Matahari sudah mula terik tapi perut aku rasa lega. Roti canai telur kedai mamak tadi selamat landing dengan baik dalam usus aku. Tak macam hati aku.
Kami bertiga jalan kaki perlahan dari kedai mamak ke lorong hujung deretan. Azfar dengan gaya selekeh dia, tangan dalam poket hoodie, padahal panas terik macam neraka. Reza pula masih bergaya walaupun hanya pakai t-shirt hitam fit ketat dan seluar track hitam. Rambut dia sikat tepi, rapi macam nak pergi ceramah motivasi di pentas sekolah.
Dan aku? Aku cuma jadi aku.
"Oi," suara Azfar menujah udara, "apa hal jalan macam mayat hidup? Tadi kat kedai mamak termenung, sekarang pun macam baru lepas kena nombor ekor."
Aku tak jawab. Malas nak layan buaya berselera global ini.
Reza ketawa kecil. "Biarkan. Mungkin dia tengah fikir cara nak tanam diri sendiri."
Aku senyum senget. "Taklah. Aku tengah fikir nak tambah satu lagi aksesori kat atas telinga ni. Bahagian cartilage nampak kosong sangat."
Kami berhenti depan satu lot kedai kaca. Tingkap tinted, logo kecil bertulis "Needle & Steel" terpampang atas pintu.
"Masuk jom," kata aku sambil tolak pintu.
Bunyi loceng halus sambut kami. Bau antiseptik campur bau logam panas. Dalam kedai itu bersih gila. Lampu putih terang. Dinding gelap ada display jarum, perhiasan, dan gambar-gambar close up telinga, bibir, hidung orang yang ditindik. Ada juga nota: "We pierce with precision, not attitude."
Cool.
Seorang lelaki berbaju hitam dan apron kulit hitam menyambut. Rambut dia ikat man bun. Muka serius. Badan penuh tattoo tapi tangan dia bersih. Sangat bersih.
Aku angkat dua jari. "Telinga kiri. Bahagian atas. Cartilage. Nak tindik satu lagi. Kasi seimbang."
Reza duduk atas sofa menunggu, silangkan kaki, keluarkan telefon. Azfar ambil tempat di sebelah dia sambil belek-belek jarum yang dipamerkan.
"Bro," kata Reza, suara rendah, "kau ni makin banyak besi kat telinga. Kau sebenarnya tengah bina kilang ke?"
Aku tergelak kecil. "Healing, bro. Jiwa kacau kena cucuk sikit. Biar berdarah. Baru rasa hidup."
Azfar sumbat sebiji grape candy dari balang kaca tepi meja ke mulut. "Kau ni dah macam pokok hiasan kena sangkut loceng raya. Lain macam vibe."
"Telinga aku, suka hati aku." Aku senyum sengih.
Tukang tindik hulur sarung tangan. Aku duduk atas kerusi tinggi. Dia sembur antiseptik, tandakan titik kecil atas cartilage telinga kiri aku, dan tunjuk jarum stainless steel yang bersinar. Bersih. Tajam.
Aku pandang cermin. Mata aku sendiri yang aku tengok. Redup tapi dalam. Mungkin dalam sangat sampai aku sendiri sudah tak tahu apa yang ada dalam dasar itu.
SNAP!
Jarum tembus cartilage. Sakit dia? Lebih tajam dari tindik biasa, tapi sekali lalu saja. Setakat luka kecil itu... tak akan nak menangis.
Darah meleleh setitik. Tukang itu lap, letak stud besi kecil berkilau. Siap.
Azfar berdiri. "Weh, satu hari nanti telinga kau meletup, jangan cari aku."
"Boleh letak bunga api," aku balas. "Malam raya confirm aku paling bercahaya."
Reza geleng kepala perlahan. "Gila."
Aku senyum lagi. Gila itu sudah lama dalam diri aku. Aku cuma cucuk saja sikit biar dia keluar... setitik demi setitik.
Aku turun dari kerusi. Sentuh sikit stud kecil di atas daun telinga kiri. Masih pedih tapi aku suka. Sakit itu... manja. Nakal. Macam trauma dalam bentuk fizikal. Boleh pegang. Boleh rasa.
Aku toleh tengok cermin besar sebelah. Pandang muka sendiri. Bosan.
Aku buka mulut sikit. Lidah aku tenyeh sikit ke gigi. Terfikir. Kenapa tak tindik lidah?
Sekali aku pusing badan. "Bro..." aku panggil tukang tadi, "boleh tindik lidah tak?"
"WHAT THE F..." suara Azfar terbang dulu.
Reza angkat muka dari telefon. Perlahan. "Apa kau cakap tadi?"
Aku ulang dengan tenang. "Aku nak tindik lidah."
Piercer angkat kening. "Of course tapi sakit sikit la. You pernah buat before?"
Aku geleng. "First time."
Azfar sudah bangun berdiri. Muka dia macam bapa orang yang baru tahu anak dia nak join geng motosikal haram.
"Woi gila! Lidah? Kau kerja pejabat, bro. Jabatan IT kot. Dahlah staf ramai. Nanti bos nampak, mati aku kena explain kalau dorang nampak kita ni macam geng punk!"
Aku gelak. "Relakslah, Far. Aku sorang je yang punk. Kau kan... buaya ofis yang bergaya."
Reza berdiri, bersandar di dinding. Suara dia tenang tapi tajam. "Tindik telinga aku boleh terima tapi lidah? Untuk apa?!"
Aku pandang Reza sambil jentik piercing baru di telinga. "Untuk rasa hidup."
Dia cebik. Aku sengih. "Lagi satu, bro... lagi feel kalau cium."
Azfar terbatuk kuat. "HAAAK PUI! Gila seks betullah kau ni!"
Reza geleng kepala. "Sumpah... bodoh."
Aku jalan balik ke kerusi. Duduk. Buka mulut. "Jom, bro. Langgar je."
Tukang itu sudah bersiap. Sarungkan sarung tangan. Ambil jarum khas untuk lidah. Ada cermin, ada clamp stainless steel. Dia angkat tangan.
"Ready?"
Aku angguk. Lidah aku tarik keluar. Azfar sudah tutup muka dengan tangan. "Wei, aku tak sanggup tengok..."
Reza sudah duduk semula tapi tangan dia peluk dada. Pandang aku macam doktor mental tengah kaji pesakit tahap akhir.
SNAP!
Jarum tembus tengah-tengah lidah aku. Sakit dia bukan main-main. Bukan macam telinga. Ini... macam kena cucuk ego sendiri tapi aku tahan. Nafas berat.
Piercer itu cepat-cepat letak barbell besi. Lidah aku rasa tebal. Kebas dan sakit. Aku pegang dagu sendiri, sengih senget sambil keluarkan lidah sikit depan cermin.
Azfar terus jerit. "BAHLOL!"
Reza cuma cakap satu ayat. "Kau memang cari bala."
Aku ketawa dalam sakit. Lidah sudah rasa sengal-sengal.
"Tapikan... sedap rasa dia. Macam... lidah aku naik taraf."
Azfar tampar dahi. "Esok lusa kalau kau mati sebab infection, aku tak join kebumi. Aku gelak je tepi kubur."
Aku angkat dua jari. "Janji kau gelak dengan ikhlas."
Aku ludah sikit dalam bekas yang piercer itu bagi. Darah nipis. Bukan pekat sangat. Lidah rasa berat, tapi... sedap. Macam rasa rebellious itu sah masuk level baru.
Aku berdiri, melangkah ke cermin besar yang bercahaya dari atas. Pandang refleksi sendiri. Piercing barbell kecil terjulur kemas dari tengah lidah.
Yes. Sempurna.
Aku angkat tangan, selak rambut aku ke tepi. Wolf cut layer depan turun menutup mata sikit. Rambut belakang aku ranapkan ke belakang, bagi nampak rahang. Aku jeling diri sendiri. Aku nampak macam villain anime Jepun yang baru keluar dari penjara underground.
Azfar berdiri belakang aku, pegang dada sendiri sambil ketawa macam orang hilang akal.
"Wehh... sumpahlah... sumpah GILA. Lepas ni jangan hairan kalau ada budak HR tersangkut sebab lidah kau bersinar bawah lampu pantry!"
Reza masih berdiri dengan tangan bersilang, muka tak berperasaan. Tapi ayat dia setajam sembilu.
"Next kau nak tindik mana? Tindik batang ke?"
Azfar terbaring separuh di sofa sambil gelak terkejang. "ADUHHH AKU TAK KUAT! Tindik BATANG PULAK!"
Aku jeling Reza dalam cermin. Sengih.
"Hmm. Belum decide lagi tapi... not a bad idea."
Azfar terus terguling ke lantai. "SIALLL KAU NI! aku tak join, aku tak join!"
Reza cebik. "Tolonglah, bro. Aku masih nak makan tengah hari nanti. Jangan rosakkan selera aku dengan idea-idea mengarut."
Aku toleh, lidah terjulur sikit, barbell aku tayang bangga. "Reza... orang hidup sekali je. Nak buat benda bodoh, biarlah puas."
Dia pandang aku. "Masalahnya kau buat benda bodoh... setiap minggu."
Aku sengih lagi. "Tanda aku masih lagi hidup."
Aku bayar di kaunter sambil lidah masih rasa berdenyut. Sakit? Tak.
Sedap.
Total semua RM230. Worth every damn sen.
Piercer hulur slip. "Jaga elok-elok. Elakkan makanan pedas. Jangan cium mulut dua hari."
Aku angguk sambil senyum. "Boleh tapi tak janji."
Azfar sudah berdiri sebelah aku. "Gila. Kau betul-betul buat."
Reza buka pintu kaca kedai. Loceng halus berbunyi lagi. Kami bertiga keluar, disambut udara panas dan cahaya matahari yang menyinar macam spotlight eksklusif untuk si celaka macam aku.
Aku jalan sambil adjust t-shirt, sengaja tayang sikit tindik di telinga dan lidah bila aku menjeling ke cermin kereta yang kami lalu.
"Tengok ah... aku rasa aku makin nampak ganas sekarang. Tindik telinga, tindik lidah..." Aku tahan rambut wolf cut aku dari tertiup angin. "Lepas ni aku cakap je dekat Elvina 'eh babe, abang ada tindik pusat juga tau'."
Azfar berhenti jalan. Muka dia macam nak terkencing. "Woi... pusat?! Kenapa pusat?!"
Aku sengih. "Mana tahu dia suka. Nampak... spicy."
Reza pandang aku sebelah mata. "Kemain kau puji diri. Ganas konon. Padahal semalam kau tampar Elvina sampai dia menangis."
Aku terdiam seminit. Azfar sambung api. "Tak faham aku... semalam kau flying slap perempuan tu masa mabuk. Hari ni kau nak cakap cinta pulak? Apa punya feel?!"
Aku buat muka tak bersalah. "Mabuklah bro. Jiwa kacau. Semua orang ada side gelap. Aku cuma tunjuk sikit."
Azfar gelak sinis. "Sikit kepala hotak kau. Kau tampar dia macam dia curi rantai emas arwah mak kau."
Reza potong. "Lain kali, jangan mabuk kalau tak reti beza tangan dengan mulut."
Aku diam. Langkah perlahan tapi dalam kepala aku... Muka Elvina muncul. Mata dia masa aku herdik. Air mata dia masa aku tinggikan suara. Bibir dia masa aku...
Sial. Aku memang bodoh tapi tak bermakna aku tak rindu dia. Kami baru nak lintas jalan ke arah tempat parking bila poket seluar aku bergetar.
BRRRRRR
Aku keluarkan telefon. Skrin nyala. Nama pemanggil adalah Elvina.
Jantung aku macam kena tarik sikit. Aku tak terus angkat. Aku renung dulu. Nama itu... Masih ada emoji hati dan dia masih telefon aku.
"Siapa tu?" Azfar tanya, tapi aku tak jawab. Reza sudah perasan. Dia senyap, tapi pandang aku lama.
Aku tekan hijau. Letak telefon dekat telinga.
"Hello..."
Suara Elvina kedengaran, tenang. Tapi ada something. Bukan marah. Bukan lembut. Tapi... hidup.
"Aku habis kerja petang ni pukul enam. Kau free tak?"
Aku terdiam dua saat. "O... okay. Jumpa mana?"
"Tempat biasa."
Klik! Dia letak dulu. Tak tunggu aku jawab pun. Aku pandang skrin yang gelap. Tapi muka aku... senyum macam bangang.
Dia masih cari aku. Dia masih nak jumpa aku. Dia masih...
Reza bersuara perlahan. "Elvina?"
Aku angguk. Azfar tiup angin keluar mulut. "Siallah... perempuan tu memang tak reti serik. Dapat kaki tangan ringan, pun masih nak jumpa."
Aku sengih. "Dia sayang aku."
Reza geleng. "Atau dia nak bagi penampar pulak kali ni."
Aku ketawa kecil. Tak kisah. Tampar ke, peluk ke, marah ke janji dia masih datang. Janji dia masih... nak tengok aku.
Aku masih senyum masa poket aku sumbat balik telefon. Jari aku ligat pusing-pusing kunci piercing baru di telinga kiri. Lidah aku rasa kebas sikit, tapi kepala aku... ringan.
"Let's go," kata Azfar.
Kami lintas jalan beramai-ramai. Kereta laju sikit dari arah kiri, tapi Reza jalan steady macam trafik akan hormat dia dan memang, kereta itu brek sendiri.
Muka Reza tak berubah langsung. Tangan dalam poket seluar. Azfar angkat tangan beri isyarat 'thank you' pada kereta itu, sambil selamba melintasi jalan, langkah besar-besar macam dia model runway.
Aku ikut belakang. Langkah aku santai. Dalam kepala masih ulang suara Elvina tadi. "Tempat biasa." Gila rindu.
Civic putih Azfar sudah parkir elok bawah pokok besar, tepi tiang lampu jalan. Cat kereta berkilat, rim hitam, tinted gelap nampak macam kereta samseng tapi dalamnya wangi Febreze.
Azfar tekan remote kunci. Beep-beep. Reza buka pintu penumpang depan dan masuk dulu. Azfar naik tempat pemandu. Aku masuk belakang.
Seat leather Civic ini memang sedap tapi belakang sikit sempit bila Azfar setting seat dia macam nak lunjur kaki ke Mekah.
Azfar sempat pandang aku dari cermin pandang belakang.
"Happy gila muka kau," dia sindir.
Aku baring sikit. "Dia nak jumpa aku."
Reza toleh separuh badan. "Jaga lidah tu. Jangan sampai kau terliur masa bercakap."
Aku senyum. Lidah terjulur sikit. "Biar dia nampak. Baru dia tahu lidah boyfriend dia naik taraf."
Azfar sudah hidupkan enjin. Bunyi kereta dia mengaum perlahan.
Reza geleng lagi. "Aku sumpah... aku takkan naik kereta ni lagi kalau lepas ni kau tindik puting."
Aku ketawa kuat. Azfar pun tergelak macam celaka. "Kalau dia tindik puting, aku jual kereta ni terus."
Share this novel