Bab 141

Mature Content Series 3593

Ghibran Haidar

Aku tunggu atas motor. Enjin tak hidup. Helmet tersangkut pada pemegang kiri. Angin malam Sentul sejuk menjilat leher, tapi aku selamba dengan jaket kulit lama ini masih boleh peluk badan aku dengan selesa.

Jam sudah pukul 10:27 malam. Kafe itu belum tutup, tapi kerusi-kerusi pelanggan sudah kena tindih atas meja. Tinggal beberapa orang staf dan seorang barista di dalam. Barista paling comel pernah aku tengok.

Nur Elvina.

Rambut dia diikat tinggi macam biasa. Seragam putih itu lekat cantik dekat tubuh dia, ketat tapi tak murahan. Dia lap meja sambil senyum-senyum sendiri. Bila dia perasan aku pandang, dia lambai tangan macam budak sekolah.

Aku hembus asap rokok ke udara. Kenyit mata. Dia ketawa walaupun dipisahkan oleh cermin kaca tebal, aku boleh agak dia tengah geleng kepala. Geli tapi suka.

Macam mana aku tahu? Sebab Elvina tak pernah pandang lelaki lain macam itu. Pukul 10:30 tepat. Bunyi pintu kaca ditolak dari dalam.

KREK!

Lima orang staf keluar sambil sembang kecil, baju seragam putih kafe itu macam berkibar sikit bila angin malam sapu. Elvina paling hujung, tapi langkah dia laju. Lari anak-anak macam budak sekolah balik rumah lepas UPSR.

Aku bangun dari motor Y15 aku. Capai helmet. Padam puntung rokok dengan tapak kasut. Elvina berhenti betul-betul depan aku. Nafas dia laju sikit, tapi senyum dia masih lekat. Dia dongak.

"Kenapalah kau ni comel sangat, El..."

"Sebab aku comellah kau sangkut dengan aku kan?" balas dia, senyum nakal, senyum yang selalu buat aku lupa berapa banyak darah yang sudah melekat di tangan aku.

Aku usap rambut merah dia yang lembut. Bau wangi syampu campur bau kopi dan caramel. Tapi entah kenapa, jari aku terketar sikit. Bukan sebab dia tapi sebab kepala aku masih tersangkut dalam bilik Nisa. Mayat tergantung. Tali yang aku sendiri simpul. Tangan Reza yang bersih. Azfar yang senyap pelik dan aku... yang makin susah tidur.

Aku pegang helmet dengan dua tangan. Angkat perlahan, selak sikit rambut merah Elvina dari dahi dia. Mata dia tak berkelip, cuma senyum malu-malu. Aku sarungkan helmet itu ke kepala dia macam orang pegang kaca mahal. Perlahan dan lembut.

"Tunduk sikit," aku cakap.

Dia patuh. Aku kemaskan tali, pastikan tak longgar. Dahi kami hampir rapat bila aku periksa tali helmet itu. Nafas dia wangi, macam mint campur susu pekat.

"Siap," aku cakap sambil sengih sikit.

"Bertuahnya jadi aku," dia bisik sambil jeling manja.

"Yup. Memang bertuah tapi jangan gedik sangat. Aku lapar ni." Aku pusing, hidupkan enjin motor.

"Nak makan mana?" jerit dia sikit sebab ekzos sudah bising.

"Kedai mamak biasa yang kau suka order maggi goreng lebih pedas tu."

Elvina terus peluk pinggang aku dari belakang. Tak ketat, cukup untuk buat dada aku rasa lapang.

"Kau ingatlah..." suara dia tenggelam dalam bunyi motor tapi aku dengar. Aku selalu dengar.

Malam Sentul tak pernah tidur. Tapi malam ini bila Elvina peluk aku macam itu kepala aku senyap sikit. Hati aku pun... macam kurang berdarah.

Motor aku meluncur perlahan keluar dari parkir. Elvina peluk aku dari belakang kuat. Macam takut aku hilang tengah jalan. Aku tarik handle perlahan, biar jalan malam peluk kami dua orang macam babak slow-mo dalam filem murahan tapi ikhlas.

Angin malam usik rambut aku yang keluar dari celah helmet. Jaket aku terbuka sikit, dan tangan Elvina merayap ke depan. Dia peluk pinggang aku macam aku ini bantal busuk dia.

Aku senyum sikit. Tangan kanan aku genggam handle. Tangan kiri... kejap saja rasa nak lepaskan motor ini dan patah balik ke kafe semula. Cium dia depan pintu tapi tak. Aku sabar. Aku tunggu.

"Sayang..." suara dia sayup dekat telinga kiri aku.

"Hm?"

"Jangan laju sangat."

"Aku bawa macam nenek tua okay."

"Biar lambat, janji lama."

Aku gelak kecil. "Geli siot."

Dia ketawa juga tapi pelukan dia tak longgar. Lampu jalan terus kami tinggal. Sentul malam ini nampak cantik bukan sebab bangunan, tapi sebab ada Elvina di belakang aku. Aku tahu mata dia tengah pejam sekarang. Dia selalu buat macam itu bila dia rasa selamat.

Dan aku... aku selalu rasa aku tak layak pun buat dia rasa selamat tapi dia tak pernah lepaskan aku.

Aku parkir motor betul-betul depan kedai mamak hujung simpang. Tempat biasa. Tempat yang sedia maklum ada maggi goreng sedap, air suam percuma, dan risiko jumpa orang tak diundang.

Enjin aku matikan. Elvina turun dulu, buka helmet sambil betulkan rambut merah dia. Aku pandang. Dia tahu aku pandang tapi dia buat-buat tak tahu.

"Jom, abang hensem," dia tarik tangan aku.

Kami jalan berpegangan tangan macam couple yang baru lepas kahwin lari. Aku sengih, dia senyum. Rasa macam dunia ini milik kami berdua. Sampai saja kat pintu kedai mamak aku beku.

"Celaka..."

Aku tepuk dahi kuat. Sebab di meja paling hujung, dua ekor syaitan itu tengah melantak macam tiada esok.

Reza dan Azfar.

Azfar yang perasan dulu. Dia sengih. Sengih paling celaka abad ini. Mulut penuh roti telur, tangan kiri pegang straw teh ais, mata terus jeling aku macam nak bagi anugerah "Kau Kena Kantoi Award 2025".

"Weh! Abang Ghibran datang dengan bini muda!" jerit Azfar kuat-kuat.

Reza angkat muka. Pandang aku. Tak senyum, tapi mata dia bagi isyarat "Jangan nak acah tak ada apa. Aku tahu semua benda."

Aku rasa macam nak tolak Elvina balik atas motor. Aku baru nak pusing balik cari meja lain, pura-pura tak nampak. Tapi Azfar sudah bangun. Tarik satu kerusi kosong sebelah dia. Dia tepuk permukaan kerusi itu dua kali, gaya bos besar.

"Duduk sini, bangsat. Jangan nak lari."

Aku sumpah dalam hati. Elvina sudah pandang aku sambil ketawa kecil.

"Biasalah tu. Abang Azfar memang macam tu dari dulu," katanya selamba sambil tarik tangan aku ikut sekali.

Aku terpaksa duduk. Kerusi keras kedai mamak ini rasa macam kerusi pengadilan.

Azfar sambung makan sambil sengih puas hati.

"Lama tak nampak El... makin comel. Ghibran ni simpan diam-diam ye?"

"Ehh, mana ada. Aku ni setia dekat Bran je," Elvina balas sambil cubit lengan aku.

Azfar buat gaya macam muntah. Reza cuma angkat kening.

"Lambat balik malam ni," katanya tenang.

"El habis kerja pukul sepuluh, bro. Bukan aku pi layan perempuan lain," jawab aku cepat.

Elvina selamba hirup air Reza.

"Kau punya ke ni, Reza? Sedap gila sejuk."

"Ambiklah minumlah. Sudah memang semua kau rasa milik sendiri," jawab Reza sambil senyum nipis.

Aku pandang Reza. Dia pandang aku. Sekejap. Panjang. Dalam. Aku tahu makna pandangan itu. Dia belum move on dari bilik Nisa dan aku belum bersihkan tangan aku sendiri.

Kami duduk semeja. Elvina order maggi goreng pedas lebih satu telur mata. Aku order teh o ais limau sebab tekak sudah kering, dan kepala aku masih hangat dengan sisa mayat tergantung dari episod petang tadi. Tapi aku tahan. Aku senyum. Aku normal.

Azfar lunjur kaki bawah meja. Reza sandar senyap, tangan peluk bahu sendiri pandang pelanggan lain, tapi telinga dia rakam semua.

"Malam ni jangan kacau aku," aku cakap perlahan sambil hirup air.

Azfar angkat kening. "Wah wah wah... abang Ghibran kita nak honeymoon malam Isnin ke macam mana?"

"Serius. Aku tak nak dengar bunyi ketuk pintu, bunyi kau jerit, bunyi apa-apa. Elvina tidur bilik aku malam ni. Full stop."

Elvina sengih sambil kunyah papadom.

"Dia cakap terus terang, abang Azfar. Bukan nak sembunyi-sembunyi..." katanya sambil letak dagu atas bahu aku.

"Takde hal tapi make sure bukan 'kau' yang jerit nanti," balas Azfar. "Kalau kau yang bunyi dulu, aku panggil bomba."

Aku terus sepak kaki dia bawah meja. Elvina sudah gelak terhuyung-hayang atas kerusi.

Reza akhirnya buka mulut. "Ghibran. Bilik kau sebelah bilik aku."

Aku pandang dia.

"Kalau ada bunyi pelik-pelik, aku akan assume kau tengah kena rasuk dan aku akan datang dengan pisau."

Azfar sambung, "Atau kamera. Mana cepat."

Aku telan air limau dalam-dalam. Elvina tepuk tangan kecil,

"Weh korang ni, jahat gila! Hahaha."

Aku tunduk, pandang meja. "Kenapalah aku bercinta dalam rumah geng syaitan."

Aku baru nak suap maggi goreng masa Reza buka mulut suara tenang, tapi ayat dia macam cucuk garpu panas ke rusuk aku.

"Kenapa tak pergi hotel je? Miskin sangat ke duit kau, Ghibran?"

Aku terbatuk. Elvina gelak. Tak tolong. Azfar terus ambik angin. "Perghh! Soalan terus ke jantung. Kelas kau, Reza."

Aku letak sudu. "Aku tengah kumpul duit kahwinlah, bangang. Kena jimat. Nak beli rumah, nak buat pelamin, nak bayar catering..."

"Ohh... bagus bagus," Azfar angguk-angguk. "Tapi pelik jugak, tak kahwin lagi pun dah tidur sekatil. Baik tak payah kahwin."

Aku hempas sudu atas pinggan. "Celaka. Kau tu lagi haram jadah. Perempuan tukar setiap minggu. Kadang satu malam dua orang. Siapa kau nak ceramah aku?"

Azfar sengih. "Aku tak pernah janji kahwin. Itu beza kita."

Elvina sudah tergelak sambil tepuk paha aku.

Reza minum air perlahan-lahan macam drama ini tak libatkan dia, tapi mata dia tengok kami bertiga macam tunggu siapa yang akan meletup dulu.

"Kalau korang nak gaduh pasal moral, baik jangan dalam kedai mamak. Nanti pekerja tu panggil ustaz."

"Biar ustaz datang," balas Azfar. "Aku pun banyak dosa nak confession."

"Confession kepala otak kau," aku balas, sambil suap balik maggi pedas yang tiba-tiba rasa tak pedas langsung.

Maggi goreng tinggal separuh tapi selera aku sudah tinggal sepuluh peratus.

Azfar masih sengih, sambil kacau ais dalam teh dia. Elvina sandar pada aku, kepala atas bahu. Aku rasa selesa lima saat saja sebelum Azfar buka mulut besar dia lagi.

"Eh El... kau tahu tak si Ghibran ni pernah buat lawak bangang masa intern kat pejabat IT dulu?"

Elvina terus angkat kepala. "Haaa? Apa dia? Cerita cepat!"

Aku terus ketap gigi. "Azfar..."

"Dah jangan marah dulu," Azfar angkat tangan. "Ni cerita legend weh. Time tu dia salah plug in projector masa tengah presentation besar. Yang keluar kat screen besar tu..."

Dia tahan gelak. Reza sudah tunduk, letak tangan di dahi. "Yang keluar... bukan slide. Tapi desktop dia."

Aku sudah rasa darah naik ke kepala. "Azfar. Diam."

"Weh weh weh jangan potong! Biar aku habiskan! Desktop dia keluar dengan satu folder besar tertulis — 'ANIME_18SX_FINAL'!"

Elvina ternganga. "ANIME APA GHIBRAN!"

Azfar sudah gelak macam dirasuk setan.

"Paling best, folder tu ada shortcut kat desktop! Aku rasa semua orang nampak. Pengarah IT pun ada dalam bilik tu!"

"Sial betul kau Azfar!" Aku hempas garpu atas meja. "Tu 7 tahun lepaslah! Mana ada orang guna desktop macam tu sekarang!"

"Kau ada!" sambung Azfar, gelak sambil tepuk meja. "Siap wallpaper Anime pakai bikini siak!"

Reza geleng kepala. "Aku tak pernah tengok manusia bangga buka aib kawan sendiri depan awek kawan dia."

Elvina sudah tertunduk sambil tutup muka tapi bahu dia bergegar dia tengah gelak besar.

"A...NIME 18SX? Final pulak tu?!"

Aku sudah tarik nafas panjang. "Azfar... kau memang celaka dunia akhirat."

Azfar angkat teh ais, buat toast. "Cheers, bangsat. Untuk kenangan manis IT department kita yang penuh dosa."

Angin malam makin lembap. Kedai mamak makin rancak dan penuh meja. Lampu neon berkelip malas. Pinggan kosong depan aku sudah tolak ke tepi. Elvina masih sandar sikit di bahu aku.

Dia menguap perlahan. "Ghibran... aku penatlah. Jom balik tak sabar nak tidur."

Aku nak balas nak cakap "okay" atau "kau tidur dulu nanti aku datang peluk" tapi belum sempat...

"Tidur ke... tak tidur?" Azfar menyampuk dari seberang meja. Suara dia sengaja tarik panjang. Senyum dia makin celaka. "Entah-entah baring je, tapi tangan masing-masing sibuk..."

"AZFAR!" aku jerit perlahan tapi tajam.

Elvina gelak kuat. "Oi! Aku memang penatlah. Jangan fitnah!"

"Yelah yelah... penat kerja," Azfar sengih, sambil ketuk meja. "Tapi bukan tangan yang penat nanti. Mulut kot."

"Kau memang setan," aku sumpah sambil tunduk malu. Rasa macam nak sorok muka dalam pinggan maggi goreng aku yang sudah sejuk.

Reza pandang Azfar. "Kalau kau tak mati kena tikam malam ni, tu pun dah rezeki," katanya sebelum bangun, bayar bil.

Azfar masih ketawa macam dia menang award.

Elvina tarik tangan aku. "Jomlah, Bran... kita balik... tidur betul-betul tidur okay?" katanya sambil sengih jahat dekat aku.

Aku diam. Azfar tepuk belakang aku masa aku bangun. "Kalau esok kau jalan pelik, aku tahulah kenapa."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience