Bab 118

Mature Content Series 3020

Ghibran Haidar

Aku dahaga. Bibir aku kering. Lidah aku rasa macam pasir. Kepala aku pening. Dunia sekeliling kabur dan menggigil. Aku dahaga.

Aizat berdiri tegak depan aku. Senyum dia... macam syaitan tengah menari atas darah orang mati. Muka dia tak ada belas. Mata dia bercahaya macam binatang liar yang lapar.

Tiba-tiba dia capai kolar baju aku. Tarik kuat. Aku tersentak ke depan.

"Kau ni tunggu masa je nak mampus!" Suara dia kasar, menyengat. Ludah dia terpercik ke muka aku.

Aku tenung dia balik. Mata aku merah. Aku rasa darah aku mendidih, tapi tubuh aku tak mampu nak lawan.

"BUNUH JELAH AKU!!!" Jeritan aku bergema. Sakit, tapi puas.

Aizat gelak. Lepas kolar aku macam aku ini sampah. Dia tolak kepala aku ke belakang, aku hampir rebah kalau bukan sebab tali ini, aku sudah longlai jatuh lantai. Dia pusing badan, melangkah ke kerusi sebelah.

Rissa.

Terikat sama macam aku tapi dia... lebih teruk. Rambut dia kusut. Muka dia lebam. Bibir dia pecah. Baju dia longgar, terselak sikit bahu. Mata dia tak fokus. Dia bebel sesuatu, tapi aku tak faham. Seolah dia bercakap dengan bayang-bayang dalam kepala dia sendiri.

Rissa memang sudah... gila.

"Sayang?" Suara Aizat lembut tiba-tiba. Lembut yang menjijikkan. "Kau ni... gila pun masih cantik. Masih seksi..."

Aku tahan nafas. Aizat letak tangan dia atas dada Rissa. Selamba. Macam dia pegang barang sendiri.

Aku menggigil. Rasa nak muntah. Rissa hanya gelak kecil. Tak melawan. Mata dia kosong, senyum senget.

Aizat dongakkan kepala Rissa dengan tangan kasar dan... dia cium bibir Rissa. Cium betul-betul. Lama. Macam tak ada jiwa. Macam meratah bangkai.

Rissa... balas ciuman itu. Seolah dia sudah tak tahu beza antara mimpi dan neraka.

Aku paling muka ke kanan. Mata aku pejam rapat. Aku tak sanggup. Dunia ini sudah terbalik. Dan kami semua sudah masuk ke dalam perut neraka Aizat.

Aku masih pejam mata. Masih cuba lari dari kenyataan yang jijik. Dari ciuman keji itu. Dari suara Rissa yang tak lagi waras. Tapi Aizat tak suka orang lari.

"OI!"

Tiba-tiba... PANNGGGGG!!!

Satu tamparan keras hinggap di muka aku. Kepala aku terpusing ke kiri, dan sebelum aku sempat sedar dan DUUMMMM!!!

Kerusi aku jatuh. Aku rebah ke lantai bersama segala sakit yang menyambar tulang belakang.

"AARRRGHH!!!" Tulang aku rasa berkeriuk. Lantai dingin menyentuh pipi aku. Mata aku berpinar.

Langkah Aizat makin dekat. Bunyi tapak kasut dia kejam. Tegang. Dia tunduk... dan...

BUKKK!!!

Satu tumbukan padu singgah tepat ke perut aku. Seluruh isi perut aku macam diperah keluar serentak.

"UUUGHHH!" Aku menjerit sambil meliuk.

BUKKK!!! Sekali lagi.

BAMMM!!!

Setiap tumbukan buat aku rasa macam nak muntah darah. Nafas aku tercungap-cungap.
Mulut aku berbuih air liur, dada aku sempit gila.
Tali di pergelangan tangan aku masih ketat. Aku cuba bangun tapi tangan aku tak bebas.

Aizat ketawa. "Tak cukup lagi? Ha?! Biar aku bagi lagi!"

DUUGGHH!!!

