Azfar Darwisy
Kaki aku langkah perlahan. Tumit kasut aku ketuk lantai parkir fakulti, bunyi dia bergema. Sedap macam bunyi tapak kaki buaya cari mangsa. Tangan aku seluk poket, jari main putar kunci kereta. Sekali tekan... beep beep, lampu depan Civic Type R aku menyala. Biru putih, garang.
Aku sengih. Gigi aku nampak separuh dalam pantulan bonet. Bayar bulan-bulan memang azab potong gaji aku sikit. Tapi peduli apa. Hidup kena ada gaya!
Orang lain pakai Myvi, Axia, pinjam mak bapa sedangkan aku rempit pakai Civic sendiri. Siapa nak cakap apa? Cakap. Aku tetap Azfar.
Aku pusing kunci atas jari. Buka pintu, lempar beg galas ke seat belakang. Sambil duduk, aku sengih lagi. Bau seat kulit, bau minyak wangi mahal aku. Bau duit terbakar bayar roadtax pun ada. Tapi kalau drive laju, orang tengok orang pandang. Itu cukup.
Aku tekan start. Bunyi enjin garau sikit, aku suka. Hari ini kepala aku ligat fikir, Reza ke fakulti. Muka dia mesti serabut. Ghibran entah ke mana, budak itu kalau diam, pasti ada kerja kotor dia buat. Aku? Buaya? Mungkin. Tapi buaya yang kerja keras bayar Civic mahal. Deal with it!
Baru enjin kereta aku nak panas, tangan aku baru nak sentuh gear, TOK TOK TOK! Bunyi tingkap sebelah diketuk dua kali. Aku toleh. Ada bayang hitam berdiri tepi kereta.
Perempuan. Rambut kerinting terjuntai, bibir merah macam nak telan orang. Cermin mata hitam tutup separuh muka, tapi aku kenal, sial betul aku kenal.
Aku tekan butang, turunkan tingkap separuh. Angin panas parkir syarikat tolak bau minyak wangi dia masuk kereta aku.
"Eh Shasha... kau buat apa kat sini sial?!"
Aku tengok kiri kanan. CCTV ada, staf IT lalu pun kadang suka pandang-pandang. Kalau HR nampak aku dengan Shasha, boleh masuk meeting bilik Disiplin, mati reput aku.
Shasha sengih. Dia sandar badan kat pintu Civic aku. Lenggok dia macam orang tak ada dosa, padahal aku tau, minah ini kalau lekat sekali, pasti aku keluar duit lebih esok pagi. Aku garu dagu, suara aku turun garau.
"Kau cari pasal ke datang sini? Nak bagi aku kena buang kerja?!"
Aku sumpah malas drama tepi kereta, parking lot syarikat ini bukan kelab malam. Aku terus hempas pintu, langkah dua tapak ke depan. Tangan aku cekau lengan Shasha kasar. Dia terhenti. Mata dia nampak muka aku betul-betul. Aku boleh nampak bibir dia senget, gincu sudah comot sikit.
"Kau nak apa datang sini?!" Suara aku sudah turun, tapi bisik garau cukup kalau ada orang lalu pasti aku kantoi.
"Apa-apa, WhatsApp jelah! Jangan datang sini!" Bentak aku, suara separuh gigi rapat.
Shasha tarik lengan dia dari tangan aku kasar juga. Bunyi TAP! kuat. Dia peluk tubuh, jeling aku atas bawah. Rambut kerinting dia jatuh ke bahu, dia sengaja betulkan, gaya drama queen tepi parkir.
"Eh Azfar! Kau ni memang babi tau!" suara dia separuh tengking, tapi nada manja gila babi. Dia jeling aku, mata dia nampak marah. Aku sudah muak tapi bodoh, aku masih pandang bibir dia yang merah itu.
Aku toleh kiri kanan bangunan kaca syarikat ini bukan tak ada CCTV. Kalau budak HR lalu nampak aku cekau minah kerinting, mampus esok kena show cause letter. Aku tolak rambut aku ke belakang, nafas aku kasar.
"Kau nak apa?!" Bisik aku betul-betul dekat muka dia. Bau dia buat aku naik panas sikit, sial betul.
"Aku pregnant tau!" Suara Shasha tembak tepat kat gegendang telinga aku. Ayat dia jatuh macam bom atas Civic aku. BOOM!
Aku tepuk dahi bunyi pek! kuat. Kepala aku tunduk. Nafas aku seret.
Lagi? What the hek!
Shasha lipat tangan, muka dia tegang. Bibir merah dia sudah terangkat marah. "Ni anak kau tau, Azfar! Aku dah pergi klinik pagi tadi... dah 2 bulan!"
Dia tekan perkataan dua bulan betul-betul kat telinga aku. Macam aku ini tak reti kira tarikh. Aku jeling kiri kanan, ruang parkir ini sunyi, tapi kalau tiba-tiba guard lalu? HR lalu? Celaka. Aku boleh kena telan hidup-hidup.
Tak tunggu lama. Tangan aku terus sambar lengan Shasha lagi sekali. Kali ini lebih kuat. Dia sempat merungut "Eh sakitlah!" tapi aku peduli apa. Aku hempas seat penumpang depan tolak dia masuk seat. Pintu berderap tutup.
Aku pusing, masuk balik seat pemandu. Tangan aku genggam stereng, nafas aku naik turun.
Dalam kereta sekarang bau minyak wangi dia penuh. Bau masalah. Bau dosa. Bau bil bulanan kereta aku pun tiba-tiba bau wangi kalau banding drama ini.
Aku pandang dia, Shasha sudah lipat kaki atas seat, tangan peluk perut. Mata dia tak lepas dari muka aku. Aku cuma sempat tarik nafas kasar.
Celaka. Anak? Lagi?
Aku hempas tangan atas stereng, bunyi TAK berdentum. Nafas aku berasap. "Kau ni biar betul?! Aku tak percaya tu anak aku!" Suara aku naik satu nada. Kalau orang lalu luar kereta pun boleh dengar.
Shasha tarik nafas, tangan dia cabut cermin mata hitam, terus campak ke dashboard aku. Dia jeling aku, mata dia besar, berair sikit. Tapi aku kenal air mata dia, drama kelas A.
"Azfar! Aku buat benda ni dengan kau sorang je tau!" Suara dia getar, nada geram. Mata dia pandang aku macam nak telan kepala aku hidup-hidup.
Aku sengih sinis. Lidah aku keluarkan ayat paling bangsat. "Tak percaya aku... entah-entah anak jantan lain..."
Aku sengaja tekan jantan. Aku nak tengok dia meletup. Dan memang betul, Shasha muncung, tangan dia naik macam nak tampar aku.
Aku tengok dia, bibir dia bergetar, dada dia turun naik. Aku tahu Shasha kalau marah, makin cantik. Sial betul. Otak aku pun makin panas.
"Aku nak kau bertanggungjawab!" Suara Shasha tembak muka aku macam tembakan pistol mainan bunyi kecil tapi sakit gila kena dahi. Mata dia berair betul-betul sekarang. Dia rapatkan badan, tangan dia naik, dia pegang pipi aku paksa aku pandang muka dia betul-betul.
"Kalau mak ayah aku tahu... mati aku, Azfar!" Suara dia bergetar. Makin rapat, makin aku panas kepala.
Aku telan air liur. Bibir aku sengih kecil, tapi sengih bodoh. Aku balas, suara aku malas sejenis malas yang orang tak boleh lawan.
"Aku taknak kahwin dengan kau lah, Shasha... aku tak ready..." Nada aku datar.
Tangan dia makin kuat pegang pipi aku. Kuku dia rasa tajam. Aku tolak tangan dia perlahan, jatuh ke riba dia.
Aku geleng sikit. Rambut aku tolak ke belakang, pandang tingkap kereta. Aku boleh rasa mata dia masih bakar telinga aku tapi aku tetap malas.
Shasha masih duduk kaku, mata dia tembus pipi aku. Nafas dia laju, dada dia turun naik. Tangan dia jatuh atas riba, tapi jari dia kejap-kejap genggam kain jeans sendiri. Aku pandang depan, tangan aku main stereng, macam nak lari.
Dia tunduk sikit. Suara dia tiba-tiba turun perlahan tak garang macam tadi, tapi nada dia gigit urat leher aku.
"Kalau kau tak nak kahwin... aku boleh bagitahu mak ayah aku. Aku boleh bagitau HR tempat kau kerja. Aku boleh bagitau kawan-kawan kau..."
Dia angkat muka perlahan. Rambut kerinting dia jatuh sikit tepi pipi. Mata dia sudah merah, basah. Air mata dia mula jatuh, sengaja dia biar.
"Aku tak main-main, Azfar..." Dia seluk handbag kecil dia. Bunyi zip ziiippp tangan dia keluarkan satu kertas putih. Dia campak atas dashboard. Kertas itu jatuh separuh, aku nampak logo klinik. Tarikh. Gambar hitam putih bulat kecil.
Scan.
Celaka. Scan baby!
"Aku tak bohong, Azfar..." suara dia retak. Bibir dia menggigil. Aku pegang dahi, rasa berdenyut. Sial. Drama ini makin berat.
Aku tenung kertas scan itu. Gambar hitam putih bodoh, bentuk bulat kecik macam biji saga. Tapi biji saga itu tiba-tiba rasa macam batu hempap kepala aku.
Shasha renung aku. Air mata dia jatuh, tapi bibir dia senyum separuh sinis. Dia tahu dia sudah perangkap aku. Dia tahu aku tak boleh lari. Aku sandar belakang kerusi, dua jari picit batang hidung. Nafas aku putus-putus.
Sial. Sial. Sial.
Aku cuba toleh tengok dia, cuba lentur nada. Tangan aku angkat, tapak tangan aku letak atas lengan dia lembut sikit kali ini.
"Shasha... dengar sini. Kau relaks sikit boleh tak?" suara aku turun perlahan, nada buaya cuba pujuk.
Shasha jeling aku. Mata dia bengkak, tapi dia tak tolak tangan aku. Aku tarik nafas. Kepala aku ligat cari skrip manis.
"Kita bincang elok-elok, boleh? Jangan kecoh-kecoh. HR tahu, mampus aku. Mak bapak kau tahu, mampus kau. Kita sama-sama mampus. Kau nak ke?" Aku sengih nipis, sengih palsu.
Dia diam. Nafas dia laju, tapi dia dengar. Bibir dia terketar, tapi dia tak jerit. Aku sentuh jari dia, picit sikit. Dalam kepala aku, sudah ligat fikir siapa aku nak telefon? Ghibran? Reza? Sial. Dua-dua pun psiko.
Suka cerita RAG? Jangan lupa FOLLOW & KOMEN. Saya akan update Bab seterusnya lebih cepat.
Share this novel