Bab 108

Mature Content Series 2649

Pintu rumah sewa kami dibuka kasar. Lampu ruang tamu belum sempat dinyalakan sepenuhnya, tapi suasana dalam itu sudah cukup terang untuk nampak kemarahan Reza.

Aku baru nak langkah masuk.

BUKKK!!!

Tumbukan padu tepat ke muka aku. Tak sempat elak. Tak sempat fikir.

Rahang aku rasa macam terlucut. Kepala aku terhentak ke belakang, badan aku jatuh terduduk, tersungkur atas lantai ruang tamu.

Dunia berpusing. Darah rasa naik ke hidung.Aku tak bangun. Reza berdiri atas aku, nafas dia perlahan... tapi suara dia tajam dan dingin macam mata pisau.

"Kau bunuh orang tanpa fikir pakai otak, babi!"

Dia sengih. Senyum sinis. Tapi mata dia tak ada rasa kasihan.

"Aku cakap, kalau kau buat lagi aku sendiri akan lenyapkan kau. Tapi tengok apa jadi malam ni? Kepala pecah. Guni penuh darah. Aku dan Azfar kena bersihkan kerja BANGSAT kau, lagi!"

Aku diam. Mulut aku ada rasa logam. Tapi aku tak balas. Tak angkat kepala. Sebab aku tahu semua yang dia cakap... betul.

Azfar masuk lambat sikit, tutup pintu belakang. Dia cuma jeling dari dapur, malas masuk campur.

Di hujung sofa, Elvina terduduk. Pakai baju Reza, rambut basah, mata bengkak. Dia tengok semua dari tadi. Tak sanggup tengok, tapi tak boleh alih pandang. Dia peluk lutut, badan dia menggigil. Air mata mengalir tanpa bunyi.

Aku tak pandang dia. Aku hanya rasa satu benda. Rasa macam aku memang layak ditumbuk. Aku masih terduduk atas lantai. Rahang aku berdenyut. Air liur aku campur darah. Tapi aku tak bangun. Tak sanggup tengok muka Reza.

Dia berbalik badan. Langkah dia perlahan, tapi aura dia masih macam pisau tajam menari dalam ruang sempit ini.

Dia jalan ke arah Elvina yang masih terduduk di hujung sofa. Mata dia kosong. Rambut dia melekat sikit kat pipi basah. Dia nampak macam budak yang sesat dalam mimpi ngeri... tapi tak terjaga.

Reza berhenti depan dia. Tangan dia naik perlahan. Tepuk kepala Elvina. Bukan lembut. Bukan keras tapi cukup untuk hina tanpa suara. Dia tunduk sikit. Suara dia tenang, tapi penuh racun.

"Nak sangat Ghibran, kan? Haa, ambillah. Itu dia gila, pembunuh, dan bakal mayat hidup."

Elvina masih tunduk. Tangan dia ketat peluk lutut.

Reza sambung, nada makin sinis. "Kau rasa dia akan stop? Hari ni lelaki tu, esok siapa? Aku? Azfar? Kau? Kalau dia meletup dalam kepala, dia boleh cekik kau masa tidur, El."

"Dia bukan cinta... dia bom masa."

Sunyi seketika. Azfar masih tak masuk campur. Cuma bunyi peti ais rumah kami berdengung perlahan jadi latar belakang.

Lepas beberapa saat, suara Elvina keluar. Perlahan. Tapi jelas.

"Kalau dia bom masa... aku sanggup duduk atas dia... sampai dia meletup."

Reza terdiam. Elvina angkat muka. Mata dia masih bengkak. Tapi air mata sudah berhenti.

"Aku tahu dia pembunuh tapi aku bukan bodoh. Aku pilih dia dengan mata terbuka."

Reza pandang Elvina lama. Muka dia tak berubah. Tapi tiba-tiba...

Dia duduk atas lantai. Betul-betul depan aku. Sandar belakang kat dinding. Nafas dia turun naik. Mata dia pejam sekejap. Macam dia cuba simpan amarah terakhir dalam dada yang sudah letih dengan dunia.

Tak ada lagi bebel. Tak ada lagi maki. Hanya senyap. Aku pandang Elvina. Dia masih di sofa. Mata kami bertembung.

Perlahan-lahan, aku bangun, walau kepala masih pening, rahang masih berdenyut. Aku jalan ke sofa, duduk sebelah dia, dan tarik dia dalam pelukan.

Tangan aku peluk pinggang dia. Dahi aku sandar pada bahu dia.

"Maaf," aku bisik. "Aku tak tahu kenapa aku jadi macam tu... tapi aku tahu aku sayang kau."

Elvina tak jawab tapi dia pegang tangan aku. Dia masih takut. Tapi dia cuba. Cuba senyum. Cuba kuat. Cuba terima kenyataan bahawa dia sudah tersangkut dalam hidup seorang lelaki yang berdarah tapi masih ada cinta dalam dada.

Suasana sunyi. Reza masih atas lantai. Tak cakap apa-apa. Azfar pun tak ganggu. Sampai...

"Weh. Siapa nak Maggi?"

Kami semua toleh. Azfar berdiri kat dapur. Tangan dia pegang empat paket Maggi kari. Muka selamba.

"Real talk, ni je cara kita hadam trauma dengan sodium."

Aku geleng kepala, tergelak kecil walaupun bibir luka. Elvina gelak perlahan, sumbing, tapi asli. Reza tak jawab tapi aku nampak dia senyum sikit.

Dan malam itu, walaupun kami balik dari buang mayat... walaupun aku baru tumbang ditumbuk... walaupun Elvina baru nampak sisi aku yang paling gelap...

Kami makan Maggi bersama. Seolah-olah semuanya... normal.

Pintu utama diketuk.

TOK! TOK! TOK!

Kuat. Tegas. Bertalu-talu. Elvina tersentak. Tubuh dia menggeletar kecil. Mata dia besar, tangan dia genggam lengan aku kuat.

"Bran... polis ke?" suara dia serak panik.

Aku cepat-cepat pegang muka dia. "El... rilek. Jangan panik. Kalau betul polis, kita lawan dengan cara kita. Tapi jangan fikir jauh dulu."

Dia angguk perlahan tapi tangan dia masih sejuk. Mata dia tak lepas dari pintu utama. Azfar di dapur tak berganjak. Air mendidih kuat atas dapur gas. Bau Maggi kari naik satu rumah.

Dia sempat jeling. "Aku masak empat. Kalau polis tu lapar, aku kasi sikit." Reza masih duduk, tapi bila ketukan tak berhenti...

TOK! TOK! TOK!

Dia bangun perlahan. Muka dia gelap. Langkah dia ke arah pintu tak laju, tapi berat. Setiap langkah macam tukul dalam dada aku. Dia berhenti depan pintu. Tak terus buka. Dia maki perlahan, antara bibir ketap.

"Siapa datang rumah orang tengah malam celaka ni..."

Tangannya naik ke tombol tapi tak terus buka.. Dia buka tombol perlahan.

Klik!

Pintu terbuka... sedikit. Kami semua senyap. Nafas aku, Elvina, Azfar, semua tahan. Maggi masih mendidih. Dan Reza... hanya buka pintu cukup untuk bercakap.

"Ya? Siapa?"

Pintu terbuka sedikit. Reza baru nak buka mulut lagi tapi tiba-tiba...

"REZAAAAAAA!!!!"

Jeritan nyaring. Melengking. Terus tembus sampai ke otak. Aku terus berdiri. Elvina terkejut dan terus peluk lengan aku macam jump scare.

Azfar yang tengah kacau Maggi sampai terpercik kuah.

"WEH SIAL APA BUNYI TU??"

Belum sempat Reza tutup balik pintu, satu bayang merah jambu tolak daun pintu macam nak rempuh kedai bundle. Pintu terbuka luas...

RISSA.

Berambut pendek ikal, pakai crop top tak cukup kain dan seluar tidur kartun. Mata bercelak tebal, bibir merah, muka teruja macam baru menang kereta Saga dalam cabutan bertuah.

Dia terkam Reza. Peluk. Tak bagi salam.

"Rezaaaaa! Rissa rindu gilaaa! Kenapa tak angkat call Rissaaaa?!"

Reza kaku. Tangan dia diangkat macam baru kena serang zombie. Muka dia kosong. Tapi bibir dia muncung sikit. Tahan maki.

"Rissa... kau gila?"

Rissa gelak. "Duh. Dari dulu lagi. Kan Reza suka perempuan gila?"

Aku dan Azfar terkedu. Elvina sengetkan kepala, bingung.

Azfar bisik dekat aku, "Weh... dia ni macam virus. Masuk rumah tanpa kebenaran, peluk mangsa, lepas tu buat macam takde mayat dalam gaung."

Reza tolak Rissa perlahan. "Masuk rumah orang, menjerit tengah malam, itu kategori gila apa?"

Rissa jeling. "Kategori Rissalah... sesuai untuk Reza."

Reza tarik nafas panjang. "MASUK. TUTUP MULUT. SEBELUM AKU CAMPUR KAU DENGAN BUNGKUSAN TADI."

Rissa sengih. "Aww Reza marah-marah pun comel."

Dan malam itu... rumah kami ada empat trauma, satu pembunuhan, dan seorang badut cinta bernama Rissa.

Rissa masuk macam rumah itu rumah dia. Lepas siap peluk Reza, dia terus jalan ke dapur. Rambut dia terikat separuh, baju masih senget sebelah bahu.

Dia nampak Azfar tengah kacau periuk besar Maggi 4 paket.

"Waaa Azfarr... masak Maggi ke? Rissa nak sikit!"

Azfar jeling malas tapi tangan dia masih pegang senduk. Dia selamba letak tangan atas bahu Rissa, macam cikgu kampung nak bagi nasihat.

"Rissa... kau ni ada bakat besar."

Rissa sengih. "Bakat apa?"

Azfar angkat kening, senduk masih kacau. "Bakat menyibuk waktu jenayah tengah panas."

"Tadi baru balik dari buang mayat. Sekarang kau masuk macam tengah shooting TikTok masak."

Rissa gelak. "Alaa... bukan Rissa yang bunuh. Rissa innocent."

Azfar jeling aku. Muka dia penuh dengan niat nak bahan. "Innocent kepala hotak. Kalau Rissa tinggal lama sikit kat sini, tak mustahil Ghibran bunuh lagi sorang."

Aku buat muka malas layan. "Celaka."

Azfar angkat senduk, rasa kuah. "Hmm. Sedap. Kuah rasa trauma."

Rissa angkat tangan. "Rissa tak kisah. Asalkan kuah tak ada cebisan organ."

Azfar senyum. "No jaminan, Rissa. Rumah ni... bukan dapur keluarga bahagia. Rumah ni RAG."

Reza dari ruang tamu jerit kuat, mata masih tutup. "KALAU ADA CEBISAN OTAK DALAM MAGGI TU, MAKAN SAHAJA. JANGAN BUAT BISING!!"

Rissa senyum. "Dia marah pun seksi, kan Azfar?"

Azfar letak tangan kat dada. "Rissa... tolong. Aku dah cukup dosa. Jangan racun aku pulak."

Reza masih duduk diam macam roh separuh keluar badan, penat layan makhluk tak diundang.

Aku duduk semula atas sofa. Elvina masih rapat sebelah aku. Mata dia pandang lantai, tapi jari dia main-main hujung baju Reza yang dia pakai.

Aku tengok dia. Lalu aku peluk perlahan dari sisi. Tangan aku lilit bahu dia. Dia tunduk, tak pandang aku. Tapi dia tak menolak.

Aku bisik dekat telinga dia. "Jangan risau, El... lepas ni, takkan ada ex kau kacau lagi."

Dia kaku sekejap. Tapi aku rasa bahu dia turun perlahan. Nafas dia lebih tenang.

"Sebab ex kau... dah jadi baja pokok hutan."

Dia senyum sikit. Senyum macam orang trauma yang baru reda demam. Aku usap rambut dia perlahan. Suara aku rendah. Serak sikit.

"Malam ni... lepas makan Maggi... kita tidur sama-sama."

Elvina angkat kepala perlahan. Muka dia separuh malu, separuh penat. "Katil kau keras..."

Aku senyum sipi. "Aku lebih lembut dari tilam."

Dia gelak perlahan.

Azfar dari dapur menyampuk kuat, "AKU DENGAR!!!"

"KORANG BUAT APA LEPAS MAGGI TU HAL KORANG, ASALKAN JANGAN ATAS TILAM AKU!"

Rissa pula jerit, "Rissa nak join!!"

Reza bangun tiba-tiba. "AKU NAK BUNUH SEMUA ORANG KAT RUMAH NI!!"

Dan malam itu, walaupun dunia masih gelap,
Mayat baru saja dihumban ke gaung, Maggi jadi makan malam, Rissa jadi penyeri chaos...

Aku dan Elvina tahu, kami masih ada satu sama lain dan malam itu... kami tidur rapat. Tak kisah tilam keras. Asalkan peluk tak lepas.

Reza berdiri semula. Dia jalan perlahan ke arah kami. Azfar masih dekat dapur, Maggi sudah siap. Rissa duduk atas meja makan sambil pegang mangkuk macam budak tak sedar dunia.

Aku dan Elvina masih atas sofa. Dia peluk aku dari sisi. Aku rasa dia makin reda. Reza berdiri betul-betul depan kami. Mata dia pandang aku. Lepas itu pandang Elvina.

Suara dia keluar, rendah... tapi tegas.

"Jangan risau."

"Tempat tadi bersih. Guni, senjata, baju, tapak kasut semua aku kawal."

"Tak ada bukti. Tak ada DNA. Tak ada kamera. Tak ada sesiapa yang tahu."

Dia pusing, jalan ke arah dapur, ambil sudu dari tangan Rissa tanpa minta izin, dan mula suap Maggi dari periuk.

"Macam biasa. Mayat hilang, dunia jalan."

Elvina pandang aku. Aku tenung dia balik. Kami tahu kalau Reza sudah cakap macam itu... maknanya kes ni lenyap selamanya.

Azfar angkat mangkuk. "Kita hidup, kita makan. Kita mati, kita digaul."

Rissa tepuk tangan, "Awww! RAG so poetic!"

Reza jeling tajam. "RAG bukan puisi. RAG itu penyucian. Kalau tak kuat, keluar."

Rissa buat muka comel. "Rissa kuat. Rissa suka darah."

Reza balas, "Kita tahu."

Aku peluk Elvina lebih rapat. Dalam semua gila, semua trauma, semua jenayah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience