Bab 174

Mature Content Series 4377

Pagi. Jam tak tahu pukul berapa. Tingkap masih gelap. Langit luar samar kelabu. Bilik sunyi cuma bunyi kipas. Nafas aku sendiri.

Aku buka mata perlahan-lahan. Tapi...

Ada sesuatu yang tak kena. Dada aku... berat. Nafas aku tersekat macam ada benda tekan dari belakang. Badan aku tak bebas. Aku angkat kepala sikit. Dan...

"HAAHHH!!!"

Aku terjerit. Tangan aku cuba tolak tapi sebelum sempat aku melompat dari katil, sesuatu tekan mulut aku dengan kemas dan kuat.

"Shhh..."

Suara itu dingin, dalam dan dekat terus dengan cuping telinga aku. Suara yang aku kenal sangat. Aku toleh perlahan. Tengok balik.

Reza Harith.

Selamba baru bangun. Mata masih kabur. Rambut tutup dahi tapi dia senyum. Dia baring belakang aku. Tangan dia masih melingkar perut aku. Kaki dia sangkut atas betis aku. Dia peluk aku sepanjang malam tanpa aku sedar. Aku tarik nafas panjang-panjang.

"REZA!!!" Aku tampar tangan dia, tolak bahu dia, terus duduk.

Jantung aku berdegup macam nak pecah. "Macam mana kau masuk rumah aku?!"

Dia bangun perlahan. Sandar kepala atas bantal. "Kan aku ada kunci spares. Aku ambil kat laci bawah kabinet. Kau lupa?"

Dia sengih. Aku tak lupa tapi aku tak sangka dia ambil kunci itu. Aku cepat-cepat tarik selimut, tutup dada. Satu badan masih berbogel bawah selimut sebab aku balik terus tumbang malam tadi. Tak sempat tukar baju. Tak sempat fikir apa-apa.

Reza duduk sebelah aku tenang. Tak nampak macam orang yang baru bangun tidur.

Bajunya t-shirt kelabu yang fit di dada dan lengan. Rambut dia kemas. Bau minyak wangi mahal dia menyucuk hidung aku.

Aku sudah nak buka mulut nak tanya sejak bila dia ada di sini tapi dia tiba-tiba tarik lengan aku.

"Aduh! Sayang..." Aku cengkam selimut kuat-kuat. "Janganlah kasar. Aku tak pakai apa-apa ni..."

Reza tolak aku baring semula. Kasar. Terus dada aku mendadak laju. Aku pegang tangan dia, cuba tahan.

"Aku ingat perogol tau." Suara aku rendah tapi jelas.

Reza diam. Aku tengok muka dia tak ada riak simpati. Cuma pandang aku macam mangsa yang dia tengah tenangkan... atau kawal.

"Jangan masuk rumah aku diam-diam lagi, boleh tak?"

Dia senyum sinis macam biasa. "Suka hati akulah."

Dia tunduk sikit. Hidung dia lalu dekat leher aku. Bau minyak wangi dia makin kuat. Tangan dia singgah atas perut aku panas dan berar.

"Kau milik aku. Rumah kau ni... rumah aku juga, baby."

Aku pejam mata. Jantung aku degup laju. Separuh takut dan separuh... entah. Macam redha tapi bukan rela.

Aku tolak dada dia perlahan. "Hari ni hari Sabtu, sayang... aku nak berehat, boleh tak?"

Nada aku lembut, tapi jelas. Mata aku separuh terbuka, kepala pening sikit lepas malam yang gila semalam. Reza tak gerak. Tak angkat punggung pun. Dia duduk saja situ. Masih dengan senyum celaka dia yang penuh rahsia.

"Aku rindu kau."

Aku kelip mata dua kali. Dia pandang aku dalam-dalam.

"Sebab tu aku datang subuh tadi. Nak spend masa dengan kau hari ni. Esok sekali."

"Tapi aku penat..." Aku tarik selimut, baring semula mengiring. Tangan dia masih atas pinggul aku.

"Aku nak sambung tidur, Reza."

Dia tak balas cuma tunduk dan bisik dekat telinga aku.

"Okay." Suara dia rendah tapi tak pernah biasa. "Tidurlah."

Dia baring belakang aku. Tak peluk. Tapi dekat.
Terlalu dekat. Nafas dia terasa di tengkuk aku.

Aku pejam mata semula tapi aku tahu. Walau mata aku lelap nanti, dia tetap akan ada. Tunggu. Tengok. Kawal. Tubuh aku masih malas nak bangun, tapi mata aku tak boleh lelap bila dengar suara dia.

"Lepas ni aku ke dapur. Siapkan sarapan khas untuk baby aku ni," suara dia tenang, tapi kedengaran bangga.

Aku toleh perlahan. Pandang muka dia. Reza tengah baring tengok aku, satu tangan bawah kepala, rambut masih kemas, mata sepet dia senyap-senyap curi pandang dada aku yang berselimut.

Aku sengih manja. "Rissa suka kalau sayang masak untuk Rissa."

Reza senyum sikit tapi dia memang tak pernah kalah nak menyindir. "Yela. Sebab kau memang tak reti masak. Masak air saja pun hangus."

Aku buat muka. Ketuk sikit bahu dia. "Kan sayang ada. Rissa tak payah reti masak pun tak apa."

"Aku ni masak, kemas, lipat baju, sapu rumah. Semua sebab aku sayang kau. Bukan sebab aku suka buat kerja rumah," dia balas selamba sambil bangun dari katil, betulkan t-shirt kelabu dia di badan.

Aku duduk sambil bersandar, rambut kusut, mata separuh pejam. "Good boy."

Reza toleh. "Aku bukan boy. Aku lelaki yang kau akan kahwin. So duduk diam, tunggu aku suap kau nanti."

Aku tergelak kecil. Kalau ini mimpi, aku tak nak bangun.

Selepas setengah jam, ada bunyi clink clank dari dapur buatkan aku susah nak lelap. Bunyi kuali. Bunyi sudip berlaga. Bunyi peti sejuk dibuka. Aku tahu suara siapa yang gerak semua itu. Aku tahu sangat langkah siapa yang sedang bergerak dalam rumah aku.

Reza.

Aku capai t-shirt baggy warna kelabu yang terlipat atas sofa. Sarung senyap-senyap. Kaki aku sejuk kena lantai dapur.

Langkah aku perlahan menuju dapur. Lampu dapur sudah terpasang. Bau bawang tumis mula naik sikit-sikit.

Aku nampak belakang tubuh Reza. Dia tengah berdiri, pegang sudip, t-shirt dia fit, cermin mata senget sikit bila dia tunduk. Rambut dia kemas, tapi sesekali dia betulkan pakai tangan. Atas meja, sudah siap letak nasi sejuk, cili merah, bawang holland, dan tiga biji telur.

Tangan dia ligat, tapi gerak dia tenang. Fokus. Aku terus jalan dan peluk belakang badan dia peluk erat dengan dagu sandar atas bahu dia.

Aku tak cakap apa. Cuma tarik nafas, hidu bau sabun badan Reza dan minyak wangi dia yang kuat tapi familiar.

Reza tak toleh tapi suara dia muncul, malas tapi manja.

"Aik. Bukan tadi cakap nak sambung tidur?"

Aku senyum. Peluk dia makin ketat. "Rissa tak boleh tidur. Bau bawang tumis sayang buat Rissa lapar."

Dia geleng. Ambil sudip semula dan terus kacau bawang dalam kuali. "Gatal. Kau datang peluk-peluk aku ni, bukan sebab lapar. Tapi sebab manja."

Aku sengih. Tak nafikan. "Manja dengan siapa lagi kalau bukan dengan bakal suami sendiri."

Aku duduk atas stool dapur. Reza masih berdiri, tengah kacau nasi dalam kuali dengan penuh gaya suami mithali. T-shirt dia basah sikit di belakang maybe peluh, mungkin wap dari kuali tapi tetap nampak hot.

"Eh, Reza." Aku toleh. "Dari mana kau dapat cili, bawang, telur semua ni?"

Dia tak toleh pun. Masih fokus tumis. "Hari tu aku beli. Simpan dalam peti ais rumah kau." Dia angkat bahu. "Sebab aku tahu dapur kau ni... hmm... suci sangat. Tak pernah berasap. Tak pernah beli barang dapur pun. Isi peti ais pun kosong macam hati perempuan playgirl."

Aku terus gelak kuat. "Oi, kurang ajar. Hati Rissa penuh tau cuma Rissa memang tak suka masak."

Reza senyum sinis sikit. Angkat sudip dan ceduk nasi goreng ke pinggan. "Aku tahu sebab tu aku sudah sediakan dapur lengkap untuk masak tiap hari... lepas kita kahwin nanti."

Aku senyum sambil goyang kaki. Rambut aku serabai, tapi aku tahu muka aku comel masa ini. "Siaplah kau. Hari-hari masak untuk aku? Jangan menyesal tau."

Dia suakan pinggan nasi goreng ke depan aku. "Kalau kau senyum macam ni tiap pagi, aku sanggup masak tiga kali sehari."

Aku cuit nasi. Panas. Bau sedap. Masuk suap pertama. "Mmm... sedaplah. Reza masak sedap gila. Confirm Rissa gemuk nanti."

Dia duduk sebelah aku. Pandang aku dari sisi. "Tak apa. Kau gemuk pun aku tetap sayang. Asalkan jangan menggedik dengan lelaki lain saja."

Aku senyum manja. Dalam hati sempat fikir kalau Reza macam ini hari-hari, mungkin... mungkin aku boleh belajar jadi setia sikit. Mungkin.

Reza pandang aku. Lama. Dia letak sudip tepi pinggan. Duduk rapat. Terlalu rapat sampai aku boleh bau nafas dia campur bau kopi hitam dan ego lelaki.

"Rissa..."

Mata dia tajam, tapi tenang. Jemari dia naik ke dagu aku, angkat perlahan. "Muka comel ni nanti, aku nak tengok masa tengah mengandung."

Aku nak gelak tapi tak kelakar. Aku terus muncung. Dia gelak kecil, tapi tetap bawa jari turun sentuh perut aku. Usap lembut, perlahan dan menggerunkan.

"Aku tak sabar perut ni ada isi." Suara dia garau. "Ada benih aku. Zuriat aku. Anak kita."

Aku terus tarik nafas. Panjang. Mata aku sempit.

"Reza, jangan mula lagi..." Nada aku malas tapi aku tahu, aku tengah pijak api.

Dia senyum, sinis macam biasa. "Suka atau tak, baby, kau kena lahirkan zuriat aku. Itu janji perkahwinan kita."

Aku telan air liur. Rasa manis nasi goreng tadi terus tawar. Perkataan zuriat tu macam sumpah.

Aku tengok dia. Dia tengok aku balik. Dua manusia, dua agenda tapi satu katil.

Bunyi sudu berlaga dengan gelas kaca. Reza tengah bancuh milo panas dua cawan. Asap nipis melayang dari permukaan cecair coklat itu. Dia tak pandang aku, tapi suara dia keluar perlahan... tenang... macam racun.

"Aku tak paksa kau mengandung cepat pun, baby."

Dia pusing badan. Hulur secawan ke arah aku.

"Tapi... apa yang aku nak cuma seorang anak. Bukan lima. Bukan sekarang pun. Sorang saja. Anak kita."

Aku sambut milo itu dengan tangan yang masih sejuk. Dalam hati rasa macam nak campak saja gelas ini ke lantai tapi aku senyum. Senyum paling palsu yang aku pernah ada dalam hidup aku.

"Kau tahu aku tak suka budak kecil, kan?" Nada aku lembut tapi mata aku tak berganjak dari muka dia.

Dia angguk perlahan. Duduk atas kerusi tinggi dapur. Satu tangan pegang milo, satu lagi sandar dagu. Pandang aku.

"Aku tahu." Dia senyum lagi. Kali ini senyum yang buat tengkuk aku sejuk. "Sebab tu aku cakap. Anak tu... bukti cinta kita. Aku cuma nak satu benda saja dari kau."

Aku ketap bibir. Satu benda saja dari aku, katanya. Yang aku nampak... dia nak segala-galanya. Aku letak cawan milo itu atas meja. Tak minum. Tak mampu nak telan.

"Rissa tak nak urus bayi." Nada aku datar. "Rissa tak nak bangun tengah malam sebab anak menangis. Tak nak breast jadi buruk sebab menyusu. Tak nak tukar lampin berak. Rissa tak suka semua tu, sayang."

Aku pandang dia. Jujur. Reza angkat kening. Bibir dia sengih nipis macam biasa. Cermin mata dia ditolak naik sedikit gaya psiko steady dia.

"Kau ingat aku minta semua tu dari kau?" Dia teguk milo. Letak perlahan cawan atas meja, sebelum bersandar dan tenung aku tajam.

"Aku sendiri akan buat semua tu, baby." Nada dia tenang, tapi ton macam bilah pisau. "Aku yang akan jaga anak kita. Aku yang akan bangun tengah malam. Aku yang akan buat susu. Kau boleh tidur lena. Tak payah risau payudara rosak. Tak payah pegang najis. Tak payah masak pun."

Dia bangun, langkah rapat. Berdiri depan aku.

"Tugas kau cuma satu." Tangan dia naik, sentuh perut aku perlahan. "Lahirkan anak aku. Yang jaga aku. Itu saja."

Aku pandang dia. Dalam otak aku, semua loceng kecemasan sedang berbunyi. Tapi bibir aku... masih senyum. Senyum perempuan yang sedang rancang sesuatu.

Perempuan yang tak akan tunduk. Perempuan yang akan pastikan lelaki depan dia ini tak akan pernah kawal hidup dia sepenuhnya.

Walau dia rasa dia boleh. Aku senyum. Senyum yang paling palsu dalam dunia. Lama aku tak guna senyuman ini.

Senyuman yang sama aku guna masa pura-pura sayang Aizat dulu. Senyuman yang buat lelaki rasa mereka menang, padahal mereka cuma pion atas papan catur aku.

"Okay sayang..." Aku bisik lembut sambil belai belakang tengkuk Reza. "Kalau itu yang Reza nak, Rissa bagi..."

Reza sambung makan nasi goreng, selamba macam dia baru menang tender besar. Sudu dia bunyi berlaga dengan pinggan. Satu suap. Dua suap. Laju.

Aku perhati dari sisi, sambil tangan aku usap perut sendiri perlahan. Kau nak benih kau hidup dalam perut aku, Reza?

Kau nak anak? Bukti cinta?

Fine.

Tapi aku yang akan tentukan bila, macam mana, dan siapa yang pegang remote kontrol. Bukan kau.

Nanti lepas kahwin, aku akan makan pil hormon hari-hari. Yang Reza nampak isteri manis, rajin, manjakan dia tapi yang Reza tak nampak pil kecil warna putih dalam beg tangan. Yang akan jaga hidup aku.

Bila dia tanya kenapa tak mengandung? Aku tahu ayat power nak jawab. "Mungkin belum rezeki."

Atau...

"Awak ke yang ada masalah?"

Aku akan tengok muka dia masa itu. Nak tengok sejauh mana lelaki bijak macam Reza boleh pecahkan topeng yang aku cipta sendiri.

Game on, sayang.

Aku terus capai sudu. Ambil nasi goreng suapan kecil dan pura-pura bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience