, Far..." Suara Helena tiba-tiba kedengaran. Nada dia malas. Matanya masih tenung nasi dalam polisterin, tapi jemarinya main-main sudu.
Aku pandang dia sambil kunyah nasi. "Kau kan streamer, takkan bosan main game kot?"
Dia kerut kening. "Maksud aku, bosan kalau kau sudah balik. Rumah ni besar tapi ada aku saja."
Ayat itu keluar perlahan tapi tepat. Macam peluru sesat. Mata dia pandang aku. Lurus. Tak main-main. Tiba-tiba aku rasa macam kena cucuk jarum di dada.
Perempuan ini... kalau dia pandang macam itu, susah aku nak kawal niat jahat dalam kepala. Mata bulat. Bibir mungil. Rambut panjang serabai. Tank top longgar yang jelas. Aku telan liur.
"Kalau aku teman kau nanti, kau sendiri yang takut. Takut aku rogol kau." Aku sengih lebar.
Helena terus toleh, kerut dahi.
"Memang betul pun kan?! Kau suka peluk aku, kau suka pegang-pegang aku!" Nada dia naik tapi bukan marah betul. Marah manja. Marah yang nak dipujuk.
Aku gelak besar. "Habis tu? Ada perempuan cantik duduk depan aku, takkan aku nak pandang lantai? Kau ingat aku malaikat?"
Dia jeling tapi pipi dia merah. Dia tunduk, sambung suap nasi tapi tak habis.
Aku sengaja duduk rapat sikit. Bahu kami berlaga. "Tapi kau tak tolak pun masa aku peluk kau malam tu. Kau pegang tangan aku kuat. Kau tak tarik pun."
"Aku takut kau merajuk."
"Sebab tu kau biar aku peluk?"
"Bodoh." Dia balas pendek tapi dia senyum.
Aku tahu dia suka aku. Dia tak cakap, tapi aku tahu. Sebab kalau aku tak datang malam ini, dia tunggu. Kalau aku balik kerja lambat, dia tunggu.
Dan sekarang, dia cakap terus terang dia bosan bila aku tak ada. Senyum aku makin lebar. Aku habiskan suapan terakhir. Letak sudu. Sandar dinding. Dia pun letak sudu. Tenung aku balik.
"Kau nak aku tidur sini malam ni?"
"Kalau aku cakap ya, kau akan tidur sini ke?"
"Kalau aku cakap ya, kau berani tak peluk aku malam ni?"
"Celaka." Dia baling sudu kat aku. Aku gelak lagi.
"Tapi memang betul pun kau tu gatal. Dasar buaya! Macamlah aku tak tahu kau pernah tidur dengan ramai perempuan!" Suara dia naik, mata dia terbeliak. Nada dia tak main-main. Cemburu. Pasti!
Aku sengih. "Kau cemburu ke?"
Dia terus balas laju. "Mana ada! Tak ada masa aku nak cemburu dengan kau!"
Ohh. Itu ayat cover line. Ayat orang tengah panas tapi tak nak kalah. Aku gelak kecil. Teguk air mineral yang tinggal suku botol.
"Cemburulah tu tapi aku tidur dengan perempuan lain sebelum aku kenal kau, tau. Jadi kau tak boleh cemburu. Bukan masa aku kenal kau. Bukan masa aku sayang kau."
Aku letak botol air tepi. Lepas itu aku pusing sikit badan menghadap dia. Tangan aku naik, jari telunjuk aku sentuh dagu dia.
Dia nak tolak tapi belum sempat, aku sudah tahan pergelangan tangan dia.
"Cakaplah jujur... kau nak aku tidur sini malam ni, kan?" Sengih aku makin jahat. Macam pemangsa nampak mangsa yang rela.
Dia diam. Mata dia pandang tempat lain tapi tangan dia tak tolak lagi. Nafas dia pun dah tak sekata. Tangannya yang aku pegang mula menggeletar sikit tapi dia tak tarik.
Aku dekatkan muka aku sikit. Sengaja bagi dia rasa nafas aku yang hangat. "Kalau aku tidur sini, kau nak aku peluk kau macam malam tu ke?"
Dia masih diam. Aku tahu diam dia bukan benci. Diam dia itu tanda bahawa dia kalah tapi ego dia tinggi.
"Kau tak jawab tapi badan kau sudah jawab. Bibir kau diam tapi mata kau tak tipu."
Helena masih tunduk tapi muka dia merah. Leher dia sudah berpeluh. Tank top dia lekat sikit pada badan sebab peluh halus.
Aku senyum sinis. Bukan sebab menang tapi sebab aku tahu dia pun sama macam aku. Tak boleh nak lari.
Aku masih pegang dagu dia. Jari aku main-main bawah bibir dia. Lembut. Macam marshmallow.
"Kau tahu tak," suara aku perlahan, "Aku boleh je tidur rumah mana-mana perempuan yang ajak aku stay... tapi aku tak pernah tidur rumah perempuan dua kali berturut. Dengan kau saja aku ulang datang."
Mata dia naik pandang aku. Macam nak cari dusta dalam ayat itu tapi tak jumpa.
"Kau nak tahu kenapa?" aku tanya lagi.
Dia diam. Aku tak tunggu jawapan. Aku terus jawab sendiri. "Sebab kau lain. Kau bukan macam yang sebelum ni. Kau tak pura-pura manja. Kau memang keras kepala, mulut celaka... tapi aku suka. Sebab kau jujur."
Dia nak bukak mulut, tapi aku letak jari telunjuk atas bibir dia. "Shhh... Biar aku cakap malam ni. Biar kau dengar."
Tangan aku gerak turun dari pipi ke leher. Main-main hujung anak rambut dia yang melekat sebab peluh. Mata dia sudah mula kabur. Pipi dia sudah merah semacam.
"Helena..." aku bisik nama dia. "Kau nak aku peluk kau ke, atau kau nak aku cium kau dulu?"
"Celaka," dia jawab tapi suara dia perlahan. Hampir tak ada angin. Jari dia tarik lengan baju aku. Tak tolak. Tapi tak lepaskan.
Aku gelak perlahan. "Kau pun gatal macam aku, kan?"
Dia cubit lengan aku tapi cubitan paling lemah pernah aku rasa. Macam dia sengaja nak aku tangkap tangan dia.
Aku tangkap lalu genggam. Aku tarik dia rapat. Dagu dia dah dekat dada aku.
"Kalau aku peluk kau sekarang, kau akan marah tak?"
"Aku tak marah..." suara dia akhirnya keluar. "Tapi jangan ambil kesempatan. Azfar... aku tak kuat kalau kau lebih-lebih..."
Itu ayat terakhir sebelum aku peluk dia erat. Badan dia sejuk tapi dada dia berdegup kuat.
Aku letak dagu atas kepala dia. Senyum. Dalam hati aku, satu ayat bergema.
"Helena, malam ni aku takkan lebih-lebih...
...tapi aku nak kau tahu, aku takkan lepaskan kau lagi."
Dia masih dalam pelukan aku tapi badan dia tak senyap. Ada getar sikit. Nafas masih tak stabil. Tapi dia tetap jual mahal. Kepala dia tunduk. Tak nak pandang aku.
"Dah tu, kenapa diam?" aku bisik dekat telinga dia. "Peluk aku, tapi hati kau entah ke mana?"
Dia tolak dada aku sikit, tapi aku tak lepaskan.
"Aku tak nak bagi harapan," suara dia kedengaran. "Aku takut kau main-main."
Aku senyum senget. "Main-main? Kalau aku nak main, dari dulu aku sudah lari lepas dapat kau tapi kau tengok sendiri aku datang sini hari-hari. Aku bawa makanan, aku teman kau. Kau rasa tu apa?"
Dia senyap lagi tapi mata dia kali ni tenung aku lama. Geram pula aku tengok.
"Kalau susah sangat... kalau kau takut sangat aku lebih-lebih... kita kahwin sajalah."
Dia tercengang. Aku sengih lagi. Mata aku tak lepas dari muka dia.
"Kalau aku kahwin dengan kau, kau tak payah takut dah kalau aku peluk ke, cium ke, lebih-lebih ke... semuanya halal."
Muka dia berubah. Merah semacam macam baru kena lempang sayang dengan kata-kata.
"Azfar... kau gila!" Dia terus tunjal dahi aku. "Kau gilalah. Baru peluk sikit dah nak kahwin?"
Aku gelak besar. "Eh bukan sikit. Aku nak peluk tiap malam, tiap pagi, tiap kali lepas balik kerja sebab itulah aku nak kahwin."
Dia geleng kepala tapi bibir dia naik senyum sikit. Tangan dia masih dekat dada aku. Tak tolak pun dan aku tahu tunjal itu tanda suka. Bukan benci.
"Kau jiwang tak bertempat, tahu tak?"
"Bukan jiwang. Ini plan masa depan dengan kau."
Aku lepaskan pelukan. Tangan aku terus capai beg galas laptop kat tepi dinding. Tarik zip. Aku seluk tangan masuk dalam, cari sesuatu yang aku sudah simpan sejak minggu lepas.
Kotak kecil.
Aku keluarkan. Baldu warna merah, petak.
Tak tunggu lama, aku letak atas lantai betul-betul depan Helena. Mata dia terbeliak sikit. Dahi berkerut.
"Apa ni, Azfar?" soal dia. Nada suara dia macam nak marah, tapi tak betul-betul marah.
"Bukalah..." Aku tolak kotak itu sikit, dekat dengan lutut dia.
Dia pegang kotak itu. Berat nafas dia naik. Dia pandang aku sekejap, mata dia tanya lebih dari mulut tapi aku tak jawab cuma senyum. Perlahan-lahan dia buka kotak itu. Penutup terangkat.
SNAP!
Dan masa itu dia beku.
Cincin, ringkas. Emas. Batu berlian kecil tapi berkilau macam matahari petang bila bias cermin kereta.
Aku sengih.
"Kenapa? Cantikkan? Mahal tu..." Nada aku selamba tapi jantung aku sendiri degup macam beduk. Aku nak tengok reaksi dia tapi dia diam. Muka dia merah. Tangan dia pegang kotak itu tapi kaku.
Aku rampas balik kotak dari tangan dia. Buka zip kecil tepi. Keluarkan cincin dari slot baldu.
"Sini tangan." Dia tak gerak.
"Helena..." suara aku rendah.
Dia hulur tangan perlahan macam robot tapi dia hulur juga. Aku genggam tangan dia. Erat dan aku sarungkan cincin itu ke jari manis dia.
Masuk elok macam sudah ditulis saiz itu memang untuk dia. Dia masih diam tapi bibir dia terbuka sikit. Mata dia tak lepas dari cincin itu.
"Suka tak?" Aku tanya sambil sengih, suara aku tenang tapi dalam hati bergelora.
"Apa ni Azfar?!"
"Jom kahwin?" Ayat aku keluar senang. Macam ajak beli air di kedai mamak tapi aku serius. Muka aku tak ada main-main.
"Serius ke Azfar?" suara dia jatuh perlahan. "Kau tak main-main?"
Aku angguk. Tangan aku naik lagi. Sentuh dagu dia. Angkat sikit muka dia biar dia pandang aku.
"Aku tak main-main. Aku betul-betul sayangkan kau, Helena."
Tak tunggu lagi. Aku tarik bahu dia. Peluk dia kuat-kuat. Sampai dada aku rasa degup jantung dia. Sampai tangan dia automatik peluk balik pinggang aku. Sampai dunia rasa sunyi cuma ada dia dan aku.
Dan cincin di jari dia. Tanda aku sudah cop dia untuk aku saja.
Share this novel