Bab 126

Mature Content Series 3178

Ghibran Haidar

Hidup harus diteruskan. Aku ulang ayat itu dalam kepala sejak pagi tadi. Seolah-olah ayat tu ubat paling mujarab untuk semua jenis luka termasuk yang tak nampak.

Jari aku ligat menaip laporan IT Network. Skrin putih, teks hitam. Sekejap-sekejap aku tekan backspace. Mata aku kabur. Fokus aku pecah.

Sudah seminggu aku dan Azfar MC. Sudah seminggu juga Elvina tak jumpa aku. Kami hanya berhubung melalui whatsapp.

Luka tembakan dekat rusuk kiri masih ada. Balutan masih ketat bawah t-shirt aku. Kadang rasa ngilu bila nafas terlalu dalam. Kadang rasa sesak... bila nama Elvina lalu dalam kepala.

Azfar duduk di meja sebelah. Dia tak bercakap banyak hari ini. Tangan dia selak fail yang Ezrik baru hantar pagi tadi, data intern, report audit, entah apa lagi.

"Fail ni semua ketinggalan sebulan," dia bersuara perlahan. "Budak-budak intern kerja macam haram masa kita MC."

Aku angguk sikit tapi tak respon. Tangan aku berhenti menaip. Aku curi-curi pandang dia. Wajah Azfar nampak tenang seperti biasa.

Malam aku ditembak, dialah orang yang dukung aku kuat-kuat supaya hantar aku ke hospital. Dia juga yang diam sepanjang perjalanan balik rumah tak keluar satu lawak pun.

Dan hari ini... dia kembali seperti biasa. Pakai kemeja, bau minyak wangi mahal.

Tiba-tiba ada tapak kasut tumit tinggi berbunyi. Aku pandang ke arah kiri. Dua orang staf perempuan dari jabatan HR berjalan perlahan ke arah meja aku. Yang depan itu Kak Faridah. Umur empat puluh lebih, suka pakai tudung lilit penuh glitter. Yang belakang pula Kak Yaya. Gila telenovela dan pantang nampak lelaki pakai baju ketat.

"Eh adik Ghibran!" suara Kak Faridah ceria sangat.

Aku angkat muka sikit, senyum senget. "Ya, Kak?"

"Dah sihat ye? Akak risau tau masa dapat tahu adik masuk hospital! Macam mana boleh kena tembak tu? Akak dengar-dengar dari Kak Timah finance katanya kes samun?"

Aku senyum lagi. "Entahlah, Kak. Saya pun tak ingat sangat. Keluar rumah, tiba-tiba je dah terbaring."

"Aduhai, kesiannyaaaa," Kak Yaya menyampuk, letak tangan di dada. "Adik ni baik sangat... mana ada siapa sangka boleh kena benda macam tu..."

"Budak paling baik dalam jabatan ni, tau," Kak Faridah sambung. "Tak pernah bercinta dalam ofis. Tak pernah curi printer. Tak pernah cuti emergency tipu-tipu. Tuhan lindung orang baik macam adik ni."

Aku tahan gelak. Azfar dari meja sebelah sudah tunduk tahan ketawa, tangan dia tutup mulut.

"Terima kasih, Kak," aku balas sopan. "Doa akak semua, saya hidup lagi hari ni."

Mereka dua-dua senyum. Lepas tanya-tanya sikit pasal MC dan doktor, mereka pun beredar sambil bawa bau bedak sejuk dan sembang pasal drama pukul tujuh.

Azfar terus gelak kuat sikit. "Budak baik katanya..."

Aku jeling dia. "Mulut kau jangan cari pasal. Nanti aku simpan mata kau dalam bekas air zamzam."

"Budak baik katanya..." Azfar ulang sambil senyum sarkastik.

Aku pandang dia malas. "Kau kenapa?"

Dia letak fail atas meja, duduk silang kaki gaya macam bos besar yang baru lepas kena betray team sendiri.

"Kau perasan tak," dia mula. "Masa aku MC seminggu hari tu, takde sorang pun datang tanya khabar aku."

Aku senyum sengal. "Kau kan jenis buaya. Orang ingat kau cuti sebab pergi honeymoon dengan skandal mana entah."

Azfar terus drama. Dia letak tangan atas dada. "Aku ni staff senior tau. Dah kerja tujuh tahun. Pernah menang staff of the month walaupun aku curi punch card orang. Tapi takde sorang pun, aku ulang takde SORANG pun dalam HR atau IT tanya aku okay ke tak."

Aku senyum. "Mana boleh banding kau dengan aku. Aku budak baik."

Dia jeling tajam. "Budak baik kepala hotak kau. Aku yang tolong angkat kau ke hospital malam tu. Aku yang tolong cover darah kau dari bocor atas seat Civic aku. Tapi yang kau dapat, puji dari akak HR. Aku dapat... Google Form MC hilang."

Aku tergelak. "Diorang ingat kau kuat. Macam tak lut. Lagi pun, kau MC tiap-tiap bulan. Sakit konon. Padahal pergi Genting dengan Kiera."

Azfar berdengus. "Kau ingat senang ke hilang skandal satu, lepas tu hilang reputasi dalam jabatan?"

Aku sengih. "Reputasi kau memang dah hilang sejak kau kantoi projek dalam bilik server, bro."

Azfar diam. Kemudian dia gelak perlahan. "Siallah Ghibran. Aku rindu Helena."

Aku tengok dia. Senyap sekejap.

"Dia cantik," aku jawab.

Azfar pandang aku. Muka dia sudah tak sengal macam tadi.

"Ya. Tapi susah nak dapat dia tu."

Azfar senyap sekejap lepas sebut pasal Helena. Aku biar dia dalam momen itu. Tapi tak lama. Tiba-tiba dia pandang aku. Senyum semacam. Bukan senyum sedih tapi senyum buaya baru hidu bangkai panas.

Aku kerut dahi. "Apa hal kau senyum macam pesalah nak ngaku dosa?"

Dia sengih makin lebar. Kemudian dia dekat sikit ke arah aku. Bisik perlahan tapi cukup jelas.

"Reza... tak balik malam semalam."

Aku kelip mata. "Hah?"

"Tak balik rumah." Azfar angkat kening dua kali.

"Aku tau sebab aku tengok GPS kereta dia dalam group tracking kita."

Aku pegang dahi. "Bodoh, itu untuk keselamatan. Bukan untuk stalk aktiviti Reza."

Azfar tak kisah. Dia terus sambung. "Last location: kondo Rissa."

Aku terus geleng kepala. "Celaka kau."

Azfar tepuk meja sikit. "Weh fikir-fikir balik... macam manalah agaknya kan? Dua ekor psiko dalam rumah. Mesti dia projek ganas. Gigit sampai lebam. Reza kan suka cekik. Rissa pula... suka dicengkam."

Aku terus ketuk kepala dia pakai stapler kecil. "Diamlah babi!"

Azfar tergelak besar. "Weh tapi kau jangan tipu, kau mesti terbayang sikit kan? Rissa duduk atas Reza, rambut pendek serabai, mata naik atas, suara..."

"DIAM!" Aku tutup telinga tapi otak aku dah terlalu lambat. Imej semua dah muncul. Sial betul Azfar ini. Memang tak boleh biar dia hidup terlalu tenang.

"Weh tapi kau jangan tipu, kau mesti terbayang sikitkan?" Azfar ulang sambil makin dekatkan muka dia ke arah aku.

Aku sudah angkat tangan. Isyarat STOP. Tapi dia tak peduli.

"Rissa duduk atas Reza... rambut pendek dia serabai, mata separuh terbuka..." Azfar mula gaya perlahan, macam narrator filem lucah gelap.

Aku tutup telinga. "Siallah Azfar..."

"Tangan Reza kat leher Rissa, tapi bukan nak bunuh..." Dia sengih. "Dia peluk. Rapat. Nafas panas. Dinding kondo tu bergegar sikit."

Aku ketap gigi. "Azfar, aku amaran terakhir..."

"Rissa bisik kat telinga dia, 'sayang, korek mata aku dulu sebelum kau korek mata perempuan lain...'"

Aku terus berdiri. Tanpa angkat muka, tanpa salam, aku pusing dan terus jalan laju keluar dari jabatan IT.

"Weh nak pergi mana?" Azfar panggil, masih gelak macam pesakit jiwa.

"AKU NAK PERGI TANDASLAH BANGSAT!!!"

Azfar ketawa berdekah. "WEH GHIBRAN TERANGSANG!!! BUDAK BAIK DAH ROSAK!!!"

Suara dia bergema satu floor. Aku tak pandang belakang. Tak sanggup. Kalau aku patah balik, aku takut aku ludah dalam air Milo dia nanti.

Aku tekan butang pintu kaca pejabat sekuat hati.
BEEP! Pintu terbuka perlahan tapi aku tak sempat tunggu habis aku selak terus.

Langkah aku laju. Laju gila. Macam pelarian lepas pecah rumah, tapi tak sempat pakai selipar.

Tangan aku pegang bahagian rusuk kiri yang masih berbalut. Sakit. Tapi lebih sakit bila Azfar gambarkan Reza dan Rissa macam dalam filem premium subscription.

Lorong pejabat panjang. Kosong. Lampu siling menyala terang. Karpet tebal. Bau kopi dari pantri semerbak.

Tapi aku tak hirau semua itu. Aku cuma nak sampai tandas. Cepat.

"Weh Ghibrannn!!!"

Suara Azfar dari belakang, makin jauh. "Kalau kau lama sangat dalam tandas, aku assume kau..."

Aku tak dengar habis. Aku sudah belok ke kanan, nampak pintu tandas lelaki. Aku terus tarik. Masuk. Tutup.

KRAKK!!!

Aku berdiri depan sinki. Nafas aku tercungap. Muka aku merah. Bukan sebab malu sangat tapi sebab otak aku sudah rosak kekal.

Celaka kau, Azfar. Kalau aku mimpi pasal Reza malam ini, aku salahkan kau seumur hidup. Aku masuk dalam tandas. Pintu tutup KRAKK! belakang aku.

Tak tunggu lama, aku terus masuk ke salah satu bilik paling hujung. Tarik selak pintu, tutup rapat. Sunyi. Bau Dettol bercampur bau jahanam.

Aku tarik seluar. Tak perlahan. Tak sopan. Turun terus sampai lutut. Kemudian aku cangkung atas mangkuk tandas.

Bukan sebab aku nak buang yang besar. Tapi sebab aku nak buang air kecil dalam posisi pertahanan. Posisi paling selamat untuk hadam trauma visual dari Azfar tadi.

Tangan kanan aku pegang telefon. Buka Instagram. Skrol feed.

Masuk satu post motivasi: "Tenangkan fikiran. Fokus pada yang baik."

Aku ketap gigi. Baik kepala hotak kau. Otak aku sekarang penuh bayangan Reza bertelanjang dada dan Rissa duduk atas dia sambil senyum psiko.

Aku klik post kucing tidur. Cuba ubah vibe. Tapi dalam kepala, Azfar masih ulang: "Dinding kondo bergegar sikit..."

Celaka. Kalau aku sawan dalam tandas ini, tolong tulis dalam laporan: "Sebab kematian: Azfar celaka."

Aku buang nafas perlahan. Skrol Instagram pun tak membantu. Video kucing pun tak cukup kuat lawan visual Azfar tadi.

Aku letak telefon atas paha sekejap. Pandangan aku kosong. Tapi dalam kepala... penuh. Lepas beberapa minit, aku angkat badan. Tarik seluar. Zip. Betulkan kemeja putih yang sudah terkeluar dari seluar sikit. Rasa macam baru bangun dari kubur. Tapi kubur itu... tandas.

Aku buka selak pintu perlahan. Tengok kiri, tengok kanan. Kosong. Aku keluar dari bilik tandas. Langkah perlahan ke arah sinki. Buka paip. Air sejuk mengalir deras. Aku tadah tapak tangan. Cuci muka. Sekali. Dua kali. Tiga.

Biar otak ini sejuk sikit. Biar nama Reza dan Rissa keluar dari kepala aku.

Aku angkat muka, pandang cermin. Muka aku lesu. Rambut aku kemas sikit tapi mata masih ada. Syukur Azfar belum korek.

Aku keluar dari tandas perlahan. Dada aku dah stabil. Nafas pun sudah okay sikit. Lantai koridor sunyi. Lampu siling putih bersih. Suara printer dari bilik operasi jauh kedengaran samar. Aku betulkan lengan kemeja. Tangan kanan masih pegang tisu, lap kesan air dari muka.

Sambil berjalan balik ke jabatan IT, aku lintas satu tempat yang buat aku rasa... berdosa sikit.

Stor cleaner.

Pintu kelabu. Lampu malap. Papan tanda "STOR PEMBANTU AM" masih tergantung senget. Tempat yang tak sepatutnya jadi tempat 'projek' tapi pernah jadi lokasi sejarah hitam, thanks to Azfar dan Aimi HR.

Aku geleng kepala perlahan. "Bangsat betul dua ekor tu..."

Tiba-tiba... SRET!

Ada satu tangan rentap lengan aku.

Kuat. Cepat dan tak sempat aku elak. Aku sempat jerit pendek. "wehhh?!"

Tubuh aku ditarik masuk ke dalam stor. Pintu belakang aku ditutup KRAKK!

Gelap. Bau Dettol, mop basah, dan sesuatu... yang tak patut ada waktu pagi. Aku berdiri, terkejut beruk. Mata aku membulat.

"Apa sial ni?!"

Mulut aku ditutup. Tangan lembut. Wangi. Macam bau lotion Nivea campur body mist Zara. Tangan itu tekan kuat tapi bukan kasar. Tekanan jenis... mengundang panik.

"Senyaaap..." suara bisikan dekat telinga aku. Perempuan. Lembut tapi bergetar. Macam dia tengah tahan nafas sambil tahan gelak.

Aku sudah berdebar. Dada aku berombak. Mata aku besar. Sial. SIAL. SIAL. Aku kena culik dalam stor cleaner?!

Aku mula fikir benda pelik. "Janganlah... aku baru baik dari luka tembakan... janganlah aku kena rogol dalam stor ofis, Ya Tuhan..."

Aku cuba pusing. Tapi tangan dia masih kat mulut aku. Satu tangan lagi sudah letak di dada aku. Tekan perlahan.

Aku sudah nak blackout. Mental breakdown part dua. Kaki aku goyang. Mata aku kelip laju dan waktu itu aku nampak...

Siluet perempuan. Tudung bawal. Manis. Baju blouse pastel. Dia senyum. Kemudian dia ketawa perlahan.

"Relakslah... bukan nak rompak. Nak rindu je..."

AIMI HR.

Aku terkedu. Dia senyum makin lebar. "Eh... kenapa muka kau pucat semacam ni?" Dia gelak manja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience