9:15 malam. Ruang tamu rumah sewa RAG. Lampu malap. Angin dari kipas siling berdengung perlahan. Aku duduk bersila atas sofa. Laptop terbuka. Cahaya skrin menyala tepat ke muka aku yang sudah separuh layu.
Meja kopi depan aku penuh. Bukan dengan makanan. Dengan kertas-kertas tugasan pelajar yang serupa sampah intelektual.
"Kalau IQ boleh dibeli kat Shopee, aku dah hadiahkan sebiji untuk setiap budak dalam kelas aku."
Malam ini aku sendiri. Azfar hilang entah ke mana. Besar kemungkinan tengah stalk Helena, konon-konon nak jadi lelaki suci. Padahal, si sial itu tak pernah suci dari dulu.
Ghibran? Keluar dating dengan awek dia, si Elvina rambut merah. Bunyi enjin Y15 pun sudah tak kedengaran.
Rumah ini kosong. Dan aku? Masih menghadap realiti yang paling menyesakkan dada: Tugasan pelajar psikologi yang konon-kononnya tahu tentang emosi manusia tapi tak reti beza antara "self-awareness" dan "narsistik tiktok."
Aku selak satu kertas.
"Saya rasa saya ada trait Machiavellian sebab saya suka plan sesuatu untuk faedah diri sendiri walaupun orang lain sengsara."
Aku ketap bibir.
"Bagus. Awak baru sedar awak syaitan."
Aku buka satu lagi.
"Saya rasa saya psikopat sebab saya tak rasa sedih bila kucing jiran mati."
Aku letak kertas. Aku tutup mata. Aku tarik nafas panjang.
"Ya Tuhan, apa dosa aku dalam hidup dulu sampai aku kena baca benda ni malam-malam?"
"Aku boleh bunuh orang dan lupuskan mayat tanpa jejak... tapi sekarang aku hampir kena migrain sebab budak diploma confuse antara 'empathy' dengan 'sympathy.'"
Laptop aku berbunyi. Bateri 12%. Aku tak bergerak. Biarlah. Kalau laptop ini meletup pun, aku tak kisah.
"Dulu aku pilih jadi pensyarah sebab aku fikir, mungkin aku boleh bimbing orang jadi lebih waras. Tapi semakin aku mengajar... semakin aku rasa dunia ini sebenarnya tak perlukan bimbingan. Dunia ini perlukan reset."
TOK TOK TOK!
Bunyi ketukan pintu. Tiga kali. Pantas. Macam orang datang nak minta tolong, tapi bunyi dia... menjengkelkan.
Aku bangun. Malas. Laptop aku biar terbuka. Tugasan pelajar aku biar mereput. Dalam hati aku mula bersoal jawab.
"Siapa sial datang malam-malam?"
"Makcik jiran sebelah nak komplen Ghibran pasang lagu kuat lagi ke?"
"Atau... Rissa. Si perempuan gila tu."
Tapi kaki aku tetap melangkah. Laju. Rasa macam automatik. Aku buka pintu. Mata aku terkejut tapi muka aku kosong.
Kiera.
Salah satu skandal Azfar, kalau tak silap yang dia selalu 'projek' dalam hotel lima bintang, siap cerita bangga sebab ada jacuzzi.
Kiera berdiri depan pintu. Sengih. Senyum senget. Tangan peluk beg kecil. Rambut ikal longgar. Pakaian dia? Macam tuala tak siap lipat.
Perempuan ini datang rumah orang pakai baju macam baru lari dari photoshoot lingerie Shopee.
Mata aku automatik scan atas bawah. Dada separuh terbuka. Kaki terdedah. Bibir merah.
Tak malu. Tak tunduk. Siap sengih macam pemenang anugerah pelacur elit.
"Azfar ada tak?" Nada dia manja tapi muka dia macam perempuan yang sudah lali kena tinggal lepas check out hotel.
Aku berdiri. Tangan aku bersilang. Pintu aku tak buka habis. Muka aku datar.
"Tak."
Kiera senyum lagi. "Dia pergi mana?"
Aku angkat kening. "Saya pensyarah. Bukan GPS."
Dia ketawa kecil. "Ala, garangnya... Reza kan? Housemate Azfar yang poyo tu?"
Aku senyap. Tak balas. Tak gelak. Tak senyum. Perempuan macam ini... dia fikir semua lelaki akan cair tengok kulit dia. Tapi aku? Aku lebih tertarik tengok mayat reput daripada dada yang dia tayang itu.
Aku masih berdiri depan pintu. Tangan bersilang. Muka kosong. Kiera senyum macam iklan gincu murah.
Sekali dia melangkah ke depan. Tangan dia tolak perlahan dada aku. Sentuhan sengaja. Bukan sebab tak sengaja.
"Maaf. Eh tertolak..."
Dia langkah masuk macam rumah ini dia punya lalu terus ke tengah ruang tamu, tarik rambut ke belakang, dan tutup pintu dari dalam.
Klik.
Aku masih berdiri di depan pintu. Ambil dua saat untuk hadam apa yang baru berlaku.
Kau tolak dada aku, masuk rumah aku, tutup pintu rumah aku, malam-malam, dengan pakaian macam nak photoshoot malam jumaat dan kau ingat aku akan biar? Aku paling badan. Tenung dia.
"Keluar."
Nada aku datar. Tapi keras. Tak ada nada lemah lembut. Tak ada sinar simpati. Tak ada ruang diplomasi.
Kiera pandang aku sambil duduk di sofa. Kaki silang. Buat gaya manja.
"Reza... relakslah." Dia senyum nipis. "Aku nak tunggu Azfar je. Boleh kan?"
"Tak boleh." Cepat. Laju. Tegas.
Dia angkat bahu, buat-buat hairan. "Kenapa? Aku bukannya datang nak kacau kau. Aku tunggu je."
Aku melangkah ke depan. Berdiri depan meja kopi yang penuh kertas assignment. Mata aku tajam.
"Satu, kau tak minta izin masuk. Dua, Azfar tak ada. Tiga, kau tak sepatutnya ada di sini. Empat, aku tengah sibuk. Lima aku tak suka orang melangkah masuk hidup aku tanpa kebenaran."
Kiera senyum. "Wow, kau selalu buat monolog psiko macam ni kat semua perempuan ke?"
Aku tenung. Panjang. Dalam. Tak berganjak. Aku malas nak melayan. Tenaga aku tak cukup untuk membuang manusia yang tak faham bahasa. Jadi aku duduk semula atas sofa. Laptop aku buka balik. Skrin menyala terang. Kertas berselerak masih bersisa. Aku sambung baca tugasan pelajar.
"Saya rasa saya ada narcissism sebab saya suka tengok diri sendiri dalam kamera..."
Aku mengeluh perlahan.
"Patutlah aku selalu migrain."
Baru nak taip komen. Tangan aku atas keyboard. Tiba-tiba... ada bayang. Ada nafas. Dan...
Ada jari halus sentuh dagu aku. Aku kaku. Mata aku terangkat nampak Kiera, sudah berdiri dekat sangat, separuh membongkok. Tangan dia usap dagu aku perlahan. Rambut dia jatuh ke tepi pipi aku. Minyak wangi dia terlalu kuat. Terlalu dekat. Terlalu sial!
Dia senyum. Nada dia lembut. "Reza kau ni sebenarnya hensem..." Jari dia masih sentuh kulit aku. "Tapi kenapalah sombong sangat, hm?"
Sumpah kalau aku bukan manusia waras... aku sudah patahkan jari dia sekarang. Aku tarik badan ke belakang. Sedikit. Tapi tak cukup untuk selamat.
Dia ikut. Langkah ke depan. Skirt dia makin dekat. Nafas dia makin panas. Aku hela nafas dalam-dalam. Nada suara aku turun satu level. Dingin. Datar. Tapi menggigit.
"Kiera."
Dia diam. Masih senyum. Masih tunggu. "Aku pensyarah. Aku bukan Azfar. Kau sentuh aku sekali lagi... aku patahkan tangan kau."
Tiba-tiba... DUB!
Kiera tolak dada aku kuat. Aku terundur ke belakang, terbaring atas sofa. Laptop aku hampir terpelanting jatuh dari meja kopi.
Nafas aku naik, tapi bukan sebab teruja. Sebab marah. Belum sempat aku bangun Kiera, sudah naik atas badan aku. Lutut kiri kanan paha aku. Tangan dia tekan dada aku. Tubuh dia rapat. Rambut dia gugur, minyak wangi dia menyesakkan.
"Reza..." suara dia manja. "Jangan pura-pura tak suka..." Jari dia sentuh dagu aku. Mata dia tajam, tapi licik. "Kalau kau betul-betul tak nak, kenapa kau tak tolak aku sekarang?"
Aku pandang dia. Mata aku tajam. Wajah aku kosong tapi jantung aku degup bukan sebab ghairah. Sebab menyirap.
"Aku bagi kau dua saat," aku cakap perlahan. "Nak turun sendiri, atau aku hempas kau keluar balkoni."
Kiera gelak. Gelak betul-betul. Macam aku baru ajak dia bercinta, bukan maki.
"Garangnya..." Tangan dia turun ke paha aku. Diusap perlahan. Gatal, berani dan gila.
"Berlagak tak nak, tapi badan kau sendiri... bagi jawapan," dia bisik. "Come on, Reza... siapa yang tak suka perempuan macam aku?"
Aku tak tahan. Perempuan ini fikir dia tengah menang. Tapi dia tak tahu bila aku diam terlalu lama, itu bukan sebab aku malu. Itu sebab aku tengah pilih cara paling cepat untuk tamatkan permainan dia.
Aku maki. "Kau bodoh ke, Kiera?!" Nada aku naik. Datar, tapi tajam. "Kau ingat aku ni Azfar? Kau ingat aku akan cair dengan tangan kau? Dengan kulit kau? Dengan suara kau?"
Kiera senyum lagi. Masih atas aku. "Kalau kau betul-betul tak suka... Kenapa kau masih tak tolak aku?"
BAMMM!!!
Pintu utama dihempas kuat. Dinding bergegar. Langsir tepi bergetar. Aku dan Kiera terkejut serentak. Mata aku lempar ke pintu. Dan aku nampak...
Rissa.
Berdiri diam, kaku dan mata dia terbeliak. Bibir ternganga separuh. Plastik putih yang dia pegang bungkus roti canai dan milo ais jatuh ke lantai. Senyap tapi lebih menakutkan dari jeritan.
Aku terus cemas. Jantung aku terhentak. Suara aku hilang. Nafas aku tersekat.
"Sial."
Kiera pula... gelak manja. Sengaja. Dia goyang rambut. Masih duduk atas paha aku. Tangannya sengaja tarik baju aku macam nak betulkan tapi nampak macam baru lepas 'projek'.
"Eh... kita ada tetamu?" suara dia penuh sindiran. "Hi, sayang..."
Seketika itu juga aku tolak Kiera kuat.
"GET OFF ME!"
DUM!
Kiera jatuh terlentang atas lantai karpet. Terkejut tapi masih sengih. Aku terus bangun. Mata aku pandang Rissa.
Dia masih diam. Muka dia tak gerak tapi mata dia... sudah berubah. Tak ada manja, tak ada gila manja dan tak ada gedik. Yang ada cuma satu iaitu amaran.
Muka dia tenang. Tapi aku tahu... Rissa yang aku kenal sekarang, bukan Rissa yang masuk rumah tadi.
Tangannya menggenggam. Kuat. Urat naik. Dia masih berdiri diam, tapi bahu dia turun naik tahan nafas dan tahan amarah.
Bibir dia buka. Perlahan. Tapi cukup keras.
"Reza..."
Rissa sebut nama aku. Tapi nada dia kosong. Datar. Bukan suara perempuan kecewa. Ini suara dari ruang gelap dalam otak dia.
Mata Rissa masih kaku pandang aku. Tapi dalam satu detik mata dia berpaling ke arah Kiera.
Kiera masih duduk di lantai. Sengih makin pudar.
Rissa senyap tapi bahu dia naik-turun. Mulut dia bergerak perlahan. Aku tak dapat tangkap. Dia bisik sesuatu. Mungkin pada diri sendiri. Atau pada suara dalam kepala dia.
Ini bukan cemburu. Ini penyakit. Dan penyakit itu... dah tak boleh dikawal. Tiba-tiba...
Rissa berlari pantas ke arah Kiera.
"PEREMPUAN SIAL!!!"
BAMMM!!
Dia rempuh Kiera sampai terbaring semula atas lantai. Rissa naik atas dia. Rambut pendek dia sudah kusut, liar, menutup separuh muka. Mata dia merah. Nafas dia kasar.
"KAU INGAT AKU TAK NAMPAK?!! KAU PEGANG DIA DEPAN AKU?!!"
Kiera menjerit. "GILA! KAU GILA!!!"
Tapi Rissa sudah hilang akal.
PANGGG!!!
PANGGG!!!
PANGGG!!!
Tamparan berderet. Kuat. Penuh dendam. Rambut Kiera ditarik. Kepala dihentak ke lantai sekali.
DUSHHH!!!
"DIA MILIK AKU!!! KAU DENGAR TAK?!! DIA. MILIK. AKU!!!"
Kiera meronta. Rissa capai gelas kaca atas meja.
PRANGGG!!! Pecah. Dia capai serpihan paling tajam. Letak di leher Kiera. Mata dia liar. Tangan dia menggeletar. Tapi genggaman dia kuat.
Rissa bukan marah. Rissa tengah jadi benda lain dan kalau aku lambat sesaat pasti Kiera mati.
Aku terus meluru. "RISSA!! STOP!!"
"RISSA!! STOP!!" Aku terus tarik dia. Pegang dari belakang, kuat. Tangan aku melingkar dada dia, tahan pergelangan tangan dia dari tekan serpihan kaca itu ke leher Kiera.
Rissa meronta. "LEPASKAN AKU! AKU NAK BUNUH DIA! AKU NAK BUNUH DIA!!" Air liur, air mata, semua bercampur. Tapi aku tak lepas.
"Rissa! Tengok aku!" Suara aku keras. Nafas aku kasar. "Ini bukan suara dalam kepala kau! Ini aku, Reza!"
Dia masih meronta tapi makin lemah. Badannya mula goyang. Bahu dia menggigil.
"Rissa... kau kat rumah. Kau dengan aku. Bukan dalam mimpi. Bukan dalam bayangan tu."
"Lepaskan benda tu. Sekarang."
Perlahan-lahan, jari dia longgar. Serpihan kaca jatuh atas karpet.
TING!
Kecil. Tapi bunyi dia macam dentuman bom dalam kepala aku. Rissa terdiam. Nafas dia kuat. Mata dia kosong. Dia tengok tangannya sendiri, macam tak kenal tangan tu milik dia.
Dia baru 'pulang' ke realiti. Tapi dia belum tahu dia sudah luka seseorang.
BAMMM! Pintu utama terbuka kuat. Azfar muncul. Muka dia terkejut tengok suasana.
Kiera sudah terduduk tepi sofa, rambut serabai, pipi sedikit berdarah, mata panik macam baru kena langgar lori.
"APA JADI NI?!!"
Aku tak jawab. Masih pegang bahu Rissa yang sudah terduduk perlahan.
Azfar terus meluru ke Kiera. Tarik tangan dia. "Kiera! Weh... kau okay tak?!"
Kiera masih tergamam tapi angguk. Perlahan.
Mata dia tak lepas dari Rissa. Takut. Trauma.
Dia bisik. "Perempuan tu... gila, Azfar. Gila!"
Azfar pandang aku. "Reza. Apa yang berlaku ni?"
Aku tak jawab. Mata aku masih tengok Rissa. Rambut pendek dia sudah lepek. Mata dia sudah lesu. Tangan dia masih menggigil. Tapi sekarang...
Dia diam. Dan dalam diam itu, dia mula menangis perlahan. Dia bukan penjenayah. Dia pesakit. Dan malam ini... dunia dia pecah depan mata aku.
Share this novel