Get the app for full experience
Rakaman dari restoran itu menjadi titik hitam yang mencetuskan kemarahan Ghadzali. Video Yujin yang dipeluk mesra oleh Damya, kekasihnya, dan dicium di khalayak umum telah tersebar ke tangan Ghadzali melalui kenalan rapat yang turut berada di tempat kejadian. Sebagai seorang bapa yang berpegang kuat pada maruah dan prinsip keluarga, Ghadzali merasa amat terhina. "Ini sudah melampau!" laungnya setelah menonton video itu. Tanpa berbincang panjang, Ghadzali mengambil keputusan muktamad, pernikahan Yujin dan Raesya perlu disegerakan. Bagi Ghadzali, hanya dengan sahnya hubungan mereka, reputasi keluarga dapat diselamatkan dan Yujin mungkin masih berpeluang untuk berubah. Sebaik sahaja Raesya dibenarkan keluar dari hospital, hari ...