Ghibran Haidar
Jumaat malam, meja bulat plastik, kerusi plastik. Bau roti canai, kuah kari, bau asap rokok Reza. Aku duduk depan Azfar, mamat paling tak reti duduk diam. Sebelah aku, Reza.
Langit malam pekat, lampu tiang tepi jalan kelip sipi, bunyi motor rempit selang seli.
Azfar sandar, dia sengih, mulut dia penuh tisu, straw teh ais dia separuh patah sebab dia gigit. Muka dia macam kucing nak mintak belai padahal perangai harimau.
Aku sedut Milo ais aku, pegang telefon. Reza di sebelah aku diam sambil rokok sangkut hujung bibir, mata dia separuh pejam macam baru bangun koma. Azfar sengih kat aku, sengih paling celaka.
"Bran..." dia ketuk meja dengan hujung sudu.
Aku jeling. "Apa lagi..."
Azfar sengih makin besar. Dia tunjuk Reza dengan mulut, jari dia goyang, sengaja main drama. "Kau rasa Reza ni... kalau kita bakar rambut dia time tidur... dia sedar tak?"
Aku terbatuk Milo ais separuh keluar hidung. Reza toleh aku, jeling separuh mati. Aku gelak lalu aku tunjuk Azfar dengan straw. "Kau gila... kepala otak kau..."
Azfar gelak kuat sampai orang meja sebelah pandang, makcik bertudung belakang buat muka azab.
"Kau bayang wehhh... dia tengah tidur berdengkur, kita bakar sikit..." Azfar tunjuk lighter cap ayam dia, sengih lagi. "Pastu rambut dia berasap... bangun2 bau BBQ!"
Reza angkat kening, dia hembus asap rokok, suara dia keluar malas. "Kalau kau bakar rambut aku..." dia tunjuk Azfar dengan jari dua, rokok masih sangkut bibir. "...kau tidur kat ICU, bukan rumah."
Azfar gelak lagi, dia tepuk bahu aku. "Bran... bran... kau record tau kalau aku kena smackdown dengan Reza. Buat content TikTok..."
Aku gelak lalu aku tolak bahu dia. "Kau fikir ni content prank?! Otak hangus."
Reza cebik, dia sedut rokok, padam hujung bara kat pinggir pinggan nasi lemak Azfar. Bara itu jatuh atas telur dadar Azfar, Reza sengih. "Sedap tak? Extra smoky."
Azfar jeling pinggan dia ketuk rokok itu dengan sudu. "Kau ni dah kenapa letak abu rokok atas telur aku?!"
Reza sengih sipi, mata dia separuh malas, suara dia keras. "Protein lebih."
Aku gelak berdekah, Milo ais aku terpercik atas meja. Azfar sumpah seranah, Reza sedut rokok. Pelayan kedai mamak toleh pun malas nak tegur.
Azfar masih ketuk sudu atas pinggan nasi lemak yang sudah bercampur abu rokok Reza. Muka dia kerut, tapi sengih tak padam. Milo ais aku tinggal separuh, straw sudah kena gigit sampai leper.
Tiba-tiba Azfar angkat kening, nada dia tukar, senyum dia senget sikit. Mulut dia lambat bukak, nada macam nak cari gaduh.
"Reza..." Dia sandar kerusi, jari dia tunjuk Reza sengaja sambil golek sudu. "Betul ke cerita aku dengar... pelajar kau, budak baik pointer tinggi tu... whatsapp kau malam hari tu?"
Aku tersedak Milo ais, aku jeling Azfar. "Budak mana?"
Azfar sengih makin busuk. Dia tunduk sikit sambil mata dia sangkut kat Reza yang masih tenang hisap rokok. "Budak nama Naura tu kan? Kononnya budak baik fakulti. Pura-pura sopan. Kau makan jugak?"
Reza toleh Azfar, bibir dia separuh sengih, rokok dah tinggal puntung. Mata dia malas tapi tajam. Dia gelak perlahan suara dia serak. Rokok dia ketuk tepi pinggan Azfar lagi, abu jatuh atas sambal ikan bilis. "Kenapa? Tak percaya?"
Aku letak Milo ais atas meja, pegang telefon. "Kau ni betul ke, Reza? Budak tu kan baik?"
Reza sengih sambil dia buka zip sling bag dia perlahan. Dia keluarkan telefon dia yang skrin retak separuh, casing hitam sudah pecah hujung.
Dia slide skrin, jari dia laju scroll WhatsApp. Dia angkat telefon, tunjuk pada aku dengan Azfar. Muka dia senyum nipis, psiko licik. "Aku suka tengok budak baik patah hati..."
Azfar toleh telefon dan dia pegang bahu aku, gelak perlahan. "Weh, betullah! Bran, tengok wehhh! Budak tu hantar sticker love bagai! Kau tengok ni — 'Sir dah tidur ke? Rindu...'"
Azfar ketawa berdekah, suara dia makan separuh kedai mamak. Orang meja sebelah pandang, makcik tudung belakang geleng kepala.
Aku telan air liur sambil jari aku ketuk gelas Milo. "Weh, Za... kau layan ke?"
Reza sengih, dia gelak kecil, suara dia dingin.
"Layan sikit. Pecah sikit. Biar budak emas rasa patah."
Dia slide lagi tunjuk voice note pendek. Suara Naura pecah manja 'Saya nak belajar lebih dengan Sir...'
Azfar sudah ketuk meja berdekah, terhentak straw teh ais dia. "Sial lah Reza! Psiko betul! Budak tu kalau kantoi... menangis fakulti!"
Reza padam skrin telefon, letak atas meja. Mata dia naik ke aku dengan Azfar sengih sipi. "Budak baik pun sama... kalau kena pancing, retak jugak."
Dia tunduk sikit, bibir dia separuh senyum. "Retak tu kerja aku."
Aku geleng aku sedut Milo ais, dada aku rasa panas sikit. Azfar sudah makin kuat gelak. Reza? Dia psiko. Telefon dia senyap, tapi kepala dia penuh racun.
Azfar masih gelak suara dia pecah makan separuh kedai mamak. Straw teh ais dia sudah patah dua, pinggan nasi lemak dia bercampur abu rokok, sambal ikan bilis, sisa telur berasap.
Aku sedut Milo ais tapi telinga aku masih dengar Reza sengih jahat tunjuk chat budak emas itu. Kepala aku separuh bingung, separuh nak gelak.
Azfar tepuk bahu aku, dia sengih macam kucing kena dadah. "Wehhh, Reza garang! Ganas! Tapi steady! Budak baik pun sangkut! Hahah!"
Reza cebik puntung rokok dia main pusing atas pinggan Azfar, sengaja calit kuning telur. Dia tengok Azfar sambil sengih nipis. Mata dia tajam, nada dia turun sejuk. "Kau gelak apa sangat, Far?"
Azfar sengih makin panjang, dia tunjuk telefon Reza. "Kau tu psiko tapi kalah jugak bila budak baik goda. Kantoi bro!"
Reza gelak perlahan suara dia serak, nada dia datar. Dia tunduk, jari dia ketuk pinggan Azfar.
"Aku psiko, ye."
Dia sengih sipi, mata dia naik sangkut Azfar. "Tapi aku psiko yang masih ada otak."
Azfar terdiam sekejap dan aku pula tergelak, pegang mulut. Reza sambung, suara dia makin keras tapi perlahan. "Aku jahat, tapi aku tak sentuh budak tu..."
Dia sengih herot, jari dia ketuk pinggan makin kuat. "Budak tu rindu pun aku tak balas dengan tangan."
Azfar angkat kening, dia sengih tapi sengih dia patah sikit. "Habis tu...?"
Reza cebik, mata dia sempit. "Kau, Far..." Dia tunjuk Azfar dengan puntung rokok. "Kau lain. Kau jilat semua. Kau sentuh semua. Siap letak benih sana sini. Lepas tu, lari lintang pukang."
Azfar terbatuk gelak lalu dia tepuk meja, hampir terbalik straw teh ais dia. "Oi, siallah! Aku taklah jahat sangat wehhh!"
Aku sudah berdekah, Milo ais aku tersembur atas meja. Azfar maki aku, Reza sengih sipi sambil padam puntung rokok di pinggir pinggan. Reza pandang Azfar nada dia separuh sindir, separuh psiko. "Aku psycho. Tapi aku tak bangang."
Azfar masih gelak muka dia sudah merah, straw teh ais dia sudah patah tiga. Pinggan nasi lemak dia bersepah macam tapak pembunuhan rokok Reza. Aku lap Milo ais di mulut dan nafas aku tersekat sebab nak tahan gelak. Reza rileks saja sandar, rokok habis pun dia tak mintak lighter baru. Mata dia tajam, tapi bibir dia senyum sipi, senyum, itu lagi bahaya.
Azfar tengok Reza sambil jari dia main ketuk pinggan, sengih makin panjang. "Wehh, kau cakap aku bangang? Atleast aku 'buat kerja' sampai habis. Kau? Setakat bagi budak tu panas separuh, kau tinggal..."
Dia sengih, bahu dia goyang. "Kesian budak tu. Kering..."
Aku terbatuk lagi. "Oi Far, bodoh lah kau..."
Aku hempas straw ke meja, sudah malas nak minum. Azfar jeling aku dan dia sengih, mata dia sempit.
"Bran... kau jangan gelak. Kau pun sama spesis. Kalau budak baik rindu kau, kau tak tolak pun!" Dia sengaja tunjuk aku, jari dia sipi kena bahu aku.
Aku jeling dan aku tepuk tangan dia. "Aku tak gatallah bangang! Aku tak psiko, aku tak buaya, yang psiko Reza, yang buaya kau. Aku ni mangsa dua-dua!"
Aku sengaja kuat. Orang meja sebelah tengok makcik tudung belakang sudah berbisik-bisik. Aku buat tak tahu.
Reza cebik, dia sengih malas, suara dia turun serak. "Kau mangsa apa, Bran? Kau tukang cuci je. Kita psiko, kau cuci."
Dia sengih jari dia main puntung rokok mati. "Kau happy lah. Kalau tak ada kita, kau boring. Tak ada orang huru-hara kepala otak kau."
Azfar ketuk meja, ketawa makin sumbang. "Wehhh betul! Ghibran ni tukang sapu mayat je!"
Dia tepuk bahu aku kuat, sakit gila. "Kalau tak ada Reza psiko & aku buaya, hidup kau sunyi wehhh!"
Aku tarik nafas lalu aku tendang kaki Azfar bawah meja. "Diam lah babi! Aku pun ada maruah ok!"
Azfar makin ketawa. Reza gelak sipi, rokok sudah habis dan dia toleh aku, mata dia malas, senyum dia tetap jahat.
"Bran... relakslah..." Nada dia separuh sindir. "Kau pun sentuh orang. Tapi bila kau ada masalah kau cari aku..." Dia sengih, jari dia ketuk dahi aku perlahan. "Dan sebab tu kau tetap stay."
Aku sudah penat gelak sampai perut aku kejang, Milo ais pun sudah cair. Azfar sengih, bahu dia goyang, dia nak buka mulut lagi, tapi tiba-tiba PAK! bunyi orang hempas sudu kat meja belakang.
Aku toleh pantas, makcik tudung bunga ungu berdiri, tangan dia kepit beg tangan hitam, muka dia merah padam. Belakang dia ada pakcik, tapi pakcik itu tengok meja saja pura-pura tak wujud.
Makcik itu jeling aku, jeling Reza, mata dia paling lama lekat kat Azfar. Suara dia naik macam bunyi speaker surau masa Subuh.
Makcik itu pandang Azfar kemudian jari telunjuk dia sudah macam lastik getah. Suara dia naik, BOOOOM satu mamak dengar.
"HOI BUDAK TIGA EKOR NI! INGAT NI RUMAH TOK WAN KORANG KE HA?!!!"
Azfar terkejut, straw patah jatuh atas pinggan. Reza angkat kening sikit, sengih sipi. Aku gigih tunduk, tangan aku tutup mulut, kalau aku gelak, mampus aku kena tibai makcik ini.
Makcik itu jeling aku nada dia makin naik, "GELAK KUAT SANGAT BUAT APA?! ORANG LAIN NAK MAKAN! NAK DENGAR KORANG PECAH PERUT KE?!!"
Azfar cuba sengih manja, suara dia macam tikus. "Makcik... relakslah makcik..."
Makcik itu ketuk meja dia, PAK PAK! bunyi sudu melantun. "RELAKS APA NYA?! MULUT TU JAGA SIKIT! KORANG NI SEMBANG LUCAH MACAM PONDAN TERLEPAS DALAM KANDANG! SAKIT TELINGA AKU DENGAR!!"
Reza gelak kecil tapi suara dia perlahan. Dia angkat tangan separuh, suara dia datar. "Sorry makcik. Kami diam lepas ni."
Makcik itu jeling Reza, telunjuk dia tembak Reza betul-betul. "KAMU NI PULAK! HISAP ROKOK LETAK ABU ATAS PINGGAN ORANG?! JIJIK TAHU TAK?! HARAM JADAH BETUL!"
Reza sengih sipi dan mata dia separuh pejam. "Baik makcik."
Makcik ketuk meja lagi, sudu dia sudah rupa senjata pemusnah. "LEPAS NI BISING LAGI, AKU TAMPAR MULUT KORANG SORANG-SORANG!!"
Pakcik sebelah dia tersedak teh, gelas dia bergegar atas meja. Makcik tarik beg tangan, seret tangan pakcik itu bangun.
Sebelum jalan, makcik sempat jeling Azfar sebagai tanda penutup. "MULUT TU, SUKA CAKAP KOTOR! KALAU TAK RETI TUTUP, IKAT KAT KUBUR BARU TAU!!!"
Azfar ternganga, Reza sengih. Aku sudah terkubur gelak, kepala aku terhantuk meja, bahu aku bergegar.
Share this novel