Bab 184

Mature Content Series 4607

Roti canai atas pinggan Ghibran makin sejuk, tapi dia kunyah macam tak ada dosa. Tenang. Perlahan.

Macam dunia ini tak ada polis. Tak ada mayat. Tak ada kekasih yang baru dia lenyapkan dari muka bumi ini.

Aku pandang muka dia. Lama. Kepala lutut aku terasa ringan. Jantung berdetak pelik. Rasa macam nak muntah.

"Gila kau, Bran..." suara Reza pecah dalam nada sejuk yang cuba dikawal, "...sanggup kau buat benda ni belakang kami?!"

Aku angkat muka. TV kedai mamak masih terpasang. Gambar flat lama, garisan kuning, orang ramai kerumun bawah bangunan.

Dan satu mayat perempuan, ditutup kain nipis, tersadai atas tanah basah. Muka dia tak tunjuk. Tapi aku kenal flat itu dan aku kenal siapa yang tak balas mesej sejak dua hari lepas.

"Elvina..."

Nama itu melintas kepala aku sendiri. Aku sebut perlahan dalam hati.

Ghibran telan suapan terakhir, kemudian capai tisu. Lap mulut. Dia pandang aku. Senyum nipis. Mata dia kosong, tapi dalam.

"Dari aku selalu pukul dia, baik aku tidurkan dia je selamanya," katanya. Lembut tapi menyakitkan.

Aku ketap rahang. Tangan aku bawah meja menggeletar. Bukan sebab takut tapi sebab... bengang. Bengang gila.

"Celaka kau ni." Suara aku rendah, tersekat. "Sudah pasti ke tak ada bukti kau tertinggal kat rumah dia?"

Reza bersandar, satu tangan angkat gelas milo ais yang sudah cair. Tangan lagi satu main-main garu dagu tapi mata dia tak lepas dari pandang Ghibran.

"Ye la aku tahulah," balas Ghibran malas. "Aku sudah lap semua. Tak ada cap jari. Tak ada sisa. Tak ada apa-apa."

Dia sengih. Seolah-olah dia baru berjaya menipu dalam ujian tapi ini nyawa orang, bodoh.

Helena di sebelah aku diam. Tak bersuara langsung sejak tadi. Mata dia fokus kat roti banjir depan dia yang sudah jadi macam tisu buruk. Tangan dia tak pegang sudu. Tak sentuh apa-apa. Muka dia pucat. Macam baru tengok kemalangan depan mata.

Rissa?

Rissa duduk depan aku. Main telefon. Senyum sikit-sikit. Skrol TikTok. Langsung tak peduli. Macam berita tadi tak ganggu dia. Macam kematian Elvina itu hanya tajuk biasa.

Aku tengok sekeliling meja kami. Lima orang tapi rasa macam duduk dengan hantu.

Aku paling tak boleh hadam Ghibran. Dia yang paling senyap sebelum ini. Yang nampak cool. Yang orang selalu ingat paling santai antara kami.

Sekali dia bunuh kekasih sendiri dan... dia boleh makan macam biasa? Apa sial jadi pada kami sebenarnya? Reza hembus nafas perlahan, kemudian capai kunci kereta aku atas meja.

"Jom balik," katanya pendek. Suara dia mendatar, tapi aku tahu dia tengah tak sedap hati.

"Apa pasal?" aku tanya. Reza pandang Ghibran sekilas, senyum nipis penuh sindiran.

"Lama-lama lepak sini, takut pula dia bunuh aku," katanya sambil angkat kening ke arah Ghibran.

Ghibran gelak kecil. Lembut tapi bunyinya buat bulu roma aku naik. Tenang gila suara dia.

"Aku takkan bunuh koranglah..." dia sandar badan ke kerusi, "...jangan risau."

Reza angguk perlahan tapi mata dia tak lepas dari Ghibran. Curiga dan waspada.

Ghibran sambung, "Paling pun... aku bunuh Rissa saja."

Aku terdiam. Helena tergamam. Reza ketawa hambar tapi Rissa... angkat muka. Pandang Ghibran tepat-tepat macam nak cabar.

"Oh, berani bunuhlah aku," jawab Rissa, santai gila, macam tengah order teh tarik.

Dia sengih tapi mata dia tak senyum. Mata itu... kosong. Sama macam Ghibran sekarang.

"Aku nak tengok siapa yang mati dulu, Bran."

Aku tampar lutut dan bangun.

"Okay cukup. Gerak sekarang," aku kerling semua. "Kita tak patut borak pasal Elvina lama-lama kat sini. CCTV penuh. Meja belakang tu dari tadi tengok kita."

Semua mula bangun. Reza sengih senget, letak duit atas meja. Helena masih diam, jalan rapat sebelah aku. Ghibran... masih sempat suap sisa roti canai terakhir ke mulut sebelum bangun perlahan.

Dia lap tangan dengan tisu, dan sebelum keluar, dia sempat bisik kat aku.

"Kalau dia terus mengada depan aku... tak tahulah, Far." Dia senyum. Psiko.

Aku telan air liur. Benda ini... sudah makin tak normal.

***

Kotak ini entah apa isi dia. Berat tapi aku angkat juga. Peluh sikit pun aku tak kisah. Badan aku sudah biasa remuk, otot dah biasa pulas kerja berat. Tapi... kali ini lain. Bukan pasal berat kotak. Pasal tempat ni.

"Letak tepi rak tu je, Far," suara Helena dari arah dapur.

Aku angguk perlahan, walaupun dia tak nampak. Letak kotak dengan berhati-hati, macam pegang kepala orang baru mati.

Rumah ini... kosong tapi bukan kosong biasa. Kosong dia sunyi. Sunyi dia... yang luka.

Helena sapu lantai guna penyapu panjang warna biru pudar. Gerak dia perlahan tapi konsisten. Macam dia nak sapu sekali semua kenangan lama dari hidup dia.

Tangan dia pegang penyapu tapi mata dia pandang dinding. Kosong. Aku tahu pandangan itu.

"Lama tak datang rumah sini?" aku tanya, sengaja nak pecahkan sunyi.

Dia angguk kecil. "Rumah ni memang aku punya. Tapi aku duduk rumah ni sebab mak aku... kau tahulah." Nada dia tenggelam. "Dulu aku rasa terikat. Rasa bersalah tapi lepas apa yang jadi... aku sudah tak nak balik rumah sana."

Aku duduk atas kotak paling besar, lap peluh. "Baguslah kau pindah. Tak payah ingat rumah sial tu lagi."

Dia senyum. Tipis tapi tak sampai mata.

"Aku nak mula hidup baru, Far," dia bisik. "Mula dari kosong. Tanpa kenangan buruk. Tanpa bunyi gaduh. Tanpa... mak aku menjerit. Tanpa orang ketuk pintu malam-malam."

Aku bangun, melangkah ke arahnya. Sapu tangan dia perlahan. Tengok debu pada lantai, bukan mata dia.

"Kau selamat sekarang."

Dia pandang aku. Mata dia merah, tapi tak keluar air mata. Aku tahu dia belum sembuh tapi sekurangnya, dia... masih hidup.

Dan rumah ini, walaupun kosong, walaupun tak ada langsir, tak ada karpet, tak ada bau masakan, rumah ini milik dia. Milik seorang perempuan yang survive dari neraka, dan masih mampu berdiri.

Aku peluk dia. Sebelah tangan. Tak lama. Cukup untuk buat dia tahu bahawa aku di sini. Dan kali ini, aku takkan biar dia hadap semua itu seorang diri lagi.

Helena peluk aku. Erat. Dada dia rapat ke dada aku. Nafas dia laju. Tangan dia genggam belakang baju aku, seolah-olah kalau dia lepas, dia akan jatuh semula ke dalam lubang hitam hidup dia.

Aku angkat tangan. Usap belakang badan dia perlahan. Tenangkan dia tapi siapa sebenarnya yang tengah tenang siapa sekarang?

Rambut panjang dia beralun, tersapu pipi aku. Angin dari kipas berdiri itu macam jadi latar dalam babak drama TV, tapi ini bukan drama.
Ini real dan aku tengah tahan diri dari jadi celaka.

Aku tarik kepala dia sedikit. Tengok wajah dia.
Lembut. Natural. Cantik gila walaupun hanya pakai baju t-shirt longgar dan seluar pendek lusuh.

Muka dia... muka perempuan yang pernah dihancurkan tapi masih berani sayang orang macam aku.

"Kau sayang aku?" Soalan itu keluar dari mulut aku sendiri, perlahan. Satu tangan aku usap dagu dia, tarik lembut supaya dia pandang aku. Terus ke mata.

Dia angguk laju. Mata dia bersinar macam budak kecil yang tak nak ditinggalkan.

"Aku sayangkan kau, Azfar..." Dia pegang dada aku. "...sayang sangat."

Aku telan air liur. Mata aku tenung lama wajah dia. Bibir dia nipis. Kulit dia halus. Sial. Aku tengah tahan sabar sebenarnya. Macam badan sado diletak dalam sangkar dengan kuncinya tercabut.

Aku tak nak rosakkan malam ini. Bukan malam ini tapi tangan aku tetap gerak. Luruhkan jari ke leher dia. Usap tengkuk perlahan.

Aku tunduk sikit. Satu inci saja lagi... dan dia bisik, "Azfar... jangan buat aku menyesal."

Aku berhenti. Tarik nafas. Senyum sikit. Tak senyum buaya. Senyum aku. Senyum lelaki yang betul-betul nak jaga dia.

"Takkan," aku jawab. "Aku takkan buat kau menyesal. Walaupun aku buaya... tapi untuk kau, aku boleh jadi singa."

Dia gelak kecil. Muka dia merah. Aku peluk dia semula. Lama sikit. Dia lepaskan pelukan perlahan.

Langkah dia undur setapak, kemudian tunduk sikit. Capai penyapu atas lantai macam nak larikan diri dari rasa sendiri. Macam baru tersedar yang dia terlalu rapat. Terlalu terbuka.

Tapi aku pula... aku rasa geram. Bukan marah. Geram. Geram sebab dia terlalu jauh. Geram sebab dia terlalu indah untuk disentuh sekadar dengan mata.

Aku langgar langkah sendiri. Tangan aku capai pinggang dia. Tarik tubuh dia semula ke dada aku. Aku peluk dari belakang. Ketat. Tubuh dia beku tapi tak melawan.

Aku tunduk. Hidung aku selam ke rambut panjang dia, bau dia wangi, macam bau rumah yang baru dibersihkan. Aku cium rambut dia. Lama. Kemudian turun... ke tepi leher dia.

Hangat.

Kulit dia panas. Jelas dan aku teruskan. Aku cium perlahan. Tak gelojoh tapi tak mahu berhenti. Sampai aku dengar satu bunyi halus keluar dari bibir dia. Rengek kecil.

"Az... Azfar..." suara dia pecah. Lemah. "Kau buat apa ni..."

Nafas dia laju. Dada dia turun naik. Tangan dia masih pegang penyapu, tapi jari dia sudah tak kuat. Getar.

Aku tak jawab dulu. Cuma tarik dia makin dekat. Dagu aku sandar di bahu dia. Nafas aku rapat ke telinga dia.

"Aku... sayang dekat kau, He...lena..." Suara aku serak. Dada aku bergetar.

Dia diam. Tak tolak. Tak lari dan dalam diam itu, hanya kipas berpusing dan jantung aku menumbuk tulang rusuk sendiri.

Tubuh dia masih dalam pelukan aku. Hangat. Lemah tapi tak melawan dan itu yang buat aku makin tak boleh kawal.

Aku biarkan bibir aku bergerak turun... dari leher ke bahu dia yang terbuka sedikit. Kulit dia halus. Bau dia bersih. Aku cium perlahan. Satu demi satu.

"Lena..." bisik aku di celah rambut dia.

Tangan aku naik. Usap perlahan lengan dia. Turun ke perut. Lambat. Hati-hati tapi tetap degil. Aku tak tahu berapa banyak sabar aku masih ada.

Dia masih diam tapi aku dapat rasa... nafas dia makin berat. Jari dia mengepal sikit. Tak pasti dia tengah tahan... atau keliru. Tapi aku yakin dia tahu aku tak akan sakiti dia.

Tangan aku perlahan-lahan pusing tubuh dia menghadap aku. Wajah dia... merah. Mata dia kabur. Bibir dia terbuka sikit. Nafasnya pecah-pecah.

Aku angkat tangan, selitkan jari ke belakang telinga dia. Usap pipi dia.

"Kalau kau izinkan..." bisik aku lagi, "...aku nak jadikan malam ni malam yang kau akan ingat seumur hidup."

Dia telan air liur. Mata dia masih pandang aku. Aku tunduk, hampir cium bibir dia cuma beberapa inci...

Tiba-tiba tangan dia tolak dada aku.

"Azfar..." Suara dia tegas. Nafas dia masih tak stabil tapi mata dia kembali tajam.

"Stop."

Dia tarik diri dari pelukan aku. Langkah dia undur dua tapak.

"Aku tak ready..." Suara dia rendah. Penuh rasa bersalah tapi jelas.

Aku terus tersedar macam kena tampar guna kenyataan.

Aku angkat dua tangan. Berundur sikit. Hati aku jatuh mendadak tapi aku tak tunjuk.

"Maaf..." suara aku serak. "Aku... aku terbawa perasaan."

Dia angguk perlahan. Tunduk. Tangan dia masih menggenggam penyapu itu tapi kali ini, bukan sebab kerja tapi sebab dia perlukan sesuatu untuk paut... supaya tak goyah.

Aku tunduk kepala. "Sorry, Helena. Aku janji... aku takkan sentuh kau macam tu lagi. Sampai kau sendiri yang izinkan."

Dan malam itu, tak ada ciuman. Tak ada pelukan lagi. Cuma dua hati, satu terluka, satu terkawal separuh mati.

Dia tak tunggu. Tak pandang aku lagi. Helena terus pusing, langkah dia laju. Masuk ke bilik.

BAM!

Pintu itu tertutup kuat, buat dinding pun tergetar sedikit. Aku terpinga. Berdiri kaku. Tangan aku masih tergantung separuh ke depan, macam masih berharap dia akan berpaling.

Tapi dia tak berpaling. Aku pandang pintu itu. Kosong. Langsung tak ada suara dari dalam.

Aku duduk perlahan atas kotak tadi. Muka aku tunduk. Tangan aku tekan muka. Kuat. Sampai jari aku rasa panas.

"Apa bodoh sangat kau ni, Azfar..." aku maki perlahan. "...kau tak boleh sabar sikit ke?"

Dahi aku jatuh atas lutut. Nafas aku laju tapi bukan sebab ghairah lagi. Ini marah. Marah tahap celaka. Bukan pada orang lain tapi pada diri sendiri.

Dia bukan perempuan biasa. Dia bukan skandal yang aku boleh main dan tinggalkan.

Dia Helena. Perempuan yang aku janji nak lindung. Perempuan yang trauma dia lagi dalam dari luka tikaman.

Dan aku hampir rosakkan semua sebab nafsu. Sebab aku tak reti kawal jahanam dalam diri sendiri.

BUK!

Aku ketap rahang. Tumbuk lantai. Sekali. Kuat. Sakit tapi aku suka.

Sekurangnya rasa itu nyata. Berbanding rasa bersalah yang makin cekik leher aku sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience