Azfar Darwisy
Aku nampak dia. Sportbike Yamaha R6, warna hitam ungu. Bersinar bawah lampu jalan R&R yang samar, macam sengaja nak tunjuk dia memang lain dari yang lain. Itu motor Helena dan kalau R6 itu ada, maknanya tuan dia pun ada. Dan kalau dia ada... aku tak akan lepaskan.
Aku sengih sinis. Jari aku peluk erat stereng kereta sebelum aku berhenti Honda Civic Type R putih aku tepat di sebelah lima buah sportbike. Berderet lawa. Semua jantan celup di situ yang fikir diri mereka alpha. Tapi kereta aku ini tak perlu bising, tak perlu asap. Diam pun orang pandang.
Aku tarik nafas. Tangan kanan aku tolak rambut ke belakang. Sengaja. Biar rapi. Aku tengok refleksi diri aku di tingkap kereta.
T-shirt hitam yang fit. Biceps keras yang sengaja aku flexkan sikit waktu betulkan lengan baju. Wajah confident. Tapi dalam diam... aku tahu, aku tak boleh nampak terlalu desperate. Sebab Helena benci lelaki yang nampak lapar.
Aku buka pintu. Langkah aku keluar dari kereta macam keluar dari set filem. Perlahan tapi cukup untuk buat semua mata pandang. Tadi mereka bising. Gelak. Sembang. Sekarang... senyap. Sunyi macam malam lepas rompakan.
Mereka pandang aku tajam. Helena belum muncul, tapi aku tahu mereka kawan dia. Geng motor dia.
Sorang pakai jaket kulit, seorang lagi topi ke belakang. Yang lain merokok macam baru keluar dari gig. Tapi tak ada seorang perempuan pun berani buka mulut bila aku lalu.
Aku sengih lagi. Bukan sebab aku bangga. Tapi sebab aku tahu kesan kehadiran aku.
Aku bawa aura dan aura ini... bukan semua orang boleh lawan.
"Mana Helena?" Suara aku keluar tenang. Tapi cukup kuat untuk buat lima orang perempuan yang berdiri itu alih pandang.
Seorang daripada mereka telan air liur. "Dia... kat belakang. Minum."
Aku angguk. Perlahan. Tak ucap terima kasih.
Sebab aku bukan datang nak berkawan. Aku datang untuk tundukkan ego yang paling keras dalam hidup aku iaitu Helena.
Baru aku perasan betul-betul. Enam buah sportbike, enam helmet full-face, lima orang gadis yang berdiri dengan postur jantan tapi suara, gaya, dan aura... semua jenis yang boleh sepak punggung lelaki.
Mereka bukan geng motor biasa. Mereka geng R6. Dan dalam kumpulan itu, cuma ada satu nama yang aku pandang dua kali.
Helena.
Aku nampak dia duduk bersila atas kerusi plastik. T-shirt hitam oversize, seluar jeans koyak lutut, rambut panjang paras pinggang, lepas bebas macam iklan syampu yang sudah kena censored. Kulit dia putih macam salji. Tapi bukan jenis 'lembut' jenis yang kalau kau sentuh tanpa izin, kau kena penampar lima jari.
Dia tengah pegang vape. Bibir dia tarik perlahan, asap naik ke udara. Muka dia tenang. Mata dia separuh malas, separuh celaka.
Tapi bila dia nampak aku, dia terkejut. Aku nampak dengan jelas gerak tangan dia terhenti. Vape kat bibir dia jatuh sikit. Mata dia terbeliak dua saat sebelum dia cepat-cepat tarik balik reaksi.
Dia pandang tempat lain. Tapi aku tahu dia nampak aku. Dan aku tahu dia tak sangka aku datang dan lagi tahu dia tengah kira dalam kepala nak lari ke motor atau baling aku dengan botol air.
Terlambat, sayang. Aku sudah jalan ke arah dia. Langkah aku perlahan, steady, penuh niat jahat manja.
"Helena." Aku sebut nama dia cukup kuat. Biar semua dengar. Biar dia tahu aku datang bukan nak main aci sembunyi.
Dia tarik nafas dalam. Buang asap vape sebelah kanan dan dia pandang aku. Mata dia besar, bundar, warna kopi pekat. Tapi sejuk. Beku. Tegang. Macam patung anime yang boleh bunuh orang guna pisau lipat.
"Azfar," dia balas. Suara dia lemah. Tapi tajam.
Aku senyum. "Rindu aku?"
Dia tak jawab. Tapi tangan dia genggam botol air dengan ketat. Dan dari pengalaman aku... itu petanda aku akan kena baling dalam masa kurang 10 saat.
Dan jujur? Aku tak kisah. Asal aku dapat tengok muka dia... dan buat dia rasa aku masih wujud dalam radar hidup dia. Itu sudah cukup.
Aku sudah dekat. Dekat cukup untuk bau dia masuk ke hidung aku. Bau asap vape, minyak rambut, dan entah apa body mist yang dia spray dari jauh tapi masih tinggal kesan.
Dia pandang aku. Mata keras. Bibir dia muncung sikit, entah marah atau tahan geli. Tapi jujur aku geram.
Bibir dia...
Mungil.
Manis.
Macam patutnya aku cium sekarang. Tapi aku sabar. Aku angkat tangan. Perlahan. Aku tarik dagu dia. Lembut. Tapi tangan aku ditepis kasar.
"Eh bodoh!" suara dia naik.
Aku gelak perlahan. Tak sakit pun. Tapi ego aku tercuit sikit. Manja. Sedap. Aku pandang dia atas bawah. Dari rambut panjang dia yang jatuh ke bahu, ke t-shirt hitam yang sendat di dada, sampai ke jari yang dia genggam kuat macam nak tumbuk aku.
Aku gosok dagu aku. Mata tak lepas dari wajah dia.
"Sombong kau sekarang, ya?" suara aku tenang, sengih tak lekang. "Padahal aku pernah simpan rahsia kau... yang kau ada pil ecstasy tu. Nak aku report polis? Kau tahu kau confirm sangkut urin, kan?"
Dia tarik nafas panjang. Mata dia makin besar.
"Kau ingat aku takut? Itu cerita bulan lepas, bangang!" Helena balas, suara lantang. "Sekarang kau dah tak ada bukti, lahanat! Pergi mampos!"
Aku gelak. Suka tengok dia marah. Muka dia merah, tapi bukan malu ia api. Aku capai lengan dia. Nak dekatkan sikit. Nak tenung mata dia betul-betul.
TAP!
Dia tepis kuat. Langkah dia undur ke belakang. Suara dia meletup: "Eh, jangan sentuh akulah!"
Suasana jadi beku. Kawan-kawan dia yang tengah duduk atas motor semua terjeling. Tapi tak ada seorang pun bangun. Tak ada yang masuk campur.
Sebab mereka tahu Helena bukan gadis yang perlu diselamatkan. Kalau ada orang kena sepak malam ini, itu aku.
Tapi pelik... lagi dia marah, lagi aku rasa nak cium dia. Sial betul perasaan ini. Dia undur dua tapak. Nafas dia naik turun. Muka dia merah tapi tangan dia masih genggam penumbuk. Aku tengok dia. Mata aku tajam. Nafas aku berat.
Geram.
Sumpah aku geram.
Dia cantik sial malam ini. Rambut panjang paras pinggang itu beralun ikut angin malam. Mata dia tajam, tapi dalam-dalam aku nampak dia gugup. Tapi ego dia... tinggi langit.
Aku langkah ke depan. Satu. Dua. Tiga. Dia tak lari. Tapi mata dia cabar aku dan aku kalah.
Tangan aku naik. Aku capai bahu dia. Paksa rapat ke aku.
"Azfar, jangan nak main gila..." suara dia serak, marah, keras.
Aku peluk dia. Dakap perut dia dari sisi. Kepala dia betul-betul bawah dagu aku. Hangat. Sedap. Lama aku tunggu saat ini.
"Biar aku peluk kau sekali je..." suara aku bisik dekat telinga dia. "Lepas ni kau nak sepak aku pun, aku rela..."
Dia tolak dada aku kuat tapi aku tak lepas. "Azfar... bodoh sial! Lepaskan aku lahanat!"
Aku gelak. "Kau bau sedap malam ni... vape strawberi ke, badan kau memang wangi semula jadi?"
TAP!
Dia tampar aku. Tapi aku sempat tahan pipi dengan lengan. Muka dia sekarang merah, mata berair sikit, tapi tetap garang.
"Kau ingat aku perempuan murahan ke?! Kau ingat aku cair bila kau pegang aku?! Kepala otak kau! Lepas sekarang sebelum aku sumbat helmet dalam mulut kau, celaka!"
Aku diam. Lepaskan pelukan perlahan. Langkah undur dua tapak. Tapi senyuman aku masih ada.
"Bukan murahan, Helena. Tapi mahal sangat... sampai aku sanggup gadai maruah aku."
Dia ludah dekat tanah. Mata tak lepas dari muka aku. "Kau memang bangsat, Azfar."
Aku senyum. "Tapi kau tetap datang dalam mimpi aku tiap malam."
Aku pandang sekeliling. Lampu jalan berkelip malas. Kedai serbaneka pun dah tutup. Hanya bunyi nyamuk, deru angin, dan bau petrol sisa yang masih tinggal.
Tempat ini sunyi. Tak ada lori. Tak ada pengunjung. Cuma aku, Helena... dan lima ekor saksi tak diundang atas motor.
Aku toleh ke arah mereka. Semua geng Helena masih berdiri di sisi R6 masing-masing, berpura-pura tak tengok, tapi sebenarnya telinga tajam macam kucing lapar.
Aku angkat tangan sikit. Senyum lebar. Satu kening naik. Nada suara aku tenang, tapi cukup jelas.
"Weh... korang semua boleh blah dulu tak?"
Semua pandang aku. Muka mereka blur. Tak sangka. Aku sambung, "Aku dengan Helena... tengah dating. Tengah malam macam ni... bukan masa sesuai untuk crowd."
Salah sorang geng dia, perempuan pakai jaket kulit dan seluar camo, jeling tajam.
Helena toleh. "Azfar, sial lah kau..."
Aku potong. "Tolonglah. Bagi kami privacy. Takkan aku nak peluk awek sendiri pun ada orang tengok?"
"AKU BUKAN AWEK KAU, CELAKA!" Helena jerit, suara bergema.
Aku sengih makin lebar. "Ala, nanti jadi juga kan..."
Geng dia saling pandang sesama sendiri. Seorang geleng. Seorang angkat bahu. Akhirnya, macam pasrah, seorang start enjin motor. Yang lain ikut.
Helena peluk tubuh. "Korang jangan tinggalkan aku dengan dialah weiii..."
Terlambat. Enjin-enjin motor mula menjauh. Bunyi deruman makin hilang. R&R ini kembali senyap.
Aku pandang Helena semula. Dia berdiri, tak bergerak. Mata dia pandang aku macam nak cucuk pakai kunci motor.
Aku buka tangan sikit. "Sekarang kita boleh sambung dating kita... tanpa gangguan."
Dia angkat batu. Aku terus undur tiga langkah. "Sabar, sayang! Batu tu bukan untuk percintaan!"
Aku tarik nafas perlahan. Suasana sudah sunyi. Tempat ini sekarang milik aku dan dia saja.
Helena masih berdiri keras, tangan silang dada, muka masam macam langit nak hujan. Tapi mata dia... masih tengok aku. Dan aku tahu, itu lebih baik dari dia terus blah naik R6 dia dan hilang macam minggu lepas.
Aku ambil dua langkah ke depan. "Helena..." suara aku reda, tapi jelas.
"Aku tahu kau tak suka aku sentuh kau suka-suka. Tapi aku tahan diri. Aku tahan..."
Dia angkat kening. "Tahan apa? Kentut?"
Aku angkat tangan. "Tahan diri tak tidur dengan mana-mana perempuan SEBULAN sebab kau!"
Dia tergelak sinis. "Sial... kau nak pingat ke?"
Aku angguk, penuh yakin. "Boleh. Asalkan kau yang sarung kat leher aku. Pakai tangan halus kau tu."
Dia terus menjerit. "Kau memang buaya tak reti insaf!"
Aku melangkah lagi. Jarak kami tinggal sejengkal. Nafas aku sudah boleh rasa tempias dari bibir dia yang muncung marah.
"Aku sanggup suci sebab kau, Helena. Sumpah aku tak pernah buat macam ni untuk mana-mana perempuan. Tapi kau... lain."
Tangan aku naik. Aku cuba peluk dia lagi. Kali ini lebih kuat. Lebih rapat.
Dia meronta. Ganas. Siku dia terkena dada aku. Tumit kasut dia hampir pijak jari kaki aku. Tapi aku tak lepas.
"LEPASKAN AKU LA BANGANG!!!" dia jerit.
"Aku takkan lepaskan... sampai kau faham aku betul-betul suka kau."
Dia maki lagi, tapi aku terus cakap. "Helena... kau tahu tak? Kau perempuan paling tinggi yang aku pernah suka. Kau tinggi. Dulu aku suka awek pendek je tapi kau... kau lain. Aku ni tinggi. Kau ngam. Bila aku peluk, kepala kau betul-betul lekat kat dada aku. Sumpah sedap rasa."
"Kepala hotak kau sedap!" Helena maki, dan terus tolak aku sekuat hati.
Aku terundur. Hampir tersadung batu. Tapi aku masih ketawa. Dagu aku naik. Mata masih pandang dia.
"Kalau Tuhan cipta perempuan untuk buat lelaki hilang akal... kaulah masterpiece dia."
Aku sudah cuba peluk. Gagal. Aku sudah buat confession. Kena maki. Sekarang... aku guna taktik terakhir.
Sogokan.
Aku seluk poket jeans. Tarik keluar satu kotak kecil warna hitam emas. Jenama mewah. Coklat imported. Harga menyakitkan dompet. Godiva. Dark chocolate ganache. RM28 sekeping.
Aku hulur perlahan. Tangan aku terketar bukan sebab takut tapi sebab harapan aku sebesar impian beli rumah banglo cash.
"Untuk kau. Manis luar, pahit dalam. Macam kau."
Dia pandang kotak itu. Sekilas. Lepas itu dia ambil. Aku senyum.
SESAAT.
Lepas itu...
PRAKKKKK!
Dia campak coklat itu ke tanah. Coklat RM28 itu tergolek. Kena pasir. Masuk longkang kecil sebelah tayar motor.
Aku terkedu.
"Eh kau gila ke?! Tu bukan KitKat okay! Aku beli tu kat kedai import, woi!"
Helena peluk tubuh. Muka dia selamba. Mata dia tajam. "Coklat boleh beli. Rasa hormat tak boleh beli dengan duit."
"AKU RASA NAK BAKAR MOTOR KAU SEKARANG!"
Dia jengil mata. "Silakan. Kau bakar motor aku, aku bakar Civic kau. Kita tengok siapa menang."
Aku telan air liur. Sumpah aku geram. Tapi... geram yang turn on. Aku garu kepala.
"Helena, sumpah... kau perempuan paling degil yang aku pernah suka."
Dia senyum sinis. "Baguslah. So jangan suka."
"Aku bukan boleh berhenti suka sebab kau buang coklat aku la, sayang..."
Dia angkat kening. "Sayang kepala hotak kau."
Share this novel