Langkah aku perlahan. Bunyi tapak kasut Timberland aku bergema sikit atas laluan pejalan kaki. Selepas waktu Isyak, angin tak kuat tapi otak aku masih berlegar dengan Helena.
Baru lepas turun dari bangunan kondominium dia. Masih terbayang wajah dia waktu aku cium dahi dia sebelum keluar. Cincin itu masih di jari dia dan aku rasa aku tak pernah tenang macam sekarang.
Aku jalan terus ke arah tempat letak kereta. Civic aku ada di hujung bawah pokok, parking biasa. Tak ada calar. Aku sayang kereta itu lebih dari nyawa sendiri.
Tangan aku capai kunci dari poket seluar slack. Bunyi beep bila aku unlock pintu kereta.
"Azfar?"
Langkah aku terhenti. Suara itu aku kenal. Aku pusing perlahan dan ya. Depan aku berdiri seorang perempuan tinggi, berbaju putih ketat tuck in dalam skirt satin paras lutut. Kaca mata hitam tolak atas kepala. Lipstik merah, beg mewah dan bau minyak wangi mahal menyapa hidung aku sebelum aku sempat fikir apa-apa.
Kiera.
"Kiera? Apa kau buat kat sini?"
Dia sengih. Langkah dia mendekat. Tumit dia ketuk lantai konkrit bunyi yang aku kenal masa dulu. Bunyi sebelum pintu bilik hotel tutup. Bunyi sebelum baju dia jatuh ke lantai.
"Kebetulan aku ada urusan dekat area sini... Nampak kau dari jauh. Rindu..." Suara dia turun separuh nada. Mata dia scan aku dari atas ke bawah. Aku tak pakai kemeja. Hanya t-shirt hitam ketat dan slack sama dari semalam. Rambut serabai dan muka aku belum cuci betul.
"Kau nampak... lain. Hot, penat tapi... lain."
"Aku tak sangka boleh jumpa kau hari ni," aku balas. "Last kita jumpa... berapa bulan lepas?"
"Too long..." Dia gerak lagi rapat. Sekarang jarak dia dengan aku cuma sejengkal. Mata dia tak lepas dari mata aku. "Kau ingat bilik 915 kat V Luxe Hotel? Bilik itu ada sejarah kita..."
Aku senyum senget. "Kau masih nak berdrama, eh?"
Dia ketawa kecil. "Tak drama, baby. I'm just being real. Aku rindukan kau."
Tangannya tiba-tiba sentuh dada aku. Jari dia tekan dada aku perlahan. Mata dia renung aku.
"Bila kita boleh spend time lagi, hmm? Sudah empat bulan tau kau tak contact aku..."
Suara dia turun separuh bisikan. Mata dia renung aku macam nak telanjang aku dengan pandangan.
"Aku rindu kau, Azfar. Especially dekat... katil hotel selalu." Dia sengaja dekatkan bibir dia ke telinga aku. Suara dia makin sensual. Ayat dia berbisa.
"I still remember the way you buat aku malam tu... macam kau tak nak lepas aku langsung..."
Aku diam. Mata aku pandang lantai. Nafas aku tarik perlahan.
Empat bulan. Ya. Sudah empat bulan aku tak contact dia. Lepas aku mula betul-betul rapat dengan Helena, aku potong semua connection yang tak perlu dan Kiera... antara yang paling aku hindari.
Tapi dia berdiri depan aku sekarang dengan semua 'rindu' yang dia pernah simpan.
"Kiera..." suara aku perlahan. "Benda tu sudah lama. Kau pun tahu aku tak cari kau lagi lepas tu."
"Aku tahu... tapi kau tak rindu aku langsung ke? Kau tak ingat malam-malam kita dekat bilik hotel? Waktu aku duduk atas riba kau, bila kau bisik..."
"Stop." Aku potong terus.
Mata aku tajam. Aku pandang dia tanpa senyum. "Aku tak main lagi dengan perempuan yang datang, telanjang dan hilang. Aku bukan Azfar yang dulu."
Dia diam. Senyuman dia perlahan-lahan pudar tapi mata dia masih mencabar macam dia tak percaya aku berubah.
"So sekarang... siapa yang kau simpan? Siapa perempuan yang buat buaya macam Azfar jadi setia tiba-tiba?"
Aku sengih. "Adalah dan dia tak perlukan hotel untuk buat aku rindu."
Aku pandang dia lama tapi tak lama. Aku terus buka pintu kereta aku lalu masuk. Tapi sebelum sempat aku tarik pintu rapat...
BAM!
Pintu penumpang sebelah pemandu dibuka dari luar. Kiera masuk, cepat dan tanpa izin. Duduk sebelah aku dengan yakin.
"Kau buat apa ni, Kiera?" aku tanya, suara aku garau.
Dia sengih. Tutup pintu sebelah dia. Suasana dalam kereta gelap. Lampu jalan tak cukup kuat. Kaca tinted. Sempurna untuk syaitan bekerja.
"Aku belum habis cakap... kau lari dulu."
Aku toleh. Dia sudah buka seatbelt. Badan dia condong ke arah aku. Tangan dia naik sentuh paha aku.
"Kau gila ke?" Aku tolak tangan dia.
"Kau ingat aku datang area sini saja-saja? Aku tahu kau kerja dekat sini. Aku tahu Civic ni milik kau. Aku tunggu."
Jantung aku laju. "Kiera, cukup. Keluar. Sekarang."
Tapi dia gelak kecil. Tangan dia naik lagi. Kali ini terus ke leher aku. Jari dia belai.
"Kau tak rindu aku langsung ke? Kau tak nak rasa semula ke rasa bila aku naik atas kau, peluk kau, bisik dekat telinga..."
"Stop it." Aku alih muka tapi dia makin dekat.
"Aku boleh buat kau lupa semua... Lepas ni, aku takkan ganggu lagi..." Bibir dia makin dekat dengan pipi aku. Nafas dia panas. Tangan dia sudah tekan dada aku. Suasana gelap. Sunyi dan aku... makin lemas.
Dalam hati aku ada suara Helena muncul. "Aku nak kau selalu ada dengan aku sampai bila-bila..."
Aku genggam gear dengan kuat. Tangan aku menggigil.
"Aku tak boleh. Aku sudah ada orang lain."
"Orang tu tahu sejarah kau tak? Dia tahu siapa kau dulu?"
"Ya dan dia terima aku."
"So kenapa kau nampak goyah sekarang?"
Dia bisik.
Dia tahu aku lemah dulu tapi sekarang... aku tolak tangan dia kasar.
"Sebab aku tengah lawan diri aku sendiri dan aku tak nak kalah."
Kiera pandang aku lama. Mata dia tajam tapi aku tak pandang sudah. Aku tekan butang lock.
KLIK!
"Keluar."
Dia terdiam. Nafas dia berat tapi dia tahu kali ini aku serius. Perlahan-lahan dia tarik pintu. Turun dan kali ini, dia tak pandang aku lagi.
Pintu ditutup. Aku terkulai atas seat. Peluh dingin. Nafas pendek. Dada berombak. Aku hampir tergelincir tapi aku masih Azfar yang Helena percaya.
***
BAMMMM!!!
Pintu rumah sewa di hempas kuat. Tak tunggu sesiapa sambut. Tak peduli siapa tengah tidur.
Langkah aku berat, deras. Peluh menitik di leher. Jantung aku belum stabil.
Reza yang tengah duduk atas karpet dengan laptop atas paha, terus toleh. Ghibran yang tengah kunyah keropok atas sofa melompat sikit.
"Weh, kau dah kenapa?!" Suara Ghibran dulu yang keluar. "Pintu tu buat salah apa?!"
Aku tak jawab dan terus jalan. Lalu depan meja makan, redah ke sofa, dan PLAKK! aku duduk kuat-kuat. Tangan aku sapu muka. Dada naik-turun. Baju aku basah peluh. Jari aku masih menggigil.
Reza bangun, rapatkan diri ke depan. "Tangan kau tu sudah kenapa? Kau nampak hantu ke?"
Aku pandang dia. Muka aku ketat. Nafas aku tarik panjang, tapi tetap semput.
"Kiera..."
"Kiera?" Reza ulang. "Ex-skandal kau tu?"
Aku angguk. "Dia muncul depan kereta aku. Dekat bawah kondo Helena."
Ghibran terus gelak. "HAH! Patutlah kau macam kecut telur."
Dia lempar keropok ke dalam mulut, lepas itu sengih jahat. "Tak nak check in satu round dulu ke? Kaukan rindu hotel..."
"Shut up, Brann."
Aku tolak kepala sendiri ke belakang sofa. Mata aku pejam.
"Aku tak layan dia. Dia sentuh aku. Dia goda aku. Dia ajak throwback tapi aku tahan. Susah gila, weh."
Reza duduk atas meja kopi depan aku. Muka dia serius. "Kau okay?"
Aku angguk perlahan. "Aku okay tapi aku sumpah... aku tak nak jadi Azfar yang lama lagi. Aku tak nak balik ke perangai celaka tu.
Sunyi.
Ghibran tenung aku. Muka dia sudah tak senyum. Reza pula angkat tangan, tepuk bahu aku perlahan.
"Kalau kau betul sayang dia... jangan biar hantu silam goda kau lagi."
Aku pejam mata. Nafas panjang. Dalam kepala aku, masih terbayang Helena tidur atas dada aku tadi. Masih terbayang cara dia peluk aku macam aku dunia terakhir dia.
Dan aku tahu... perempuan macam Kiera datang dan pergi. Tapi Helena, dia satu-satunya yang aku tak sanggup lepaskan. Sunyi dua tiga saat tadi terus pecah.
"Wehhh celaka gila..." Ghibran tiba-tiba ketawa besar.
"Buaya Azfar... si gila seks department RAG... hari ni tolak perempuan datang peluk dia dalam kereta? Kau okay bro? Kau demam ke?" Dia tumbuk ringan lengan aku.
Reza pun terus gelak. "Weh. Ini sejarah ni. Azfar yang dulu selak skirt dalam lif pun tolak skandal yang offer ready-made service? Nampak sangat dunia nak kiamat."
"Sumpah aku patut rekod tadi," Ghibran tambah. "'Hai saya Azfar, dan saya sudah jinak. Saya kini buaya bertunang'."
Aku lempar bantal ke arah Ghibran. "Bangsat. Kau tak rasa ke aku tengah serius ni?"
"Seriuslah sangat," Reza sambung bahan. "Azfar dulu bukak seluar laju dari buka mulut. Sekarang baru kena raba sikit sudah trauma."
Aku hempas belakang kepala ke sofa. "Bodoh korang ni."
Tapi senyum aku keluar juga. "Aku seriuslah sial. Aku betul-betul nak setia. Bukan sebab takut tapi sebab aku rasa... aku sudah jumpa orang yang buat aku nak jadi lelaki yang better. Yang buat aku nak balik rumah lepas kerja. Bukan balik hotel."
Ghibran tunduk. "Fuh... dialog drama TV3. Kau makan ubat cinta ke malam tadi?"
Reza pula ketawa sampai batuk. "Mungkin dia dah kena santau guna cincin Shopee."
"Celaka." Aku ketawa kecil.
Tapi aku pandang mereka. Mata aku serius. "Tapi aku tak main-main. Kalau aku curang dengan Helena... aku rasa aku bukan Azfar. Aku buaya yang tak layak hidup."
Sunyi kejap. Ghibran tunduk. Reza diam. Lepas itu Reza tepuk dada aku perlahan.
"Okay, kalau kau serius, kami support tapi kalau kau termasuk lubang lama... kami support juga tapi dalam bentuk pukulan."
Aku gelak. "Fair enough."
Tiba-tiba Reza bersandar ke meja kopi. Sambil tangan dia gosok dagu, dia buka mulut:
"Korang berdua jangan lupa... Minggu depan aku nikah."
Aku dan Ghibran terus beku. Pandangan kami bertembung.
"APA?!"
Aku terus bangun sikit dari sofa. "Nikah apa benda?! Bila masa kau bagi tahu?!"
Reza sengih perlahab. "Aku sudah cakap awal bulan lepas. Kau saja sibuk stalk Helena sampai lupa."
"Celaka..." Aku garu kepala. "Betul ke minggu depan? Hari apa? Jumaat ke?"
Ghibran tiba-tiba baring atas karpet. "Weh... lagi seminggu saja Reza akan pindah keluar. Takkan tinggal kita dua saja kat rumah ni..."
Muka dia macam baru lepas putus cinta. Aku geleng kepala.
"Reza kahwin wehhh... Dia akan duduk serumah dengan Rissa. Dengan Rissa tu kot... yang kalau marah, boleh campak periuk."
Reza gelak. "Periuk campak tu kira sayanglah tu."
Aku sambung loyar buruk. "Kau jangan buat anak cepat sangat weh nanti susah nak lepak mamak. Tengah lepak, bini call suruh beli diapers."
Ghibran tambah. "Kau lepas ni terus hilang dari radar. Tak boleh tengok dota. Tak boleh berak lama. Kena selfie berdua depan sliding door rumah setiap minggu."
"Kau jadi suami lembut. Lembik. Mampus kau."
Reza gelak besar. "Bodohlah korang ni..."
Lepas itu dia senyap sekejap. Pandang siling. "Tapi sumpah... aku pun sedih sebenarnya nak tinggalkan rumah ni. Rumah ni tempat kita plan banyak benda gila. Tempat kita balik bila dunia terbalik."
Aku senyap. Ghibran pun sama.
Reza teruskan. "Tapi kalau aku tak keluar dari rumah ni, aku takkan boleh bina rumah yang baru."
Sunyi tapi rasa berat. Aku tengok Reza.
"Kalau kau happy, kami okay tapi jangan lupa kami."
Ghibran sambung. "Dan jangan lupa... kalau Rissa tak layan kau, rumah ni masih ada tempat untuk lelaki kecewa."
Reza sengih kecil. "Lelaki kecewa makan nasi lemak kedai mamak saja."
Share this novel