Harissa Sofea
Isnin.
Hari sibuk. Hari ramai orang buat-buat rajin. Hari penuh kopi, spreadsheet dan orang menyampah.
Aku buka pintu pejabat kewangan dengan langkah yakin. Tumit aku ketuk lantai marmar dengan irama ego. Langkah aku bukan langkah biasa. Langkah perempuan yang pernah cuba dibunuh, tapi masih hidup dan makin cantik.
"Hello bitches. I'm back."
Aku sudah okay dari insiden Aizat minggu lepas. Lelaki gila itu ingat dia boleh buat aku trauma. Sorry sayang, aku trauma sekejap saja. Selebihnya aku rancang cara nak bunuh kau balik.
Hari ni aku bersedia!
Skirt aku paras lutut. Blouse satin putih, fitting mahal. Dalam bilik aku, suhu sejuk tapi dada aku tak goyang walau sedikit. Rambut pendek aku rapi. Make up tipis. Bibir merah.
Aku tahu aku cantik.
Aku tahu aku seksi.
Aku tahu lelaki pandang. Perempuan membenci.
Aku lalu depan meja budak junior. Semua tunduk pura-pura tengok skrin. Tapi aku tahu mata mereka naik sikit. Pinggul aku bergerak cukup untuk mereka terbayang malam.
Ramai sudah cuba aku. Ramai ajak keluar makan, ajak teman makan, ajak teman ke luar bandar untuk "kursus". Tapi semua aku tolak.
Sebab aku tahu, mereka semua tak mampu hadap gila aku.
Yang paling aku suka bila aku sedar staf perempuan lain benci aku. Sebab bos lelaki suka aku. Sebab aku tak perlu peluk fail, tapi fail aku bergerak ikut suara aku. Sebab aku boleh duduk silang kaki dalam meeting dan menang walaupun aku senyum sinis.
"Perempuan macam Rissa ni patut kena ajar."
Silakan. Ajar aku. Tapi aku janji...
"Kau akan belajar dulu betapa bahayanya aku bila aku senyum."
Fail aku peluk dengan sebelah tangan. Satu lagi tangan aku seluk poket skirt, main cincin jari sendiri.
Nama bos aku, Encik Halim. Manager kewangan. Umur 40-an. Beristeri. Tapi mata dia selalu jatuh di tempat yang salah bila aku bercakap.
Aku sudah ketuk pintu.
"Masuk," suara dia dari dalam. Aku tolak pintu dengan senyuman paling professional yang aku ada iaitu senyuman yang biasa buat lelaki lupa ayat seterusnya.
Dia angkat muka dari skrin. Muka biasa. Tapi mata... terus turun ke paras dada aku. Tipikal.
"Ni dokumen budget yang Encik minta Jumaat lepas." Aku jalan perlahan ke arah meja. Langkah penuh gaya. Pinggul aku bergerak ikut rentak tumit 4 inci aku. Letak fail atas meja dia. Jari aku sengaja sentuh hujung jarinya masa hulur.
Dia pandang aku. Bibir dia senyum sikit. "Awak kerja cepat. Saya suka staf yang pantas."
Aku senyum. "Saya buat apa yang bos suka."
Dia terperangkap dengan ayat aku.
Dia gelak perlahan. "Kalau semua staf macam awak, saya rasa kerja saya makin ringan..."
Mata dia tetap tak tengok mata aku. Dia tengok tempat lain. Tapi aku tak tunduk. Aku biar.
Aku duduk atas kerusi depan meja dia. Silang kaki perlahan. "Encik Halim nak saya adjust lagi ke figure tu?"
Dia goyang pen dalam tangan. "Kalau awak adjust lebih, saya kena belanja awak lunch."
Aku senyum nipis. "Bos nak saya adjust ikut bajet syarikat... atau ikut selera bos?"
Dia ketawa. Geli hati betul. "Awak ni pandai main ayat."
Aku tunduk sikit. "Saya belajar dari bos juga."
Dialog kami macam mesra tapi aku tahu permainan ini.
Dia nak cuba aku. Aku bagi dia ruang. Tapi dia tak tahu yang aku bukan datang sini nak goda. Aku datang sebab aku suka tunjuk kuasa.
Aku bangun, sengaja rapat ke tepi mejanya. Buka penutup pen, hulur pada dia. Tangan aku menyentuh tangan dia semula. Tapi kali ini aku bisik...
"Jangan risau. Saya tahu mana sempadan. Tapi saya juga tahu... mana yang patut saya langgar."
Dia tergamam. Aku senyum manis.
"Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu ya."
Dia angguk perlahan. Muka dia... tercekik rasa bersalah campur suka. Aku keluar. Langkah tetap elegan.
Aku keluar dari bilik bos dengan langkah yakin.
Mata semua staf pandang sekilas. Kononnya curi tapi aku nampak.
Langkah aku perlahan. Pinggul aku masih lenggok seperti tadi. Bukan sebab aku nak tunjuk. Tapi sebab aku tahu... aku boleh.
Sampai meja sendiri, aku letak fail atas meja. Duduk silang kaki. Tarik nafas perlahan.
"Rissa..." Suara dari sebelah.
Aku toleh. Fikri. Staf lelaki meja hujung. Baru masuk tiga bulan. Muka bersih, janggut trim, jenis baik sangat sampai kadang aku rasa nak koyak kebaikan dia sikit. Dia senyum.
"Awak okay? Hari ni nampak... lain. Nampak bersinar sikit." Ayat sopan. Tapi mata dia turun dan naik cepat-cepat.
Aku senyum kecil. "Oh ye ke? Mungkin sebab saya pakai bedak lain hari ni."
Nada suara aku lembut. Perlahan sikit dari biasa. Fikri tunduk. Tangan dia main pen sendiri. Muka dia merah sikit.
"Hari tu saya ada beli air lebih... kalau Rissa nak. Saya letak dalam peti sejuk pantri."
Aku pandang dia. Lama. "Awak selalu bagi saya air ya?"
Dia garu tengkuk. Malu. "Tak... just... rasa macam Rissa penat hari-hari kerja. Saya ikhlas."
Aku senyum lagi. Kali ini lebih lama. "Terima kasih, Fikri. Awak memang baik."
Dia senyum. Tapi tangan dia pegang mouse kuat-kuat. Muka dia tak berani pandang aku lama-lama.
Aku tunduk sikit, bisik perlahan. "Tapi hati-hati ya. Kadang orang baik senang sangat jatuh cinta."
Dia terkedu. Aku terus buka laptop.
Game start!
Tapi bukan untuk dia. Untuk aku. Aku bosan.
Dan kadang, membakar hati orang dengan senyuman kecil pun buat hari aku rasa... hidup.
Aku buka laptop. Jari gerak-gerak atas trackpad. Tapi otak aku... entah ke mana.
Bos baru keluar bilik, staf lelaki meja sebelah buat-buat tengok skrin. Biasa. Semua pandang. Semua nak cuba. Tapi dalam kepala aku... cuma satu nama.
Reza Harith.
Lelaki paling aku nak sepak, tapi juga lelaki yang aku teringin peluk setiap malam sebelum tidur. Lelaki yang selalu marah, selalu maki, tapi tetap aku tunggu. Walau aku senyum pada semua lelaki dalam bangunan ini, dalam hati aku... cuma Reza.
Cuma Reza yang boleh sentuh aku. Yang lain tak layak. Aku boleh menggata, boleh layan, tapi tubuh aku bukan untuk sesiapa. Hanya Reza.
Aku capai telefon. Buka WhatsApp. Skrol naik atas. Nama dia ada di atas tak pernah hilang, tak pernah aku buang walaupun gaduh hari-hari.
REZA
Aku taip, jari teragak sikit.
Rissa: Reza, lepas kerja jom makan nak? Rissa rindu...
Rasa bodoh bila tekan send tapi aku tak kisah.
Kalau jadi gila pun, biarlah gila pada Reza. Sebab dia saja yang buat jantung aku rasa nak pecah bila dia pandang aku dengan mata tajam dia itu.
Dua minit.
Ting! Aku cepat-cepat buka.
Reza: Aku jemput nanti.
Pendek. Dingin. Tak ada emoji. Tak ada tanda sayang. Tapi aku senyum.
Dia akan datang. Itu saja cukup untuk aku. Kau boleh buat aku sakit hati Reza, tapi malam ini aku nak duduk sebelah kau juga. Aku tak peduli.
Aku letak telefon perlahan. Rissa akan tunggu. Biar kau marah pun. Biar kau tak balas pun. Tapi Rissa tetap akan tunggu.
Aku baru letak telefon atas meja. Senyum sendiri bila tengok reply Reza. Pendek. Dingin. Tapi... dia akan datang. Itu sudah cukup.
Tiba-tiba ada bayang berdiri tepi meja aku.
Aku angkat muka. Shahir. Staf lelaki jabatan lain. Pernah sekali dua join meeting sama. Mata dia jenis suka 'scanning'. Hari ini dia pakai kemeja pink ketat, gaya macam datang temu duga sambil harap dapat awek sekali.
"Rissa busy ke sekarang?"
Aku senyum kecil. "Baru lepas hantar report. Kenapa?"
Dia sandar sikit tepi partition meja aku. Mata tak reti duduk diam.
"Tengah borak dengan member kat pantry tadi... Terfikir nak ajak Rissa keluar karaoke nanti malam. Ramai-ramai. Fun je."
Karaoke? Ramai-ramai?
Weh... lelaki ini baru hidup ke? Ingat Rissa akan teruja ke dengan idea pegang mic satu jam dengan staf pejabat?
Tapi aku senyum. Sikit. Perlahan. "Fun tu best. Rissa dah lama tak karaoke."
Mata dia bersinar. Shahir makin berani. "Haahh! Kalau Rissa join, confirm ramai nak nyanyi."
Aku dongak sikit, pandang dia dalam-dalam. Nada aku lembut. "Rissa nyanyi pun tak sedap, tapi orang biasanya... tahan dengar."
Dia ketawa. "Saya sanggup tahan. Janji boleh duduk sebelah Rissa malam ni."
Dalam kepala aku:
Mampus kau ini overconfident sangat!
Aku tunduk sikit, main pen atas meja. Gaya manja. Lepas itu aku pandang dia sambil senyum paling manis.
"Tapi Rissa ada hal petang ni..."
Muka Shahir terhenti. Blur. "Eh yeke?"
Aku angguk, mata tetap tenang. "Maybe next time?"
Dia tergelak kecil tapi jelas... dia sudah kena main. "Okay... okay. Nanti I plan lain."
Aku angguk. "Plan elok-elok ya."
Dia beredar. Bahu dia jatuh sikit, tapi masih pura-pura steady. Aku tak layan pun sebab nak. Aku layan sebab aku suka tengok lelaki harap dan kecewa dengan sopan.
Aku capai telefon semula.
Rissa tetap tunggu Reza. Lelaki yang paling tak pandang Rissa macam lelaki lain pandang!
Aku tengah betulkan rambut depan skrin laptop. Sengaja tengok angle leher nampak, bahu terdedah, lipstik berkilat. Aku suka tengok diri sendiri. Sebab aku tahu aku cantik.
Tiba-tiba ada bayang muncul sebelah meja. Suara garau. Nada menyindir.
"Rissa..."
Aku toleh. Kak Normah. Staf senior. Umur lewat 40-an. Muka masam, tudung senget, blouse floral longgar macam alas meja.
"Akak nak tegur sikit, boleh?"
Aku angkat kening sikit. "Silakan."
Dia tarik kerusi, tapi tak duduk. Berdiri macam polis pencen nak soal siasat.
"Akak perhati je hari-hari... Rissa ni... kenalah jaga sikit cara berpakaian. Jaga juga cara layan staf lelaki. Tak manis sangat pakai macam tu kat ofis."
Aku senyum kecil. Here we go.
Dia sambung lagi, "Kita kerja, bukan datang nak tarik perhatian. Akhlak pun kena jaga."
Aku ketawa perlahan. Tutup mulut sikit. Tapi mata aku tajam pandang dia.
"Kak Normah risau ke pasal akhlak Rissa... atau akak sebenarnya jeles sebab Rissa nampak apa yang akak dah lama hilang?"
Dia terkedu. Aku bangun dari kerusi perlahan-lahan. Sandar sikit pada meja, silang kaki.
"Rissa tak suruh staf lelaki pandang Rissa. Diorang pandang sendiri."
"Rissa tak ajak dorang datang meja. Tapi dorang datang juga."
"Kenapa? Sebab Rissa wangi? Atau sebab Rissa tak pakai blouse saiz karpet?"
Muka dia merah. Tapi dia masih cuba tahan. Aku senyum lagi.
"Jangan risau kak... Rissa tak minat laki orang. Tapi kalau laki orang tu minat Rissa, itu dosa dia. Bukan Rissa."
ZASSS!!!
Aku tunduk sedikit, suara aku perlahan tapi dalam.
"Kadang-kadang orang nampak orang lain menggoda... sebab dia dah lama tak digoda."
Dia senyap. Mata dia lari. Aku tahu dia terasa. Dan aku puas.
"Okay ke, Kak Normah? Kalau tak okay, boleh naik HR. Biar HR tanya siapa sebenarnya ganggu siapa."
Dia terus berambus. Langkah laju, hati koyak. Aku duduk balik. Rissa tak kacau sesiapa. Tapi jangan kacau Rissa. Tak semua orang tahu cara main api, tanpa terbakar.
Aku bangun dari meja. Dua fail bawah lengan, telefon dalam poket, mulut senyum sedikit. Tapi bukan sebab kerja.
Lidah aku haus. Badan pun penat. Masa untuk milo. Milo manja, milo bancuhan tangan sendiri. Bukan kopi mesin.
Aku langkah ke arah pantry. Tumit aku bunyi sikit-sikit atas lantai jubin pejabat. Bunyi itu pun sudah cukup buat kepala orang menoleh.
Sampai depan pantri, aku nampak tiga orang staf lelaki, Fikri, Syam dan Azwan. Semua tengah borak, pegang cawan, gelak-gelak macam tak ada kerja.
Aku masuk. Senyap. Tapi senyuman aku... cukup bagi mereka diam.
"Sorry, boleh Rissa lalu kejap? Nak bancuh air... haus sangat ni." Nada suara aku lembut. Suara orang penat tapi suara yang penuh janji nakal.
Mereka bertiga terus bagi laluan. Mata tak lepas pandang.
Syam tersengih. "Cantiknya hari ni Rissa. Lain macam."
Aku pandang dia. Senyum kecil. "Oh ye ke? Rissa pakai apa pun, tetap cantik ke?"
Dia angguk, blur. "Err... ya lah. Nampak berseri."
Aku berdiri tepi mesin air panas. Tuang air dalam cawan dengan perlahan. Gerak badan aku cukup perlahan untuk buat blouse aku tegang ikut pergerakan.
Sengaja. Biar mereka tengok. Itu bukan masalah aku tapi masalah mereka. Aku capai sudu, kacau milo sambil pusing badan perlahan.
"Rissa memang tak boleh kalau tak minum milo hari-hari. Milo buat Rissa tenang."
Azwan terbatuk kecil. Fikri betulkan baju. Aku tahu... mereka semua tengah bayang benda lain.
Masa aku nak undur dari mesin itu, punggung aku sengaja terlanggar paha Fikri. Dia tersentak. Aku toleh, pura-pura terkejut sikit.
"Ops. Sorry... Rissa tak sengaja. Tapi nasib baik Fikri steady. Kalau tak, jatuh atas Rissa pulak nanti..."
Dia tak mampu jawab. Syam sudah tunduk pandang lantai, tapi senyum tak habis.
Aku berjalan keluar. Cawan milo dalam tangan, pinggul bergoyang perlahan. Mereka semua haus. Tapi bukan sebab air. Tapi sebab... Rissa.
Share this novel