Mayat perempuan tua itu masih terkulai. Mata tinggal satu. Dada penuh lubang.
Helena teresak dalam pelukan Azfar, tangan dia longlai, tapi jari masih ketap baju Azfar macam nyawa bergantung di situ.
Aku tengok saja. Darah di tapak kasut aku makin tebal. Lantai sudah jadi merah gelap.
"Reza," suara Azfar tenang. "Kau lenyapkan dua ekor itu."
Aku angkat muka. Pandang dia. Dia tak senyum tapi pandangan dia bermakna.
"Biar Helena tidur tenang malam ini."
Aku senyum. Perlahan. Tanpa suara. Mata aku cari objek dan aku nampak gunting besi karat yang masih melekit darah, terletak tak jauh dari kaki aku.
Aku tunduk, ambil. Berat tapi sesuai di tangan. Langkah aku bawa aku ke arah ayah tiri Helena yang masih hidup, tapi nyawanya tinggal hujung. Tubuh dia mengerekot. Kaki berlumuran darah.
Dia tak meronta lagi tapi mata dia terbuka dan dia nampak aku.
Dia cuba buka mulut. "J... ja... jangan..."
"Sudah lambat," aku jawab.
Aku genggam gunting itu kuat. Angkat perlahan dan aku tikam.
THUKKK!!!
Tepat ke dada. Aku tekan masuk terus sampai habis. Sampai besi itu tenggelam ke pemegang.
PLURRT!!!
Darah memancut keluar ikut mulut. Mata dia terbeliak. Mulut ternganga macam nak jerit, tapi udara tak keluar. Tangannya terangkat sikit, bergetar.
Kkkhhkk...
Gghhhkk...
"Kau tak layak hidup. Kau tak layak mati dengan aman," aku bisik dekat telinga dia.
Aku biar gunting itu di situ. Aku tak tarik keluar. Biarlah besi karat itu jadi penutup dada dia. Kubur bergerak. Kepala dia jatuh ke sisi. Nafas terakhir terlepas.
Mati.
Aku berdiri semula. Lepas tengok mayat itu diam betul-betul.
Satu tinggal.
Satu nyawa sudah lenyap. Tinggal satu lagi iaitu sisa terakhir dari mimpi buruk Helena.
Aku pandang ke kanan. Ghibran masih bersandar pada tiang. Rokok di jari dia tinggal separuh. Mata dia separuh layu, tapi aku tahu bila aku buka mulut, dia akan bangkit macam anjing lapar.
"Bran..."
Dia angkat kening.
"Ambil gunting itu. Selesaikan yang terakhir."
Dia sengih, sengih celaka. Tarik rokok sekali lagi, asap keluar ikut hidung.
"Yes, sir."
Langkah dia malas-malas, tapi pasti. Dia tunduk, capai gunting yang aku tinggalkan tadi masih panas dari darah ayah tiri Helena.
Tangannya berat, tapi steady. Dia berdiri depan abang tiri Helena, lelaki yang terkulai dengan batang luka, puting hilang dan muka lebam.
Tapi dia masih hidup. Mata dia separuh terbuka. Mulut dia ternganga, nafas tercungap macam orang lemas.
"Kau tahu tak," Ghibran bersuara sambil angkat gunting tinggi, tepat depan muka mangsa. "Selama ini aku selalu fikir... jari atau lidah dulu?"
Dia ketawa kecil. Asap rokok keluar dari celah gigi. "Tapi malam ini... aku rasa aku nak tukar selera."
Dia hayun tangan dan TIKAM!
THUKKKKK!!!
Gunting itu tembus terus ke leher abang tiri Helena.
PRRRRT!!!
PLURTT!!!
Darah memancut keluar macam paip pecah. Merah gelap, pekat, sambil badan abang tiri menggeliat liar dalam kerusi.
GHHKKKHH!!!
KKHGHKKK!!!
Tali kerusi berbunyi grkk grkk! setiap kali dia meronta. Mata dia terbeliak, lidah terkeluar. Darah keluar ikut mulut, ikut lubang tikaman. Meleleh atas dada.
"Sshhh..." Ghibran letak jari telunjuk depan mulut dia. "Tidur, bangsat."
Dia pulas gunting itu ke kiri.
SKRRKKK!!!
Suara terakhir lelaki itu tenggelam. Tubuh dia jatuh senyap, mata terjuling putih. Ghibran tarik nafas dalam-dalam.
Huuuhhh...
Hembus asap sekali lagi sebelum cabut rokok dari bibir. "Sudah. Game over."
Darah sudah beku atas lantai.
Tiga kerusi.
Tiga mayat.
Tiga neraka yang akhirnya lenyap dari dunia.
Kami iaitu aku, Ghibran, Azfar berdiri menghadap mereka. Sunyi.
Satu saat. Dua saat.
Kemudian kami bertiga ketawa.
"HAHAHAHAHAHAHAHA!"
Ketawa celaka. Psiko. Bebas. Lepas malam penuh jeritan dan darah, kami akhirnya bersorak macam budak dapat mercun malam raya.
"Bangsat tiga ekor sudah mampus," Ghibran sebut sambil ludah ke arah salah satu mayat.
Dia pandang Helena yang masih duduk di sisi Azfar.
"Lepas ini tak ada siapa sudah boleh kacau kau, Hel," suara Ghibran lebih lembut, walau mulutnya masih berasap rokok. "Tak ada siapa sudah akan sentuh kau. Kau boleh hidup tenang."
Azfar masih peluk Helena dari belakang. Tangannya usap perlahan rambut gadis itu. Dagu dia rehat atas bahu Helena.
Dia tunduk. Bisik perlahan, suara dia macam hembusan malam. "Mereka bertiga... sudah mati."
"Kau selamat sekarang."
Helena pejam mata. Air mata masih turun sikit-sikit tapi bahu dia sudah tak menggeletar. Nafas dia perlahan.
Aku melangkah ke depan. Tengok tiga jasad busuk itu sekali lagi.
"Jom," aku bersuara. Datar. "Kita lupuskan semua ini seperti biasa."
"Belakang rumah."
***
Langit masih gelap, tapi udaranya berubah.
Subuh hampir tiba. Angin sejuk mula masuk dari celah-celah pokok getah di tepi rumah lama ini. Bau darah sudah hilang diganti dengan bau tanah basah dan rumput hancur.
Aku berdiri di tepi lubang terakhir. Dalamnya lebih dua meter. Cukup dalam untuk pastikan tak ada anjing liar korek naik semula.
Dua lubang sebelum ini sudah ditimbus. Mak Helena dan abang tiri sudah selamat bawah tanah. Tinggal ayah tiri Helena, tubuh kaku dengan gunting masih tertanam di dada, baru saja kami humban ke dasar lubang.
Azfar pegang cangkul. Baju dia koyak sikit, penuh kesan tanah dan peluh. Ghibran berdiri di sebelah, selamba pegang rokok sambil kakinya pijak tanah kubur dengan selamba.
Aku tunduk sekali lagi. Pandang jasad yang sudah tak bergerak. Mata dia terbuka sikit tapi tak ada roh.
"Ini pengakhiran kau. Dekat. Gelap. Tanpa batu nisan."
Thok! Cangkul pertama jatuh. Azfar mula kambus. Ghibran ketawa kecil, sambil tolong ratakan tanah.
THOK. THOK. THUMP. THAKK.
Bunyi tanah jatuh atas jasad. Perlahan tapi makin laju. Kami bertiga adalah RAG yang bekerjasama tanpa perlu cakap banyak.
THUMP. THUMP. THOK.
Lubang makin penuh. Tanah makin berat. Subuh makin sunyi.
"Lagi sikit," aku bersuara. Azfar tolak tanah terakhir. Ghibran tepuk tanah pakai tapak cangkul.
Kami berdiri tegak, pandang hasil kerja. Tiga mayat, tiga lubang. Tiada saksi. Tiada kesan.
"Setel," Azfar bersuara sambil tersengih. "Tutup buku lama."
Aku keluarkan telefon dari poket. Tekan skrin. Lihat jam.
4:53 pagi.
Langit masih kelam tapi aku tahu, sebentar lagi fajar akan pecah.
"Tak sangka... malam ini kita balas semua. Habis. Sampai akar."
"Malam paling sempurna," Ghibran tambah sambil hidupkan rokok baru.
Kami semua diam sekejap. Memandang lubang-lubang yang sudah menjadi tanah rata. Tiada batu nisan. Tiada doa. Hanya dendam yang sudah dilunaskan sepenuhnya.
Kami tak suci.
Tapi malam ini...
Kami puas.
Bau tanah masih melekat pada kasut. Kami bertiga langkah masuk ke rumah semula rumah lama aku, tempat semuanya bermula. Pintu kayu tua berbunyi kreeekkk bila aku tolak perlahan.
Ruang tamu itu sunyi. Lampu LED yang digantung awal malam tadi masih menyala, walau cahaya dia sudah mula suram sebab bateri hampir habis.
Sofa buruk di penjuru... Helena tidur di situ. Terlentang, tangan bersilang atas perut. Wajah dia tenang, walau kesan darah kering masih ada di celah kuku.
Azfar terus melangkah perlahan. Dia duduk di hujung sofa. Tangan dia naik usap rambut Helena yang panjang, lembut macam jaga kaca.
"Tidurlah, sayang..." dia bisik perlahan. "Tak ada siapa sudah akan kacau kau lepas ini."
Aku lempar diri atas lantai. Dinding kayu belakang aku jadi tempat bersandar. Badan letih, tapi kepala masih panas.
Ghibran, si gila, duduk bersila tak jauh dari aku.
Dia tarik nafas panjang dan buang dengan senyum paling sial malam itu.
"Weh..." dia bersuara. "Aku tak sangka seksa orang ini... best gila siot."
Aku sengih. Senyum sinis. Rokok sudah padam, tapi mulut aku masih berasap dengan idea.
"Lepas ini aku ajak kau seksa orang lain pulak." Kami sama-sama ketawa kecil. Celaka tapi puas.
Dan malam itu... kami bertiga diam dalam rumah tua penuh dosa. Azfar masih usap rambut Helena. Ghibran masih senyum di lantai dan aku, aku tengok siling, sambil fikir, siapa lagi dalam dunia ini yang patut kami 'ajar'.
Aku masih bersandar di dinding. Tangan sudah longlai. Kepala mula berat. Mata separuh layu.
"Siallah... aku tak sabar nak balik tidur."
"Penat gila... mengantuk pun ya."
Azfar toleh, sengih. Tangan dia masih usap rambut Helena macam bela kucing.
"Balik tidur konon..." dia sindir. "Nanti lepas ini aku tahulah kau akan lesap pergi rumah Rissa. Gatal senyap-senyap..."
Dia gelak. "Konon nak rehat. Padahal nak peluk bini psiko sendiri. Pfft."
Aku balas sengih. "Bini psiko aku lagi setia dari skandal kau yang hari-hari tukar."
Ghibran masuk menyampuk, baring atas lantai macam ikan kena jemur.
"Aku pun penat sial... badan lenguh tapi puas hati gila siot." Dia senyum sendiri. Tangan letak atas perut. "Tak sabar nak jumpa Elvina esok. Rindu siot..."
Azfar terus gelak. "Weh, kau rindu dia ke rindu motor dia?!"
"Jangan tipu. Kau sayang Y15 itu lebih dari awek."
Ghibran ketawa sambil buat muka celaka. "Bodoh, dua-dua aku sayang tapi Elvina pandai buat air manis. Dia ada value."
Kami semua tergelak kecil. Suasana subuh itu walau bersimbah darah, walau penuh mayat tetap jadi ruang paling tenang yang kami pernah ada sejak bertahun.
Dan untuk sekejap... kami bukan pembunuh. Kami cuma tiga kawan lama, penat lepas 'kerja lebih masa'.
Kami masih melepak macam setan kenyang. Mayat semua sudah senyap bawah tanah. Helena pun tidur lena. Kami bertiga masih celik, masing-masing sudah mula sembang macam tak ada dosa. Tiba-tiba Azfar bersuara, kali ini lebih serius sikit.
"Disebabkan korang berdua..." Dia pandang aku dan Ghibran. "...tolong aku lenyapkan keluarga celaka Helena..."
"...aku nak tunaikan janji."
Aku dan Ghibran pandang dia.
"Esok malam..." Dia sengih. Tangan buat peace tapi kepala senget gaya buaya. "...aku belanja Jack Daniel's tiga botol."
Ghibran bersiul kecil. "Ooooo gila babi. Tiga?"
"Tiga, bro. Biar mabuk terus. Kita parti. Kita celebrate. Victory night. Untuk syaitan-syaitan macam kita."
Aku geleng kepala sambil sengih. "Kalau kau mabuk nanti jangan peluk aku macam dulu."
Azfar gelak besar. "Taklah Reza. Aku peluk Helena saja. Korang aku baling keluar tingkap kalau sentuh aku."
Ghibran angkat rokok macam toast. "To RAG. To revenge. To Jack Daniel's."
Kami semua tergelak dan malam itu, dalam rumah buruk, berbau tanah, berlumur darah tiga pembunuh bersandar... dan bermimpi parti.
Gelak kami perlahan-lahan padam. Darah sudah kering. Helena sudah lena. Bulan sudah makin hilang, langit di luar mula berubah biru kelabu.
Aku pandang dua sahabat aku RAG, gila tapi setia.
"Jomlah balik," aku bersuara. Suara serak. Penat. "Semua sydah setel. Van pun nanti aku pulangkan."
Azfar angguk, terus bangun dari sofa. Dia tunduk, usap perlahan rambut Helena.
"Sayang... bangun," dia bisik perlahan. "Kita balik. Semua sudah habis..."
Helena buka mata perlahan. Dia pandang Azfar dengan wajah kosong, tapi tenang. Dia angguk kecil. Lemah tapi masih hidup.
Ghibran bangkit malas dari lantai. "Fuhh... badan aku rasa macam digilis lori."
Dia pusing ke pintu. Capai kunci van atas rak kasut lama. Bunyi cling dari kunci kedengaran dalam ruang sunyi.
Aku pula pandang sekeliling rumah. Kesan tapak darah. Titik-titik merah di dinding. Serpihan gigi.
Tak boleh tinggal macam ini.
"Korang gerak dulu ke van. Aku kemas sikit. Hilangkan jejak."
Azfar dan Ghibran tak banyak soal. Mereka angguk dan mula keluar.
Aku tarik tuala buruk yang tersidai, basahkan dengan air botol, dan mula lap lantai. Satu persatu. Perlahan. Tak sempurna, tapi cukup untuk elak curiga.
Kami sudah buat kerja kotor tapi jejak tak boleh tinggal. Aku toleh sekali lagi ke belakang. Ruang kosong. Darah sudah hilang. Mayat sudah tanam.
Tinggal kenangan dan tiga nama yang tak akan disebut lagi.
Share this novel