Bab 147

Mature Content Series 3850

Jari dia kasar tapi sejuk. Dagu aku dicekup lembut, naik sikit. Mata kami bertembung. Dekat terlalu dekat sampai aku boleh kira bulu mata dia satu-satu.

"Rissa..." suara Azfar turun separuh nada. Macam bisikan dalam bilik gelap yang bau rahsia.

Aku senyum sikit. Senyum nakal yang aku tahu buat dia susah nafas. Bukan senyum manja. Senyum jahanam.

Azfar pandang aku macam aku bukan manusia. Macam aku bahan larangan yang dia tahu haram sentuh tapi tetap nak rasa.

"Kenapa kau cantik sangat ni?" Dia renung lama. "Bau kau... macam nak buat orang hilang iman."

Aku senyum lebih. Sengaja tunduk sikit, bagi bau vanila mahal itu naik melantun. Percuma tapi tak murahan.

"Aku pakai sebab aku tahu kau akan bau," aku balas perlahan. Gatal tapi jujur.

Dada dia naik turun cepat. Tangan dia masih di dagu aku, tak gerak. Tapi mata dia... mata itu sudah mula berubah. Dari sekadar tenung jadi haus.

Dan aku tahu, kalau aku dekatkan muka lagi seinci... Azfar akan langgar semua batas yang dia pernah cuba pertahan.

Dia pandang kiri. Pandang kanan. Sunyi. Malam pekat tak bunyi. Lampu jalan pun macam segan nak nyala terang. Aku tahu dia fikir sekarang masa sesuai.

Bodoh!

Aku sengih, sengaja gelak manja sambil jeling dia sebelah ekor mata. Pandangan yang boleh bawa dosa, kalau iman senipis plastik lutsinar.

Azfar pandang aku balik. Mata dia tajam, tapi ragu-ragu. Macam nak terkam tapi takut aku hilang.

"Rissa..." dia sebut nama aku macam orang sebut 'syurga' tapi tahu akan masuk neraka.

Aku tak jawab. Aku cuma biar dia tenggelam dalam bau aku, dalam pandangan aku, dalam diam aku.

Perlahan-lahan, dia dekatkan muka. Nafas dia bertembung dengan aku. Panas, kering dan berdengung dalam dada. Bibir dia tinggal seinci.

Tinggal.

Seinci.

Dan waktu dia fikir dia sudah menang...

TUP!

Aku tolak pipi dia lembut dengan hujung jari.

"Cepat sangat, Azfar," aku bisik dekat telinga dia. "Belum masa lagi."

Aku gelak kecil. Gelak nakal. Gelak yang ada sengsara dalam manis. Azfar terkaku. Tangan dia masih tergantung di udara, macam lelaki yang tertangkap basah dalam mimpi basah.

Aku julingkan mata ke atas, tunduk sikit dan selamba tarik pintu kereta.

"Kalau kau nak sangat, kau kena tahan sikit." Aku betulkan tempat duduk.

Aku tahu itu tamparan ego dan aku suka tengok muka Azfar yang tiba-tiba tak ada plan. Aku baru nak tarik seatbelt.

Tapi tangan dia datang lagi. Tak bagi peluang aku lari jauh.

Azfar pegang balik dagu aku. Kali ini lebih lembut, tapi lebih menggigil. Macam tangan orang yang cuba kawal nafsu tapi gagal.

"Rissa..." suara dia pecah. "Sekali ni saja. Please."

Rayuan dia bukan macam biasa. Bukan nada buaya gatal. Kali ini... ada retak. Ada harap. Ada sisa lelaki yang sudah terlalu lama terperangkap dengan perasaan. Aku pandang mata dia. Ada sesuatu di situ iaitu antara nafsu dan rasa yang dia tak reti nak beza.

Aku gelak kecil. Manja tapi celaka dan sebelum dia sempat fikir lebih... aku terus cium pipi dia laju, panas, dan cukup nak buat dia tak boleh tidur malam.

Mwah!

Satu saat.

Tapi kesannya? Macam peluru terus ke dada dia. Aku sandar balik, senyum penuh dosa, sambil tarik balik dagu aku dari tangan dia.

"Sudah, kan?" aku kata sambil kenyit mata. "Lain kali... kalau kau rajin merayu macam ni, aku bagi lagi. Tapi jangan sampai Reza tahu. Kang kau mati."

Azfar diam tapi mata dia masih tak lepas dari pipi dia sendiri. Seolah-olah tak percaya aku betul-betul buat tadi.

Aku hidupkan enjin. Aircond naik. Lagu radio entah apa-apa tapi yang jelas dalam kereta ini sekarang?

Bukan bunyi lagu. Tapi bunyi degup jantung Azfar yang makin laju. Aku baru nak masukkan gear tapi Azfar tak putus asa.

Dia tarik pipi aku lagi. Kali ni bukan lembut. Kasar. Rasa panas. Muka aku ditarik balik menghadap dia. Bibir dia makin dekat. Nafas dia macam api kecil yang baru nak marak semula.

Mata kami bertembung. Tak ada siapa berkelip. Jantung aku degup macam genderang. Tapi bukan sebab cinta. Sebab aku suka main api. Dan Azfar suka terbakar. Bibir kami tinggal beberapa milimeter

TRING! TRING! TRING!

Bunyi telefon aku bising gila. Menyampah. Mengacau. Aku terus capai. Tengok nama di skrin.

Reza.

Azfar terus beku. Bibir dia terhenti separuh jalan. Nafas dia putus. Aku senyum, tekan jawab. Suara terus berubah 180 darjah.

"Hello sayang..." suara aku manja macam perempuan tak bersalah.

Azfar tenung aku macam aku baru tikam jantung dia depan-depan. Tangan dia yang tadi nak pegang aku, terus naik...

DUMMM!

Dia tumbuk dashboard kereta aku kuat-kuat. "Celaka..." dia sumpah bawah nafas.

Aku pandang dia dengan ekor mata. Senyum tak luntur. Telefon masih melekap di telinga.

"Yelah, Rissa rindu Reza jugak..." aku sengaja sebut kuat-kuat sambil jeling Azfar. Azfar gigit bibir. Dada dia turun naik. Mata dia merah. Sakit hati.

Dan aku?

Aku matikan panggilan tanpa amaran. Lepas itu pandang Azfar dengan muka bosan.

"Keluar."

"Rissa..."

"Keluar. Sekarang."

Dia tak gerak. Aku buka lampu dalam kereta. Bagi spotlight ke muka dia.

"Aku cakap, keluar."

Akhirnya dia buka pintu. Tangan dia masih mengepal. Ego dia jatuh atas lantai kereta aku, tapi aku tak peduli. Pintu kereta tertutup kuat.

BUK!

Aku pusing stereng, senyum sendiri. Lelaki kuat macam Azfar pun boleh aku jinakkan. Kalau aku nak, aku boleh buat dia gila tapi buat masa ini... aku cuma nak dia rasa. Rasa kalah.

***

DING!

Lif terbuka. Lantai marble kilat bawah kaki aku pantulkan bayang sendiri, rambut sedikit serabai, baju gym ketat dan bibir yang masih merah basah kesan lip tint dan dosa.

Aku langkahkan kaki keluar. Langkah laju. Penuh Yakin. Tumit sneakers aku berdetak macam bunyi detik bom masa tik... tik... tik...

Lorong kondominium ini senyap. Bau diffuser vanila kayu manis masih segar. CCTV di penjuru siling ikut aku ke mana saja tapi aku tak peduli. Aku sudah biasa diperhatikan.

Sampai depan pintu unit aku. Dan... aku nampak dia.

Reza.

Bersandar malas di sisi dinding, dengan satu kaki silang. Kemeja hitam separuh terbuka. Lengan digulung. Rokok di celah jari. Asap melingkar malas ikut angin koridor.

Mata dia pandang aku tak kelip. Macam dia tahu aku simpan sesuatu dalam poket rahsia malam ini.

Aku senyum. Manja. Perempuan lain mungkin rasa seram tengok lelaki macam Reza tunggu depan pintu rumah, senyap, mata tajam macam pembunuh upahan.

Tapi aku?

Aku rasa... turned on.

"Lambat balik," dia tegur. Suara garau dia masuk terus ke tulang belakang aku.

Aku jilat bibir perlahan. "Rindu Rissa, eh?"

Dia tak jawab. Cuma hisap rokok dalam-dalam. Aku tahu... mata dia sedang kaji aku dari atas sampai bawah dan aku tahu, bau minyak wangi yang aku pakai tadi pun masih melekat, bau vanila mahal. Tapi ada bau lelaki lain di situ juga.

Reza cuma senyum nipis. Rokok dibuang, dan dipijak. Tangan aku terus buka pintu rumah.

"Masuk. Kita bincang dalam."

Aku senyum lebih besar. Sebab aku tahu... malam ini, Reza akan balas balik semua rasa yang aku sengaja cipta sepanjang hari tadi.

Dan aku sedia. Kunci rumah kedua aku rampas dari tangan dia. Langsung tak senyum. Aku buka pintu sendiri, melangkah masuk dengan gaya macam aku permaisuri rumah ini sebab memang rumah aku pun.

Beg sandang aku lempar atas meja kopi kaca. Lantunan kecil bunyi zip dan logam berlaga buat suasana makin sepi.

Reza duduk atas sofa. Tenang tapi mata dia tak pernah lepas dari aku. Pandangan dia macam doktor bedah sejuk, tepat, dan menakutkan. Setiap inci tubuh aku dia scan... bukan untuk puji tapi untuk tahu, ada apa yang berubah.

Aku tak tunggu lama. Terus duduk atas riba dia. Tangan aku naik peluk bahu dia. Dagu aku sandar atas bahunya yang keras dan panas.

Dia diam tapi tangan dia automatik naik. Jari kasar itu usap tengkuk aku perlahan. Sentuhan biasa, tapi terasa macam dibaca satu persatu dosa aku hari ini.

"Rissa rindukan Reza tau..." aku bisik manja. Nafas aku sengaja panjang dan dekat.

Dia tak senyum. Tak gelak. Cuma jawab perlahan, suara macam ais ketul yang baru kena retak.

"Aku sudah datang ni. Malam ni aku tidur sini. Teman kau."

Dingin tapi aku tahu maksudnya lebih dari itu. Dia betulkan cermin mata yang senget sikit. Jari dia rapat ke bingkai, pelan, kemas gaya lelaki yang sentiasa kontrol emosi, walau hati dia sudah naik bara.

Aku pandang muka dia. Dekat sangat. Rambut dia beralun serabai, jatuh tutup dahi sikit. Mata dia sepet separuh lali tapi tajam macam bilah pisau kecil. Bibir dia tipis, pucat, dan jarang sangat senyum. Tapi bila senyum... selalu buat aku tak tentu arah.

Sekarang?

Dia tak senyum langsung. Cuma pandang aku, macam nak kupas kulit aku satu-satu sampai jumpa rahsia dalam tulang. Tapi aku senyum. Senyum perempuan yang tahu dia main api dan tetap berdiri dalam bara.

"Reza..." aku panggil, suara lembut. "Kalau Rissa nak peluk Reza sampai pagi, boleh?"

Dia angguk sikit. "Boleh tapi jangan tipu aku lagi."

Aku tarik diri perlahan dari riba dia. Pelukan aku lepaskan macam sengaja biar kesan panas badan aku tinggal pada baju dia. Aku bangun, betulkan rambut sikit dan sengih malas.

"Rissa nak mandi... badan busuk, peluh gym tadi," aku cakap sambil gigit hujung kuku manja. "Takut Reza loya."

Reza tak jawab. Dia cuma duduk, diam, mata tak berkelip pandang aku. Sorotan pandangan yang buat bulu tengkuk naik. Bukan sebab takut tapi sebab aku tahu...

Dia tengah fikir macam-macam. Aku sengaja lenggang ke arah bilik tidur. Langkah aku perlahan, macam tayangan ulang gerakan nakal. Suara tapak kaki atas lantai kayu, renyuh kecil. Aku toleh sikit, Reza masih pandang. Masih tak bergerak.

Lampu bilik tidur aku buka. Cahaya putih suam sambut aku masuk. Aku tarik laci capai tuala. Tuala putih gebu yang aku gulung elok tadi pagi, tapi sekarang rasa macam baru dicabut dari episod baru. Aku sandar sekejap pada pintu, tuala aku letak atas bahu.

"Reza nak ikut sekali?" Aku tanya sambil senyum nakal.

Masih tak dengar suara dia tapi aku tahu dia dengar dan kalau dia diam... itu selalunya petanda paling berbahaya.

Aku ketawa kecil. Terus langkah keluar dari bilik, menuju ke bilik air yang bersambung dengan bilik tidur. Tuala terseret sikit ke bahu kanan. Rambut aku tolak ke sisi. Pintu bilik air aku buka separuh.

Cahaya lampu bilik air terpantul ke lantai dan aku masih rasa mata Reza ada di belakang aku. Mata yang mungkin tengah kira berapa saat lagi aku hilang dari pandangan dia.

Dan mungkin... berapa lama lagi sebelum dia ikut masuk. Pintu bilik air aku tutup separuh. Cukup untuk privasi, tapi cukup juga kalau ada mata yang degil nak curi pandang.

Suhu dalam bilik air suam. Cermin berkabus sikit dari pancuran semalam yang aku lupa lap. Aku berdiri depan sinki. Nafas aku tenang tapi dalam kepala ada degupan yang macam palu drum perlahan.

Tangan aku naik ke dada. Aku tarik perlahan sport bra aku. Kain ketat itu melekat dengan peluh, jadi setiap inci yang aku tarik naik, terasa macam lapis kulit yang tercabut satu-satu. Bila ia lepas, dada aku bebas, sejuk dan lega.

Aku lempar sport bra ke bakul baju kotor. Badan aku condong sikit ke depan. Rambut aku tolak ke tepi. Aku pandang refleksi dalam cermin.

Tubuh aku seksi, liat, tegang dan aku tahu... Reza suka tengok semua ini. Aku senyum kecil. Tangan aku turun ke pinggang. Aku mula tarik legging ketat yang dari tadi mencengkam paha aku kuat-kuat. Kain itu bergesel perlahan dengan kulit, turun dari punggung, ke paha, ke betis... satu-satu. Bunyi kain ketat ditarik itu... bunyi yang pelik, tapi sensual.

Akhirnya aku buka sampai kaki. Langkah keluar perlahan. Kaki aku mencecah lantai jubin sejuk.

Aku berdiri, bernafas, dan tutup mata sekejap. Tuala aku capai. Balut tubuh sendiri tapi bukan ketat. Sengaja longgar. Biar terdedah bahu dan paha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience