Ghibran Haidar
Malam itu aku duduk sorang-sorang dalam kedai kopi. Ramai orang lepak, gelak, jari tekan skrin telefon, bising, tapi kepala aku kosong.
Tangan aku main pusing cawan plastik Americano separuh sudah sejuk, aku tak hirup pun. Bau kopi wangi, tapi bau arak dari nafas aku lagi kuat. Dalam poket hoodie aku, botol kecik separuh tinggal. Aku sengih seorang.
Aku tak tahu kenapa malam ini otak aku tiba-tiba undur ke masa lampau. Umur sebelas tahun. Aku ingat lagi bau dinding rumah masa itu, cat warna biru muda, langsir mahal, mama duduk atas sofa mewah, papa berdiri belakang dia. Pistol dua das tembakan. Kepala mama, kepala papa pecah betul-betul depan mata aku. Aku berdiri di situ, kaki tak lari, badan tak jatuh. Mata aku tengok, otak aku beku.
Aku ingat darah, di dinding, bunyi tembakan. Lepas itu polis tarik tangan aku, hantar aku rumah anak yatim Nasuha.
Perempuan gila Rissa, ada situ juga selepas beberapa tahun. Azfar, mulut celaka dia pun ada situ bersama Reza. Masa aku masuk, Reza dan Azfar sudah lama tinggal dalam rumah anak yatim, mereka tengok aku dengan mata simpati.
Sampai sekarang aku tak faham. Kenapa mama, papa sanggup bunuh diri? Kenapa depan aku? Kenapa aku masih dibiarkan hidup?
Aku pusing cawan. Meja getar sikit. Tangan aku gatal nak capai botol yang aku sembunyikan, lidah aku haus. Americano sejuk tak cukup bakar benda yang beku dalam kepala aku.
Aku sengih. Orang lalu belakang aku, aku pandang sekilas senyum blur, orang tak akan tahu apa dalam kepala aku.
Orang nampak aku? Baby face, senyum senget, pendiam. Kalau orang tahu aku pernah bunuh 3 orang manusia selama aku hidup, pasti orang cabut lari dulu.
Aku ketuk jari atas meja. Dalam hati aku dengar suara Reza lagi. "Bran, balik cepat. Jangan buat hal. Jangan patahkan kepala orang."
Aku sengih kecil. Maaf Reza. Aku trauma. Aku haus. Aku tak janji.
Aku gosok rambut aku perlahan. Rambut panjang paras bahu serabut, hujungnya sudah mula kering sebab aku malas potong kemas. Tapi orang kata wolf cut itu style urban, muka baby face, orang suka pandang.
Aku sendiri malas tengok cermin. Rambut ini aku biar panjang sebab kalau pendek sangat, nampak muka aku lagi budak. Budak muka suci, tapi kepala reput. Tak best kan?
Jari aku selit hujung anak rambut ke belakang telinga, Americano depan aku masih tak terusik. Aku buang pandangan ke arah kaunter. Staf sibuk ada budak lelaki muda pegang dulang, staf perempuan tudung hitam catat order. Ramai orang, banyak cawan plastik, bunyi mesin kopi.
Aku suka tengok orang sibuk. Kepala aku diam bila mata aku fokus orang lain. Tapi kadang-kadang, kepala aku cakap kalau tiba-tiba aku baling cawan ini, apa jadi? Kalau tiba-tiba aku teriak tanya kenapa mama papa bunuh diri depan aku, siapa boleh jawab?
Senyum aku tak hilang. Aku tekan lidah pada hujung bibir, rasa perit sikit sebab minum botol tadi. Bau arak selit dalam nafas kopi bercampur bau rokok orang meja luar.
Aku sengih lagi. Orang kata muka aku comel, senyum manis. Orang tak tau dalam hati aku sudah berulat lama.
Mata aku terus sangkut pada satu staf. Rambut dia panjang, ikat ponytail kemas, warna merah pekat, terang betul bawah lampu kedai kopi. Baju dia putih, lengan disinsing sikit, apron biru terikat rapat kemas pinggang.
Dia tunduk sikit ambil order, tangan dia laju tulis atas order slip, tapi bibir dia senyum manis, senyum hidup. Senyum yang aku sendiri sudah lama lupa macam mana rasanya.
Aku renung. Lama sikit. Rambut merah itu buat mata aku melekat. Cantik. Rambut merah selalu nampak panas, tapi dengan dia, nampak lembut. Jauh beza dengan perempuan gila bau vanila yang selalu berkepit dengan Reza.
Tiba-tiba mata dia terangkat. Pandang aku. Mata kami bertembung dan aku rasa jantung aku berhenti dua saat.
Dia senyum lagi, senyum kecil, mata dia pegun, macam dia tahu aku tenung. Aduh. Aku terus alih pandang. Aku capai cawan Americano yang sudah sejuk, aku hirup sikit, pahitnya mati, jantung aku hidup balik.
Aku garu tengkuk, gosok hujung rambut aku yang sudah kembang. Rasa malu pun ada. Lucu orang macam aku boleh malu. Aku sengih senget, jari main ketuk meja. Rambut merah. Cantik.
Tiba-tiba bunyi ketuk kecil kat meja aku. Aku terkejut sikit, tangan aku berhenti goyang cawan. Aku angkat muka perlahan, mata aku terus kembang.
Staf rambut merah tadi, budak ponytail apron biru sedang berdiri sebelah meja aku. Dekat betul. Bau kopi bercampur bau syampu wangi dia naik serbu hidung aku.
Muka dia depan aku sekarang lebih dekat, lagi cantik dari jauh. Garisan rahang dia kemas, kening dia melengkung cantik, bibir dia tak tebal, tak nipis dan senyum dia separuh manis, separuh nampak garang. Mata dia tajam sikit tapi tajam dia yang buat aku rasa nak sangkut.
Dia tunduk sikit, kepala dia condong, suara dia keluar, rendah, jelas, tapi lembut telinga aku. "Sorang jeke?"
Aku terkebil. Jari aku masih pegang hujung cawan. Kepala aku tiba-tiba blur macam botol tadi hilang rasa. Aku tak terus jawab sebab otak aku jem, lidah aku beku. Sial, apa kena dengan aku ini?
Mata aku jatuh ke apron biru dia ada logo kedai kopi tercetak kecil di dada. Balik naik ke mata dia balik, mata dia pegun, garang tapi tak kejam.
"Ha... aa... sorang... sorang je..." Suara aku pecah, hujung ayat hilang macam angin.
Dia tarik kerusi depan aku, bunyi kaki kerusi seret atas lantai scrrrkk sikit, buat aku makin cuak. Dia duduk betul-betul hadap aku, lengan dia silang atas meja, hujung ponytail merah dia jatuh sikit ke bahu.
Dia senyum. Senyum dia tak besar tapi cukup buat kepala aku rasa macam rasa nak habiskan botol arak kedua.
"Tak sedap ke kopi tu?" Suara dia perlahan, nada dia macam orang sembang kawan lama. "Tak habis pun... sudah dua jam kau lepak sini... aku perasan tau."
Mata dia separuh pejam, tapi tak lari dari anak mata aku. Aku terkebil, rasa pipi aku panas sikit.
Aku cepat-cepat angkat cawan Americano, konon minum padahal sudah sejuk, rasa pahit pun sudah basi. Aku buat-buat hirup kuat, padahal tekak aku sudah rasa bau arak lagi kuat dari kopi.
Dia sengih sikit, kening dia terangkat sebelah macam dia tahu aku cover line. Aku letak balik cawan perlahan. Jari aku main garu tengkuk, hujung rambut aku selit balik ke belakang telinga.
Muka aku rasa beku, mulut aku pecah ayat sikit-sikit. "Sedap... sedap je... saya suka kopi sini..."
Dia ketawa kecil, suara dia renyah, tapi bunyi dia senang dengar.
"Yeke... suka kopi, ke suka tenung orang?" Mata dia statik tajam, garang, tapi manis. Aku sengih blur, jantung aku pecah sikit. Sial, kantoi.
Aku diam. Mulut aku terkunci, bibir aku separuh buka, tapi lidah aku beku. Tiba-tiba aku rasa peluh naik belakang tengkuk. Jari aku lap peluh kat bawah meja, konon sorok malu.
Dia tengok aku senyum sipi, kening dia terangkat lagi sikit. Lepas itu dia angkat tangan, hulur ke arah aku, tapak tangan dia bersih, jari dia panjang, kuku pendek kemas. "Aku Elvina. Panggil je El."
Suara dia perlahan, tapi tegas. Macam tak bagi ruang aku nak pura-pura blur. Mata dia masih tajam sangkut tepat muka aku, ponytail merah dia jatuh sikit ke bahu, bau dia yang manis naik sekali lagi.
Aku ternganga. Mata aku jatuh tengok tangan dia. Laju aku tengok balik muka dia. Betul ke ini... dia bagi salam atau nak cekik aku? Otak aku celaru sekejap.
Aku angkat tangan aku perlahan, genggam tangan dia. Suhu tapak tangan dia panas lawan tapak tangan aku yang sejuk berpeluh. Lembut tapi genggaman dia kemas. Tak nampak lembik langsung.
"Err... aku... Ghibran..." Suara aku tersekat sikit. Aku sengih sipi, malu bodoh. Tangan dia masih genggam aku dua saat lebih lama dari biasa macam dia nak rasa betul-betul.
Lepas dia lepaskan, jari aku rasa getar. Dalam kepala aku dengar suara Reza "Bran jangan buat hal..."
"Aku selalu usya kau lepak sini setiap minggu..." Nada dia selamba, macam cakap hai pada kucing jalanan. Senyum dia masih sama sipi, tapi cukup bagi jantung aku rasa kena perah.
"Kau suka kopi ke?" Dia julingkan mata sikit ke arah cawan Americano yang sudah sejuk depan aku.
Aku angguk perlahan. Tangan aku sudah naik garu tengkuk, jari aku main selit hujung rambut ke belakang telinga. Mata aku kejap-kejap tengok hujung ponytail merah dia, kejap-kejap tunduk pandang meja sebab aku malu bodoh.
"Ye... suka... err... suka je..." Aku sengih nipis, suara pecah sikit. "Saja... nak stay up... main Dota..."
Aku sedut nafas, sengih lagi. Bunyi Dota keluar dari mulut aku sendiri pun aku rasa macam lawak. Orang lain lepak kedai kopi bawa laptop, study, dating tapi aku lepak sini kepala botol, alasan nak stay up malam nanti main game.
Mata Elvina separuh pejam, dia senyum, sengih kecil sambil telunjuk dia ketuk pinggir cawan aku perlahan. Bunyi tik tik tik kena cup kertas.
"Dota je? Bukan tenung orang jugak?" Dia jeling aku, mata dia garang sipi tapi senyum dia tak mati. Aku telan air liur. Sial rambut merah ni.
Aku pura-pura alih pandang, capai telefon di tepi cawan. Skrin gelap, bateri pun tinggal nyawa-nyawa ikan tapi aku tenung macam ada notifikasi penting. Padahal jantung aku tengah bunyi macam kereta Myvi Reza sedang undur di ruang parking.
Perempuan? Biasanya aku tak gelabah. Kalau Rissa itu datang tiba-tiba cuit pun aku buat bodoh. Tapi Elvina ini berambut merah dia, mata garang dia, senyum dia semua benda dia keluarkan aura pelik. Buat aku rasa tangan aku sejuk, tapak kaki aku pun rasa kebas.
Aku angkat mata perlahan, pandang muka dia balik. "Kau... tak sambung kerja ke?" Suara aku turun naik, pecah hujung.
Elvina sengih, gigi dia nampak cantik. Dia pusing sikit bahu, ponytail merah dia jatuh ke depan.
"Dah nak closing... kenapa? Nak borak lebih lama ke?" Suara dia separuh ketawa. Ketawa dia pendek tapi bunyi dia kena betul tepat telinga aku.
Aku sengih balik, automatik aku ikut ketawa pendek, senget. Jari aku main ketuk phone. "Saje je tanya... takut bos kau nampak... kena marah pulak lepak sini borak dengan... orang macam aku..."
Elvina sengih lagi. Dia angkat bahu sikit, tangan dia main tolak hujung gelas aku sampai goyang. "Bos aku tak kisah. Lagipun... kau pun interesting, kan?"
"Aku layan jela... sebab kau datang kat meja aku tiba-tiba." Suara aku sengaja aku rendahkan sikit konon nak tunjuk steady. Padahal tapak tangan aku sudah berpeluh balik. Senyum sipi, mata kejap-kejap jatuh kat bibir Elvina yang sengih separuh ketawa.
Dia ketawa, bahu dia terangkat sikit, ponytail merah dia goyang perlahan. Suara dia renyah tapi tak bingit. Sedap. Boleh buat aku lupa Americano sejuk ini.
Tiba-tiba dia condong sikit ke depan, jari dia main ketuk pinggir meja, mata dia juling ke arah pintu kaca luar.
"Cantik Y15 kau kat luar tu... coverset cun..." Nada dia rilek, tapi pujian dia kena betul pada ego aku.
Aku terkelip. Rasa macam budak baru dapat gula-gula. Sengih aku automatik panjang sampaikan gigi aku tunjuk. Dada aku rasa bangga, telinga aku rasa panas.
Aku angkat bahu sikit, jari aku garu tengkuk lagi habit aku kalau malu campur riak. "Biasalah... motor tu aku sayang... Aku jaga betul-betul... sayang gila..."
Aku sengih suara aku jadi perlahan. "Kalau hilang motor tu, confirm aku hilang otak sekali..."
Elvina senyum, mata dia statik pandang aku. Ponytail merah dia jatuh sikit ke bahu. Bau manis dia campur bau kopi. Aku rasa dada aku geli sikit. Sial si rambut merah ini.
Tiba-tiba mata aku jatuh tepat ke leher dia. Bawah ponytail merah dia yang jatuh senget, kulit leher dia terdedah sikit.
Ada tatu kecil berbentuk rose. Garisan hitam kemas, kelopak halus. Simple tapi cantik. Kena betul dengan rambut merah dia. Sekali pandang nampak lembut, tapi bentuk rose itu bagi rasa lain, macam dia ada sengat yang orang tak nampak.
Aku terkelip. Mata aku sangkut kat rose itu lebih dua saat. Otak aku separuh beku. Tatu itu cantik. Kena betul dengan senyum dia yang garang manja tadi.
Aku nak buka mulut tanya, tapi belum sempat, Elvina sudah tolak kerusi perlahan. Bunyi kaki kerusi seret atas lantai, scrrrkkk buat aku patah fokus.
Dia bangun berdiri depan aku, bibir dia sengih sipi. Mata dia jeling aku, ponytail merah dia jatuh elok depan bahu. Tatu rose itu separuh hilang.
"Aku gerak dulu. Nak closing kedai." Suara dia selamba, tapi senyum dia macam tinggal tapak kat dada aku. Dia pusing perlahan, tangan dia tarik apron sikit ke belakang pinggang. Bau manis dia tinggal terapung atas meja.
Aku tengok belakang dia jalan ke kaunter dengan rambut ponytail merah, tatu rose kecil, langkah dia tenang. Americano depan aku sudah beku rasa tapi dada aku sudah panas balik. Aduh si rambut merah. Sial tatu rose kecil itu.
Share this novel