Aku terangkat sedikit dari lantai dek tumbukan ketiga. Rasa macam paru-paru aku pecah.

"AAAAARGHHH!!!" Aku jerit. Bukan sebab manja. Tapi sebab sakit ni bukan main-main. Sakit yang buat aku lupa siapa aku. Sakit yang buat aku... nak mati, tapi tak mampu.

Dunia gelap. Tapi aku masih hidup. Malangnya. Aku masih terlentang. Mulut aku berbuih. Nafas aku tersekat. Perut aku rasa macam dilenyek dengan batu bata. Mata aku separuh terbuka.

Dan di situlah aku nampak dia. Aizat.

Dia berdiri di sebelah Rissa. Rissa masih terikat, tapi Aizat tiba-tiba buka tali di pergelangan tangan dia. Kepala Rissa terkulai. Mata dia separuh terbuka, tapi kosong. Tak ada jeritan. Tak ada protes. Dia cuma... diam. Macam boneka rosak.

"Sayang... kau rindukan aku, kan?" Suara Aizat macam bisikan setan. Manja. Jijik. Gila.

Dia duduk perlahan atas riba Rissa. Dia mula sentuh dia. Sentuh dengan cara yang buat aku nak termuntah.

"Berhenti...!" Suara aku keluar perlahan. Serak. Lemah.

Aizat toleh. Senyuman dia tak berubah. "Kau tengok je. Biar kau tahu siapa yang dia betul-betul milik aku bukan Reza."

Aku menggigil. Aku cuba angkat kepala, tapi tak mampu. Aku cuba tutup mata... tapi otak aku terus merekod. Bunyi baju diselak. Nafas kasar Aizat. Keluhan separuh mabuk Rissa.

Aku rasa aku dalam neraka. Dan neraka ini... bau peluh, darah, dan kebinatangan. Air mata aku keluar sendiri. Bukan sebab takut tapi sebab aku tak mampu buat apa-apa.

Aku masih di lantai. Nafas aku pecah. Mata aku terbuka walau aku tak mahu. Suara Aizat makin rakus. Rissa langsung tak melawan. Dia hanya biar diri dia disentuh, tangan tergantung, baju separuh terbuka. Aku rasa nak mati.

PRAKKKK!!!

Pintu bilik ditolak kasar. Dentuman pintu buat Aizat tersentak. Aku juga terkejut.

"WEH SIAL! APA KAU BUAT?!"

Suara perempuan. Kuat. Garang. Menggelegar. Perempuan tadi. Dia berdiri tercegat di ambang pintu, mata terbeliak tengok Aizat atas Rissa.
Jaket dia terbuka, rambut dia kusut, tangan dia menggeletar tapi mata dia... berapi.

"KAU GILA KE AIZAT?! DASAR BINATANG!!!" Perempuan itu meluru tak tunggu. Dia tampar muka Aizat sekuat hati.

PLAKKK!!!

Aizat terdorong sedikit ke sisi. Wajah dia terdiam. Dan kemudian dia berpaling ke arah perempuan itu perlahan-lahan.

Matanya... berubah. Gelap. Kosong. Macam manusia yang sudah tak kenal belas kasihan.

"Kau tampar aku?" Suara dia datar. Sepi. Ngeri.

Perempuan itu masih degil. "Aku akan report kau. Kau memang sial! Sakit otak! Kau rogol orang gila!"

TAPPP!!!

BAMMMMM!!!

Tamparan Aizat bukan biasa. Tapak tangan dia macam batu. Perempuan itu terpelanting. Kepala dia hentak ke dinding. Dahi dia berdarah. Bibir dia terkoyak.

Dia jatuh ke lantai, tak bergerak. Terdengar helaan nafas dia kasar. Aku tak dapat bergerak. Tapi hati aku mula meraung.

"WEHHH!!!" Aku jerit. Jerit dengan semua sisa tenaga yang tinggal. Aizat pandang aku. Senyum dia kembali. Dan aku tahu sekarang, dia akan bunuh siapa saja yang halang dia.

Perempuan itu masih di lantai. Tergolek di bawah cahaya malap bilik. Nafas dia terputus-putus, bahu dia terangkat turun cepat, macam orang baru kena langgar kereta. Darah mula meleleh dari dahi. Rambut dia kusut tapi dia masih hidup.

Aizat jalan perlahan ke arahnya. Langkah dia senyap. Tapi aura dia bising. Aku cuba meronta, cuba buat bunyi tapi tekak aku kering, tangan aku terikat, tubuh aku lumpuh.

"Bangun Sara," suara Aizat berat. Perempuan itu nama Sara. Dia toleh, matanya bergenang. Tangannya cuba tolak lantai untuk bangkit.

Tapi Aizat tak tunggu. Dia tarik Sara dari rambut.
Sara menjerit kecil. Aizat berdiri tinggi, tubuh dia bayang besar di atas Sara.

PLAAAKKK!!!

Tamparan kedua. Lebih kuat.

BAMMMM!!!

Sara terhentak kuat ke dinding. Kepala dia berdentum. Badan dia terhuyung. Dan...

DOOOGHH.

Dia jatuh tersembam ke lantai. Tak sempat tahan. Macam anak patung buruk dilempar keluar kereta.

Air mata dia jatuh. Sara mengesot. Dia duduk. Lutut terlipat. Rambut dia menutup separuh muka.

"Kenapa..." Suara dia pecah. "Kenapa kau buat aku macam ni... Aizat... kau tak sayang aku lagi ke...?"

Sunyi. Aizat berdiri dan kemudian, dia... gelak. Gelak besar. Gelak macam manusia tak waras. Macam baru menang loteri dalam neraka.

"Sayang?" Dia tunduk, dekatkan muka ke arah Sara.

"Aku tak pernah sayang kau, Sara." Dia senyum.

"Selama ni aku cuma guna kau. Kau ingat kau istimewa?"

Sara teresak. Bahu dia menggeletar. Air mata turun tanpa bunyi. Dia terduduk. Terkulai. Macam roh dia keluar perlahan-lahan. Dan aku yang melihat semua itu... rasa nak jerit sampai dunia meletup. Tapi yang keluar cuma... sunyi.

Aizat pandang Rissa yang masih terikat longgar di kerusi. Dia melangkah ke arah perempuan itu dengan langkah licin macam tak berdosa.

Rissa terkulai. Leher dia condong ke sisi. Mulutnya separuh terbuka. Mata dia masih kosong.

Aizat capai lengan Rissa. "Jom, sayang. Kita sambung dekat tempat lain..."

"JANGAN!!!"

Suara aku pecah, parah, nyawa terakhir. Aku cuba gerakkan tubuh aku. Lutut aku cuba tolak lantai, tapi kaki aku masih tak stabil.

"KAU JANGAN SENTUH DIA!!!"

Sara juga menjerit. Air mata dia masih tak berhenti. Dia merangkak, cuba capai Aizat.

"JANGAN BAWA DIA!!! KAU GILA KE AIZAT!!! JANGAAAAAANNN!!!"

Aizat cuma senyum. Dia tarik Rissa keluar dari kerusi. Rissa ikut saja tanpa tentangan. Seperti patung yang kehilangan roh. Aizat heret dia ke pintu. Dia sempat pandang kami berdua.

Senyuman dia... senyuman manusia yang tahu tak ada siapa boleh halang dia lagi.

Klik.

Pintu dikunci dari luar.

"AIZAT!!! SIAL KAU!!!" Aku jerit. Tekak aku koyak. Tangan aku hempas lantai. Aku rasa macam nak gigit lidah sendiri sebab tak mampu buat apa-apa.

"RISSAAAA!!!"

Sara hentak-hentak pintu. Dia menjerit. Menangis. Menumbuk kayu pintu sampai buku lali dia merah.

"BUKAKKKK!!! JANGAN APA-APAKAN DIA!!! AIZAT GILA!!! AIZAT PSIKO!!!"

Tapi pintu itu bisu. Kami terkunci dalam neraka.
Dalam sunyi. Dalam bau darah, peluh dan trauma. Dan Rissa... dibawa pergi oleh iblis sebenar.

Sara terus menjerit, suara dia serak, tangannya masih menumbuk pintu yang sudah berpuluh kali ditolak, ditendang, ditampar tapi masih tak berganjak. Dia akhirnya terduduk.

Tubuh dia jatuh terduduk, bersandar di dinding bilik yang sejuk. Aku tengok dia. Nafas aku masih berat. Tapi sesuatu... pelik.

Ada darah atas lantai. Merah pekat. Mengalir perlahan dari bawah Sara. Mata aku terbeliak.

"Weh... kau... kau okay tak...?" Suara aku pecah.

Sara tunduk. Mata dia kabur. Mulut dia ternganga kecil dan tiba-tiba...

"ARGGHHHHH!!!" Satu jeritan terlepas dari kerongkong dia. Jeritan betul-betul dari dalam perut. Dia pegang perut dia. Tangan dia ketar. Seluar dia basah, bukan air kencing tapi darah.
Darah yang turun tak henti.

"Sakit... Ghibran... SAKITTTTT!!!" Dia meraung. Badan dia menggigil. Dia cuba bangun tapi lutut dia lembik.

Aku terkedu. Aku tak tahu apa yang berlaku tapi aku tahu itu bukan darah biasa.Aku mula meronta.

"HEI! SARA!!! TUNGGU!!!"

Tangan aku tarik tali. Aku himpit tubuh aku ke tiang kerusi. Aku gesek. Tarik. Seret. Sakit dan melecet. Darah aku sendiri meleleh dari pergelangan tangan. Tapi aku tak peduli.

Dia jatuh ke sisi. Dia meraung macam jiwa dia sedang dirobek dari dalam.

"ARGHHHH! SAKIIIIITTTTTT!!!"

Aku cuba merangkak. Selangkah demi selangkah. Tapi tangan aku masih tak lepas. Sara tengok aku. Mata dia sayu. Bibir dia menggigil. Air mata dia berjurai.

"Aku... aku rasa... aku gugur..."

Dan aku... tak mampu buat apa-apa. Hanya tengok darah makin banyak, dan suara perempuan yang aku tak pernah kenal, tapi sekarang tengah meraung dalam darah dan dinding ini, buat aku rasa macam nak koyakkan pintu itu pakai gigi.

Aku cuba. Aku sudah cuba. Tangan aku sudah luka, berdarah, melecet sampai ke isi. Aku cuba sentap tali. Cuba gesek ke sudut kerusi. Cuba guna kuku. Gigi. Nafas.

Tapi aku gagal dan sekarang, aku dah tak rasa tangan aku. Jeritan Sara masih ada. Perut dia masih berdarah. Seluar dia makin merah. Dia melilit tubuh dia sendiri, badan dia menggigil macam kena kejutan elektrik.

Dia jerit lagi dan lagi. "SAKIIIIIIIIITTTTTT!!!!"

Aku pejam mata. Bukan sebab aku tak peduli. Tapi sebab aku tak mampu. Tubuh aku jatuh semula ke lantai. Nafas aku satu-satu, dalam-dalam, tapi tetap pendek. Aku rasa macam paru-paru aku penuh air.

Sara... masih ada tapi suara dia mula perlahan. Dia menangis. Dia merayu. Dia panggil nama aku.

"Ghibran..." Nada dia serak. Sayu. Lembik. "Ghibran tolong aku... tolong aku please..."

Aku buka mata. Kabur. Langit bilik ini berpusing. Aku nak tolong tapi aku... sudah tak larat.

"Maaf..." Aku bisik. "Maaf... Sara... aku tak kuat..."

Dan dalam kabur mata aku aku nampak Sara menggigil, terduduk dalam darah sendiri. Aku hanya mampu melihat orang mati perlahan-lahan, tanpa dapat buat apa-apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience