Van bergoyang sikit setiap kali tayar langgar lubang. Jalan makin sempit. Lampu jalan makin jarang. Hanya bunyi enjin dan hembusan angin dari luar yang temankan kami.
Sudah lebih 30 minit kami atas jalan. Reza masih pegang stereng, tenang. Mata dia fokus, tapi aku tahu... kepala dia tengah bayang macam-macam benda gelap.
Azfar duduk sebelah aku. Kepala dia sandar pada tingkap, tangan masih main-main brass knuckle yang aku letak balik dalam poket hoodie.
"Brass knuckle tu idea geniuslah, bro..." dia gelak kecil. "Tumbuk saja terus shutdown. Macam butang off."
Aku sengih. "Lain kali kau guna. Aku nak upgrade versi besi penuh. Yang boleh patah tengkorak."
Kami bertiga ketawa kecil dalam gelap. Dalam van ini, tiga orang manusia yang sepatutnya masuk neraka tapi malam ini, kami yang bawa neraka ke orang lain.
Aku pandang ke belakang. Tiga tubuh terbaring dalam gelap diikat dan mulut ditutup. Tapi dengkuran kuat dari abang tiri Helena masih kedengaran. Kepala dia senget ke sisi. Baju dia koyak. Dahi dia berdarah sikit.
Reza tukar lorong. Jalan makin berbatu. Pokok kiri kanan sudah mula menelan cahaya.
"Aku tak percaya kau still simpan rumah lama tu," Azfar bersuara.
Reza tak toleh. Suara dia keluar perlahan. "Aku tak simpan untuk kenangan. Aku simpan untuk kerja."
Aku senyap sebab aku tahu tempat itu. Rumah lama Reza. Di situlah ramai perempuan pernah hilang. Di situlah Reza korek bola mata dan di situlah... kami akan jadikan malam ini sebagai episod paling kejam dalam hidup keluarga celaka Helena.
Van terus bergerak perlahan, lampu tinggi menerangi jalan tar yang sudah mula pecah dan berlumut. Kiri kanan kami rumah-rumah kayu lama. Ada yang kosong. Ada yang senyap. Tingkap tertutup. Atap senget. Tiang kayu reput.
Angin malam makin sejuk, tapi dalam van... peluh aku mengalir perlahan.
Reza pandu masuk simpang kecil jalan sempit celah dua barisan pokok. Dahan terjulur langgar cermin sisi. Bunyi krak krak daun kering remuk bawah tayar.
Azfar tengok luar, sengih macam babi baru menang loteri. "Weh... tempat ni... tempat kita seksa Nelly dulu, kan?"
Aku diam. Azfar sambung, suara dia macam kenangan manis. "Darah dia... pekat gila, sial. Jeritan dia pun... manja."
Aku telan air liur. Reza masih fokus tapi mulut dia bersuara. "Kampung ni makin kosong. Ramai sudah pindah bandar. Rumah tinggal makin banyak. Polis pun malas nak masuk. Jauh dari pekan. Tak ada CCTV. Tak ada jiran peduli."
Azfar sambung gelak. "Syurgalah tu."
Van akhirnya berhenti. Aku pandang ke luar dan dada aku terasa berat tiba-tiba. Depan mata aku: sebuah rumah kayu dua tingkat, cat kelabu pudar, dinding dah retak, tingkap berlumut, bumbung senget. Pagar kayu reput. Semak samun tinggi macam tengok set filem horror.
Rumput panjang sampai paras lutut. Bunyi cengkerik serentak, tapi rasa macam suara hantu menyambut kami. Reza matikan enjin. Sunyi dan teramat sunyi.
Aku tarik nafas dalam-dalam sebab aku tahu selepas kami turun dari van ini... tak akan ada jalan pulang untuk tiga manusia kat belakang.
Kami masih dalam van. Enjin sudah mati. Lampu depan sudah padam. Angin luar sejuk, tapi mulut Azfar makin panas. Dia pandang aku, sengih macam nak ajak dating dalam kubur.
"Kau tahu tak dalam rumah ni... Reza simpan koleksi bola mata?"
Aku toleh perlahan. "Hah?"
Azfar angguk. "Serius. Ada sepuluh biji. Semua dalam balang kaca. Siap letak dalam cecair pengawet, macam formalin tu."
Aku terdiam. Mulut aku separuh terbuka. Azfar makin teruja. Macam budak teruja cerita pasal action figure.
"Ada yang coklat, ada yang kelabu, satu tu warna hijau... rare sial. Semua mata itu dia korek sendiri, satu-satu, dari perempuan yang ganggu hidup dia."
Aku pandang Reza. Dia duduk diam di seat pemandu tapi aku tahu dia dengar.
"Aku tak tahu nak kagum ke nak muntah," aku cakap akhirnya.
Reza senyum. Senyum perlahan, sinis dan tenang.
Dia pandang aku dari cermin sisi. "Kalau aku gila... korang berdua pun sama gila."
Dia toleh ke belakang. Mata dia renung tiga tubuh yang masih terikat. "Bezanya cuma... aku lebih jujur dengan kegilaan aku."
Azfar gelak. "Sudah sudah. Jom buka pagar. Tunjuk tempat ni kat VIP kita."
Aku pandang rumah itu sekali lagi. Rumah trauma. Rumah mayat. Rumah koleksi. Dan malam ini... rumah itu akan dapat tiga koleksi bola mata baru.
Angin luar sudah senyap. Hutan kecil belakang rumah itu macam pegang nafas, tunggu darah tumpah.
Tiba-tiba, Reza bersuara. Suara dia perlahan... tapi tajam.
"Kau tahu tak..." Dia tak pandang siapa-siapa. Cuma renung rumah itu. "...rumah ini tempat ayah aku bunuh mak aku dulu."
Aku terdiam. Azfar pun senyap tiba-tiba. Reza terus bercakap. Suara dia macam cerita sebelum tidur tapi versi neraka.
"Masa tu aku umur sembilan tahun. Ayah aku kerja askar. Balik cuti, dia dapat tahu mak aku... suka bawak lelaki masuk rumah masa dia outstation."
Azfar telan air liur. "Kau tengok sendiri ke...?"
Reza angguk perlahan. "Mak aku tukang jahit. Lembut tapi gatal. Bila ayah aku dapat tahu, dia jadi gila. Dia tumbuk dan belasah mak aku sampai lunyai. Lepas tu..."
Dia hela nafas lama. "...dia korek mata mak aku. Guna gunting jahit. Betul-betul kat depan mata aku."
Aku rasa perut aku berpusing tapi aku diam. Reza sambung.
"Lepas tu dia bunuh diri. Kelar leher sendiri depan aku."
Van jadi kubur. Sunyi. Tak ada bunyi kecuali nyamuk luar dan degupan jantung aku yang makin berat.
Reza senyum sikit tapi senyuman itu tak ikhlas. "Lepas itu aku dihantar ke rumah anak yatim Nasuha dan masa tu... aku jumpa kau, Azfar.
Lepas itu... jumpa kau, Ghibran. Kita sama umur sembilan masa tu, kan?"
Dia toleh. Mata dia terus pandang aku. "Dan kita berkawan baik sampai sekarang..."
Senyuman dia makin sinis tapi dalam senyuman itu ada luka yang tak pernah sembuh.
Aku angguk perlahan. Sebab aku tahu kami bukan tiga orang kawan biasa. Kami tiga ekor luka yang tumbuh jadi binatang dan malam ini... kami kembali ke tempat semuanya bermula.
Tiba-tiba Azfar bersuara. "Kalau bunuh orang... kau masih guna gunting tu ke?"
Reza tak jawab. Azfar gelak. Gelak jenis celaka. "Gunting itu kan... gunting yang mak kau guna jahit baju dulu. Gunting besi karat yang berat itu, kan?"
Aku tengok Azfar macam tak percaya. Dia sambung lagi. "Siallah... sentimental gila. Guna barang mak kau untuk bunuh orang. Macam poetic revenge."
Reza senyum kecil. Tak ada riak bersalah. "Satu-satunya peninggalan dia yang aku simpan."
Azfar sengih. "Romantiklah tu, dalam versi psikopat."
Aku cebik. "Gila."
Reza toleh aku. "Exactly."
Suara dia tenang tapi dalam mata dia ada luka, ada dendam dan ada satu perasaan yang paling aku takut dalam Reza.
Tak menyesal.
Reza buka pintu van sebelah pemandu. Bunyi krek longgar, engsel tua berkeriut. Langkah dia jatuh atas tanah rumput basah. Bunyi tapak kasut dia thupp bila pijak tanah lembik bawah semak. Azfar turun sebelah kiri. Aku ikut juga keluar.
Malam sunyi. Hanya ada bunyi cengkerik, daun bergesel, dan... satu per satu nafas kami yang makin berat.
Azfar buka pintu belakang van. Lampu kecil dalam van menyala merah samar. Satu-satu tubuh manusia yang kami culik sedang terbaring, terikat dan menunggu takdir celaka.
Azfar masuk dulu. Angkat si abang tiri. "Berat sial. Ini confirm jenis makan maggi lima bungkus satu malam."
Dia angkat dari bahu. Badan si celaka itu melengkung, kaki terseret. Bunyi dia jatuh ke rumput...
DUMMP!
Azfar tarik kaki dia perlahan. Kaki seret atas tanah, bunyi sshhrrkk kasar kena pasir campur batu kecil. "Jalan dulu, bangsat."
Reza masuk angkat ayah tiri. Tubuh dia dah tua, tapi berat masih macam balak. Reza heret dia dari ketiak.
PANG!
bunyi belakang kepala dia terhentak sikit pada pintu van.
"Aduh," Reza kata, sinis. "Kesian kepala kau tapi kau pernah hentak kepala Helena lebih teruk, kan?"
Aku ambil mak dia. Dia kecil sikit, tapi berat badan tua itu tetap beban. Aku tarik tangan dia macam seret guni beras basi.
DUMMP!
Badan orang tua ini jatuh ke tanah. Aku lap peluh. Satu per satu, kami heret tiga tubuh itu ke arah rumah lama. Bunyi kaki seret drag... drag... Bunyi pintu pagar dibuka creeeaaaakkkkkk...
Reza jalan depan sekali. Kunci rumah itu masih dia simpan sampai hari ini. Dia buka pintu kayu itu.
KLAKK!
Bau dalam rumah itu campur habuk, lumpur, dan sisa dosa lama. Angin dari dalam rasa lebih sejuk dari luar.
"Masuk."
Kami heret semua masuk. Bunyi tapak kaki atas lantai kayu lama thump... pang... krak... Kayu reput tapi masih cukup kuat untuk tampung satu lagi babak penyeksaan.
Dan dalam rumah gelap itu kami masuk. Bawa tiga jasad hidup. Tiga nyawa kotor dan pintu belakang ditutup perlahan.
KLAK!
Sunyi tapi malam belum tamat. Reza capai lampu putih dari dalam beg. Saiz genggam tangan. Dia tekan suis.
KLIK.
Lampu LED terang menyala. Cahaya putih suluh seluruh ruang depan rumah. Pantulan cahaya kena dinding kayu yang dah berkulat. Langit-langit rumah hitam berdebu. Tikar lama di tengah ruang tamu berkerut dan penuh tahi cicak.
"Caj penuh," Reza gumam. "Lima jam cukup untuk kita siksa semua."
Azfar gelak kecil. "Cantik."
Reza letak lampu atas meja kayu lama, menghala terus ke tengah ruang. Kami bertiga mula bergerak. Misi seterusnya: sediakan pentas untuk neraka.
Kami cari tiga kerusi kayu. Semua ada dalam rumah itu. Kerusi makan lama, warna hitam, rangka masih kukuh walau sudah berbunyi bila digoyang.
Azfar tarik kerusi pertama. Bunyi dia krakk krakk seret atas lantai. Dia letak betul-betul bawah cahaya lampu. Reza angkat ayah tiri Helena dulu.
Badan lelaki tua itu dilentang ke atas kerusi. Reza ambil tali tebal dari beg berwarna kuning lusuh. Dia ikat tangan lelaki tua itu ke belakang kerusi, ketat. Bunyi tali ditarik srrrkkk. Tangan diketatkan pakk!
Kaki diikat ke kaki kerusi. Double knot. Lelaki itu masih pengsan tapi dada dia dah mula gerak.
"Kalau dia sedar, kita ikat mulut nanti," Reza kata sambil sambung simpulan tali.
Azfar bawa kerusi kedua. Kali ini giliran abang tiri. "Aku nak ikat budak ni," dia senyum. "Nak pastikan dia rasa tangan aku."
Dia angkat lelaki muda itu, kasar. Hempas ke atas kerusi.
TUMP!
Orang itu mengeluh perlahan tapi tak buka mata. Azfar ikat tangan ke tepi kerusi, bukan belakang. Tali melilit sampai ke siku.
"Biar dia susah nak gerak bila kita main pisau nanti."
Aku ambil kerusi terakhir. Letak sebelah kiri, betul-betul membentuk tiga segi neraka.
Mak Helena yang kecil, tapi masih berat bila longlai. Aku angkat perlahan. Letak atas kerusi. Kepala dia tergeleng ke sisi. Aku ikat tangan dulu. Tangan dia lemah tapi aku ketatkan juga. Kaki diikat silang.
Tiga kerusi.
Tiga mayat hidup.
Di tengah ruang, bawah cahaya putih yang terang, dalam rumah yang simpan segala trauma Reza... kami berdiri. Nafas kami bersilang dalam ruang berdosa.
Azfar jenguk satu per satu mangsa. "Lepas ni... kita tunggu siapa yang sedar dulu."
Reza senyum. Aku tak bernafas dan malam... akhirnya bersedia untuk mula menyeksa.
Aku berdiri paling belakang. Mata aku tengok satu per satu mangsa, tiga orang yang dulu pernah buat Helena rasa dia lebih baik mati.
Ayah tiri.
Abang tiri.
Dan mak sendiri.
Tiga-tiga terikat, senyap, kepala senget tapi aku nampak dada mereka sudah mula naik turun perlahan.
Azfar duduk bersila atas lantai, hisap vape macam tengah tunggu giliran naik pentas. Reza berdiri depan kerusi. Tangan dia dalam poket tapi aku tahu... jari dia tengah usap pemegang gunting besi mak dia.
Dia pandang aku. Tenang. "Lepas ini... jangan pandang belakang."
Aku angguk dan waktu itu... Mak Helena batuk kecil. Kepala dia terangkat sikit. Kelopak mata dia bergetar. Bibir dia mula bergerak-gerak.
Azfar bersuara perlahan. "Weh. Satu sudah bangun."
Reza senyum tapi bukan senyum manusia biasa.
Share this novel