Pagi Isnin yang bengap. Aku duduk menghadap dua monitor. Sebelah kanan, grafik bandwidth usage. Di sebelah aku sekarang, Ghibran tengah fokus sangat buat kerja. Kepala tunduk. Tangan laju tekan keyboard macam pelajar last minute nak siapkan assignment.
Aku malas nak kacau. Sebab aku tahu Ghibran ini kalau sudah fokus, dia boleh lupa makan. Tapi kalau tak fokus dia boleh buat lawak bodoh sampai aku naik angin.
Aku tekan butang kunci skrin, bangun, capai access card, dan terus jalan ke arah bilik server.
Swipe. Klik.
Pintu terbuka. Bilik server sentiasa ada bau sejuk metalik yang buat aku rasa macam dalam dunia lain. Semua LED biru, hijau, oren. Bunyi kipas kuat, tapi mendamaikan. Kalau stress bilik ini boleh jadi tempat meditatif aku.
Aku capai mini toolkit. Tadi masa semak log, aku nampak packet drop dekat VLAN 20. Itu VLAN yang guna untuk remote site, port 7 dan 8. Connection ke firewall nampak unstable. Mungkin kabel longgar. Mungkin SFP buat hal lagi.
Aku bongkok, buka tray port, cabut kabel LC. Lap pin fiber dengan kain microfiber, tiup sikit, sambung balik. Aku bukan jenis main cucuk saja. Aku tahu beza antara plug and pray dengan plug and play.
Terminal:
ping -t 10.10.20.1
Stabil. No drop.
Aku senyum nipis. Selesai! Belum sempat aku bangun, telefon dalam poket seluar slack aku bergetar. Aku keluarkan. Notifikasi WhatsApp.
Aimi (HR Cute) : Azfar... i miss u, free lunch nanti?
Aku tengok mesej itu. Satu minit. Dua minit. Tak balas. Tapi aku baca banyak kali. Belum sempat aku letak balik telefon, satu lagi notifikasi masuk.
Nisa IT intern : Abang Azfar free tak kejap? Nak tanya pasal access point
Aku geleng perlahan. Aku gelak kecil.
"Gila... dua-dua masuk timing yang sama. Ni bukan IT department. Ni department syaitan."
Aku masukkan semula telefon dalam poket. Kunci semula rack. Langkah keluar dari bilik server dengan senyuman yang paling tak boleh dipercayai.
"Lunch nanti... tengoklah siapa yang paling awal datang dulu."
Aku keluar dari server room, pintu tertutup belakang aku dengan bunyi klik automatik. Baru nak melangkah balik ke workstation, tiba-tiba...
"Eh, Azfar."
Aku angkat muka. Sial.
Berdiri depan aku, tegap dengan kemeja putih lengan dilipat, ID tag tergantung kemas, rambut tersisir rapi macam baru keluar iklan Nivea Men si Ezrik Aslan.
Manager IT. Pangkat atas aku. Tapi dia juga kawan aku. Kawan yang kalau kau kenal betul-betul... kau tak akan tidur lena malam.
Dia pandang aku atas bawah, mata dia sempit. Macam scanner.
"Kau ni kuat dating dalam ofis aku... jangan bawa perangai buaya kau tu lagi..." katanya, suara santai tapi sinis, sebelum terus blah ke bilik dia.
Aku sengih saja. Kepala aku angguk perlahan. Dalam hati?
"Kau pun tak jauh beza, bro. Bezanya... kau bunuh sebab cinta. Aku bunuh sebab nafsu."
Dia masuk bilik. Pintu bilik dia automatik tertutup. Tak sempat aku balas balik apa-apa. Tapi tak perlu. Kami dua-dua tahu... kami ini tak bersih. Cuma nasib saja yang tentukan siapa kena dulu.
Aku berjalan balik ke meja. Sengih aku masih tak padam. Manager aku seorang pembunuh. Dan aku pun... bukan suci sangat.
Aku baru duduk, tarik kerusi rapat ke meja. Monitor depan aku masih paparkan live log dari firewall. Aku buka tab baharu, mula susun ayat untuk buat laporan harian. Boss besar minta summary downtime minggu lepas. Biasalah, nak tunjuk pada HQ konon jabatan dia efisien.
Aku tengah taip laporan di skrin bila tiba-tiba ada bau yang aku sudah kenal bauan sweet, floral, fake innocence. Belum sempat aku pusing, suara dia sudah bisik lembut tepi telinga aku.
"Abang Azfar..."
Aku toleh sikit. Dan ya tekaan aku tepat. Nisa. Intern IT paling kurang ajar, paling berani, dan ya... paling sedap aku rasa minggu lepas di stor belakang bilik server. Budak 22 tahun yang fikir main dengan senior boleh selamatkan CGPA. Dan aku juga pernah bawa dia tidur dalam rumah sewa aku sampai Reza bebel.
Dia berdiri rapat sebelah aku. Lanyard dia bergoyang tengah dada, file ditangan dia cuma alasan. Mata dia pandang aku, pandangan yang ada maksud tersembunyi. Mata perempuan yang tahu, aku pernah masuk dalam hidup dia, secara literal.
"Access point slow sangat kat meeting room. Nisa takut nak troubleshoot sorang. Boleh abang teman?"
Aku jeling dia. "Bukan minggu lepas dah abang ajar?"
Dia sengih manja. "Minggu lepas abang ajar benda lain..."
Aku telan liur. Satu nafas. Dua. Tangan aku berhenti taip. Aku bersandar, renung muka dia dari bawah ke atas.
"Nisa..." aku sebut nama dia perlahan. "Kerja kau... memang slow ke, atau kau sengaja nak buat aku naik bilik tu dengan kau?"
Dia tunduk sikit, pura-pura malu. "Takkan Nisa berani goda abang waktu kerja..."
Aku gelak kecil. "Kau da buat pun."
Flashback satu saat bunyi pintu stor tutup perlahan, Nisa atas meja server, skirt dia naik separuh peha, aku berdiri antara peha dia... dan petang itu dia bisik:
"Jangan tinggal Nisa..." Kata-kata paling klise. Tapi malam itu aku percaya sebab aku tengah sedap.
Sekarang? Aku cuma senyum.
"Nisa..." aku bangun. Berdiri betul-betul depan dia. "Kau naik dulu meeting room tu. Check lampu LED access point. Kalau blinking merah, tunggu abang. Kalau tak... anggap abang sibuk."
Dia angguk. Tangan dia sempat pegang lengan aku. "Abang janji datang?"
Aku dekatkan muka aku. Bisik tepi telinga dia.
"Abang janji... kalau kau tak degil."
Dia gigit bibir, dan terus pusing, melenggang keluar dari ruang IT. Skirt ketat dia tinggal bayang di mata aku. Aku tarik kerusi. Duduk balik. Tangan aku sambung taip.
Tapi dalam kepala aku...
"Nak pergi ke tak meeting room tu nanti?"
Sebab satu bahagian dalam diri aku rindu. Satu bahagian lagi fikir kalau Nisa mengandung, aku kena bunuh orang lagi sekali.
Aku tenung skrin. Cursor kat Notepad ini blinking macam ada nyawa. Tapi kepala otak aku tak fokus langsung. Sudah kena racun dengan skirt ketat budak intern.
Aku mengeluh perlahan. Jari aku ketuk meja. Tak sampai satu minit, Ghibran tolak kerusi, berdiri nak ke pantri.
"Oi," aku panggil. "Free ke kau?"
Dia berhenti. "Nak kopi jap. Kenapa?"
Aku tunjuk skrin. "Meeting room aras 11. Budak intern komplen access point slow."
Dia sempat buat muka. "Kau yang pegang wireless. Asal aku pulak?"
Aku sengih. "Aku tengah siapkan report Ezrik. Kau naik jap tengok. Tak susah mana. AP tu confirm okay. Budak tu je sengal."
"Budak mana?"
"Nisa."
Dia senyap dua saat.
"Nisa yang... yang..." Mata dia terbeliak sikit. "Yang kau pernah..."
"Shhh," aku potong. "Jangan sebut kuat-kuat dalam ofis ni, bangang."
Ghibran masih pandang aku tak percaya. "Kau nak aku naik tolong dia? Serious?"
Aku angguk penuh keikhlasan palsu. "Ya la. Kau naik la. Aku tak sempat. Nak hantar kau je aku rasa bersalah. Tapi kau kan baik, Bran."
Dia sempit mata. "Kau tengah perangkap aku ke?"
Aku gelak. "Bro... kau pegang walkie. Naik je la. Nisa tu bukan makan orang."
Ghibran mendengus. "Tak makan orang? Dia hampir telan kau hidup-hidup minggu lepas!"
Aku sengih puas. "Kau tau la rasa dia sedap..."
"Pergi mampus, Azfar!" Dia terus ambil walkie dan jalan laju ke pintu.
Aku tengok punggung Ghibran makin menjauh.
"Good luck, bro. Kau naik tu macam volunteer... tapi sebenarnya aku bagi umpan."
Aku bersandar semula. Buka skrin CCTV internal. Kamera koridor aras 11. Tiga puluh saat kemudian Ding!
Lif terbuka. Ghibran keluar. Dan Nisa... sudah berdiri tunggu depan bilik mesyuarat. Senyum penuh makna. Aku bisik sendiri.
"Game on."
Aku baringkan badan atas kerusi, tangan di belakang kepala. Skrin depan sudah tak menarik. Ghibran entah hidup entah mati di aras 11 itu. Nisa mungkin tengah buat magik.
Aku? Tengah mengelamun. Dan macam sial, otak aku bawa aku balik ke malam itu. Malam aku berdiri depan rumah dia dengan bunga. Malam dia sepak lutut aku sambil buat muka tak ada perasaan. Tapi bila aku sudah blah, aku nampak...
Dia kutip balik bunga itu dari tong sampah. Perempuan paling ego pernah aku kenal.
Helena.
Aku capai telefon. Buka WhatsApp. Contact dia tak pernah hilang dari recent chats. Tapi sudah beberapa hari tak ada apa-apa dari dia. Mesej terakhir aku?
"Kalau kau tak suka bunga tu, kau boleh pijak. Tapi jangan pura-pura kau tak suka."
Dia bluetick. Tak reply. Sekarang aku taip semula. Jari aku lambat. Otak aku lagi lambat. Tapi hati aku degil.
"Aku tahu kau kutip balik bunga tu."
Aku tekan Hantar.
Sepuluh saat.
Dua puluh.
Masih satu tick.
Aku gigit bibir. Tangan aku taip lagi. "Kau kutip, kau bawa masuk rumah. Tapi ego sangat nak balas."
Aku tekan Hantar juga. Tak fikir panjang. Lepas itu aku lempar telefon atas meja.
"Bodoh." Aku cakap pada diri sendiri. "Buaya apa rindu perempuan yang sepak dia?"
Tapi dalam kepala aku... aku ulang bayang muka dia. Wajah cantik. Rambut panjang paras pinggang. T-shirt hitam. Suara lantang. Dan pandangan yang boleh bunuh aku tanpa pisau.
Aku masih termenung depan skrin. Laporan sudah siap. Mesej pada Helena sudah dihantar.
Tapi masih tak ada balasan. Aku tengah pertimbangkan nak hisap rokok senyap-senyap dalam bilik stor, tiba-tiba pintu jabatan IT dibuka kasar.
BUKKK!
Langkah laju. Suara nafas tercungap. Aku toleh perlahan. Ghibran.
Jalan ke arah aku laju. Belakang dia ada Nisa menonong ikut sambil tunduk, tangan peluk fail konon-konon malu. Padahal tadi bukan main.
Muka Ghibran? Merah. Macam cili blender. Dia berdiri betul-betul depan aku, tangan bercekak.
"KAU NAK KENAKAN AKU DENGAN BUDAK TU KE?!"
Aku angkat kening. "Hah? Siapa?"
"Nisa la! Sial betul. Aku masuk bilik meeting, dia terus lock pintu dari dalam. Lepas tu dia... dia... dia pegang tangan aku! Tanya aku abang single ke tak! Siap dekat-dekat nak peluk! Aku bukan Azfar weh!"
Aku terdiam tiga saat. Lepas itu... Aku gelak terbahak-bahak. Tak tahan. Gelak aku meletup sampai satu pejabat ini pandang.
"Woi!" Ghibran makin marah. "Kau sengaja kan?!"
Aku lap air mata hujung mata aku. "Aku cuma suruh kau tolong check AP je. Salah ke?"
"Salah la sial!" Dia tolak bahu aku sikit. "Kau tahu dia budak gatal, kau suruh aku naik jugak?!"
Aku angkat bahu, tak bersalah. "Aku busy bro. Report urgent. Kau kan abang penyayang. Nisa kan sweet..."
"Sweet kepala hotak kau."
Sementara itu Nisa cepat-cepat balik ke meja dia. Tunduk. Malu. Tapi aku tahu dia senyum sorok-sorok. Ghibran masih berdiri depan aku.
Aku bersandar sambil senyum sinis. "Relaksla. At least kau ada experience baru."
Dia sempit mata. "Aku sumpah kau, Azfar. Kalau aku mimpi Nisa malam ni, aku potong wayar AP dalam bilik kau."
Aku angkat dua tangan. "Okay okay. Peace bro. Aku belanja kopi petang ni."
Ghibran mengeluh. Jalan ke meja dia di sebelah aku. Tapi sambil jalan, sempat cakap...
"Buaya celaka."
Aku gelak kecil lagi. "Yes sir. Tapi buaya ni bukan sembarangan. Buaya ni... pandai berenang."
Aku bangun perlahan dari kerusi, sengih masih tak padam. Langkah aku longlai malas, tapi penuh niat jahat. Tujuan aku ke meja Nisa. Budak intern yang baru lepas buat Ghibran trauma seumur hidup.
Nisa tunduk depan monitor. Konon fokus buka portal ITSM. Padahal tangan dia menggigil sikit, aku nampak. Bahu dia pun tegang macam baru kantoi buka akaun fake TikTok.
Aku bersandar di tepi partition meja dia.
"Oi," aku panggil perlahan. "Nervous sangat kenapa? Tak buat apa-apa salah kan?"
Dia angkat muka perlahan. Muka dia merah. Pipi dia macam baru lepas sapu sambal nasi lemak.
"Abang..." suara dia perlahan gila. "Nisa... Nisa ingat abang yang naik tadi..."
Aku angkat kening. "Maksud?"
Dia gigit bibir, bisik. "Nisa ingat... abang Azfar. Rupanya abang Ghibran. Nisa... malu..."
Aku tahan gelak, tahan perut. Muka aku kekal neutral, tapi dalam hati sudah macam pesta mercun.
"Serius kau tak tahu tu Ghibran?" aku soal.
Dia geleng laju. "Nisa tak tengok betul-betul. Ingat abang ubah gaya rambut je..."
Aku gelak perlahan. "Habis tu? Kau layan dia sama macam aku?"
Dia tutup muka dengan tapak tangan. "Abang janganlah... malunya Nisa."
Aku tunduk sikit, suara perlahan tapi sengih setan. "Kau ni bahaya, Nisa. Hari tu aku, hari ni nyaris Ghibran. Esok siapa?"
Dia buka sikit jari tengok aku. "Bukan salah Nisa... Nisa ingat abang..."
Aku letak tangan atas meja dia, condong sikit. "Kalau aku yang naik tadi... kau nak buat apa?"
Dia terdiam. Aku gelak sekali lagi. "Relaksla. Abang tak marah. Cuma... next time, check betul-betul dulu sebelum kau kunci pintu."
Dia tunduk balik. Malu gila. Tapi aku tahu, dalam hati dia tengah ulang momen tadi dan berharap kalau boleh rewind, dia pilih lelaki yang betul. Aku bangun balik, jalan semula ke tempat aku.
Share this novel