Hampir pukul lima. Setengah jam lagi waktu pejabat ini bunyi. Semua boleh cabut. Aku sandar malas. Jari goyang mouse, tapi otak aku sudah lama melayang.
Aku jeling meja Ghibran. Celaka itu tengah senyum tengok skrin telefon. Pasti Elvina. Kekasih dia berambut merah yang suka naik motor laju-laju macam minah rempit. Entah apa yang dia hantar sampai Ghibran senyum macam kambing jantan baru dapat betina.
Aku cebik. Lama-lama aku toleh pula ke kanan. Mata aku cari... jumpa.
Nisa.
Rambut lurus warna coklat gelap. Bahu lebar. Leher jinjang. Bajunya longgar dan berseluar slaci hitam. Hari ni hari terakhir dia intern dan mungkin... hari terakhir dia bernafas.
Dia tengah borak dengan seorang staf perempuan iaitu Lisa dari HR. Biasa. Borak kecil. Perempuan memang suka sembang tak habis. Mungkin cerita pasal kerja, pasal hari terakhir, pasal nak update LinkedIn. Aku senyum nipis.
Senyuman yang tak manis langsung. Sebab aku tahu lepas ini, Nisa akan jadi kes dalam berita.
Aku masih ingat suara Reza, dua malam lepas. Dingin. Teratur. "Kalau kita nak pastikan semua bersih... buat macam dia bunuh diri. Depresi. Putus cinta. Ditinggal."
"Dengan siapa?" aku tanya waktu itu. Reza pandang aku. "Dengan bekas kekasih dia, Azfar."
Aku? Bodohnya aku rasa waktu itu. Tapi lama-lama aku faham. Bekas kekasih dia memang sesuai untuk jadi watak fuckboy yang kecewakan perempuan. Aku memang jahat. Tapi Reza lagi bahaya.
Telefon aku bergetar. Notification WhatsApp. Reza.
"Sedia?"
Aku taip.
"On. Lepas kerja aku ajak dia keluar. Aku tahu mana nak bawa."
Aku jeling lagi ke arah Nisa. Rambut dia tersisir kemas. Make up tipis. Kuku warna nude. Bibir... natural pink. Tak ramai perempuan di sini macam dia. Yang masuk kerja awal, balik lambat, tapi tetap senyum. Tetap profesional. Tak banyak bunyi. Tak banyak drama.
Malangnya, dia tersilap pilih tempat intern. Dia tersilap masuk dunia kami. Aku buka drawer. Ada pil kecil dalam plastik lutsinar. Saki-baki malam dengan skandal yang aku sudah lupa nama. Aku pegang plastik itu dan zip semula.
Nisa masih ketawa kecil. Aku senyum balik tapi dalam hati aku sudah hitung detik. Hari ini hari terakhir dia intern dan malam ini, dia akan keluar lebih jauh dari yang dia bayangkan.
Aku buka Fac dalam telefon. Skrol laju.Sampai jumpa. Muka lelaki ini muncul. Joe. Bekas kekasih Nisa.
Sempurna!
Reza cakap, "Kalau kita nak buat dia nampak tertekan, kita kena bagi punca. Kita create satu naratif."
Kononnya Nisa bunuh diri sebab Joe. Sebab tak move on. Sebab lelaki itu tinggalkan dia, sebab hati dia hancur. Padahal, yang pecahkan dia adalah aku.
Aku sengih nipis. Jari aku swipe gambar-gambar lama Nisa dengan Joe. Caption penuh cinta. Fullstop dengan emoji love. Aku sudah simpan semua ini dalam folder khas. Bukti palsu yang bakal jadi kisah benar dalam kepala orang ramai.
Sedangkan realiti dia... jauh lagi kotor. Nisa tengah mengandung dan anak itu... anak aku.
Sial betul.
Aku tak sangka dia mengandung. Tak pernah aku plan benda itu. Aku cuma nak rasa dia. Itu saja. Sebab waktu itu, dia ikut aku balik rumah sendiri. Dia peluk aku. Dia bisik, "Saya percayakan awak..."
Padahal aku tengah high. Aku tak pernah anggap dia lebih dari skandal intern yang cun sikit dari biasa. Tak pernah dan tak akan. Dan bila dia bagitahu dia mengandung, aku rasa macam nak tumbuk perut dia terus.
Tapi aku senyum. Aku pura-pura tenang. Aku peluk dia balik dan bisik, "Kita kahwin nanti."
Bangsatnya aku. Sebab aku tak akan kahwin dengan dia. Tak akan pernah. Tak akan sudi.
Aku benci dia. Aku geli dengan suara dia, dengan muka dia bila menangis, dengan ayat-ayat lembut dia yang buat aku rasa jijik.
Selama ini aku tahan. Aku sabar. Aku mainkan watak kononnya abang IT baik. Tapi makin lama, makin menyampah. Bila dia mula mendesak. Bila dia mula ugut. Bila dia mula cakap, "Kalau Azfar tak kahwin, saya akan..."
Kau akan apa, Nisa? Kau akan mati. Itu saja jalan keluar yang kau ada sekarang. Dan aku tak sabar nak tengok.
"Weh jomlah balik..." suara Ghibran. Aku sengih. Sinis. Dalam kepala aku, perkataan 'balik' itu lain maksud dia.
"Ohh aku lupa!" sambung Ghibran. "Jom bawa Nisa keluar makan... kononnya farewell..." Nada dia selamba. Tapi mata dia, penuh isyarat.
Farewell ke neraka.
Aku bangun perlahan-lahan. Gulung wayar charger. Tutup laptop. Masuk semua dalam beg galas warna hitam yang sudah banyak kali ikut aku buat kerja hitam.
Ghibran berdiri, sempat betulkan rambut wolf cut dia depan pantulan skrin monitor. Rambut dia memang nampak celaka dari semua angle.
Aku jilat bibir bawah. Lidah aku main di gigi.
Senyum sikit. Bukan manis. Tapi senyum lelaki yang tahu dia bakal buat benda haram, dan tak rasa bersalah langsung. Bunyi tapak tumit berbunyi.
TAK TAK TAK!
Aku dan Ghibran saling jeling. Dia sudah datang. Nisa. Dia berdiri depan kami. Senyum. Rambut dia jatuh atas bahu. Bibir dia glossy. Minah ini memang tahu guna rupa.
"Hai abang Azfar..." suara dia manja. Mata dia kelip. Bahu dia gerak sikit. "Nak belanja Nisa makan kat mana?"
Aku pandang Ghibran. Ghibran tahan senyum. Tapi bibir dia nakal. Dia tahu aku menyampah, tapi aku tetap mainkan peranan. Aku tetap akan pegang watak.
Aku betulkan kemeja maroon aku perlahan. Tarik lengan baju. Kancing pun aku sempat periksa biar kemas.
Malam ini malam terakhir kau, Nisa. Kau tak tahu, tapi aku tahu. Dan aku nak kau rasa istimewa sebelum kau lenyap.
"Kat tempat special, sayang," aku jawab. Suara aku tenang. Suara lelaki yang nampak sweet tapi dalam hati, sudah ada tali dan pil dalam but kereta.
"Let's go, farewell girl..." Ghibran sambung. Nisa ketawa kecil. Dia betul-betul percaya.
***
Kafe itu ada lampu kuning malap. Bau cheese dan daging bakar berlegar-legar dalam udara. Lagu indie love song yang sayup dari speaker siling buat suasana rasa syahdu. Tapi bagi aku, semuanya macam ironi.
Sebab aku datang sini bukan nak romantik.
Aku datang sini nak tutup cerita.
Nisa duduk depan aku. Baju putih dia labuh, seluar slack warna hitam, make up tak tebal tapi cukup untuk nampak macam awek luar negara. Minah ini memang pandai jaga vibe.
Dia senyum sepanjang masa. Bahu dia sesekali gerak. Kaki dia silang bawah meja. Aku perasan sebab aku duduk betul-betul depan dia dan aku rasa nak muntah.
"Thanks abang Azfar belanja Nisa malam ni..." suara dia lembut. Dia panggil aku 'abang'. Aku tahan geleng.
Aku senyum, pegang cawan coklat panas dan hirup sikit. "Of course. Hari terakhir kena special sikit. You deserve it."
Nisa tunduk malu. Entah kenapa dia gelak sikit. Mungkin sebab aku guna you. Mungkin sebab dia rasa dia bakal jadi isteri aku. Dalam kepala dia, mungkin ada majlis kahwin, bunga tangan, dan bunyi kompang.
Dalam kepala aku, ada pita hitam dan spot belakang bangunan kosong.
"Oi oi..." Ghibran masuk suara. "Lepas ni IT department sunyilah, kan?"
Nisa pandang Ghibran. "Nisa pun sedih... rasa sayang nak tinggalkan semua orang..."
Aku tahan tawa. Semua orang? Padahal tak ada orang pun peduli dia. Tapi bagus. Biar dia rasa dihargai. Biar dia rasa dia penting sebelum dia tak wujud.
"Lepas ni siapa nak tolong abang Azfar siapkan reportkan?" Ghibran buat muka kesian, letak tangan di dada. Drama betul sial.
"Alah..." Nisa pandang aku. "Abang boleh call Nisa kalau rindu. Nisa masih ada..."
Masih ada? Sial. Kau betul-betul tak tahu ya malam ini farewell nyawa kau juga? Aku senyum lebar. Letak tangan atas meja, biar jari aku menyentuh jari dia. Dia tak tarik. Dia sambut.
"Kalau abang rindu, abang datang cari Nisa. Jangan hilang terus."
Nisa ketawa kecil. Bibir dia glossy berkilat. Aku pandang mata dia dan aku janji dalam hati, Malam ini aku akan tengok mata itu terbeliak.
Aku potong steak perlahan. Darah daging medium rare ini meleleh sikit atas pinggan.Pisau dan garfu aku berbunyi halus. Nisa pula hirup mushroom soup dia dengan senyuman yang buat aku rasa nak lenyek kepala dia ke meja.
"Eh lambatnya kau makan, Nisa..." tegur Ghibran sambil kunyah chicken chop dia. Suara dia lembut. Muka dia pun nampak 'sayu'. Pelakon celaka.
Nisa senyum kecil. "Saya rasa macam... tak nak habiskan cepat-cepat. Rasa macam tak nak hari ni berakhir."
Aku senyum. Dalam hati aku cakap, tak apa, malam ini memang akan berakhir pun.
Ghibran letak garfu. Sandar belakang. Tarik nafas panjang, macam tengah simpan sebak.
"Serius... department IT lepas ni confirm sunyi. Kau tau tak Nisa, kau je yang selalu datang awal. Siap tolong susun meja meeting, print dokumen..." suara dia bergetar sikit. Dia peluk tubuh. "Aku... aku sebenarnya respect kau."
Aku pandang Ghibran. Pandai betul babi ini berlakon. Nisa tunduk. Muka dia nampak sebak. "Saya... saya pun suka kerja kat sini. Dapat jumpa abang Azfar... dapat belajar banyak benda... saya takkan lupa..."
Aku ketap bibir. Suap satu potong daging. Kunyah perlahan. Mata aku tetap pandang dia.
"Nisa," aku bersuara tenang. Dia angkat kepala.
"Lepas ni, kalau kau betul-betul serius nak kerja tetap... just text abang. Abang kenal orang dalam. Boleh tolong push..."
Mata dia berair. "Serius abang?" suara dia bergetar.
Aku angguk perlahan. "Anything for you."
Ghibran buat gaya acah lap air mata dengan tisu. "Weh siallah. Sedih gila rasa ni..."
Nisa ketawa kecil sambil kesat hujung mata. "Aduh, korang ni... buat Nisa rasa macam family sendiri..."
Aku dan Ghibran berpandangan. Family? Kami saling senyum... dan dalam hati, kami sama-sama tahu. Keluarga macam ini bukan bagi kasih sayang. Keluarga macam kami... bagi lubang kubur.
Aku baru nak suap potongan terakhir steak ke mulut bila Nisa tiba-tiba bersuara. Nada dia perlahan, tapi cukup jelas.
"Abang Azfar..."
Aku angkat kening. Letak pisau dan garfu. Dia pandang aku. Lama. Serius.
"Betul ke... abang nak kahwin dengan Nisa?"
Soalan itu macam tetiba buka pintu neraka. Aku pandang dia, mata dia redup, penuh harap. Macam budak tunggu jawapan ujian.
Ghibran yang tengah minum air terus senyum senget. Dia toleh sikit ke arah aku, lepas itu kembali renung Nisa. Riak muka dia... celaka. Macam nak kata, "Jeng jeng jeng..."
Aku tarik nafas dan aku senyum. Senyum paling manis yang aku pernah bagi dalam hidup aku.
"Sayang..." suara aku sengaja aku perlahankan. Lembut dan romantik. "Apa soalan tu? Mestilah abang nak kahwin dengan Nisa. Abang bukan main-main dengan Nisa."
Nisa tunduk malu. Jari dia main-main dengan straw. Wajah dia terus cerah macam budak baru dapat surat tawaran sambung belajar.
"Aku saksi," Ghibran menyampuk. Nada dia acah-acah 'supportive', tapi senyum dia tak pernah lari dari sinis.
Aku sambung. "Lepas ni, kalau Nisa dah kerja tetap... semua stabil... kita bincang. Abang tak pernah main-main bila abang cakap sayang."
Aku capai tangan dia atas meja. Dia terkejut sikit, tapi dia genggam balik. Aku tahan geli. Tapi aku tak lepas.
"Nisa special, tau tak?" aku bisik.
Ghibran di sebelah terus tutup mulut tahan ketawa. Bahu dia bergegar. Tapi mata dia... tajam. Penuh sindiran. Dia pandang aku macam nak cakap, "Buaya tahap legend."
Nisa senyum. Air mata dia bergenang. Dia nampak terlalu percaya dan itu buat aku makin puas. Aku pandang muka dia dalam-dalam.
Senyuman dia. Harapan dia. Segalanya akan lenyap dalam beberapa jam lagi.
Dan aku tak sabar nak jadi orang terakhir yang dia percayakan... sebelum aku jadi orang terakhir yang dia nampak.
Share this novel