Bab 164

Mature Content Series 4254

Aku tenung Rissa potong steak perlahan-lahan. Pisau dia tajam. Gerak tangan dia lembut. Macam selalu.

Dress maroon itu lekat elok dekat badan dia licin, kemas, menggiurkan. Rambut pendek dia duduk rapi atas bahu, ikut lengkung leher yang aku selalu cium masa dia tidur. Kulit dia putih kemerahan, ada kilat emas bila kena cahaya lampu. Bau dia... vanila mahal. Jenis yang melekat dalam hidung walaupun dia sudah tak ada depan mata.

Aku betulkan lengan kemeja aku. Warna sama iaitu maroon. Sengaja. Biar orang tahu. Dia dengan aku. Aku dengan dia.

Siku aku atas meja. Satu tangan pegang gelas air kosong. Satu lagi bawah meja, atas paha dia. Dia tak halang. Malah senyum kecil sambil kunyah perlahan.

Aku tahu bahasa tubuh Rissa. Kalau dia senyum sebelah maknanya dia nak sesuatu. Kalau dia diam lama dia tengah fikir cara nak pancing aku belanja lebih dan kalau dia toleh lama tanpa bercakap itu maksudnya dia rindu aku, tapi ego sangat nak mengaku.

Aku tahu semua.

Dia pandang aku sambil senyum. Senyuman jenis manja yang bukan semua lelaki layak tengok.

Bulu mata dia lentik. Mulut dia sedikit basah, kilat sisa lip gloss strawberry. Dia kunyah perlahan, telan daging yang dia potong tadi...
Kemudian tunduk sikit, main jari atas paha aku dan bisik separuh suara:

"Lepas ni... Rissa nak shopping, boleh?"

Nada dia macam budak mintak gula-gula. Padahal aku tahu sekali dia masuk butik, kad boleh terbakar.

Aku tak terus jawab. Cuma renung dia. Dari hujung rambut ke lekuk bibir ke belahan dada yang hampir terkeluar dari dress maroon itu.

Dia tahu aku tengok. Dia sengaja tunduk lebih rendah, tekan dada ke meja sedikit sambil jeling bawah bulu mata.

"Pretty please?" Suara dia makin kecil. Bibir hampir sentuh pipi aku. Aku angguk sekali tenang.

"Boleh." Itu saja tapi dalam kepala aku sudah mula kira berapa ribu akan hilang malam ini.

Rissa tepuk tangan kecil. Mata dia bersinar.

"Yayyy. I love you, Reza." Dia peluk lengan aku walaupun di tempat awam. Peduli apa dia.

Aku cuma senyum kecil. Tak ada 'I love you' dibalas tapi aku tak tolak pun tangan dia. Tak alih pun jari dia yang makin naik ke lengan aku bawah meja.

Dia tahu. Aku tak pernah cakap sayang tapi dia tahu dan sebab itu dia berani minta lebih.

Rissa masih peluk lengan aku. Dagu dia letak atas bahu aku sambil senyum-senyum. Pakai dress maroon yang kalau tunduk sikit, boleh nampak dunia akhirat.

Aku tenung dia. Mata dia cerah. Penuh harapan.
Sebab dia tahu lepas ini kad aku kena swipe macam kena rompak. Tapi sebelum itu...

"Lepas ini... boleh tak pakai baju yang cukup kain sikit?"

Nada aku tenang. Datar. Tak tinggi suara tapi tajam macam hujung pisau lipat.

Rissa senyum. Bibir dia gerak perlahan, macam nak tahan gelak. "Kenapa? Tak cantik ke Rissa pakai macam ni?"

Aku teguk air kosong. Letak gelas atas meja.
Mata masih tak lepas dari dada dia yang makin naik bila dia tarik nafas panjang.

"Cantik. Terlalu cantik. Sampai aku sakit mata tengok lelaki lain asyik jeling kau dari tadi."

Rissa ketawa kecil. Dia letak tangan atas dada aku, jari telunjuk lukis bentuk hati yang dia sendiri tak percaya.

"Jeles ke, Reza?"

Aku tak jawab. Cuma tolak tangan dia perlahan dari dada aku dan letak balik atas meja.
Kemudian aku sambung:

"Kalau aku tak sayang, aku biar saja tapi aku sayang dan aku tak suka lelaki lain tengok barang aku macam barang free trial."

Suasana meja sunyi sekejap. Rissa terdiam. Mata dia masih senyum, tapi aku tahu dia tengah fikir.

"Okay, okay. Next time Rissa pakai dress labuh, longgar, tak nampak bentuk. Macam makcik jual tudung dekat ekspo."

Aku sengih. "Tak payah sampai macam itu. Cuma jangan bagi aku rasa nak korek mata orang."

Rissa senyum lagi. Kali ini dia angkat kening, bisik dekat telinga aku...

"Tapi Reza suka pegang kan?"

Aku tarik napas. Tangan aku bawah meja, sudah genggam paha dia kuat. Cukup kuat sampai dia terdiam.

"Kau lain. Aku boleh pegang. Aku boleh cium. Aku boleh buat apa saja."

Aku pandang mata dia. "Orang lain pandang pun aku sudah rasa nak bunuh."

Rissa sambung makan. Lamb slice terakhir dia potong perlahan. Sudu dan garpu dia bunyi halus bila cecah pinggan seramik putih itu.

Aku pun sambung makan tapi tak banyak.Perut aku bukan lapar sangat. Aku lebih fokus dengan benda yang dari tadi berdesup dalam poket seluar jeans aku.

Tangan kiri aku seluk perlahan. Sentuh permukaan kotak baldu itu, kecil, padat, warna hitam matte.

Aku tarik keluar kemudian letak atas meja. Tak bunyi kuat tapi cukup untuk buat Rissa berhenti kunyah.

Dia pandang kotak tu. Kemudian pandang aku.
Bibir dia separuh terbuka. Mata dia kelip dua kali.

"Apa ni?"

Aku tak jawab cuma tolak sikit kotak itu ke arah dia. Perlahan. Tanpa kata.

Dia ambil. Buka perlahan dan masa dia nampak isi dalam itu mata dia terbeliak kecil, tapi bersinar.

Cincin.

Rekaan ringkas. Logam putih. Ada satu berlian kecil di tengah cukup untuk tangkap cahaya, cukup untuk bisik "aku mahal".

Tak lebih. Tak kurang.

Rissa pandang aku. "Reza... kau beli ini untuk aku?"

Aku angguk sekali. "First and last. Kalau hilang, aku potong jari kau."

Dia ketawa kecil tapi mata dia... macam nak bergenang.

Rissa.

Perempuan yang selalu ketawa, selalu menyakitkan hati, selalu mengada-ngada tapi kali ini... dia nampak betul-betul terharu.

Dia keluarkan cincin itu. Letak perlahan atas jari manis kanan dia. Perfect fit! Macam sudah ditulis takdir.

"Ini... maksudnya kau milik aku sekarang?"

Aku sengih kecil. Sudu aku masuk mulut, kunyah perlahan.

"Sudah lama aku milik kau. Cuma hari ni baru aku iktiraf atas kertas."

Dia senyum. Senyum jenis manja. Jenis yang jarang aku dapat. Jenis yang... buat aku lupa aku pembunuh.

"Terima kasih, Reza. Rissa janji jaga."

Aku capai tangannya atas meja. Usap perlahan. Tak perlu bunga. Tak perlu candle light. Cuma kami dan satu kotak kecil yang merubah semuanya.

Rissa masih pandang cincin itu. Jari dia gerak perlahan, belek kiri kanan. Berlian kecil atas permukaan putih itu memantul cahaya lampu dan mata dia lebih bersinar dari semua benda dalam restoran ini.

Aku tenung dia. Mata aku tak kelip. Lama aku diam. Sampai dia tunduk sikit, mainkan hujung kotak baldu itu dengan jari runcing dia.

"Kenapa tiba-tiba bagi cincin ni, hmm?" Suara dia manja. Sudah macam budak dapat surprise gift.

Aku tarik nafas lambat. Tangan kanan aku capai gelas. Teguk sikit. Kemudian aku letak balik. Pandang dia semula dan aku buka mulut perlahan.

"Kahwin dengan aku, Rissa."

Senyap. Beberapa saat tak ada bunyi. Rissa terdiam. Mata dia terbeliak kecil. Bibir dia ternganga. Kemudian tutup balik dan buka semula. Dia macam tak percaya apa dia dengar.

"Ha...? Reza... repeat that."

Aku ulang. Perlahan tapi serius. "Jadi isteri aku. Bukan perempuan simpanan. Bukan kekasih. Isteri. Sah. Hitam putih."

Rissa pegang dada sendiri. "Weh siallah... jantung aku..."

Dia gelak tapi mata dia merah. Bibir dia menggigil sikit. Dia macam nak menjerit tapi tahan. Kemudian dia berdiri separuh, tunduk ke arah aku dan terus bisik:

"Ya. Ya, Reza. Seribu kali ya."

Dia peluk aku kuat walaupun dalam restoran. Peduli apa dia. Bau vanila dia makin kuat. Lengan dia lilit leher aku. Bibir dia dekat telinga aku.

"Rissa akan jadi isteri paling hot, paling gila, paling bahagia. Reza takkan menyesal."

Aku senyum kecil. Peluk balik. Satu tangan aku kat belakang pinggang dia. Satu lagi tarik rambut dia perlahan, bisik:

"Kalau kau curang... aku akan tarik hati kau keluar dari dada."

Dia ketawa kecil. Gedik. Manja tapi faham.

"Deal."

Dan malam itu... buat pertama kali dalam hidup aku, aku rasa lengkap. Macam dunia yang aku pijak ini, akhirnya ada makna.

Aku tengok dia lama. Tangan aku atas tangannya, jari aku urut perlahan belakang tapak tangan dia.

"Aku nak anak."

Rissa terus toleh laju. Mata dia besar. Bibir dia muncung.

"Ha?! Kenapa topik tiba-tiba jadi baby pulak ni?"

Aku tak senyum. Nada aku serius. "Aku nak anak dari kau. Satu pun cukup. Bukti hubungan ini. Bukti kau cinta aku. Bukti aku... bukan hidup sia-sia."

Rissa peluk lengan aku semula tapi mata dia masih muncung.

"Reza, Rissa tak suka budak kecil. Diorang bising. Menyemak. Merengek. Kentut busuk. Pastu kena tukar lampin. Belum kira menangis tengah malam masa kita nak tidur. No. Big no."

Aku senyum kecil. "Kalau dia menangis, aku tutup mulut dia."

Rissa tampar bahu aku perlahan. "Wehhh janganlah kejam!"

Aku gelak perlahan. Tangan aku naik, betulkan anak rambut dia yang jatuh ke pipi.

"Rissa... apa kau nak, aku bagi. Nak rumah besar? Aku beli. Nak beg designer? Aku borong. Nak bercuti negara mana? Aku urus semua tapi satu saja aku minta iaitu anak dari rahim kau."

Rissa merenung aku macam aku ajak dia masuk gua tak ada air.

"Baby tu nanti merosakkan badan Rissa tau tak?
Stretch mark. Selulit. Lemak. Nanti Rissa tak cun lagi. Tak seksi lagi. Reza cari perempuan lain nanti."

Aku pegang pipi dia dua-dua. Tarik dekat. Mata kami hampir rapat.

"Aku tak nak perempuan lain. Aku nak anak. Anak yang keluar dari kau sebab cuma kau saja perempuan yang aku nak seumur hidup."

Rissa gigit bibir. Mata dia bergenang lagi entah emosi, entah hormon tak stabil tapi mulut dia masih bebel.

"Nanti rumah bersepah... baby muntah... baju cantik Rissa kena susu..."

Aku peluk dia ke dada. Kuat. "Nanti kita ada baby yang comel. Nama pelik sikit ada mata kau tapi perangai aku."

Rissa ketawa. "Habislah dunia kalau perangai dia macam Reza..."

Aku pandang muka dia yang sudah mula senget. Mulut dia muncung. Tangan bersilang atas dada. Tanda dia tak setuju tapi aku sudah biasa.

"Dah tiga kali aku cakap pasal ini. Tiga kali aku pujuk kau, Rissa. Tiga kali aku sebut aku nak anak." Nada aku perlahan. Tenang tapi jelas.

Rissa pandang tempat lain. Sudu dia main pusing-pusing atas pinggan. Bibir dia mencuka.

"Yelah... tapi Reza faham tak, jadi mak budak tu tak glam okay? Rissa tak nak pakai baju nursing. Tak nak pam susu tengah malam. Tak nak badan mengembang macam belon helium."

Aku gelak perlahan. "Kau tetap cantik walau buncit. Tetap seksi walau berlapik susu."

Dia jeling aku. "Euwww Reza, gross!"

Aku pegang tangan dia balik. Letak atas dada aku. Biar dia rasa jantung aku.

"Aku sudah ada segalanya, Rissa. Rumah, duit, darah atas tangan aku pun sudah cukup banyak. Yang aku tak ada... cuma satu bukti cinta aku dengan kau."

Dia tarik nafas tapi dia tak tolak tangan aku.

"Kita cipta nyawa, Rissa yang keluar dari kau. Yang aku boleh pegang dan cakap ini darah daging aku dan kau. Bukan sekadar tidur sama. Bukan sekadar gelak sama tapi hidup... yang datang dari kita berdua."

Rissa gigit bibir. "Nanti anak itu degil macam kau."

"Tak apa. Kau boleh sepak lutut dia. Sama macam kau sepak lutut aku."

Dia ketawa tapi mata dia masih kelip cepat, macam tahan air mata yang tak sepatutnya jatuh.

"Reza... kalau nanti anak itu sakit... Rissa tak kuat."

Aku usap pipi dia. "Kalau dia sakit, kita jaga sama-sama. Kalau dia sihat, kita didik dia sama-sama dan kalau dia buat perangai, aku ajar. Macam mana aku diajar dulu. Bezanya... dia ada mak ayah. Kita dulu tak ada siapa."

Rissa diam. Senyap lama tapi dia genggam tangan aku kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience