Azfar sudah mula tukar tempat duduk.Dia pusing badan sikit, peluk diri macam kena sawan geli.
"Weh Ghibran... please bro. Aku dah tak tahan. Kau ni kalau sambung satu ayat lagi pasal Elvina, aku sumpah aku telanjang lari masuk dapur mamak ni cari penapis minyak!"
Ghibran sengih. "Alaaa... korang ni dengkilah. Aku tengah bahagia. Salah ke aku kongsi perasaan?"
Aku tenung dia. Lama. "Hidup kau ni bahagia, tapi telinga kami berdarah."
Azfar sambung, mata terbeliak. "Aku rasa macam aku dengar channel TV yang tak patut wujud. Siap ada segmen 'Kenapa aku cinta awek garang dan pendek'!"
Ghibran sandar kerusi, tangan silang dada. Muka tak bersalah. "Dia bukan sekadar pendek. Dia pendek yang bila peluk pinggang aku, kepala dia sampai kat dada aku. Bila dia peluk, aku rasa... rumah."
Azfar ternganga. "Rumah? Bro, aku rasa tu rumah berhantu."
Ghibran makin menjadi. "Kau orang semua akan faham nanti. Bila kau jatuh cinta, kau akan rasa... dunia ni tak sebusuk bau longkang tepi mamak ni."
Azfar terus berdiri. "Cukup! Aku surrender. Aku nak pindah meja lain."
Makcik sebelah yang masih belum bungkus makanan pandang lagi. Kali ni dia bisik pada pelayan, "Budak-budak ni... entah belajar mana ayat cinta macam najis ni..."
Ghibran masih steady. "Tak apalah. Biar dunia benci. Yang penting Elvina cinta."
Aku pegang kepala, goyang kiri kanan. "Kalau aku ada pisau roti, aku potong wayar suara kau."
Azfar tiba-tiba toleh ke arah Ghibran, angkat jari telunjuk gaya ustaz petang Jumaat.
"Weh Ghibran... meh sini aku ajar kau satu benda."
Ghibran tengah hirup air kosong. "Apa lagi wehh... jangan bagi aku trauma."
Azfar bersandar, serius. "Kalau kau betul sayang Elvina, dan kau betul couple dengan dia... kau kena tahu cara nak tidur dengan dia."
Aku terus toleh. Ghibran terbatuk. "WOI! Kau ni kenapa?!"
Azfar tak layan. Makin kuat suara dia. "Kau kena tahu, bila perempuan bangun dari tidur, dia kena rasa puas. Dia kena rasa bahagia. Dia kena rasa... tak nak bangun."
Budak meja sebelah mula pasang telinga. Makcik tadi pura-pura main WhatsApp tapi jelas tengah rekam.
Aku tekan dahi. "Azfar... wehh. Aku rasa darah keluar ikut hidung ni."
Azfar sambung, siap buat demo guna tangan.
"Kau peluk dia dari belakang, tangan kanan bawah leher dia, tangan kiri atas perut dia. Biar dia rasa secure. Lepas tu... kau bisik dekat telinga dia..."
Ghibran sudah berdiri. "WOIIII STOPPPPP! ANAK HARAMMMM!"
Azfar tergelak. "Weh chilllah. Aku baru nak ajar ayat bisik!"
Ghibran sudah malu, pandang kiri kanan. "Kau tak nampak ke semua orang tengah dengar?! Aku nampak pekerja mamak tu rakam TikTok weh!"
Azfar bangga. "Baguslah. Biar ilmu ni tersebar."
Aku letak kepala atas meja. "Tolong... sesiapa. Sumbat Azfar dalam karung guni dan buang dalam sungai Klang."
Azfar masih steady. "Kalau aku tak ajar dia, nanti Elvina bangun pagi rasa kosong. Rasa macam... 'eh mana abang Ghibran saya?' Padahal abang Ghibran tidur tepi katil sebab tak tahu nak peluk betul-betul."
Ghibran duduk semula, tarik nafas, lalu maki. "Azfar, kau ni betul-betul bahan lucah bergerak. Kalau Elvina dengar ni, dia bakar motor aku dengan kau sekali."
Azfar sengih. "Kalau dia bakar pun, biar api tu datang dari cinta."
Aku angkat kepala, tenung Azfar dengan muka nazak. "Aku sanggup kena hentak kepala lagi dari dengar kau bagi coaching cara tidur."
Makcik sebelah berdiri lagi. "ADIK-ADIK NI... SAYA DAH TAK SANGGUP. DUNIA SEKARANG..."
Azfar tarik kerusi rapat sikit ke arah Ghibran.
Muka dia serius. Mata dia fokus.
"Ghibran... aku nak kau bayang."
Ghibran terus amaran. "Weh jangan. Aku sumpah jangan mulakan."
"Bayangkan... kau dengan Elvina... malam tu... lampu bilik malap. Lagu slow lagu Westlife berkumandang..."
Reza terus tutup muka. "Ya Tuhan... sesiapa tolong hentikan mulut Azfar!"
Azfar buat gaya tangan atas meja, gerak perlahan. "Kau peluk dia dari belakang. Elvina bisik... 'Abang Ghibran, leher I gatal...' Kau cium sikit. Pastu... dia panjat atas kau, buat gaya 'tatu rose in action'!"
Ghibran terus lempar sudu. "CELAKA KAU AZFAR!!!"
Azfar sambung sambil tahan gelak, "Pastu Elvina buat gaya, sambil tengok cermin. Rambut merah dia terurai, peluh jatuh sikit kat bahu..."
Reza sudah bangun, tutup telinga, jalan pergi hujung mamak. "AKU NAK TUKAR KAWAN! AKU TAK NAK KENAL KORANG DAH!"
Azfar gelak sambil pegang perut. "Wehh belum habis! Lepas tu Elvina tarik selimut, pastu..."
PANGG!!!
Ghibran hempuk belakang kepala Azfar dengan tisu gulung besar. Satu kedai mamak pandang.
"KAU NAK AKU MASUK LOKAP KE APA WEHHH! STOPLA CAKAP MACAM VIDEO LUCAH BERTULIS!"
Azfar tetap gelak. "Tak tahanlah weh. Elvina tu pendek. Kalau duduk atas perut kau pun, aku rasa dia kena panjat pakai bangku!"
Ghibran berdiri. "AKU NAK BALING JUG AIR NI KEPALA KAU AZFAR!"
Azfar terus menjerit sambil nak lari ke dapur kedai mamak. Aku dari hujung meja jerit, suara parau.
"AKU NAK BALIK! AKU NAK BALIKKKKKKKKKKKKKK!!!"
Belum sempat Azfar lari jauh, tiba-tiba seorang pelayan kedai mamak berbaju kuning, apron senget, muka sudah berpeluh terus datang ke meja kami. Langkah dia laju. Muka dia serius. Sudah macam nak minta IC. Dia berhenti depan Azfar yang baru nak duduk balik.
"WOI!!!"
Azfar terkejut. "Eh, bro. Apa hal?"
"APA HAL?!! APA HAL KEPALA HOTAK KAU!!!"
Seluruh kedai sunyi. Semua pelanggan toleh. Ada yang berhenti suap roti canai ke mulut. Ada budak kecil terus menangis.
"KORANG INGAT KEDAI NI APA?!!! KEDAI LUCAH KE? KEDAI MAKSIAT?!!!"
Reza tunduk terus, tangan kat muka. "Oh my God. Kita viral lepas ni."
Pelayan itu sambung, suara makin lantang.
"SEJAK KAU DUDUK SINI, CUSTOMER DAH KURANG 40%!!! ORANG INGAT KEDAI NI SARANG PELACURAN SEBAB MUKA KAU DENGAN MULUT KAU!!!"
Ghibran tekup muka. "WEH AKU TAKNAK BUDAK OFIS AKU TENGOK VIDEO NI KAT FAC!"
Azfar angkat tangan, nak defend diri. "Bro... saya cuma bagi tips je. Bukan betul-betul buat..."
"AKU TAK PEDULI!!! KAU SEBUT 'SPLIT' KAT DEPAN MAKCIK ANAK DUA?! DIA TERCEKIK SUP TULANG TAU TAK?!"
Reza angkat kepala. "Azfar... kau bunuh selera orang."
Pelayan itu tarik napkin kat tangan, hempas atas meja. "MULAI HARI NI... KORANG DILARANG DUDUK LEBIH DARI 20 MINIT KAT SINI. LEBIH DARI TU, AKU KIRA CAJ PARKING!"
Azfar nak gelak, tapi pelayan itu jerit lagi.
"DAN KAU... KALAU NAK CAKAP PASAL TATTOO, SELIMUT, DAN SPREAD KAKI... BALIKLAH KATIL SENDIRI! JANGAN MENJAHANAMKAN KEDAI KAMI!!!"
Azfar tunduk. "Baik, boss maaf."
Pelayan itu jalan pergi, masih bebel. "BUNYI 'ABANG GHIB' ATAS KEPALA SAYA TADI. NAK MUNTAH SAYA TAU TAK?!"
Baru Azfar nak duduk semula lepas kena herdik oleh pelayan kedai mamak, tiba-tiba kerusi plastik belakang dia diseret kuat.
KRIIIEEETT!!!
Makcik tudung merah jambu, muka berpeluh tapi mata bersinar macam nampak dosa, berdiri tegak. Plastik bungkus nasi lemak dan sup kambing dia berayun-ayun kat tangan.
"WOI BUDAK MULUT CELAKA!!!"
Azfar terkejut. "Eh makcik?!"
"AJAR APA AJAR?! KAU INGAT NI SEKOLAH BINA RUMAH TANGGA?! KAU CAKAP SPLIT ATAS PERUT, TATTOO LEHER, PELUK DARI BELAKANG, AKU NAK TERMUNTAH DALAM SUP SENDIRI TAU TAK!!!"
Aku sudah tunduk letak kepala atas meja. Ghibran senyap. Makcik sambung lagi.
"MAKCIK NI ADA DUA ANAK DARA. NASIB BAIK TAK IKUT MAKCIK MALAM NI. KALAU TAK, NANTI BALIK RUMAH TANYA 'MA, APA ITU TATTOO AKSI ATAS KATIL?'!!!"
Azfar tunduk macam pelajar kena rotan. "Makcik, saya minta maaf..."
"JANGAN MINTA MAAF KAT SAYA! MINTA MAAF KAT SEMUA PEREMPUAN YANG DAH KAU ROSAKKAN!!!"
Azfar geleng kepala perlahan. "Saya cuma... saya cuma nak bagi tips je..."
"TIPS APA?! TIPS MAKSIAT?! ORANG TENGAH MAKAN! KAU INGAT NI BILIK HOTEL KE?!"
Aku sudah tak tahan. Aku bangun, jalan ke sudut kedai mamak, berdiri tepi tong sampah sambil bisik,
"Ya Tuhan... aku dengar balik ayat 'abang Ghibran' ni dalam mimpi pun boleh trauma."
Makcik sambung, berdiri sambil pegang sudu macam mikrofon. "MAKCIK DAH LAMA MAKAN SINI, TAK PERNAH DENGAR CERAMAH HAWA NAFSU MACAM NI. KAU TU PATUT MASUK TV BUKAN JADI ARTIS, TAPI KES DISIASAT JABATAN AGAMA!!!"
Azfar angkat tangan. "Okay okay okay makcik... saya insaf, saya insaf... saya takkan split lagi..."
Makcik jeling. "KAU KATA TAK SPLIT, TAPI MULUT KAU MASIH TERBELAH DUA!!!"
Makcik itu masih berapi. Suara dia tahap mikrofon masjid.
"DUNIA NI DAH NAK KIAMAT! TENGOKLAH BUDAK SEKARANG, MULUT CELUPAR, AKHLAK TAK ADA! SIAPA AJAR KAU ORANG NI HAAA?!"
Aku sudah berdiri tepi meja. Azfar tunduk macam banduan reman. Ghibran pula, aku nampak dia sudah rembat dompet dari poket, lari ke kaunter.
"BAYAR! BAYAR SEMUA! CEPAT! TEH TARIK, ROTI, SEGALA DOSA AKU BAYAR!!!"
Cashier blur. "Encik, plastik bungkus..."
"TAK PAYAH PLASTIK! TAK PAYAH RESIT! KAMI NAK LARI DAH!!!"
Makcik masih sambung dari belakang.
"KALAU AKU JADI MENTERI, AKU HANTAR KAU TIGA-TIGA MASUK KEM MOTIVASI! TAK KIRA DAH BESAR! OTAK KECIK!!!"
Aku, Azfar dan Ghibran saling berpandangan.
"LARI." Itu saja aku cakap.
SEMUA PUSHHHHHHHH!!!
Azfar buka langkah dulu. "WEHHH CEPAT! CIVIC AKU TUNGGU DEPAN! SIAPA LAMBAT, NAIK MOTOR TEPI LONGKANG!!!"
Kami lari pecut dari kedai mamak, macam baru pecah rumah. Muka Azfar panik, pegang kunci kereta sambil tekan alarm.
"BEEP! BEEP! CIVIC, CEPATLAH BUKA!!!"
Ghibran jatuh tersadung terpijak plastik teh ais. "ARGHHH! SIAPA BUANG AIS KAT JALAN?!"
Azfar buka pintu kereta, menjerit. "MASUK! MASUK! RAGGGGG, MASUKKKKKK!!!"
Semua masuk Civic Type R macam pelarian perang. Pintu tutup BAM! BAM! BAM!
Azfar start enjin. VROOOMMMMMM!!!
Kereta terus meluncur keluar dari parking. Azfar bawa laju macam bawak pesalah lari dari mahkamah.
Dalam kereta, sunyi. Cuma bunyi nafas semput. Dan jantung yang cuba pulih dari trauma ceramah 45 minit versi makcik tepi kedai mamak.
Aku bersandar kerusi. Pejam mata. "Telinga aku... rasa macam bernanah."
Ghibran mengeluh. "Aku rasa macam baru keluar dari neraka dan imam besar tarik telinga aku."
Azfar pandang cermin sisi. "Weh... korang rasa makcik tu ikut belakang tak?"
Aku buka mata perlahan. "Kalau dia ada motor... aku sumpah, aku baring atas jalan sekarang."
Azfar pandu macam orang kena sumpah. Meter Civic Type R tu naik macam degupan jantung aku laju, sakit, tak stabil.
"AZFAR!" Ghibran jerit. "WEH KAU GILA BAWA MACAM NAK KE JIN?!"
Azfar tak jawab. Mata dia fokus jalan. Muka masih trauma. Mulut kumat-kamit. "Aku rasa makcik tadi... dia bukan manusia..."
Aku pegang kepala. Tangan kiri aku tekan pelipis kuat-kuat. Sakit kepala aku bukan tahap biasa. Ini macam... tahap "Reza Harith patut mati sekarang dan rehat dalam kubur senyap-senyap".
"Aku... pening..." aku bersuara perlahan.
Ghibran toleh aku. "Kau okay wehhh?"
"Tak okay," aku balas. "Kau rasa okay ke bila kau dengar tiga kali makcik jerit 'SPLIT ATAS PERUT' dalam satu malam?"
Azfar mencelah, suara rendah. "Aku bukan salahkan korang... tapi... aku rasa... malam ni kita semua kena mandi bunga."
Ghibran sudah tak tahan. Dia maki.
"AZFAR, SEMUA NI PUNCA KAU! MULUT KAU TU TAK ADA BREK! KAU INGAT KAU PAKAI CIVIC, MULUT KAU PUN TURBO KE?!"
Azfar defensif. "Wehhh aku cuma nak ajar kau jadi lelaki sejati..."
"LELAKI SEJATI TAK SEMBANG GAYA SPLIT DAN TATTOO LEHER DEPAN ORANG TUA!!!"
Aku pejam mata. Sakit kepala makin menari dalam tengkorak. Civic laju potong Myvi macam pelesit.
Azfar sambung, nada tak bersalah. "Tapi betul lah, Ghibran. Kalau kau tak tahu cara peluk dari belakang, Elvina boleh salah faham. Dia ingat kau tak romantik. Kau kena peluk dengan betul..."
"AZFARRRR!!!" Aku buka mata, menjerit sekuat hati.
"AKU SAKIT KEPALA!!! KALAU KAU TAK DIAM SEKARANG, AKU BUKA PINTU CIVIC NI DAN TERJUN KAT TOL SEREMBAN!"
Kereta sunyi. Hanya bunyi angin malam dan degupan jantung tiga lelaki yang menyesal hidup.
Azfar angkat tangan satu. "Okay. Okay. Diam. Janji. Mulut aku off."
Ghibran bersandar, tarik nafas. "Aku tak faham... asal setiap kali keluar makan, mesti Azfar buat hal."
Aku pejam mata balik. "Tu sebab kita bodoh. Kita kawan dengan buaya yang drive kereta laju dan otak takde brek."
Azfar pandu Civic Type R relaks sikit kali ini.
Lorong kiri. Speed pun biasa. Dia nampaknya insaf lepas kena ceramah dua jam di kedai mamak dan sumpah seranah daripada makcik bersuara Dolby Surround.
Aku pejam mata, cuba tahan denyutan kepala.
Migrain aku rasa macam nak keluarkan tangan dari dalam tengkorak dan tampar Azfar sendiri.
"Okay sikit dah," aku bisik pada diri sendiri.
Tiba-tiba...
VRROOOOOMMMM!!!
SREEEETTTTT!!!
DUUMMMM!!!
Sebuah sportbike keluar mengejut dari simpang kiri, terus rapat sangat dengan kereta Azfar. Tak bagi signal. Tak brek. Tak fikir.
Azfar sempat tekan brek kuat, tapi tetap tersentuh bahagian sisi motor itu. Motor hilang imbangan, tergolek ke tepi jalan, jatuh perlahan, bunyi KRAAKK sikit sebab pedal terseret.
Aku terus buka mata luas. "WEH!!! APA HAL?!!"
Azfar brek kecemasan. Kereta berhenti. Ghibran sudah tercabut seatbelt.
"CELAKA!!! AZFAR!!! KAU BUAT HAL LAGI?!!"
Azfar terkebil-kebil. "Wehh bukan salah aku! Aku bawa slow! Dia keluar simpang tu!"
Kami semua keluar dari kereta. Kami semua keluar kereta. Motor itu sudah jatuh ke tepi. Asap sikit keluar. Lampu senget. Orang ramai mula perlahankan kenderaan.
Aku tarik nafas dalam-dalam. Pegang kepala. "Sakit kepala aku sekarang... rasa macam hantu makcik tadi jerit dari dalam otak aku."
Azfar gelabah. Jalan ulang alik. "Weh... nasib baik aku tak laju tadi. Kalau tak..."
Ghibran toleh tajam. "Kalau tak, kau dah kena gari dan masuk dalam berita malam ni! 'Pemandu Civic Split Kepala Orang Lepas Ceramah lucah di kedai Mamak'!!!"
Aku terduduk atas divider tepi jalan.
"Azfar... sumpah... kalau satu hari nanti aku kena stroke, aku nak kau bayar bil hospital aku. Sebab semua ni kau punya pasal."
Share this novel