"Hang dengan Mimi dah makan?," Tanya Fadil ayah kepada Lela selepas menjemput anaknya dengan Mimi di Usm selepas solat jumaat dan sekarang kereta di pandunya sedang melalui jambatan pulau pinang untuk pulang ke kedah
"Dah," Jawab Lela. Mimi yang duduk di belakang hanya diam memerhati samudera lautan nan luas
"Kalu nak makan lagi. Ayah bole singgah,"
"Eh tak apa Yah. Lela dah kenyang,"
"Mimi?,"
"Mimi pun sama pakcik,"
"Tapi pakcik lapaq,"
"Hiss ayah nie. Cakap jelah lapaq," Fadil ketawa geli hati begitu juga Mimi.
"Tadi kursus ayah makan mee hun jaa. tak cukup,"
"Ayah singgah jela mana2, Lela dengan Mimi ikut jaa,"
Fadil meneruskan perjalanan menyusuri lebuh raya menghala ke Perai kemudian membelok memasuki salah sebuah kawasan di seberang jaya memilih untuk singgah di sebuah restoran nasi kandar berdekatan dengan Aeon Big
Ketika menemani Ayahnya menikmati juadah di situ. Lela mengajak Mimi singgah membeli belah di Aeon big selepas ayahnya selesai makan.
"Aku ikut ko, nanti boleh juga aku beli something untuk mak dengan ayah aku,"
"Mak dengan ayah ko je?,"
"Yalaa. siapa?," Mimi terdiam. Pipinya memerah barula dia dapat tangkap maksud pertanyaan Lela
Lela ketawa kecil "Sapa lagi kat rumah hang Mimi?," Tiba2 Ayah Lela pula bertanya tanpa sengaja mendengar perbualan anaknya dengan Mimi
"Mak dengan Ayah Mimi jaa," Jawab Mimi dengan wajah tersipu-sipu malu.
"Oo,"
"Ayah.. nanti singgah sat Aeon big. Boleh,"
"Boleh jaa..," Fadil pun tak kisah sangat sebab perjalanan dari perai ke jitra kedah hanya mengambil masa satu jam lebih tapi sebelum sampai ke jitra dia akan singgah kepala batas terlebih dahulu untuk menghantar Mimi
Kuala Lumpur
Dalam kesibukan menjaga dan mengawal keluar masuk para perkerja dan juga pelanggan. beberapa orang pengawal keselamatan di situ seperti di buat kehairanan ketika melihat seorang lelaki berjalan lemah menghampiri penghadang laluan
mereka semua tidak menghalang atau bertanya kerana mereka mengenali sangat siapa lelaki itu
"I dah email kepada mereka bos. tanggal untuk uji bakat, i dah tetapkan pada minggu depan,"
"Ada berapa?,"
"Ikutkan ada banyak group band yang berminat. tapi sebelum nie kita dah pernah buat uji bakat beberapa group band tapi bos batalkan. So kami pilih group band yang pernah uji bakat dengan kita. So semuanya ada lima,"
Sufri mengangguk faham. "Okay. kita uji bakat dulu mereka,"
"Tapi bos, kenapa bos tiba2 berminat nak tubuhkan group band,"
"Atas permintaan seseorang yang penting,"
"Pemegang saham?,"
Sufri mengeleng "Dia lagi penting dari tu,"
New star sdn bhd, pada awal mula penubuhannya di kenali sebagai new Star enterprise di tubuhkan oleh tiga orang individu dan yang paling berpengaruh adalah penyanyi Carla Hanisa
Selepas nama Carla Hanisa semakin melonjak naik. Syarikat ini mula mengembangkan perniagaanya menjadi sdn bhd dan sehingga kini syarikat New star masih menjadi salah sebuah syarikat rakaman paling berpengaruh di Malaysia semuanya atas jasa seorang penyanyi tersohor Carla Hanisa
Ruangan pejabat New star memiliki dua tingkat yang terbuka. Sufri bersama orang kanannya Rita berada di koridor tingkat dua masih berbincang. Sedang asyik mereka berbincang Sufri perasan kalau ada seorang lelaki berjalan masuk ke dalam ruangan pejabat di bawah. Dia kenal susuk tubuh lelaki itu lalu membisikan sesuatu kepada Rita
"U rakam senyap2,"
"Ok bos,"
Para staf yang sedang berada di tingkat bawah kala itu sibuk melakukan tugasan masing2 namun sebaik mereka semua menyedari kehadiran Asraf di situ mereka semua terdiam
Asraf berjalan pelan. Raut wajahnya kusam seperti tak terurus. Melihat tatapan yang tidak menyenangkan dari para staf membuatkannya merasa malu. padahal dulu dia sering berjalan dengan mendabik dada. tatapan para staf ketika itu sangat berbeza seolah-olah bangga berkerja dengan seorang artis terkenal sepertinya.
Tapi sekarang semuanya menghilang Asraf bukan lagi artis kebanggaan syarikat semuanya belaku atas kesilapannya sendiri dan kini dia datang untuk memohon maaf dan merayu kepada pemilik syarikat supaya memberinya perluang sekali lagi
"U buat apa datang sini Asraf!,"
Asraf mendongak melihat ke atas "Boleh saya berjumpa dengan Encik sufri sebentar,"
"Untuk apa Asraf. sebelum nie pernah tak u datang bila i panggil?,"
"Ya saya tahu Encik sufri. saya banyak buat salah tapi tolongla maafkan saya,"
"Maafkan u," Sufri menyengih sambil berjalan menghala ke tangga "U tahu tak asraf, nama u dah rosak. U dah jatuh! semua tu bukannya salah New star. salah u sendiri,"
"Ya memang saya akui semua tu salah saya, saya menyesal,"
"Menyesal?," Sufri menapak menuruni anak tangga satu persatu namun dia sempat memandang ke arah orang kanannya yang sedang merakam di balik tembok di tingkat dua "You all semua boleh balik sekarang," Arah sufri kepada para staff sebaik berada di bawah
Mendengar sahaja arahan dari majikan mereka, para staff segera mengemas barang masing2 sebelum keluar dari pejabat.
"Kesilapan yang u buat Asraf terlalu besar. Terlalu besar untuk di tanggung New star. U tahu tak berapa kali i terpaksa menunduk di depan wartawan, di depan pemegang saham, penaja kerana perbuatan u. Sekarang pulak seluruh media sosial tak berhenti mencemuh perbuatan u. so apa gunanya u menyesal. U dah rosakkan nama u, nama company nie!,"
"Encik sufri tolong maafkan saya. tolongla maafkan saya, saya perlu tanggung keluarga saya kat kampung. mereka mengharapkan saya,"
"Baru u ingat keluarga u! time U berseronok dengan perempuan kelab, time u mabuk siang hari, mana pergi kesedaran u. U dah lupa ke Asraf siapa diri U sebelum bergelar penyanyi?,"
Asraf diam tidak menjawab. Ya. dia tidak pernah lupa waktu kali pertama menjejakkan kaki di New star. dia bukanlah sesiapa, hanya seorang insan dari keluarga yang miskin datang ke Kuala lumpur untuk mengejar impian menjadi seorang penyanyi
Nasibnya begitu baik kerana mempunyai wajah yang tampan dan dianugerahkan dengan suara yang sedap. Hanya dengan sekali percobaan dia terpilih menjadi penyanyi baru untuk New star
Tidak perlu menunggu lama untuk namanya melonjak naik. New star memang terkenal dari kalangan pencipta lagu yang menghasilkan lagu2 yang hebat. Hanya dengan single pertama sahaja sudah cukup membuatkan namanya terus menjadi bualan hangat di seluruh Malaysia
Seiring peredaan masa. namanya terus menerus melonjak naik sehingga di nobatkan sebagai artis paling popular di malaysia. Sejak itulah sikapnya sedikit demi sedikit mulai berubah, berlagak, sombong, ego. di tambah lagi pergaulannya dengan golongan2 Vvip yang mengajarnya erti keseronakan di ibu kota.
Setiap malam masa2 yang di habiskannya dengan berhibur di kelab malam. Perempuan, mabuk bagaikan rutin kehidupannya. namun kini mereka yang dulunya pernah menganggap dirinya sebagai kawan sejati mula menjauh diri apabila dia menghadapi kesusahan. Tiada seorang pun yang mahu membantu di saat dia memohon bantuan
Dan kini Asraf menyedari akan kesan perbuatannya itu hanyalah satu kebodohan yang merosakan imej, kariernya sebagai seorang penyanyi selama tiga tahun. kini telah pun hancur. Apa lagi pilihannya ada selain mengenepikan maruahnya
Asraf pelan2 berlutut di hadapan majikannya. Sufri agak terkejut dengan tindakan Asraf. namun dalam diam hatinya seolah-olah senang. Sejujurnya inilah yang dia mahukan. sebagai bentuk balasan kepada lelaki yang merosakan imej syarikatnya
Sufri mendongak lalu memarling memandang Rita yang masih merakam. Bibirnya menyengih. dengan rakaman itu, dia akan gunakan untuk menghancurkan maruah Asraf sedalam-dalamnya.
"Inilah balasan untuk u Asraf.. kerana merosakan nama new star," Bisik hati sufri
"Encik Sufri,"
"Asraf!," Sufri tersentak terkejut saat Asraf mahu bersujud di kakinya "U dah gila ke!,"
"Maafkan saya Encik sufri," mohon Asraf dengan tangisan penyesalan. Sufri terkedu kerana tidak menyangka Asraf sanggup bersujud memohon maaf. Hatinya mula berbelah bahagi. Tindakan Asraf sudah di luar batas hanya untuk mendapat kemaafan darinya
"Kita nie beragama islam Asraf.. kita hanya bersujud pada yang maha satu!,"
"Ya saya tahu. tapi apa lagi pilihan yang saya ada,"
SETELAH menempuh perjalanan selama 1 jam lebih. Akhirnya kereta di pandu fadil selamat sampai di Kepala batas negeri Kedah
"Hang jangan lupaq WhatsApp chek Mimi, kalau hang cemuih kita pi jalan2,"
"Amboi.. sampai kedah jaa terus chek, hang. kat penang.. ko, aku,"
"Ayah nie.. kat penang kena cakaq bahasa Malaysia international, Kl,"
"KL konon.. Suka hati hangpalaa,"
Mimi ketawa kecil "Nanti chek WhatsApp hang,"
Lela memusingkan separuh badan ke kanan untuk bercakap dengan Mimi "Hang janganq lupa bagitahu chek kalu hang dah cakap dengan dia. tapi hang jangan galak sangat. pelan2,"
Mimi terangguk-angguk "Dada chek nie pun dah mula debaq,"
"Relax.. Wow cantiknya Bendang..," Ucap Lela tampak teruja sebaik melihat keindahan sawah nan menghijau terbentang luas. Mimi turut menoleh.. Rindunya dengan kampung halaman miskipun jarak antara kampungnya dengan Usm tidaklah beberapa jauh
Tidak berapa lama kemudian. Kereta yang dipandu fadil membelok masuk ke halaman rumah kayu di kelilingi perlbagai jenis pokok buah-buahan
"Wuih.. lebatnya buaq rambutan,"
"Hang nak ka..,"
"Buleh kaa,"
"Apa pulaq tak buleh.. jomla,"
"Ayah dengan mak hang ada ka Mimi," Tanya Fadil
"Tadaq pakcik. depa pi rumah makcik kat Taman tabung haji,"
"Ayah tunggu sat.. Lela pi petik rembutan,"
"Umm pergilaa. ambiq banyak sikit,"
"Hang tunggu sana dulu ya Lela. Chek nak pi bawa masuk dulu beg chek dalam rumah,"
"Jangan lupaq plastik,"
Mimi tersenyum sambil mengangguk setelah itu Mereka berdua keluar dari kereta. Lela membantu Mimi mengeluarkan beg dari bonet. Oleh kerana beg yang di bawa balik hanya ada dua saja, mudah bagi Mimi membawa beg nya masuk ke dalam rumah miskipun tadi lela mahu membantu namun dia melarang
Sebaik sahaja membuka pintu rumah. Mimi tersenyum puas. baginya tiada tempat yang paling menyenangkan melainkan rumah orang tuanya. Setiap kali pulang, Mimi akan merasakan perasaan nostalgia yang di penuhi kenangan-kenangannya waktu kecil
Di luar rumah. Lela sudah pun mengaik buah2 rambutan di bantu ayahnya. selang berberapa minit kemudian barulah Mimi keluar membawa beg plastik
"Pakcik ambik banyak boleh ka Mimi?,"
"Boleh pakcik. ambil ja banyak2. Bukan boleh habis pun kalau Mimi ja yang makan. Mak dengan Ayah bukan makan sangat," Jawab Mimi sambil membantu mengutip buah2 rambutan yang sudah di kumpulkan Fadil
"Mana rumah dia Mimi?,"
"Rumah siapa?,"
"Rumah buah hati hanglaa,"
Mimi tergelak geli hati lalu bangun "Tu haa..,"
Lela berhenti mengaik semata-mata mahu melihat arah tempat yang di tunjuk Mimi
"La.. belakang rumah hang jaa. takda laa jauh. dari sini pun boleh nampak,"
"Boleh tu memang boleh. tapi tak jelas. kenala pi sana,"
"Amboi gatalnya hang,"
"Mana ada," Mimi ketawa dengan menutup mulutnya, cuba di tahan kerana malu pada ayah Lela
"Cukupla nie.. dah penuh satu plastik,"
"Pakcik tunggu sat. Mimi pergi ambil buah cempedak,"
"Ada berapa biji?,"
"Ada dua biji. Mak suruh bagi. Tapi dua2 tu dah masak. elokla kalau buat goreng"
"Bolehlaa,"
"Jom Lela. ikut chek pi belakang,"
Kuala lumpur
Sufri duduk menyadar sambil memicit-micit dahinya. Fikirannya kusut setelah menyuruh Asraf pulang. Bukannya dia tiada hati perut tak nak memaafkan Asraf. tapi dia sudah banyak kali bersabar dengan masalah yang di timbulkan penyanyi'nya itu. sampai dah tak tertahan.
Jika di fikirkan balik boleh mengigil seluruh badannya kerana terlalu geram. setiap kali masalah timbul. Dialah yang harus berdepan dengan wartawan, penaja, pemegang saham. semata-mata mahu melindungi kerier Asraf
Dah pelbagai jenis nasihat dan amaran keluar dari mulutnya supaya Asraf tu berubah. tidak juga berubah bahkan semakin teruk.
"Boss.,"
Sufri bagaikan tersentak dari lamunannya. pantas saja kepalanya menoleh "Ketukla pintu tu dulu,"
"Sorry bos. i dah ketuk banyak kali. takde respons,"
"Kenapa u tak balik?,"
"i ada something nak bagitahu bos,"
"Asraf ke?,"
Rita mengangguk "Apa kata bos bagi dia perluang,"
"Perluang? Hey Rita, u sedar tak kerier asraf tu dah hancur. U nak suruh i bagi perluang pada dia untuk apa.. untuk i lingkupkan company nie,"
"Bukan itu maksud i bos. Ini," balas Rita kemudian meletakan sebuah pendrive di atas meja "Dalam nie ada rakaman tadi,"
"Kan i suruh u padam,"
"Tapi bos?," Rita seakan-akan ragu mahu mengutarakan apa yang bermain di fikirannya. bimbang jika majikannya itu marah
"Apa dia Rita?,"
"Apa kata kita guna rakaman nie untuk meraih simpati dari netizen kat luar,"
"Are u crazy Rita!, u tahu tak dalam rakaman nie boleh menjatuhkan lagi maruah Asraf,"
"Yes i know bos.. maybe perluang tu 50/50. Tapi tak salahkan kalau kita cuba. kalau berjaya. kita boleh bersihkan imej Asraf. lepas tu kita guna dua buah lagu tu untuk naikkan balik nama dia. so kita tak akan kehilangan semua duit tajaan tu bos,"
Sufri terdiam. ada benar juga kata2 orang kanannya itu. tetapi terlalu berisiko untuk di cuba. andai gagal. maruah Asraf akan lebih tercalar. berbeza kalau rancangan itu berjaya.
"Mari kita cuba,"
Share this novel