Harissa Sofea
Tumit kasut ketuk lantai konkrit satu-satu. Bunyinya bergema macam loceng kecil yang sengaja minta perhatian. Lorong parkir ini tak ramai orang petang-petang. Lampu siling kelip-kelip malas, udara berbau enjin dan peluh. Tapi aku suka vibe ini. Sunyi. Lengang. Sesuai untuk perempuan macam aku.
Setiap langkah, paha kiri aku berdenyut. Luka lama dua hari lepas masih terasa panas, berdenyut macam nyawa sendiri. Tapi aku tak hairan. Tikaman Aizat tak cukup dalam untuk matikan aku. Malah, dia silap besar. Tikam tak tembus jantung, tapi dia sudah cucuk api dalam otak aku. Sakit itu buatkan aku hidup semula.
Aku terus jalan. Perlahan. Tapi tak pernah lesu.
Pinggul aku bergerak ikut rentak tumit. Santai. Seksi. Macam biasa.
Blouse satin ini ketat. Melekap elok dekat tubuh aku. Just enough to tease, never to beg. Palazo hitam ini pula aku pilih bukan sebab selesa tapi sebab kainnya peluk kuat setiap inci paha aku, termasuk luka yang masih berbalut di bawah. Pedih sikit? Biarlah.
Setiap langkah aku adalah peringatan. Yang aku masih berdiri. Masih bernafas dan masih cantik. Aku nampak Honda City hitam aku sudah tunggu. Parking hujung, bawah lampu malap.
Tiba-tiba, aku perasan ada sorang lelaki keluar dari Myvi merah tak jauh. Dia pandang aku. Pandangan macam dia belum pernah tengok perempuan. Aku balas pandang. Naikkan kening sikit. Bagi senyum nipis. Bukan sebab aku berminat.
Aku pegang pemegang pintu kereta. Tak terus buka. Aku berhenti sekejap. Pandang sekeliling. Kosong.
Tapi rasa itu datang lagi. Rasa macam ada mata yang perhati. Dari jauh. Dari tempat gelap.
Aku senyum. Perlahan aku bisik dalam hati, kalau kau ada, tengoklah puas-puas. Tapi jangan berani sentuh. Sebab sekali aku sentuh balik, kau tak akan hidup untuk menyesal.
Aku buka pintu dan masuk dalam kereta. Aku terus hidupkan enjin. Bunyi engine bergema halus dalam perut kereta, macam dengusan pertama sebelum satu malam yang panjang.
Volume radio aku naikkan. Tak terlalu kuat. Cukup untuk hilangkan bunyi-bunyi dalam kepala aku yang masih ulang suara Aizat malam itu.
Jari aku gerak lembut pada stereng, dan aku pandu keluar perlahan dari lorong parkir syarikat. Tenang. Santai. Walaupun paha kiri masih rasa mencucuk setiap kali aku tekan pedal.
Aku sempat betulkan rambut depan cermin. Bibir aku nampak cantik. Eyeliner masih on point walaupun dengan luka berdarah dua hari lepas, aku masih nampak macam perempuan yang kau tak akan sangka pernah menjerit dengan pisau tertanam dalam daging sendiri.
Dan tiba-tiba, satu kereta muncul dari simpang kiri. Laju.
Citttt!!!
Aku tekan brek kuat. Badan aku terhentak ke depan sikit. Mercedes hitam gelap berhenti melintang depan jalan keluar. Lampu depannya menyala terang, terus tembak masuk ke dalam kereta aku. Aku kena tutup mata separuh. Silau gila.
Sumpah aku tak kenal kereta ini. Siapa halang kereta aku ini? Aku sempat toleh kiri kanan. Tak ada orang lain. Lorong ini sempit dan sunyi. Kalau aku nak reverse pun, ruang tak cukup.
Jantung aku mula ketuk dada perlahan. Bukan sebab takut. Tapi sebab instinct aku bisik "Ini bukan kebetulan."
Aku genggam stereng. Mata aku tak lepas dari Mercedes itu. Cermin gelap. Tak nampak langsung siapa dalam.
Pintu seat pemandu kereta Mercedes itu terbuka perlahan. Bunyi engselnya terlalu tenang, terlalu yakin. Macam dia tahu aku tengah tengok.
Keluar seorang lelaki bertubuh tinggi dan tegap. Kali ini bukan hoodie yang biasa. Tapi kemeja biru gelap, lengan dilipat sampai ke siku, butang semua sempurna. Kemas. Rambut sikat rapi, kasut kilat, seluar slack fit elok dekat paha dan betis.
Dia macam baru keluar meeting. Atau baru telan sepuluh ribu dalam sejam. Tapi aku tahu siapa dia. Aku kenal setiap inci wajah itu.
Aizat!
Langkah dia santai. Pelik betul. Macam tak ada rasa bersalah langsung. Macam tak pernah tikam paha aku dengan pisau lipat dua hari lepas. Macam tak pernah halau aku dari hidup aku sendiri. Dan sekarang? Dia sengih.
Sengih macam setan. Dua hari lepas, dia muncul macam binatang. Peluh, darah, gila. Hari ini dia nampak macam CEO syarikat minyak, siap dengan jam tangan yang berkilat dan aura "aku ada kuasa".
Aku sempat jeling ke gear. Jari aku sudah nak gerak ke reverse, tapi dia sudah sampai depan pintu aku. Berdiri betul-betul sebelah cermin. Tangan kanan dia angkat, ketuk cermin dua kali.
Tok. Tok!
Tak kuat. Tapi cukup untuk buat aku rasa satu dunia jadi senyap. Aku tak turunkan tingkap. Aku cuma pandang dia. Mataku tajam. Tak kelip.
Dan Aizat, dia senyum lagi. Senyum jenis "aku tahu kau rindu aku, kan?"
Dalam hati aku, aku sudah susun sepuluh cara nak bunuh dia malam ini. Tapi bibir aku tetap senyum. Senyum yang paling manis dan yang paling bahaya.
"Buka pintu kau, Rissa... atau aku tembak kepala kau."
Suara dia tenang. Tapi dalam tenang itu ada racun. Ada bisikan maut yang buat bulu tengkuk aku berdiri. Senyuman dia masih tak hilang. Tangan kanan dia gerak perlahan, seluk poket seluar slack dan tunjuk.
Pistol. Hitam. Kecil. Tapi cukup untuk pecahkan tengkorak aku dalam satu das.
Jantung aku jatuh ke perut. Sumpah aku tak sangka dia akan sampai ke tahap ini. Aku cepat-cepat tekan butang unlock. Tak sempat fikir panjang. Otot paha kiri aku menegang menahan sakit yang mula membakar semula. Tapi Aizat tak tunggu.
Dia terus buka pintu kereta aku, selak dan sambar lengan aku macam pencuri tarik beg.
"Arh!" jerit aku.
Tapi tangan dia sudah keras. Kuat. Macam besi hidup. Aku ditarik keluar dari seat pemandu, terhentak sikit pada badan kereta. Bahu aku langgar pintu. Perit. Tapi yang lebih sakit, ego aku. Aku, Rissa, ditarik macam anak patung, dalam parking kosong, depan kereta aku sendiri.
Aizat dekatkan muka dia pada aku. Nafas dia panas. Mata dia merah macam orang kurang tidur. Tapi sengih dia masih macam biasa psycho with a plan!
"Rindu aku ke, sayang?" dia bisik.
Aku hanya balas dengan renungan tajam. Tapi dalam kepala aku dah ligat fikir lepas ini aku akan cincang kau. Tapi sekarang, aku kena main ikut rentak.
Aku kena sabar. Untuk sekarang... aku ikut saja dulu. Tubuh aku terhentak kasar ke badan kereta. Bunyi logam berdentum halus belakang aku, sejuk dan keras, sama macam perangai dia yang pernah aku cinta, dulu.
Tangan aku naik automatik, betulkan rambut pendek aku yang serabai sikit akibat serangan tak bertamadun dia tadi. Aku tenangkan nafas, angkat dagu dan pandang dia tanpa gentar. Muka aku kekal tenang. Bibir aku naik sikit. Senyum kecil yang tak pernah tunduk.
Main mata dengan syaitan, jangan berkelip. Kalau kau takut, dia menang. Aizat rapatkan tubuh dia. Nafas dia makin dekat. Satu tangan capai dagu aku, genggam kasar. Kepala aku terangkat paksa, dan mata kami bertentang.
"Haihhh... cantik betul kau ni, Rissa..." Nada dia lembut tapi jijik. "Kau pakai seluar pun seksi..."
Lepas itu dia ketawa. Ketawa jenis lelaki yang fikir dia masih ada hak ke atas tubuh aku. Ketawa yang buat darah aku mendidih.
Aku tepis tangan dia kasar. "Apa kau nak, Aizat?! Nak aku bunuh kau ke?!"
Dia tarik nafas panjang. Gaya dramatik, macam watak bos dalam filem koboi.
"Kau sendiri tahu aku nak kau... kau tu isteri aku!" Suara dia naik. Nada yakin. Tak sedar diri.
Aku ketawa kecil. Sinis. Mata aku toreh terus ke jantung dia. "Kau ni bodoh ke?" aku jawab. "Kita dah cerai dua tahun lepaslah!"
Dua. Tahun. Lepas.
Tapi dia pandang aku seolah-olah semua tu tak pernah berlaku. Dia gila? Tak. Dia memang gila. Tapi aku lagi gila. Gila sampai sanggup minum darah orang kalau itu cara untuk pastikan dia lenyap dari muka bumi ini.
"Dasar bekas suami tak move on," aku ludah kata-kata itu tepat ke muka dia tanpa air liur, tapi cukup tajam macam peluru.
Kalau dia fikir dia boleh datang balik dalam hidup aku macam ini, dengan pistol dan senyum celaka itu... Dia belum kenal siapa Rissa yang sebenar.
Aku nampak pistol itu. Masih terselit di pinggang seluar dia. Tak perlu dia ulang ugutan, tak perlu dia acukan muncung itu pada kepala aku lagi. Sekadar wujudnya pistol itu dekat sangat dengan jantung aku, cukup untuk buat aku main bijak.
Buat masa ini aku ikut. Aizat genggam pergelangan tangan aku kuat, dan terus heret aku ke arah Mercedes dia. Tapak kaki aku seret ke lantai konkrit, bunyi tumit aku bertalu tak sekata. Aku tak melawan. Belum. Tapi mata aku tak lepas dari kereta sekeliling. Tak ada saksi. Tak ada siapa. CCTV mati. Semua senyap macam bersubahat. Pintu penumpang dibuka kasar.
"Masuk," arah dia.
Aku duduk. Perlahan-lahan. Tapi muka aku tetap selamba. Pandang ke depan. Cuba tahan tangan dari menggeletar. Pintu sebelah aku ditutup kuat, dan tak lama lepas itu, dia masuk dari sebelah pemandu.
Mercedes itu sunyi. Cermin tinted hitam. Enjin masih hidup, pendingin hawa sejuk menggigit kulit.
Tiba-tiba, tangan Aizat naik. Terus mendarat ke paha aku. Dia sentuh. Usap. Tepuk perlahan. Kemudian jari dia naik ke perut aku. Gerakannya licik, perlahan, macam dia nak main permainan lama yang konon dia ada lesen.
"Lembutnya kulit kau..." dia bisik sambil mata dia pandang aku seolah-olah aku ini masih milik dia.
Aku toleh perlahan. Muka aku dekat sangat dengan muka dia. Tapi aku tak undur. Tak juga gelabah.
Aku hanya bisik, "Kau sentuh aku lagi, Aizat... aku sumpah kau takkan sempat tengok matahari esok."
Dia ketawa. Kuat. Sakit jiwa.
"Tapi kau masih ikut aku, sayang..." tangan dia naik ke lengan aku, jari dia picit dan tarik kulit aku perlahan. "Kalau kau tak suka, kenapa kau masuk kereta ni?"
Aku renung mata dia. Lama. Senyap. "Kalau aku nak bunuh kau... aku kena tunggu masa yang betul. Sekarang belum."
Dia diam sekejap. Pandang aku dalam-dalam. Dan dalam senyuman dia itu, aku tahu dia salah anggap. Dia fikir aku takut. Padahal aku tengah simpan tenaga untuk bunuh dia perlahan-lahan.
Mercedes mula meluncur perlahan keluar dari lorong parkir. Bunyi enjin senyap, macam napas terakhir orang nazak. Aizat pandu tenang. Santai. Macam dia tengah bawa kereta ke majlis kahwin, bukan melarikan bekas isteri yang dia pernah tikam hidup-hidup.
Tangan kanan dia pegang stereng. Stabil. Profesional. Tapi tangan kiri masih di situ. Masih atas paha aku.
Mula-mula sekadar sentuh. Lepas itu, dia gesel perlahan. Jari-jari dia buat bulatan kecil, naik turun. Kadang-kadang dia picit kuat sikit, macam nak uji reaksi aku. Aku tak beri. Aku biar saja.
Aku pandang keluar tingkap, tengok lampu jalan bersilih ganti di cermin. Mulut aku diam. Tapi dalam kepala aku, aku tengah kerat dia hidup-hidup dengan pisau dapur. Mata aku tenung bayang dia di cermin sisi, sambil fikir nak tikam di mana dulu. Dada? Leher? Atau biji mata dia yang tak reti berhenti renung aku macam aku ini barang simpanan dia? Dia tarik nafas panjang. Lepas perlahan.
"Selesa ke?" suara dia lembut, konon caring.
Pelik. Sebab tangan dia makin berani. Makin nakal.
Aku angguk sikit. Tanpa ekspresi. Dalam hati aku tengah korek semua cara untuk keluar dari kereta ini tanpa jadi mayat.
Tapi untuk sekarang, aku biar. Sebab kadang-kadang, senyap itu lebih bahaya dari jerit. Dan aku nak Aizat rasa selamat dulu. Biar dia rasa dia pegang kuasa. Sebab bila aku rampas balik... aku akan rampas semua. Sampai dia menyesal pernah lahir, apatah lagi pernah sentuh aku.
Share this novel