Bab 127

Mature Content Series 3178

Aimi lepaskan tangan dari mulut aku. Dia senyum. Senyum macam heroin dalam drama Melayu TV3 yang tengah goda abang ipar. Dia cubit pipi aku perlahan.

"Comellah kau ni Ghibran..." suara dia lembut. "Nampak sangat takut..."

Aku tak balas tapi aku rasa pipi aku panas. Bukan sebab malu. Tapi sebab aku takut Ezrik muncul dan sepak aku keluar dari syarikat ini.

Tangan Aimi naik ke leher aku. Main-main dengan tali leher aku yang sudah senget sebab ditarik tadi.

Aku masih bersandar pada dinding stor. Kaki aku kaku. Tangan aku kaku. Otak aku... berzikir secara automatik.

"Kau... kau nak apa tarik aku?" suara aku bergetar. Serius.

"Sejak hari tu..." Aimi mula. Muka dia rapat. Mata dia redup. "Aimi selalu teringatkan Ghibran..."

Aku telan air liur.

"Aimi tak boleh tidur tau..." Dia jeling manja. "Sebab aimi rindu Ghibran yang cute..."

Aku rasa aku sesak nafas. Jantung aku degup laju macam alarm pencuri. Aimi dekatkan diri dia. Badan dia rapat. Nafas dia bau manis. Dia dongak sikit, pandang muka aku sebab dia agak pendek orangnya.

"Ghibran dah sihat?" Dia angkat tangan dan sentuh rusuk kiri aku. Tempat yang kena tembak. Tempat trauma. Tempat yang Azfar sapu ubat dulu.

"Ye... ye sihat dah!" aku jawab laju. Terketar. Dalam kepala aku sekarang: KALAU MAKCIK CLEANER TIBA-TIBA BUKA PINTU NI, AKU NAK LARI MACAM MANA DENGAN AIMI TENGAH RABA RUSUK AKU??

Aimi senyum puas. "Ghibran free tak lepas kerja petang ni?"

Aku diam. Kecut.

"Jom tengok wayang... teman Aimi..." Nada suara dia manja gila. Bibir dia muncung sikit. "Aimi bosan..." dia tarik hujung lengan kemeja aku.

Aku terus geleng kepala. Laju. Macam kipas siling level 5.

"Tak boleh! Saya... ada... ada appointment. Jumpa doktor gigi. Dengan... dengan Azfar!"

Aimi ketawa kecil. "Azfar sakit gigi ke?"

Aku geleng lagi. "Tak... dia ikut. Teman. Kawan sejati."

Aimi ketawa kecil lepas aku sebut pasal doktor gigi. Dia senyum senget. Mata dia tak lepas dari mata aku. Tangan dia masih main dengan hujung lengan kemeja aku.

"Takpelah... kalau tak boleh tengok wayang..." dia bisik perlahan. Aku lega sikit. "...kita tengok bintang pun jadilah."

SIAL. LEGA AKU ITU PALSU!

Aimi langkah lagi satu tapak ke depan. Sekarang dada dia rapat dengan dada aku. Dia tarik nafas panjang, aku rasa terus di rusuk aku yang belum sembuh itu.

"Aimi rindu tengok muka Ghibran masa hari tu..."

"Ha... hari apa?" suara aku bergetar. Macam budak sekolah ditanya ustazah hafazan tapi tak hafal langsung.

"Hari kita... rapat sangat..." Dia cakap sambil sentuh butang tengah baju aku. Satu. Satu. Jemari dia naik sikit-sikit.

Aku pandang muka dia dan sialnya... Aimi memang manis. Tudung bawal dia terletak. Bulu mata dia lentik. Bibir dia basah. Dia pandang aku dengan muka innocent. Tapi tangan dia penuh dosa.

"Aimi suka bila Ghibran malu..." Jari dia sekarang sudah main dekat kolar leher aku. "Rasa macam comel sangat nak gigit."

Aku terdiam. Tak mampu balas. Otak aku blank. Jantung aku bunyi tak-tak-tak-tak laju gila. Kalau Reza nampak aku sekarang, dia mesti cakap aku pengsan sebab tekanan darah atas 200.

"Aimi..." aku cuba tahan suara.

"Ya?"

Aku telan air liur. "Kalau terus macam ni... saya rasa..." Dia senyum. "...saya takkan sempat jumpa doktor gigi tu."

Tangan Aimi masih main-main dengan leher baju aku. Wajah dia makin dekat. Mata dia penuh sinar... sinar tak takut dosa.

Aku sudah tak boleh bernafas betul. Dinding belakang terasa sejuk. Tangan aku masih tergantung macam patung. Kalau makcik cleaner masuk sekarang, aku sanggup lompat dari tingkat 5.

Dan waktu itu aku dengar.

TOK TOK TOK!

Tombol pintu dipulas. Jantung aku berdegup. Dada aku bergetar. Pintu terbuka perlahan. Aku rasa macam jantung aku jatuh ke lutut.

"WEHHHH APA KAU BUAT GHIBRAN??!!"

Azfar.

Muncul di pintu macam tok imam nampak skandal dalam tandas masjid. Aku tergamam.

Aimi tergelak. "Eh Azfar? Lama tak nampak..."

Azfar angkat dua kening. "TAPI KENAPA AKU NAMPAK KAU DENGAN GHIBRAN, BERDUA, DALAM STOR CLEANER YANG SAMA, LAGI SEKALI?!"

Aku angkat tangan surrender. "Bukan macam tu..."

"WEHHH GHIBRAN BUAT PROJEK!!" Azfar jerit macam seronok. "KAU INGAT KAU PANDAI SOROK? AKU DAH JUMPA LOKASI FEVERET AKU PUN KAU SAMBUNG?!"

Aku sudah malu. Muka aku merah macam baru kena tebak cili api.

"Relakslah..." Aimi sambung senyum. "Kita sembang biasa je..."

"SEMBANG APA?" Azfar sambung gaya ceramah.

"SEMBANG SAMPAI BUTANG BAJU NAK TERCABUT?!"

Aku pegang kepala. "Azfar tolong..."

Dia mendekat, jari telunjuk dia macam cikgu disiplin. "Aku akan beritahu Ezrik. Hari ni. Sekarang. LIVE."

Azfar senyum puas. Mata dia bersinar macam baru dapat bahan gosip tahap nuklear.

"Aku gerak sekarang. Bye."

"AZFAR!!" aku jerit.

Tapi dia sudah pusing. Kaki dia langkah besar-besar lari keluar dari stor macam pelari pecut kategori SK Bangsar.

Aku toleh Aimi. Dia masih senyum sambil betulkan tudung. "Eh, chilllah Ghibran. Takkan takut sangat..."

Aku tolak bahu Aimi. Laju. Sampai dia terdorong ke belakang, dan terjatuh atas mop kering.

"Maaf!!" aku sempat jerit. Tapi misi lebih penting sekarang. Aku lari keluar stor.

Kasut aku bunyi tak-tak-tak hentam lantai karpet. Koridor pejabat panjang macam biasa tapi sekarang rasa macam trek olimpik. Azfar sudah separuh jalan menuju jabatan IT.

"AZFAR, JANGAN WEH!!" aku jerit.

Dia toleh belakang sambil lari. Sempat jerit,
"KAU PROJEK DENGAN HR!!! EZRIK WAJIB TAHU!!!"

Aku kejar laju. Rasa macam rusuk kiri nak tercabut. Staf lain yang lalu tepi semua pandang pelik. Ada akak dari finance sempat bisik kat kawan dia,

"Eh kenapa budak IT tu kejar Azfar? Berebut mouse ke?"

Azfar gelak sambil jerit lagi. "AKU DAH NAK SAMPAI!!! BYE BYE MARUAH KAU!!!"

BEEP! Bunyi kad Azfar swipe di pintu jabatan IT. Lampu kecil menyala hijau. Pintu terbuka perlahan. Dan tanpa tunggu sesaat pun, Azfar terus TOLAK DAUN PINTU ITU MACAM POLIS SERBU SARANG DADAH!

"EZRIKKKK!!!" dia jerit. Suara dia bergema macam microphone rosak dalam mesyuarat jabatan. Staf-staf IT semua terlompat dari kerusi. Ada yang pegang dada. Ada yang tercampak mouse.

Kak Jannah dari Meja 3 sudah jerit. "Ya Tuhan Azfar! Sakit jantung akak!!!"

AKU LARI. Secepat yang aku boleh. Aku nampak belakang Azfar baru nak buka mulut nak buat laporan palsu. Dan aku TERUS TOLAK BELAKANG DIA!

GEDEBUK!!!

Kami berdua jatuh TERGOLEK. Azfar jatuh ke depan. Aku jatuh atas dia. Macam nangka busuk bergolek dalam drama Tamil tapi versi dua ekor lelaki dewasa umur 33 tahun yang tak sedar diri.

Fail Azfar tercampak. Mouse atas meja tercabut wayar. Kerusi berpusing sendiri macam scene hantu.

Azfar menjerit, "ARGHHH KAU TOLAK AKU APA HAL!!"

Aku atas dia sambil tahan nafas. "KAU JANGAN BAGITAU EZRIK!!! AKU MERAYU!!!"

Kak Faridah dari belakang dah menjerit. "Woiii dua-dua dah tua bangka kenapa perangai macam budak darjah tiga??!"

Kak Syu tambah. "Ingat ni taska ke apa ni?! Orang tengah buat kerja, bukan tengok Tom & Jerry!"

Kami berdua diam. Terbaring atas lantai. Muka kami terbenam atas karpet jabatan IT yang berhabuk.

Maruah kami tinggal dekat stor cleaner tadi. Kami masih atas lantai. Aku atas Azfar. Azfar bawah aku. Karpet pejabat rasa macam batu neraka.

Aku semput. Azfar tengah gelak. Gelak besar. Bahagia. Macam dia baru menang cabutan bertuah TV 65 inci.

Aku tolak dada dia. Bangun perlahan-lahan sambil kemaskan baju yang sudah serabut. Azfar pun bangun sambil tepuk-pepuk debu karpet dari lengan kemeja dia.

Aku pandang dia. Muka aku merah. "KAU GILA KE?! KAU INGAT NI LAWAK KE AZFAR??!"

Azfar angkat kening. "Lawaklah, bro. Kau tengok reaksi kau tadi... chef kiss..."

"Aku ingatkan kau betul-betul nak bagitau Ezrik!"

Dia gelak lagi. "BODOH KE KAU? EZRIK KAN OUTSTATION. TIGA HARI KAT PENANG. SEMUA ORANG TAHU."

Aku terkedu. "HAH?!"

"Bilik dia kosonglah wehhh. Kau tak nampak ke?! Tadi aku lari masuk pun aku terus jerit sebab nak tengok kau panik."

Aku tutup muka. Tutup muka dengan dua tangan. "Kau memang CELAKA."

Azfar tepuk belakang aku. "Sabarlah Ghibran... maruah boleh dikutip balik... cuma bukan minggu ni."

Aku tak balas. Azfar sambung, "Tapi serious, muka kau tadi macam baru kantoi hisap rokok dalam surau."

Aku pandang dia tajam. Dia senyum makin besar. "Kau ingat kau je boleh bahan aku pasal Kiera, Aimi, Helena semua? Sekarang turn kau..."

Aku geleng kepala. "Celaka punya kawan..."

Dari jauh, Kak Faridah jerit. "WEHHH NAK GELAK SAMPAI REBAH KE NAK BUAT KERJA?!"

Aku dan Azfar terus senyap. Kami jalan balik ke meja masing-masing tapi dalam hati aku... aku dah berjanji, aku akan balas. Dan bila aku balas nanti maruah Azfar akan tinggal di tong mop dalam stor cleaner itu.

Kami baru duduk semula pada meja masing-masing. Aku masih tarik nafas perlahan. Azfar masih sengih. Macam tak ada satu dosa pun dia rasa salah hari ini.

Aku tenung skrin laptop. Tapi fokus aku sudah terbang. Otak aku masih sangkut dekat stor cleaner. Dekat sentuhan Aimi. Dekat jemari dia main tali leher aku. Dekat suara dia bisik "teman Aimi tengok wayang..."

Aku paling muka ke Azfar. Dia tengah susun fail. Muka dia tenang. Bahagia. "Aku nak tanya satu benda."

Azfar pandang aku sambil kunyah pen cap. "Apa?"

Aku tunduk sikit. Suara perlahan. "Aimi HR tu... kenapa gatal sangat?"

Azfar terus senyum jahanam. Senyuman buaya tua yang sudah tahu jawapan sebelum soalan habis ditanya.

"Wehhh..." dia bisik. "Aimi tu memang gatal dari dulu. Dah nama dia Aimi... Ramai dah rasa dia."

Aku ternganga. "Wehh!"

"Relakslah," Azfar sambung. "Dia jenis manja, nakal, suka test market. Aku layan time boring je dulu."

Aku pegang kepala. "Aku ingat dia genuine tadi..."

Azfar angkat bahu. "Kalau kau suka, ambiklah. Aku tak kisah. Skandal aku pun bukan eksklusif. Kau nak pinjam pun boleh."

Diam. Lima saat. Kemudian aku capai fail atas meja.

BAMMMM!!

Aku BALING fail itu ke muka Azfar. "CELAKA KAU AZFAR!!!"

Fail itu melayang dan kena tepat atas kepala dia.
Dokumen audit intern bersepah atas lantai. Ada kertas kena muka Azfar terus.

Dia tergamam. Aku bangun berdiri. Mata aku merah. "AKU BUDAK BAIK, WEI!!! AKU BUKAN DERMA SPERMA MACAM KAU!!!"

Azfar gelak sambil tunduk pegang muka. "Tapi sekarang muka kau dah macam bekas mangsa Aimi... jangan nafikan."

"AKU LEMPANG KAU GUNA STAPLER NANTI!!!"

Fail masih bersepah atas lantai. Azfar tengah pegang dahi sambil senyum sial. Aku berdiri, dada turun naik macam baru lepas lari 10km tapi sebenarnya sebab marah.

Tiba-tiba tapak kasut tumit berdetak laju. Aku dan Azfar sama-sama toleh ke arah bunyi itu.

Kak Faridah. Berjalan penuh aura. Tangan dia sudah letak atas pinggang. Tudung dia berkibar sikit, macam superhero nak turun hukum dunia.

Muka dia masam. Mata dia kecik sebelah.
Tanda amaran. "WEHHHH BUDAK BERDUA!!!"

Aku dan Azfar terus kaku. Macam kena petir. "Awak berdua dah kenapa ha?!"

Azfar angkat tangan. "Kak... takde apa, salah faham je..."

"SALAH FAHAM SAMPAI FAIL TERBANG MACAM KES KERASUKAN?!"

Aku tunduk. "Maaf Kak..."

"WEHHH SAYA DENGAR DARI MEJA BELAKANG TAU!" Kak Faridah sambung. "Siap ada sebut 'DERMA SPERMA'!!! Apa benda tu hah?!"

Aku makin tunduk. Rasa nak gali lubang dalam karpet dan masuk dalam itu.

Kak Faridah pandang Azfar. "Awak tu dah tua bangka! Dah umur 33! Perangai macam budak gaduh pasal pensel 2B!"

Azfar sengih. "Saya pensel 2B paling tajam, Kak..."

PAKKK!!! Kak Faridah tepuk belakang kepala Azfar. "DIAM! Duduk tempat masing-masing. Buat kerja. Saya tak nak dengar satu lagi bunyi macam drama TV9 pukul 7!"

Kami dua-dua senyap. Aku kutip balik fail. Azfar duduk perlahan sambil gosok kepala.

"Lain kali, kalau nak gaduh... gaduh dalam stor cleaner je," dia bisik.

Aku angkat stapler. "Diam kau."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience