Bab 60

Mature Content Series 1807

Ghibran Haidar

Bunyi keyboard aku tekan macam robot. Skrin laptop tunjuk laporan Network Downtime pagi tadi tapi aku sendiri tak pasti ayat apa aku sudah taip.

Sebab di meja sebelah, si buaya itu tengah mengilai. Dengan budak intern perempuan. Si Nisa. Yang badan kecil, suara lembut, mata macam anak kucing dan malam minggu lepas, aku dengar jelas bunyi pintu bilik Azfar dikunci dari dalam. Dan tak dibuka sampai esok pagi.

Aku tengok cursor berkelip depan ayat:
"ISP jitter recorded: 31ms at..." Tak habis. Tak ada mood nak habiskan.

Bunyi gelak kecil Nisa, "Hehe abang Azfar ni..."
Perempuan itu gelak sambil tampar lengan Azfar manja-manja.

Aku jeling. Sekilas. Azfar senyum. Bibir dia gerak. Mesti bagi ayat buaya premium level lima bintang. Tangannya atas meja, jari dia main pusing pen. Lengan baju dia sengaja dilipat separuh. Aku nampak urat lengan dia, kulit dia.

Aku telan liur. Sial.

Aku padam ayat tadi. Tekan 'delete' panjang-panjang sampai kosong balik. Dalam kepala aku, rewind scene minggu lepas.

Malam Sabtu. Aku keluar bilik nak cari air sejuk. Ternampak pintu bilik Azfar tak tutup rapat. Nisa atas katil. T-shirt besar tapi aku tahu dia tak pakai apa bawah itu. Azfar tengah bersandar di dinding, mata separuh pejam, tangan dia... dalam rambut Nisa.

Aku tak berniat intai tapi aku tak beralih.
Aku kaku. Aku rasa...

Rasa nak masuk, hempuk kepala Azfar dengan kipas berdiri. Tapi aku senyum saja masa itu. Paling hipokrit. Paling cool.

Masuk dapur, minum air. Dalam hati. Bodoh. Kau peduli kenapa, Ghibran?

Aku kembali ke skrin. Cursor masih berkelip. Azfar gelak lagi. Kali ini kuat sikit. Nisa cuit dagu dia. Azfar tunduk, bisik sesuatu dekat telinga budak itu.

Aku pejam mata. Aku sudah muak dengan laporan ini. Aku nak balik. Aku nak hempuk kepala aku sendiri sebab masih sangkut dengan suara buaya jantan bernama Azfar.

"Azfar," suara aku perlahan tapi tegas.

Dia berhenti gelak. Nisa masih senyum, tapi sengih dia perlahan-lahan hilang bila mata aku tepat ke arah dia.

"Ya?" balas Azfar, angkat kening, muka tak bersalah langsung.

Aku tak jawab. Jari aku ketuk meja ikut rentak.

1... 2... 3...

"Nisa," aku tukar target. "Kau intern, kan?"

Dia angguk. Mata dia kelip-kelip macam burung puyuh kena suluh lampu.

"Meja kau kat mana?"

Dia telan liur. "Err... sana..." sambil tunjuk meja belakang, paling hujung. Kosong. Sunyi. Tak ada Azfar.

"Bagus," aku senyum nipis. "Kalau kau tak gerak ke sana dalam masa lima saat, aku tarik nama kau dari senarai intern yang aku sahkan minggu ni. Laporan kau aku cancel. Kau repeat sem depan."

Nisa tersentap.

Azfar terus gelak kecil, "Weh chill la Bran..."

Aku tak tengok dia pun.

"Nisa. Lima."

Nisa bangun macam kena kejutan elektrik dan terus blah ke meja dia. Azfar masih duduk. Sengih. Tangan bersilang.

"Aku gurau je dengan dia."

"Aku tak," balas aku perlahan. "Kau nak menggatal, gatal luar ofis. Bukan depan aku."

Dia ketawa perlahan. "Kau ni marah sangat. Cemburu ke?"

Mata aku tajam ke dia.

"Cemburu? Dengan kau?" Aku gelak kecil. Kering. "Tak. Aku cuma rasa loya."

Azfar jungkit bahu. "Okay boss."

Aku kembali ke skrin. Cursor masih berkelip. Tapi kali ini aku lebih tenang. Azfar diam. Nisa pun tak muncul lagi.

Aku bangun dari kerusi. Leher aku sakit. Mata penat. Azfar sudah mula senyap, tapi dalam kepala aku, bunyi gelak dia tadi masih bergema.

Langkah aku berat menuju ke pantri. Pukul 4 petang. Milo sachet dan air panas mesin penawar untuk murung manusia dalam pejabat.

Aku koyak sachet. Masuk dalam cawan. Air panas, bunyi "beep" dari mesin. Milo berpusing dalam pusaran sendiri.

"Ada Azfar kat tempat dia?"

Aku toleh. Tasha. Dari jabatan kewangan. Blouse ketat, lipstik merah darah, mata celak tebal. Dia senyum macam tak bersalah. Tapi aku kenal senyuman itu. Senyuman "pernah tidur sama tapi buat-buat tak ingat".

Aku angkat kening. "Ada. Kenapa?"

Tasha sengih kecil. Mata dia tengok belakang aku bayangan Azfar dari jauh.

"Ala... takde apa. Saja je... lama tak sembang," katanya sambil pusing straw dalam air dia. Konon santai.

Aku tak jawab. Aku pandang dia atas bawah. Dia salah satu daripada senarai Azfar. Tak rasmi, tak berdaftar. Tapi semua orang tahu. Milo aku siap. Aku kacau perlahan.

Tasha buat-buat ketawa kecil. "Eh, kau okay ke Ghibran? Muka macam... stress je."

Aku pandang dia.

"Kalau kau tahu jumlah perempuan yang datang pantri ni tanya soalan yang sama. 'Azfar ada tak?' dan kau pun akan stress."

Tasha senyap. Tapi masih senyum. "Hahaha... eh takdelah... I bukan selalu... cuma..."

Aku angkat tangan, potong cakap dia. "Don't explain. I'm not HR."

Aku keluar pantri. Jalan perlahan. Milo dalam tangan. Panas. Tapi tak sepanas hati aku sekarang. Aku bukan cemburu.

Cuma aku penat tengok Azfar macam layan dunia ini macam buffet. Semua dia rasa. Semua dia jamah.

Aku baru nak keluar pantri, cawan Milo panas masih dalam tangan tiba-tiba terdengar bunyi riuh dari hujung koridor.

"Woi Ghibran! Haaa kau nasib baik tak balik awal hari ni!"

Tiga orang akak IT department datang meluru masuk. Tudung senget, gelak kuat, tangan penuh plastik. Aku kenal Kak Jah, Kak Lin, Kak Yaya. Kalau bukan sebab bunyi ketawa, bau sambal keropok lekor yang masuk dulu.

Kak Jah angkat tupperware biru. "Haaa meh sini. Rangup lagi ni, Kak Jah goreng pagi tadi untuk mesyuarat tapi tak habis. Kau suka pedas kan?"

Aku diam tapi senyum sikit. Letak Milo atas kaunter.

Kak Lin terus buka plastik kecil. "Ni sos homemade Kak Yaya buat. Jangan tanya resepi, rahsia dapur rumahtangga dia!"

Kak Yaya sengih, "Eh kau ni! Ghibran suka makan je, jangan ajak dia kahwin pulak!"

Aku gelak kecil. "Takde siapa ajak pun."

"Elehhh... kita je yang bagi dia perhatian dalam pejabat ni. Si Azfar tu semua perempuan dia nak usik, Ghibran ni kita bagi kasih sayang makanan je," kata Kak Jah sambil hulur pinggan kertas.

Aku ambik. Panas. Rangup. Bau dia naik ke hidung. Satu suap. Lembut dalam. Sos pedas-pedas manis. Lidah aku baru rasa hidup balik.

Kak Lin duduk atas kerusi plastik tepi. "Kau tahu tak, aku syak Azfar tu pernah keluar dengan budak HR tu minggu lepas. Tapi HR tu kata tak kenal Azfar. Tipu sangat. Aku nampak IG story!"

"Lelaki macam tu, manis depan perempuan, busuk belakang pantri," sambung Kak Yaya sambil kunyah kuat.

Aku kunyah senyap. Tapi hati aku lega sikit. Pantri hari ini penuh manusia tapi atleast bukan manusia yang buat aku menyampah. Kadang-kadang, aku suka jugak lepak dengan orang macam ini.

Aku ambik keropok lekor satu lagi. Sos makin kurang. Kak Lin sudah start tanya pasal "kes Azfar dengan Tasha", mulut dia macam CNN Live Update.

"Ghibran, kau satu rumah dengan dia kan?" Kak Lin tanya sambil celup keropok ke sos. "Azfar tu... semua perempuan dia nak usik ke?"

Kak Yaya pulak sambung, "Aku tengok budak intern pun dia layan. Tu yang si Nisa tu makin naik tocang!"

Aku tenung sos atas pinggan. Perlahan-lahan aku angkat kepala.

"Azfar tu bukan jenis jahat pun," aku cakap perlahan tapi jelas. "Dia sembang banyak, ya. Tapi dia bukan jenis tinggal orang lepas guna."

Kak Jah buat muka skeptikal. "Alah... tapi ramai yang 'guna' dengan rela pun Ghibran. Dia hensem. Mulut manis. Kalau aku muda lima tahun pun, aku sangkut."

Aku senyum sikit. "Kalau semua perempuan datang gatal, akak nak salahkan Azfar sorang ke?"

Kak Lin terdiam. Kak Yaya sengih kecil. Aku teruskan, suara masih tenang.

"Dia suka bergurau, ya. Tapi dia tak pernah paksa siapa-siapa. Kalau ada yang rasa 'tersakiti', mungkin dia terlalu berharap."

Mereka senyap. Aku habiskan baki keropok lekor terakhir. Sedap. Tapi aku mula nak balik ke meja. Sebelum keluar pantri, aku sempat toleh.

"Azfar bukan malaikat. Tapi dia tak jahat."

Aku keluar, tinggalkan tiga akak IT terkedu. Dalam kepala aku, satu je terlintas:

Azfar itu bangang. Tapi dia baik. Itu cukup untuk aku backup dia. Walau separuh pejabat fikir sebaliknya. Aku kembali ke meja.

Meja aku sunyi. Berbanding meja sebelah masih ada bau minyak wangi Nisa. Azfar duduk bersilang kaki, tangan masih pegang mouse, tapi tak bergerak.

Dia jeling aku. Senyum. "Pantri tu lama gila kau berkampung. Masuk mesyuarat akak-akak IT ke?"

Aku letak Milo atas meja. Duduk. Tak balas. Aku buka semula laporan network yang tadi aku tinggalkan.

Azfar sengih sikit, suara dia perlahan, "Eh Ghibran... kau balik lambat ke hari ni?"

Aku jawab tanpa pandang dia. "Hmm. Esok Sabtu."

"Ceh, jawapan klise," kata dia. "Kau nak pergi mana malam ni?"

Aku sengih. Pusing kepala sikit, pandang dia dengan mata separuh malas.

"Minumlah. Apa lagi."

Azfar gelak kecil. "Haaa aku tau dah. Kalau hari Jumaat, Ghibran confirm naik botol. Siap bawak gelas sendiri kadang-kadang."

Aku angkat bahu. "Tak minum, tak lena. Tak lena, tak hidup."

"Tak hidup, tak boleh tengok aku gatal kat ofis kan?" dia sambung, sengih tak reti padam.

Aku gelak kecil. "Kau tu, Azfar... kadang-kadang aku rasa kau hidup sebab semua orang bagi kau perhatian. Lelaki ke perempuan ke."

Dia buat muka bangga. "Biasalah. Magnet."

Aku senyum senget. "Magnet pun kalau lekat kat benda kotor, lama-lama berkarat."

Azfar gelak besar. "Fuh, deep tu Ghibran. Dah minum ke belum?"

"Baru warm up."

Aku sambung taip. Dia sambung main mouse. Tapi kami dua-dua tahu malam ini akan panjang. Dan dalam hidup yang serabut ini, kadang aku perlukan botol... Bukan sebab nak lupakan.

Tapi sebab aku suka rasa mabuk. Mabuk, aku rasa ringan. Rasa tak ada siapa pun dalam kepala aku. Dan itu satu-satunya masa aku boleh tenang.

Aku baru habis taip ayat terakhir dalam laporan. Tekan save. Tutup laptop.

"Nak blah?" Azfar tanya, suara dia perlahan, tapi ada nada ajak bersubahat.

Aku jeling jam. 5:28 petang.

"Balik lambat," aku ulang lagi. Saja. Bagi isyarat.

Azfar duduk tegak. Senyum. "Eh... boleh join?"

Aku angkat kening. "Join?"

Dia sengih lebar. "Minum lah. Dah lama tak minum. Kepala aku penuh. Boleh gila kalau tak basuh dengan arak malam ni."

Aku tenung dia sekejap. "Kau sanggup tinggal Nisa?"

Azfar ketawa perlahan. "Alaa... dia balik awallah. Budak-budak. Belum layak mabuk."

Aku senyum kecil. "Jom lah. Tapi..."

Aku tunduk sikit. Suara perlahan. "Jangan bagitahu Reza."

Azfar buat tanda zip mulut. "Deal. Reza kalau tahu kita minum, confirm ceramah aku satu jam. Macam abang polis."

Aku angkat beg galas. Azfar ikut.

"Lepak kelab mana?" dia tanya sambil lock skrin PC.

"Tempat biasa," aku jawab. "Yang ada bartender muka cun tu."

Azfar sengih gatal. "Aduh... malam ni aku nak peluk awek. Biar dia ramas dada aku pun takpe. Aku pasrah."

Aku gelak kecil. "Asal jangan peluk aku bila kau mabuk."

Dia jeling. "Kalau kau pakai singlet, maybe aku confuse sikit."

Aku hentak bahu dia dengan beg. "Gila."

Kami keluar dari ofis. Hari sudah mula gelap. Tapi malam baru nak mula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience