Malam itu seperti biasa kedai mamak tepi jalan. Bunyi kipas lama berpusing atas kepala. Meja plastik melekit kuah kari tumpah. Aku duduk sengkang kaki, kunyah roti canai rangup.
Azfar depan aku, mulut dia tak berhenti bunyi sama macam kipas di atas ini. Ghibran tepi Azfar, muka dia macam baru nampak hantu.
Azfar cucuk sisa ayam goreng atas pinggan dia. Dia pandang aku, mata dia sempit, kening dia terangkat.
"Serius wey, kau ni memang kejam. Tolak perempuan jatuh tengah jalan, sial betul. Kau ingat kau bapa mafia?" Suara dia lantang, meja belakang sudah jeling. Aku buat tak dengar.
Aku koyak roti canai, cicah sambal cair. Masuk mulut, telan. Mata aku tak angkat. Azfar ketuk meja dua kali, jari dia kotor sambal.
"Weh! Aku tanya kau la, Reza! Kau biar je ke? Kalau perempuan tu retak kepala? Si Rissa tu gila tapi dia ada kepala tau!" Azfar gelak hujung ayat. Sial betul.
Aku pandang Ghibran, dia sengih paksa, tangan dia main sudu, kacau teh ais yang sudah cair separuh. Suara dia kecil, takut-takut.
"Kau rasa dia cedera tak, Reza? Dia tu kan... fragile..." Dia sebut fragile macam sebut ikan bilis.
Aku telan roti, tarik nafas. Bahu aku naik jatuh. "Aku tak kisah," aku jawab pendek. Suara aku malas, tapi jelas. Azfar ternganga. Dia letak tulang ayam, ketuk meja lagi.
"Kau ni psiko betul. Kau sepak aku pun takpe, jangan tolak pompuan la. Drama siang tadi satu gym tengok tau!" Dia ketawa, tutup mulut sendiri. Bising.
Aku angkat muka pandang dia dua saat.
"Dia yang gila. Kalau aku tak tolak, dia panjat seat belakang. Kau suka?" Aku sengih sengit. Mata aku tajam, Azfar balas pandang tapi bibir dia senyum menahan.
Ghibran gelak kecil, suara dia sumbang. "Betul jugak..." dia sambung kacau ais.
Azfar sengih lagi, dia sandar belakang, dua tangan naik lap mulut dengan tisu. "Tapi kan... kalau dia cedera, kang kau jugak kena pujuk. Malam ni dia merangkak bawah pintu rumah kau, menangis bogel..."
Dia sengaja sebut bogel kuat-kuat. Meja sebelah pandang. Aku sumpah nak hempuk gelas teh tarik atas kepala dia.
Aku pandang roti canai aku yang sudah sejuk. Rissa cedera? Aku peduli apa. Kalau dia bangun merangkak bawah pintu rumah, aku kunci tingkap sekali. Sial betul.
Azfar sandar kerusi plastik itu ke belakang sengih macam baru dapat bonus gaji. Jari dia masih comot sambal, tapi mulut dia lagi busuk dari kari basi.
Tiba-tiba dia tepuk meja, bunyi gedebuk! Ghibran terloncat sikit, sudu dia jatuh dalam teh ais.
"Weh Bran, weh Reza..." Azfar ketawa kecil, suara dia seret macam nak acah suspense.
"Korang tau tak masa kat gym tadi, masa Reza tengah marah Rissa kat seat kereta tadi tu..." Dia tahan ketawa, tangan dia angkat, jari telunjuk dia main hayun.
Aku sempat jeling. Azfar tarik nafas sambung suara kuat.
"Serius wey... aku nampak budak cleaner gym tu jalan belakang kereta, dia sempat toleh. Muka dia macam tengok 'abang belakang tu buat projek apa?'" Azfar gelak berdekah. Bahu dia bergegar.
Ghibran sudah tutup mulut, bibir dia kembang tahan tawa. Aku sumpah rasa nak lipat kerusi mamak ini hempuk kepala Azfar. Azfar sambung, tak reti diam.
"Kalau budak cleaner tu rakam, confirm viral wey! Tajuk dia: 'Pensyarah psycho kena rogol seat belakang gym Sentul' aku letak subtitle, siap logo gym. Letup beb!" Dia gelak lagi, bunyi dia pecah meja. Orang meja hujung sudah pandang pelik.
Ghibran sambung gelak, suara dia pecah pecah. "Bodoh la kau Azfar... sumpah kalau viral mampos Reza kena buang kerja!"
Aku jeling dua ekor ini. Aku letak sisa roti canai, tangan aku lap mulut.
"Lepas ni aku kencing atas seat kau pulak, Azfar." Aku sengih kecil. Mata aku tak kelip.
Azfar terus pegang perut gelak makin kuat, bahu dia terhenjut.
"Wey jangan la! Aku sayang seat belakang aku tu! Kalau Reza psiko mood dia datang, sial aku jadi mangsa!" Dia sebut psiko sambil ketuk Ghibran. Ghibran gelak lagi, sudu dia jatuh kali kedua.
Aku tunduk, jari aku main garu meja plastik. Sumpah Azfar ini hidup lama sebab nasib saja. Kalau ikut hati aku, aku sudah lempang dia guna talam roti banjir kari.
Azfar sapu sisa kuah kat hujung jari, lap tisu separuh malas. Dia tengok Ghibran, mata dia kilat, sengih dia sudah lain macam. Aku tahu gaya sengih dia, bila dia sengih macam itu, mesti ada bahan mangsa. Kali ini, Ghibran mangsa malang.
Azfar tepuk bahu Ghibran kuat, gedebuk!. Ghibran terlompat sikit, sudu dia jatuh lagi. Teh ais dia sudah tinggal ais terapung. Aku sengih sikit, perut aku masih penuh roti canai keras.
"Weh Reza, kau tau tak?" Azfar sengaja pandang aku, suara dia tukar nada serius, padahal mata dia sudah berair tahan ketawa.
"Kau tau si Bran ni kat ofis hari tu, dia buat apa?"
Ghibran terus geleng, tangan dia naik nak tutup mulut Azfar. "Diam la Azfar... jangan la..."
Azfar tolak tangan Ghibran, terus sambung. Suara dia makin kuat. "Bodoh betul, hari tu Bran pergi pantry. Dia nak buat air kopi. Konon gaya manager la, padahal intern pun lagi steady." Azfar gelak, Ghibran sudah tutup muka, telinga dia sudah merah.
Aku sandar kerusi, mata aku sempit. Tapi mulut aku sudah sengih separuh. "Apa dia buat?"
Azfar tepuk meja lagi, GEDUM! Orang sebelah pandang, Azfar tak peduli. "Dia ambik kopi 3 in 1 dia koyak. Tapi dia koyak BAWAH PEKET. Lepas tu dia pegang cawan jauh. Dia tuang separuh kopi jatuh kat lantai, separuh masuk cawan. Bodoh betul!" Azfar gelak sampai terbatuk. Bahu dia terhinjut-hinjut.
Ghibran baling straw ke Azfar, suara dia sumbat, "Aku tak nampak la line potong tu! Gelap! Lampu pantry rosak!" Dia merungut, tapi bibir dia sengih malu.
Aku gelak kecil, susah aku nak gelak betul, tapi malam ini Azfar punya kerja bangang memang bikin dada aku pecah.
"Kau tu intern ke budak tadika? Nak bancuh kopi pun failed?" Aku tolak bahu Ghibran, dia makin merah muka. Azfar sambung, tak bagi peluang Bran selamat.
"Tak habis lagi Reza... kopi tumpah atas fail HR. Terus manager HR masuk, nampak Bran tengah lap fail dengan tisu. Muka dia blur, bibir dia ketap. Konon cover macho." Azfar gelak sampai tepuk meja lagi, sudu terpelanting ke lantai.
Aku ketawa betul, roti canai entah mana, gelak aku keluar tanpa sengaja. Sumpah Ghibran ini budak paling suci tapi bodoh yang aku sanggup simpan dalam hidup aku.
Azfar sambung, suara dia serak sebab gelak berdekah. "Kalau HR tengok CCTV sah dia ingat Bran tu sabotaj fail company! Siap lap pakai tisu basah lagi!"
Dia tumbuk meja, hilang gaya sado sudah. Ghibran tunduk, tangan dia penampar bahu Azfar berkali-kali. "Diam laaa!! Sial la kau ni Azfar!!"
Aku gelak lagi. Malam makin bising. Roti canai sudah sejuk, teh ais sudah cair. Tapi tawa kami bertiga panas macam tar tengah jalan.
Azfar masih sengih besar lepas habis bahan Ghibran. Mulut dia tak reti diam lepas fail kopi, fail surau, apa lagi dia nak korek. Ghibran duduk pegang straw, mata dia separuh merah, sudah nampak tanda dendam.
Bran tiba-tiba sandar, jari dia tunjuk Azfar, suara dia naik sikit. "Weh Reza... kau tau tak Azfar kat ofis hari tu..."
Azfar terus angkat tangan, mata dia terbeliak. "Woi Bran! Kau kang..."
Ghibran sambung, tak peduli. Dia sengih kecil, suara dia mendatar tapi tajam. "Hari tu dia masuk toilet lelaki. Konon sado, kan? Dia snap gambar otot kat cermin toilet. Tapi... pintu toilet tak tutup habis."
Aku dah sengih. Azfar pegang dahi dia. "Bran, sumpah diam sial..."
Ghibran tunduk, sengih. "Kau bayang... budak HR masuk, budak HR nampak Azfar snap selfie, baju dia angkat separuh. Kat tangan dia ada shaker whey protein konon nak tunjuk sado. Tapi... dia tak perasan sinki belakang dia ada budak intern tengah cebok kaki. Muka intern tu masuk frame selfie dia. Selfie jadi viral group HR. Tajuk dia: 'Abang Sado, Kaki Bau.'"
Aku terhambur gelak. Sumpah. Azfar ketuk meja. "BOHONG! BOHONG GILA! Aku dah crop wey!"
Ghibran gelak sumbang. "Crop apa! Orang HR save original wey! Siap print frame, letak kat pantry! Tajuk: Motivasi Isnin!"
Aku pegang perut, kepala aku tunduk. Roti canai aku terlepas jatuh pinggan.
Azfar sumpah. "Bodoh kau Bran! Aku bakar bilik pantry kau kang! Aku cabut frame tu!"
Ghibran sambung cucuk. "Siap ada caption 'Jangan malas kerja, rajin bersukan, jaga bau kaki.'"
Aku sudah gelak sampai terbatuk. Meja sebelah sudah jeling, pelayan kedai mamak baru hantar teh tarik pun tahan tawa.
Azfar sumpah. "Aku sumbat straw kat lubang hidung kau, Bran! Aku bakar whey protein ni kang!"
Ghibran tutup muka tapi bahu dia bergegar. Gelak senyap-senyap. Aku pandang Azfar, sengih separuh nyawa.
"Weh sado... next time selfie kat gym je la. Jangan ajak intern cebok join frame."
Azfar hempuk straw ke dahi aku. Bodoh betul tapi sedap. Azfar sudah separuh merajuk separuh nak menyumpah dan straw mamak sudah patah dua dalam genggam dia.
Ghibran pula sudah senyum sengih macam budak baru menang loteri. Dia tunduk, sengih-sengih, straw teh ais dia pusing-pusing macam nak bikin drama sambung.
Aku sandar kerusi, lengan aku silang. Aku pandang dua ekor ini sumpah aku tunggu siapa kalah dulu.
Azfar tunjuk jari telunjuk, muka dia sengit. "Weh Bran... kau jangan ingat kau selamat tau. Aku bukak lagi satu rahsia kau kang..."
Ghibran tolak jari Azfar. Suara dia naik, pecah sikit. "Woi Azfar! Kau jangan ugut! Kau tu ingat kau malaikat ke? Wey Reza, aku cerita lagi lah..."
Aku angkat kening. "Cerita la Bran. Bagi dia rasa."
Azfar sudah telan air liur dan mata dia sempit. "Kau kang Bran... aku baling pinggan roti canai ni kang..."
Ghibran senyum manja. "Weh... Reza kau tau tak Azfar hari tu kat pantry? Dia bajet layan TikTok. Dia duduk atas sinki, selfie lagi. Sekali cleaner masuk, cleaner cakap: 'Bang, jangan duduk situ bang, sinki ni bocor!' dan Azfar angkat bontot dia lepas tu sinki PATAH! Air paip meletup, seluar dia basah sampai lutut!"
Aku sumpah ketawa pecah. Aku tepuk meja sampai kuah kari terpercik. Azfar hempas kepala dia ke belakang kerusi, suara dia pecah. "Sial Bran! Aku sumbat mop kat mulut kau karang Aku jatuh sikit je sial! Bukan sampai patah sinki!"
Ghibran makin rancak, dia angkat tangan buat gaya boom. "Lepas tu budak IT lalu nampak Azfar pegang mop lap kaki! HAHAHA! Siap selfie basah seluar, share group WhatsApp. Tajuk dia 'Abang Gym, Kaki Licin.'"
Azfar hempuk straw patah Itu ke kepala Ghibran, tak sakit pun, tapi gaya dia macam nak bergaduh. Aku sudah tak boleh tahan, gelak terhambur. Teh ais aku melimpah atas pinggan.
Azfar maki sambil gelak. "Sumpah la Bran... kau ni tak layak hidup wey. Kau tau tak kalau orang IT dengar ni, reputasi aku habis?!"
Ghibran sengih, suara dia kecik-kecik. "Padan muka. Sado konon, sinki pun surrender!"
Aku sapu air mata, roti canai sudah jadi span. Azfar, Ghibran, dua ekor ini betul-betul buat malam Ahad aku rasa worth it!
Suka cerita RAG? Jangan lupa FOLLOW & KOMEN. Saya akan update Bab seterusnya lebih cepat.
Share this novel