Bab 97

Mature Content Series 2086

Azfar Darwisy

Civic Type R putih, jam 11.45 malam meluncur atas highway DUKE sunyi. Angin malam potong muka aku laju bila tingkap aku buka separuh. Asap rokok aku pun melayang keluar ikut rentak kelajuan. Lampu jalan berkelip laju-laju macam nak pitam. Tapi aku tak kisah. Laju lagi. Sampai bunyi enjin aku meraung kuat. RPM hampir merah. Aku tekan lagi pedal minyak.

"Babi betul perempuan tu..."

Tangan kiri aku genggam kuat stereng balut kulit. Siku kanan aku sangkut ke tingkap, gaya biasa aku bila pandu seorang waktu malam. Baju aku malam ini t-shirt hitam lengan pendek, jeans koyak lutut.

Aku tahu aku nampak macho gila bila drive macam ini. Sado, vibe nak cari gaduh, tapi dalam hati aku huru-hara.

Dia kutip bunga itu balik, sial tapi masih ego. Buat macam tak suka aku. Padahal dia suka. Aku tahu. Aku boleh rasa. Tak ada perempuan kutip balik bunga kalau tak suka.

Tangan aku capai gear. Aku tukar manual turun satu gear. Bunyi ekzos Civic Type R aku terus bertukar jadi lebih ganas. Aku pecut. Aku susur kiri. Potong satu motor. Laju. Bunyi turbo bersiul. Satu lagi kereta aku potong, sempat aku senyum sengih sinis sambil sebelah mata pandang side mirror.

"Jangan cabar aku, Helena. Kau tak tahu aku ni siapa."

Aku tekan hon panjang. Seorang pemandu Myvi lari ke kiri. Aku terus drift sedikit di selekoh. Tangan aku automatik kawal stereng, tenang. Minyak turun naik macam jari aku menari.

Dalam kepala aku cuma satu iaitu dia, Helena. Aku teringin nak cium dia malam ini. Kalau dia tak halau aku... aku nak cium dia puas-puas. Aku nak tengok dia kalah depan mata aku. Aku nak tengok ego dia rebah.

Sebab aku yakin satu benda perempuan macam Helena ini, dia perlukan lelaki macam aku. Yang degil, yang berani, yang sado dan sanggup mati untuk dapatkan apa yang dia nak.

Dan sekarang, aku nak dia. Tiba-tiba, dari lorong tengah, aku nampak satu kelibat yang aku kenal sangat.

Yamaha R6. Warna hitam ungu. Helmet full face. Nombor plat: aku ingat.

Degupan jantung aku naik automatik. Aku kenal sangat sportbike itu. Aku kenal siapa yang bawa. Satu-satunya perempuan yang pernah buat aku rasa bodoh.

Helena.

Aku sengih. Aku tekan brek sikit, perlahankan Civic aku. Kereta aku menyelit masuk ke lorong tengah, rapat dengan sisi kanan motor itu.

Sambil aku hon sekali pendek dan sengaja. Kepala dia toleh ke kanan perlahan. Mata aku fokus. Lampu jalan suluh cukup untuk aku nampak sikit bentuk badan dia, jaket kulit ketat, seluar jeans hitam ketat. Helmet dia tutup habis muka, tapi aku tahu. Aku tahu itu dia.

Aku boleh rasa dari cara dia duduk, dari cara dia genggam handle motor itu. Dia pandang kereta aku walaupun helmet cover muka dia, aku tahu dia kenal. Civic putih ini bukan kereta biasa. Ini kereta aku.

Aku sengih lagi. Jahat dan bernafsu. Tangan kanan aku turunkan tingkap lagi sedikit. Angin malam terus pukul rambut aku. Sambil mata tak lepas pandang dia, aku hulur tangan dua jari tunjuk peace gaya selamba lelaki buaya tengah nak mengorat.

Aku tahu dia nampak. Aku tahu dia tengah menyumpah. Tapi aku juga tahu dia tak akan lari.

Dia pulas throttle. Aku tekan juga. Permainan bermula. Dia pulas lagi throttle. Dan aku tahu sial, aku kalah.

Motor dia meluncur laju, bunyi enjin R6 itu menderu pecah malam. Sekelip mata dia potong dua kereta depan, masuk celah lori, celah kiri, terus hilang dari pandangan aku.

Aku tekan pedal minyak. Tukar gear. Enjin Civic aku meraung. Tapi apa pun aku buat, aku tak dapat lawan. Bukan sebab kereta aku tak laju. Tapi sebab dia itu iblis atas dua roda.

Helmet dia sempat toleh sekali sebelum dia hilang terus. Macam sengaja. Macam nak cakap, "kejar kalau mampu."

"Celaka betul kau, Helena..."

Aku ketap gigi. Tangan aku genggam stereng kuat. Aku tekan hon sekali macam bodoh. Siapa nak dengar? Aku masih pandu laju tapi lampu belakang R6 itu sudah ghaib.

Cuma tinggal bayang dia dalam kepala aku. Dia tahu aku kejar dia. Tapi dia tak tunggu. Dia tahu aku geram tapi dia cabut. Dia tahu aku angau. Tapi dia biar aku tergolek sorang. Dan aku senyum. Senang hati macam orang gila.

"Main tarik tali ya sekarang?"

Tak apa. Perempuan macam Helena tak layak dikejar biasa-biasa. Kena cara gila. Cara Azfar.

Aku akan cari dia. Aku akan hadap ego dia dan aku akan pastikan satu hari nanti... bila dia pulas throttle, dia pulas atas aku.

Aku teruskan pecut tapi dalam hati, aku berdoa. Doa dia berhenti. Doa dia tak terus lesap. Doa aku dapat peluang lagi, bukan macam tadi, tinggal asap ekzos dan rasa bengang.

Dan bila aku nampak kelibat R6 warna hitam ungu itu berhenti dekat satu R&R, bawah cahaya suram tiang lampu, jantung aku terus hentak keras.

"Yes..."

Aku brek kuat. Masuk perlahan. Sportbike itu betul-betul berdiri tegak. Helmet masih tergantung pada side mirror.

Tak ramai orang malam ini. Kedai semua sudah tutup. Yang ada cuma bunyi cengkerik dan satu dua kereta parking jauh.

Aku sengih. Aku letak kereta betul-betul belakang motor dia. Keluar dari Civic perlahan. Tutup pintu kuat sikit cukup untuk tarik perhatian.

Dan memang betul. Helena berdiri dekat vending machine, tangan masih pegang air mineral. Dia pusing kepala dan mata dia terus jumpa aku.

Mata dia terbeliak. Terkejut. Tak sempat dia sembunyi ekspresi.

"Hai, sayang." Aku sengih, jalan mendekat. Langkah yakin.

T-shirt aku ketat sikit malam ini. Saja. Biar dia nampak aku ini lelaki.

"Tak sangka boleh jumpa kat sini. Fate ke?" Aku sengih lagi, makin dekat. Helena kaku. Tapi mata dia tak lari. Cuma bibir dia muncung sikit.

Degil tapi aku suka. Dia kerut dahi. "Kau ikut aku?"

Aku ketawa kecil. "Taklah. R&R ni kan tempat umum?"

Dia geleng perlahan, pandang motor dia balik. "Psiko."

Aku dekat betul sekarang. Berdiri sebelah dia. Bahu aku hampir sentuh lengan dia. Aku hadap tengok dia yang bertubuh tinggi tapi tetap aku boleh peluk dalam satu lengan kalau aku nak.

"Aku tak psiko," suara aku turun nada. "Aku cuma tahu apa aku nak. Dan aku nak kau."

Helena tarik nafas, mata dia kelip sikit. Tapi aku tahu, dia tengah lawan perasaan dia sendiri. Sebab kalau dia betul-betul benci aku... Dia tak akan berhenti kat R&R ini.

Helena berpaling tiba-tiba, nak lari ke arah motor. Tapi tangan aku lebih cepat. Satu sambar. Aku genggam kuat lengan dia cukup untuk buat badan dia tersentak ke belakang.

Dia terkejut. Dia pusing muka, mata besar bulat, marah campur takut.

"Eh lepaskan akulah, bodoh!" dia jerit, tapi suara dia bergema kosong.

Tak ada orang. Tak ada sesiapa pun di R&R ini sekarang. Kedai semua tutup. Lampu jalan malap. Jam hampir tengah malam. Aku sengih, tarik nafas perlahan.

"Janganlah sombong sangat... sayang." Nada aku lembut, tapi dalam. Psiko.

Dia cuba tarik lengannya. Tapi tangan aku tak lepas. Aku genggam macam besi. Dia tahan mata, suara dia naik.

"Kau jangan rapat dengan aku. Kalau tak, aku jerit!"

Aku gelak. Sinis. Perlahan. "Kau jerit pun... tak ada siapa dengar."

Dia terdiam dua saat. Mata dia pandang sekeliling. Kosong. Sepi. Angin malam menyusup masuk antara kami. Rambut dia yang panjang paras pinggang terbang kena muka dia.

Aku geram tengok. Geram tengok dia. Geram dengan semua perangai dia. Tapi yang paling buat aku hilang akal... dia masih cantik walaupun tengah marah.

"Kau jangan fikir kau boleh main-main dengan aku, Azfar," dia cakap antara gigi. Tapi tangan dia masih dalam genggaman aku. Badannya keras. Tapi aku rasa... dia gementar. Dan itu buat aku lagi ghairah.

Aku rapat sikit. Suara aku dekat telinga dia. "Main-main? Sayang... aku tak pernah main bila aku nak perempuan."

Dia tolak muka aku. Kasar. Tapak tangan dia singgah atas pipi aku bukan dengan tamparan, tapi dengan niat tolak jauh.

Aku... gelak perlahan. Buaya memang gila bila kena cakar. Aku pandang balik. Dekat. Mata dia bulat. Warna dia gelap. Tapi dalam. Rambut dia panjang paras pinggang, beralun lembut bila ditolak angin malam. Helena macam keluar dari mimpi. Tapi mimpi yang penuh pisau dan api.

Bibir dia kecil. Mungil tapi tajam dan aku geram nak cium benda tajam itu.

Dia tarik lengannya dari tangan aku. Kasar. Badan dia undur setapak. Dia betulkan jaket kulit dia geram. Tapi cool. Tapi... aku tahu, dia gores hati sendiri nak kekal garang.

Aku cuba sentuh dagu dia nak tengok dia dari dekat. Nak rasa sikit kulit dia tapi dia tepis tangan aku. Kuat.

"Sombongnya kau ni... Aku nak kawan dengan kau je. Bukan ajak kau tidur sama." Suara aku lembut. Nada buaya bila tengok anak rusa degil tak nak main.

Helena jeling. Mata dia sempit. "Eh, kau ingat aku tak kenal kau jenis lelaki buaya? Kerja kau rosakkan anak orang!"

Zaaap. Kena!

Tapi aku tetap sengih. Aku jalan perlahan ke arah dia lagi. Kali ini aku tak sentuh. Tapi suara aku turun satu tahap. Serius.

"Aku tak rosakkan siapa-siapa, Helena. Diorang sendiri datang cari aku... sebab aku buat mereka rasa hidup." Dia senyum sinis. Muka dia menyampah.

"Kau buat mereka rasa jijik lepas kau layan." Helena tolong bakar aku hidup-hidup. Tapi aku suka rasa terbakar kalau dia yang suluh api.

Aku bisik, "Kalau aku betul-betul nak rosakkan kau... kau rasa aku akan kejar kau sejauh ni?"

Helena terus lari ke arah sportbike dia. Tapi aku kejar. Langkah aku panjang, badan aku besar. Aku sambar lengan dia sekali lagi. Dia tepis tapi kali ini aku genggam kuat. Aku tarik dia terus ke dada aku. Dia meronta, tolak muka aku kasar. Macam aku nak rogol dia.

"Eh! Bodoh! Lepaskan aku!" Suara dia menggila. Mata dia liar. Nafas dia kencang.

Tiba-tiba...

TUK!

Sesuatu jatuh dari jaket kulit dia. Plastik kecil. Lutsinar. Ada beberapa biji pil bulat warna putih pink pucat dalam itu. Kecil. Macam vitamin tapi bukan vitamin.

Helena terus terdiam. Mata dia tengok benda itu macam dosa terjatuh atas lantai. Dia gelabah.

Dia tunduk, nak kutip balik, tapi tangan aku lebih pantas. Aku capai dulu. Aku pusing badan sikit, jauhkan dari dia. Aku angkat plastik tu depan muka aku.

"Apa ni...?" Nada aku berubah. Serius. Dada aku masih naik turun.

Dia datang nak rampas. "Bagi baliklah sial!"

Tapi aku langkah ke belakang. Mata aku tenung pil itu. Bulat. Warna putih pink pucat. Tiga biji. Tak ada label. Tapi aku tahu jenis ini. Aku pernah nampak.

Happy 5.

Aku angkat kepala. Pandangan aku terus ke muka dia yang sekarang sudah pucat, tapi masih ego. Dia tarik nafas. Mata dia cari alasan.

"Untuk kawan..." Suara dia kecil. Helena yang tadi lantang, sekarang bisu macam anak kucing hilang ibu.

Aku geleng perlahan. "Happy 5, Helena? Ini untuk kawan ke... atau untuk kau sendiri?"

Dia diam. Genggam tangan dia kuat-kuat. Aku nampak cara dia telan air liur. Dan dalam kepala aku, satu suara mula bisik,  Helena ini tak sesuci macam yang dia cuba tunjuk.

Aku senyum perlahan. "Perempuan macam kau... makin menarik bila makin rosak."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience