Bab 86

Mature Content Series 1807

Aku pandang pipi Azfar yang masih merah samar. Berbekas. Bentuk tapak tangan. Bukti fizikal seseorang pernah naik angin.

Aku tak tahan lagi. Soalan itu keluar juga. "Weh, dari tadi aku nak tanya... kenapa pipi kau tu? Kena tibai dengan skandal ke?"

Reza jeling aku. Tenang tapi jahat. "Tadi Azfar sebenarnya nak stalk budak Helena tu... yang dia langgar minggu lepas."

Aku angkat kening. Reza sambung. "Azfar kena tampar sebab Helena marah dan maki dia. Katanya Azfar ganggu hidup dia. Siap suruh jangan muncul depan mata dia lagi."

Aku tersedak teh tarik. Sumpah. Aku teringat Helena. Perempuan berambut panjang paras pinggang. Muka cantik macam anime tapi berpakaian boyish. Jalan macam tak takut mati. Naik sportbike Yamaha R6 warna hitam ungu.

Waktu kami terserempak dengan dia minggu lepas semasa kena langgar, Azfar tak bercakap sepanjang 15 minit tengok muka Helena. Lidah dia hilang. Mata dia macam baru nampak Raesa, arwah kekasih dia hidup balik.

Aku letak gelas. Pelan-pelan. "Weh. Dia yang tu ke? Yang R6 tu?"

Reza angguk. Azfar tunduk. Azfar. Tunduk.
AZFAR. TUNDUK. AZFAR. SI BUAYA. SI MULUT BANGSAT. TUNDUK?!

Aku nak rekod video ini. Rare momen. "Weh, kau okay ke bro? Kau... kau dah tak sentuh perempuan dah seminggu. Azab ke?"

Azfar tak jawab. Dia cuma... teguk teh tarik sambil renung kosong. "Aku tak tahu apa masalah aku, Ghibran. Bila aku tengok dia... aku rasa macam... aku yang salah."

Aku dan Reza serentak pandang Azfar. Azfar cakap macam manusia. Azfar... RASA SALAH?

Aku bisik. "Weh... Reza... kita bawa dia pergi scan kepala sekarang."

Reza jawab. "Kita bawa dia jumpa ustaz lagi bagus. Ini dah tahap kena sihir."

Azfar angkat kepala. Matanya serius. "Dia perempuan pertama yang tak pandang aku."

"Dia tak peduli kereta aku. Tak peduli rupa aku. Tak peduli aku belanja. Dia pandang aku macam sampah."

Aku senyum sinis. "Maybe sebab kau memang sampah, Azfar."

Azfar pandang kosong meja kedai mamak. Jari dia main-main plastik straw aku. Reza dan aku masih terdiam, masih trauma dengan pengakuan dia tadi. Lepas 10 saat sunyi...

"Aku rasa... aku dah jatuh cinta dengan Helena."

Erk! Aku telan roti canai yang belum dikunyah betul. Reza tutup muka dengan tapak tangan.

"Aku serius ni. Sejak aku terserempak dengan dia bulan lepas... rasa tu lain."

"Aku... aku rasa macam... dia pancung ego aku, Ghibran dan aku suka."

Ya Tuhan. Azfar. Buaya jahanam. Boleh cakap 'aku suka ego aku dipancung'. Ini bukan Azfar.
Ini... versi drama pukul 7 malam TV3.

Azfar sambung. Mata dia redup. Suara perlahan.
Macam tengah baca sajak cinta SPM. "Aku tak nak tidur dengan mana-mana perempuan dah. Sumpah."

"Aku dah delete semua nombor skandal aku. Semua. Termasuk Aimi."

"Aku cuma nak Helena. Aku nak kahwin dengan dia."

Reza tersembur air kosong. Aku terus tepuk dada kuat macam nak alih roh aku yang sudah salah badan. "Kau... kau nak kahwin dengan Helena?"

"Kau tu siapa? Imam muda ke? Baru minggu lepas kau projek dalam bilik server!"

Azfar masih tenang. "Aku nak berubah sebab dia. Dia tampar aku. Dia herdik aku. Dia maki aku macam aku tak ada nilai. Dan untuk pertama kali dalam hidup aku... aku setuju hidup aku takde nilai..."

Bernanah telinga aku dengar suara buaya ini.

"Aku rasa nak ludah muka kau sekarang ni Azfar," aku cakap.

Reza angguk perlahan. "Kalau kau kahwin, aku tak nak datang majlis kau."

Azfar senyum. "Korang tak perlu faham. Sebab ni bukan cinta biasa. Ini... karma cinta aku. Pembalasan buaya."

Aku bangun, tarik nafas. "Aku balik dulu. Sebelum aku termuntah atas roti canai."

Azfar jerit dari belakang. "Kalau aku nikah dengan Helena, korang jadi pengapit tau!"

"PENGAPIT KEPALA HOTAK KAU!!" suara aku dan Reza serentak.

Aku bangun dari meja mamak dengan maruah.
Muka serius. Langkah steady. Macam hero filem noir yang baru buat keputusan besar dalam hidup.

"Aku tak boleh duduk sebelah buaya macam Azfar lagi. Cinta palsu dia buat aku sakit jiwa."

Aku langgar angin malam. Langgar meja orang. Langgar lubang jalan. Semuanya demi satu tujuan: balik.

Sampai di hujung simpang kedai mamak... aku tersedar. Motor Y15 aku tak ada. Aku datang naik kereta Azfar tadi.

Aku tercegat di situ macam tugu peringatan untuk orang bodoh.

Lima saat. Sepuluh saat. Lima belas saat. Maruah aku perlahan keluar dari badan. Dengan berat hati dan harga diri yang tercalar, aku pusing semula dan jalan balik ke meja mereka.

Azfar sudah nampak aku dari jauh. Senyum dia?
Senyum paling keparat dalam galaksi.

"Weh Reza, kau tengok siapa datang balik tu."

"Eh eh... bukankah itu... Encik Ghibran, pejuang maruah yang tertinggal kenderaan?"

Aku duduk balik tanpa suara. Azfar sandar kerusi, silang kaki, dan letak siku atas meja gaya boss besar.

"Tadi gaya kau bangun macam pelakon filem gangster... Tapi ending dia macam kartun Upin Ipin tak cukup duit tambang."

"Bro, aku rasa kau hilang ingatan yang kita datang tadi naik kereta Azfar." Celah Reza sambil tersengih.

Reza gelak sampai tersedak teh ais. Aku cuma pegang straw dan telan air kosong dengan air mata tak nampak.

"Serius lah Ghibran... Kalau kau tak bangun tadi, maruah kau okay lagi. Tapi sebab kau bangun, dan PATAH BALIK tu nama dia 'plot twist bodoh'."

"Aku rasa nak panggil makcik kedai mamak semalam suruh kasi kau motor mainan satu."

Aku tutup muka dengan lengan. "Azfar, diamlah. Aku dah cukup malu."

Azfar senyum sinis sambil geleng kepala. "Aku tak akan diam, bro. Aku akan abadikan momen ni dalam buku sejarah hidup aku. Chapter: 'Kisah Sahabat Yang Tak Ada Kenderaan'."

Aku baru nak hadam aib aku yang tertinggal kenderaan, baru nak cari semula cebisan maruah aku di bawah meja mamak... tiba-tiba, satu suara lembut menyapa dari tepi.

"Ghibran?"

Aku toleh. Jantung aku berhenti satu saat.

Elvina.Dia berdiri tepi meja dengan senyum manis. Rambut dia warna merah terang, lepas paras bahu, disikat kemas tapi tetap ada vibe rebel sikit.

Pakai t-shirt band warna hitam, seluar jeans skinny, dan bau dia... bau dia buat aku lupa yang aku baru kena bahan Azfar tadi.

"Elvina... eh... buat apa kat sini?" Aku senyum macam budak baru menang topup RM5.

Dia duduk terus sebelah aku. "Aku lapar. Baru habis kerja. Ternampak kau dari jauh."

Azfar pandang. Dan... senyum buaya dia keluar automatik. Aku sudah nampak sinar sial dalam mata dia.

"Oii Reza... kau nampak tak warna rambut dia tu? Rare. Lawa siot. Kalau aku jumpa awal-awal dulu..."

Aku terus angkat tangan. "Kau jangan sambung, Azfar. Aku sumpah aku lempar gelas ni ke kepala kau sekarang."

Azfar sengih makin besar. "Apa salah aku? Aku cuma kata rambut dia lawa. Bukan kata nak projek dalam server room pun..."

Aku lepaskan nafas panjang. Elvina gelak kecil.

Aku senyum. "Kalau sehari aku tak maki Azfar, tu maknanya aku koma."

Dia ambil menu kedai mamak, duduk rapat sikit dengan aku. Aku jeling Azfar yang masih scan dia macam scanner barcode dalam Giant.

"Azfar, kau pandang lagi sekali... aku sumpah aku picit biji mata kau."

Azfar angkat tangan. Surrender. "Okay okay, aku hormat kau bro. Tapi jujur la... kau punya taste kali ni, padu."

Aku pandang Elvina. Dia pandang aku balik. Lama. Senyuman dia lain. Yang ini bukan senyum formal. Bukan senyum kawan. Ini senyum 'aku suka kau' tapi malu-malu'.

Dan malam itu, untuk pertama kali sejak tiga minggu, aku rasa... aku yang menang. Bukan Azfar. Bukan Reza. Aku, Ghibran.

Elvina duduk rapat sebelah aku. Bahu kami bersentuh. Tangan dia atas meja, jari dia main straw plastik aku sambil senyum.

Azfar masih senyum buaya, tapi aku bagi jelingan tajam satu lagi scan, aku campak pinggan roti ke muka dia.

"Kau nak makan apa?" aku tanya lembut.

Elvina sengih. "Kau order je. Apa yang kau makan, aku nak rasa juga."

DAMN!

Ayat itu... bunyi dia biasa, tapi dalam telinga aku, dia berbunyi macam:

"Jantung kau tu hak milik aku sekarang."

Aku panggil pelayan kedai mamak, order dua roti telur, teh ais satu, dan milo ais satu.

"Jangan pedas sangat tau roti tu. Elvina tak tahan sambal pedas."

Dia sengih lagi. "Eh... kau ingat taste aku ke?"

"Kau ingat aku simpan nombor skandal macam Azfar ke?"

Azfar gelak. Reza telan air kosong kuat-kuat. Makanan sampai. Elvina potong separuh roti dia dan suap aku sikit.

"Ni makan. Biar aku yang belanja kali ni."

Aku telan. Roti telur rasa biasa saja tapi disebabkan Elvina suap, jadi sedap tahap makanan hotel.

"Eh suap lagi," aku sengih manja.

"Ish. Gedik," tapi dia tetap suap juga.

Reza letak cawan atas meja dengan bunyi TUK!

"Aku minta tolong... kalau nak bermesra, pergi meja lain."

Aku sengih makin besar. Elvina gelak kecil sambil senyap-senyap pegang lengan aku bawah meja.

Azfar geleng kepala. "Tak sangka bujang tua ni pun ada juga peluang bercinta. Dunia dah nak kiamat."

Aku jeling dia. "Kau tu buaya veteran. Jangan kecam cinta orang."

Reza bangun dari kerusi. "Aku balik dulu. Sebelum mata aku juling sebelah."

Aku dan Elvina tengok Reza beredar. Aku bisik ke Elvina. "Jangan risau. Dia memang single bitter."

Elvina ketawa. Dan malam itu... roti telur paling sedap dalam hidup aku. Aku dan Elvina masih duduk rapat. Dia suap aku. Aku suap dia. Azfar macam pengawas majalah sekolah pandang dari seberang.

Reza beredar. Dia jalan laju. Langkah penuh yakin, bahu tegak.

Aura dia: "Cinta? Puih. Aku tak perlukan sayang. Aku ada dignity."

Aku pandang Azfar. Azfar pandang aku. Kami dua-dua senyum perlahan. Tunggu.

Satu...

Dua...

TIGA.

"WEH!"

Kami toleh. REZA BERDIRI BALIK TEPI HUJUNG JALAN.

Dia pandang meja. Muka dia berubah. Macam baru teringat rumah dia 10km dari kedai mamak ini.

"SIAL LA AKU PUN TUMPANG KERETA AZFAR TADI!!"

Aku tergelak sampai terhentak meja. Air milo ais Elvina hampir tumpah. Azfar tergelak sampai tersembur teh tarik.

"WEHHH HARI NI GILIRAN SIAPA PULAK KENA MALU, REZA???" aku jerit.

Azfar siap tepuk meja. "Reza, hero trauma yang tak ada transport! Welcome to club bro!!"

Reza jalan balik ke meja macam orang nak hentak kepala atas simen. Dia duduk.

"Jangan. Jangan cakap apa-apa. Aku tahu."

"Aku penat. Mental aku dah koyak. Fizikal aku luka. Tapi sekarang... jiwa aku pula remuk."

Aku peluk Elvina. "Takpe, tengok tu. Hari ni bukan aku je mangsa. Tuhan itu adil."

Elvina gelak. Azfar gelak. Reza masih termenung. Malam paling celaka... tapi paling epik.

Aku tengok Elvina duduk sebelah aku. Dia tarik kerusi rapat. Bahu dia sentuh lengan aku. Tangan dia atas meja, jari dia main straw teh ais aku sambil senyum macam tak bersalah.

Rambut dia merah, potong kemas paras bahu. Ada sorot degil dalam mata dia. Tapi manis. Manis yang aku rasa tak ramai boleh tahan kecuali aku.

Dia pakai t-shirt band warna hitam. Jeans lusuh. Helmet Y15 dia letak atas meja. Yup. Y15 jugak. Sama macam aku. Sebab itu aku rasa... kami ini macam dua ekor kucing jalanan yang terserempak, sama-sama tak jinak, tapi selesa duduk sebelah.

"Kau tengok aku lama sangat ni kenapa?" Dia tanya sambil jeling.

"Suka hati akulah. Aku sayang kau."

Dia sengih. "Sakit tekak aku dengar."

"Kalau sakit tekak, aku beli strepsils. Tapi kau tetap kena dengar."

Dia gelak. Aku ambil tangan dia, genggam bawah meja. "Kau tahu tak, kau ni kecik je. Tapi entah kenapa, aku rasa macam nak peluk kau 24 jam."

"Kau peluklah. Tapi jangan depan kawan kau. Nanti dia trauma."

Aku toleh depan. Azfar tengah renung kami dengan mata buaya lapar. "Weh korang ni... kedai mamak ni tempat makan. Bukan episod drama jam 7."

Reza pula tunduk, malas layan. "Aku lupa dunia ada dua jenis orang. Satu yang bercinta. Satu lagi yang kena tengok orang bercinta."

Aku tak peduli. Aku pandang Elvina. Dia pandang aku.

"Lepas ni nak balik naik motor ke?" Aku tanya.

"Kalau kau nak teman aku, aku naik. Kalau tak, aku duduk sini sampai pagi."

"Aku teman. Setiap malam pun aku teman. Sampai bila-bila pun aku nak teman kau."

Dia tunduk sikit. Senyum. Aku angkat tangan dia, cium belakang jari dia pelan-pelan. Dia senyum lagi. Kali ini lebih perlahan.

Dan malam itu... walaupun ada buaya menyampuk dan lelaki trauma depan meja... aku tahu, Elvina ini betul-betul aku punya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience