Bab 128

Mature Content Series 3178

Lepas Maghrib. Kedai mamak biasa. Langit gelap. Lampu kedai kuning malap. Bau roti naan dan ayam tandoori masuk ikut hidung.

Kami duduk meja luar. Angin bertiup malas. Meja goyang sikit. Azfar duduk seberang aku. Reza di hujung tangan bersilang, muka bosan.

Aku belum minum air. Sebab tekak aku masih kering... kes trauma siang tadi. Azfar, macam biasa belum henti membahan.

"Kau tahu tak, Reza..." Dia buka cerita. Muka dia penuh semangat. "Aku jumpa Ghibran dengan Aimi HR dalam stor cleaner tadi!"

Aku terus angkat tangan. "Azfar. Jangan. Cerita. Sini."

Reza pandang. "Stor cleaner?"

Azfar angguk macam reporter CNN. "YES. Sama tempat aku 'projek' dulu. Warisan tempat tu masih berjalan!"

Muka aku merah. Azfar sambung. Kuat. Sengaja naikkan suara walaupun orang di meja belakang tengah makan char kuey teow sambil tengok kami pelik.

"KAU NAK TAHU APA AIMI BUAT?? Dia tekan rusuk kiri Ghibran sambil bisik..."

"AZFAR, BABI!!" Aku terus maki. Orang meja sebelah terdiam. Azfar ketawa. Reza geleng kepala sambil minum air.

"Kau fitnah akulah bangsat!" aku sambung. "Aku tak buat apa pun! Dia tarik aku masuk! Aku nak keluar!"

Azfar makin gelak besar. "WEH REZA, MUKA DIA TADI... MACAM KUCING BASAH DICIUM BUAYA. TERKETAR-KETAR. SIAP KATA 'SAYA... SAYA NAK BALIK...'"

"AZFAR!!!" Aku lemparkan straw bekas air ke muka dia.

Orang meja belakang tengok lagi. Reza letak gelas atas meja perlahan.

"Azfar..."

Azfar pandang Reza. "Ya?"

Reza geleng kepala. "Kalau kau ni dijadikan modul pendidikan moral... confirm semua budak gagal SPM."

Azfar masih ketawa macam pelawak pentas tak sedar dia sudah cancel culture tiga kali. Aku tengah tarik nafas. Minum teh ais dalam-dalam.

Reza masih duduk tenang. Tapi tangan dia sudah bersilang, tanda dia sedang menilai siapa yang patut mati dulu malam ini.

Tiba-tiba Azfar pandang Reza. Senyum naik sebelah bibir. "Eh Reza..."

Reza jeling. "Apa?"

"Kenapa kau tak balik malam semalam?"

Aku terus berhenti minum. Azfar makin lebar senyum. "KAU BUAT APA DALAM RUMAH RISSA, HAAA?"

Reza angkat tangan laju, muka malu. "Weh... perlahan sikit suara tu bodoh!"

Azfar tak peduli. Dia bersandar sambil sengih jahanam. "Kau masak ke dia masak? Ke dua-dua 'masak' atas sofa? Haa? Jawab!"

Reza tarik nafas. "Aku lempang cawan ni atas muka kau sekarang."

Azfar gelak kuat. "WEH GHIBRAN... KAU NAK TAHU TAK APA REZA BUAT?!"

Aku terus angkat tangan. "Tak. Aku tak nak tahu. Aku trauma cukup dah..."

Azfar tak kisah. Dia terus sandar belakang, pandang langit macam nak berzikir.

"Rissa bisik kat Reza, 'sayang... kau korek aku dulu sebelum korek bola mata orang lain...'"

"BANGSAAAAATTTT!!!" Reza terus sepak kaki Azfar bawah meja.

Azfar tergolek sebelah, gelak berdekah. "AKU TAK BERSALAH!!! AKU CUMA NAK HIDUPKAN SUASANA!!!"

Orang meja sebelah sudah geleng kepala. Ada pakcik angkat kening, ada makcik tepuk anak dia jangan dengar. Reza duduk tegak. Muka dia merah. Telinga dia merah tapi dia masih senyum sinis.

Dia pandang Azfar. "Balik nanti, aku suntik racun kat kereta kau."

Azfar angkat tangan. "Tolong jangan... kereta aku je yang setia."

Reza duduk diam. Tangan dia atas meja, tapi jari dah ketuk-ketuk gelas macam tengah susun ayat untuk bunuh Azfar secara licik. Aku masih minum. Tapi dalam hati, aku tahu... babak belum tamat.

Azfar duduk semula. Dia tegakkan badan. Tangan atas meja. Muka penuh kemenangan.

"WEHH..." Suara dia naik balik.

Orang meja belakang sudah pandang pelik lagi.

"REZA TU TAK SUCI DAH!"

Reza jeling tajam. "Azfar. Sumpah diam."

Azfar pandang aku. "KAU PUN TAK SUCI GHIBRAN!!!"

Aku tersembur teh ais. "APA SIAL?? AKU TAK BUAT APALAH!!"

Azfar angkat dua tangan ke langit. Dramatik. Macam pengakuan dosa dalam drama pukul 9.

"AKU PUN TAK SUCI!!!" Dia tengok sekeliling. "DAN AKU TAK MALU!!! AKU BANGGA!!!"

"AKU SUKA!!! AKU NAK LAGI!!!"

Reza tutup muka. Aku tekup telinga. Seorang budak kecil meja belakang tanya mak dia, "Mummy, suci tu apa?"

Mak dia geleng sambil tarik anak jauh dari kawasan kejadian.

Azfar ketuk meja kuat. "AKU AZFAR BIN CELAKA, DAN AKU BERDOSA SEJAK ZAMAN SEKOLAH LAGI!!!"

Reza bangun perlahan. Pegang sudu. "Aku tikam kau dengan sudu ni kalau kau tak diam dalam 3 saat."

Azfar diam tapi sengih tak hilang. "Aku cuma jujur..."

Aku baling tisu pada dia. "Jujur kepala lutut. Nanti Ezrik balik, aku bagi kau confess kat depan dia."

Azfar buat muka takut palsu. "Ala... Ezrik pun tak suci. Percayalah... dalam hati dia ada projek yang kita belum tahu."

Azfar masih sengih. Bangga dengan pengakuan dosa dia yang baru diumumkan kepada seluruh komuniti kedai mamak Seksyen 9.

Tapi... tiba-tiba...

"WEHHH!!!" Pakcik meja sebelah bangun.

Berumur 50-an. Berbaju batik. Makan roti telur tadi sambil minum teh o suam. Tapi sekarang mata dia merah. Hidung dia kembang kempis.

"WEHHH MULUT KAU NI MACAM CELAKA!!!"
Dia jerit. Satu kedai terdiam.

Azfar toleh perlahan. Masih senyum. Masih cool. Macam tak sedar dia baru dihina dengan full capslock.

"Ohh pakcik dengar ke?" Azfar jawab tenang sambil teguk air.

"KAU INGAT KAU LAWAK?! MULUT LONGKANG! ORANG NAK MAKAN LAH!!!" Pakcik itu makin naik angin. Tangan sudah goyang-goyang sebelah pinggan nasi lemak.

Azfar senyum makin besar. "Relaks pakcik. Mulut saya longkang sebab saya minum air dari paip realiti."

Pakcik makin panas. "APA KAU CAKAP?!"

Azfar terus sambung. "Pak cik pernah rasa... kehilangan kesucian?"

AKU TEKUP MUKA. REZA TUTUP TELINGA. PAKCIK ITU NAIK DARAH.

"AKU TAMPAR KAU NANTI, BARU KAU RASA HILANG GIGI!!!"

Azfar tetap tenang.

"Kalau saya hilang gigi, saya boleh pakai gigi palsu. Tapi kalau pakcik hilang mood, saya hadiahkan roti canai extra. Peace."

Pakcik audah buka mulut nak maki lagi tapi isteri dia dari meja belakang jerit. "BANG, DIAM! JANGAN MALUKAN SAYA KAT KEDAI MAMAK NIH!!"

Pakcik itu terus duduk balik. Azfar angkat tangan. "Sayang awak, makcik..."

Suasana sudah reda sikit. Pakcik meja sebelah sudah kena marah dengan bini. Azfar sudah duduk semula masih tersengih macam syaitan baru dapat lesen memandu.

Aku pandang dia. Tenung saja.

Dia toleh. "Apa?"

Aku letak gelas teh ais perlahan. Bersilang tangan. "Azfar."

"Ya?"

"Aku pelik."

Dia senyum. "Pasal apa?"

"Pasal kau."

"Eh kenapa aku?"

Aku tarik nafas. "Perangai kau... macam celaka."

Azfar tergelak kecil. "Tu je? Bukan benda baru."

Aku sambung. "Mulut kau ni... jenis tak reti insaf. Tak reti baca bilik. Tak reti hormat orang makan. Tak reti beza antara 'sakat' dengan 'melondeh reputasi orang sampai tak boleh jumpa HR lagi.'"

Azfar angkat kening. "Tapi lawak kan?"

Aku angguk. "Lawak. Lawak yang buat aku nak tolak kepala kau dalam kolah masjid."

Reza sebelah sudah urut dahi. "Ya Tuhan..."

Aku sambung. "Kau ni... jenis kalau jadi cikgu, budak ponteng pun akan datang sekolah sebab nak tengok kau kena buang kerja."

Azfar sengih makin besar. "Kau ni... jenis kalau kahwin, bini kau akan pura-pura jadi penyamun sebab nak keluar rumah."

Azfar ketawa. Reza tutup muka. "Aku pening..."

Aku angkat sudu. "Kau ni... jenis kalau masuk neraka, setan pun letak headphone."

Azfar tepuk meja. "WEHHH AKU SUKA SEMUA KAU CAKAP!!! AKU AKUI!!! AKU MEMANG CELAKA!!!"

Reza bangun perlahan. "Aku balik dulu. Kepala aku rasa nak pecah."

Azfar duduk bersilang kaki. Lepas gelak puas, dia pandang kami berdua. Muka dia serius sikit. Tapi mata dia bercahaya macam baru dapat ilham nak rosakkan hidup orang.

"Eh. Aku ada idea."

Aku dan Reza serentak jawab, "tak nak."

"Wehhh belum habis cakaplah celaka!"

Reza geleng. "Kalau keluar dari mulut kau, mesti menyusahkan."

Azfar buat muka tak puas hati. "Dengar dulu laaa..."

Kami senyap. Dia bersandar. Senyum. "Lusa. Sabtu. Kita pergi air terjun kat Rawang."

Aku terus berkerut. "HAH?"

"Ada air terjun cantik. Sejuk. View lawa gila. Best gila nak healing."

Reza senyum nipis. "Aku bukan kau. Aku tak hiking untuk tengok punggung perempuan dari belakang."

Azfar ketawa. "Wehhh... kita pergi ramai-ramai. Jom laaaa... aku dah bosan. Asyik duduk mamak je."

Aku tengok dia. "Lusa Sabtu tu aku plan baring. Dalam bilik. Dengan kipas. Dengan maruah aku yang hancur. Tak ada hiking."

Azfar buat muka kecewa. "Tolong laaaa... Ghibran ikut. Reza pun ikut. Aku paksa."

Reza angkat kening. "Kau paksa?"

Azfar senyum. "Kalau korang tak ikut, aku bagitahu Aimi HR yang Ghibran masih rindu dia."

Aku berdiri. "AKU IKUT!"

Azfar senyum lebar. "Reza... kau pun ikut. Kau ajaklah Rissa. Mesti best weh..." Dia sengih makin celaka. "Rissakan seksi."

Reza terus ketuk meja. "AZFAR, AKU MAKI KAU SEKARANG NI, BOLEH?!"

Azfar gelak macam babi dibelai. "Aku nak tengok Rissa pakai seluar pendek!"

Aku terus letak kepala atas meja. "Weh kepala aku sakit... Aku rasa migrain... Kenapa aku kawan dengan korang..."

Aku masih pegang kepala. Air teh ais sudah cair.
Sudu dalam gelas pun nampak stress tengok perangai Azfar malam ini.

Tapi Azfar? Dia sandar kerusi. Senyum. Satu tangan garu dagu, macam tengah bagi ulasan analisis pasaran saham tapi topik dia sekarang ialah: Badan Rissa.

"Reza..."

Reza tak jawab. Mata dia tengok meja. Azfar sambung. Suara dia naik dua level. "Jujur aku cakap weh... badan Rissa power gila."

Aku tutup muka. Azfar masih bersyarah. "Dia workout weh. Aku perasan... paha dia, bahu dia, bentuk pinggang... semua on point. Jaga makan tu confirm."

Orang meja belakang sudah mula pandang-pandang lagi.

"Aku pernah nampak dia pakai crop top dengan seluar pendek kat IG story..."

Reza angkat muka perlahan. Mata dia sudah tajam.

"...macam nak langgar skrin phone aku. Seksi gila babi."

Aku sebak bukan sebab cinta tapi sebab malu. Reza masih senyap. Tapi tangan dia sudah genggam.

Azfar senyum makin jahat. "Best gila hidup kau Reza... bangun tidur tengok Rissa. Nak keluar, pegang tangan Rissa. Rissa belanja makan, Rissa seksi... kau ni bertuah sangat. Aku jealous."

Reza bangun. Tangan dia capai straw panjang dari meja.

Azfar perasan. "Ohh nak minum ke..."

Rez terus hayun straw itu macam rotan sekolah agama.

SMACKKKK!!!

Azfar terkejut. "Wehh!!!"

Reza bengang. "SEKALI LAGI KAU SEBUT BADAN DIA, AKU CABUT GIGI KAU GUNA SENDUK MAMAK."

Aku letak kepala atas meja semula. "Ya Tuhan... kenapa aku duduk meja ni..."

Azfar gosok lengan, tapi masih senyum. "Aku just bagi pujian jujur. Kita kena appreciate keindahan ciptaan..."

Reza lempar garpu. Baru saja suasana reda sikit. Reza sudah duduk semula, masih bernafas berat macam tengah kira pahala hilang sejam ini.

Aku pula baru nak habiskan air. Tiba-tiba, Azfar sandar balik, mata dia bersinar. Aku sudah kenal sangat sinar itu. Sinar buaya ada plan.

"Wey Bran..."

Aku kerut dahi. "Apa lagi?"

Azfar senyum. "Esok malam jom ikut aku."

Aku tahan nafas. "Pergi mana pulak?!"

"Hotel."

Aku angkat kening tinggi. "HAH?!"

"Jumpa Kiera."

Aku terus pegang kepala. "Kau jangan mula azab malam Jumaat ni Azfar..."

"Dengar dulu la. Kiera ajak aku jumpa. Kat hotel. Bilik dia level 15. Aku plan nak study dengan dia."

Aku terdiam lima saat. Kemudian aku meletup. "KAU NAK STUDY APA DALAM BILIK HOTEL BODOHHH???!"

Orang meja sebelah lompat sikit. Azfar gelak sambil pegang bahu aku. "Serius lah weh. Study chemistry. Kau ikut. Kita dua-dua single. Tak salah pun."

Aku ketap gigi. "Ya Tuhan... tolong bagi petir jatuh atas otak Azfar ni."

Azfar makin galak. "Kiera kaya bro. Naik Alphard. Pakai minyak wangi mahal. Badan mantap. Suara manja. Kau tengok dia senyum pun boleh cair..."

Aku tenung dia. "Kalau aku ikut pun, aku nak baring je. Tengok siling. Bayar dosa aku awal-awal."

Azfar sengih. "Tak apa. Asalkan kau ada. Teman aku. Moral support. Kita explore jalan hidup."

Reza letak sudu perlahan. "Azfar, aku sumpah... kalau kau ajak Ghibran buat benda pelik... aku hantar nama kau masuk group WhatsApp surau taman kita."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience