Lewat petang. Langit warna tembaga, macam hati aku yang sudah reput separuh. Kami bertiga, macam biasa, lepak di kedai mamak hujung simpang port sejak zaman universiti. Port kami hisap rokok, bahan Azfar, debat pasal perempuan, dan ketawa macam hidup ini tak akan mati.
Tapi hari ini... tiada rokok, tiada ketawa dan tiada bahan. Yang ada cuma diam dan cerita neraka dari mulut seorang perempuan yang dulu pernah rasa apa itu mati, tapi semalam... dia rasa lebih teruk dari itu.
Rissa cerita segalanya. Satu-satu tanpa air mata. Tenang. Dingin. Macam cerita orang lain.
Azfar tunduk. Tangannya genggam sudu sampai bengkok. Ghibran tak angkat muka langsung. Jari dia main lipat tisu. Habis lumat.
Dan aku?
Aku... senyum. Senyum macam aku tak dengar apa-apa. Senyum macam cerita itu cuma skrip filem bajet. Senyum macam aku tak nampak darah beku atas pah Rissa pagi tadi. Senyum... sebab kalau aku buka mulut, aku akan jerit.
Aku akan baling meja. Aku akan keluar dari kedai mamak ini, cari Aizat dan hancurkan tengkorak dia dengan tangan aku sendiri.
Tapi sekarang, aku cuma hirup teh ais yang sudah cair.
"Jadi... dia rogol kau masa kau pitam?" Suara aku keluar datar. Tak ada emosi. Macam tak kisah. Padahal hati aku sudah hancur jadi debu, dan serpihannya sedang hiris organ dalaman aku satu-satu.
Rissa angguk tapi lambat. Mata dia pandang meja, bukan aku. Azfar masih diam. Tapi dada dia turun naik cepat. Nafas marah.
"Kalau kau nak bunuh dia, aku tolong," Ghibran tiba-tiba buka mulut. Suara dia gelap. Nada dia bukan main-main.
Rissa angkat muka. Pandang aku dan buat pertama kali hari ini, dia senyum sikit. Senyum yang buat seluruh dunia aku beku. Senyum seorang perempuan yang sudah patah...
tapi belum hancur.
"Tak apa, aku boleh setel sendiri."
Ayat itu keluar dari mulut Rissa macam peluru tak bertujuan. Dia senyum. Senyuman tipikal dia yang cuba tipu semua orang kononnya dia okay.
Tapi aku nampak jari dia masih menggeletar bawah meja. Nampak kaki dia tersentak kecil bila motor besar lalu jalan depan kedai mamak.
Dia tengah berlakon kuat. Dan aku benci bila perempuan itu cuba tipu aku.
"Dia tu kuat dari segi tenaga, kau tak mampu lawan dia Rissa..." Suara aku keluar berat. Nada tak tinggi, tapi keras. Macam batu nisan. Aku tak marah dia. Aku marah dunia yang biarkan dia lalui semua itu dan aku paling marah sebab aku tak ada masa kejadian.
Azfar angguk perlahan. Satu tangan atas meja, satu lagi gosok leher.
"Betul tu... biar aku je bunuh dia. Aku kan sado," katanya dengan sengih buaya yang sudah terbiasa. Cuba buat lawak, walaupun lawak itu tak kelakar langsung hari ini.
Tapi Ghibran... jeling Azfar lama. Muka dia tak ada ekspresi. Tapi anak mata dia... tajam.
"Aku lagi sesuai bunuh dia," Ghibran balas perlahan, suara hampir berbisik. "Aku tak kisah kalau tangan aku berdarah. Aku tak kisah kalau aku kena masuk penjara."
Azfar ketawa kecil, tapi pahit. "Biar betul kau. Ni bukan main-main, Bran."
Ghibran masih tak berkelip. "Siapa cakap aku main-main?"
Aku pandang Rissa. Dia pandang aku semula. Dan untuk pertama kali sejak dia cerita tadi, aku nampak mata dia bersinar sikit.
"Aizat... tu tak sangka dia hidup lagi." Azfar ulang dengan suara separuh menjerit. "Aku ingat dia dah mampus, Rissa! Kau... kau bukan pernah cuba bunuh dia ke dulu?!"
Aku tengok Rissa. Dia hanya sengih. Senyum manja macam tengah promote skincare, bukan cerita bunuh orang.
"Dah bunuh, aku potong brek kereta dia." Rissa angkat bahu. Selamba. "Brek kereta dia hilang masa turun bukit Cameron. Tapi sayangnya dia tak terbang masuk gaung. Cuma tergolek dekat lereng je."
Azfar ternganga. "Dan kau sangka... dia mati?"
Suara Azfar sudah naik satu ton.
"Tak sangka. Aku harap dia mampus." Jawab Rissa lembut, sambil hirup air sirap bandung dia yang tinggal setengah.
Ghibran... masih diam tapi aku perasan dia senyum nipis. Senyuman pelik.
Azfar tepuk meja sekali, kuat. "Rissa, kau gila ke? Satu tahun kau diam pasal ni? Kau ingat ni skrip drama Netflix ke? Dah bunuh orang pastu chill lepak macam biasa?"
"Aku tak kisah bunuh orang." Suara Rissa lembut. Tapi matanya tak berkedip.
Dia senyum lagi. Kali ini lebih manja. Lebih psiko. Lepas itu dia pandang aku. Pandang dalam-dalam dan aku tahu, senyuman itu bukan sekadar untuk sembunyikan luka. Itu senyuman pembunuh.
Yang sudah penat menunggu. Meja kami diam.
Kedai mamak pun terasa sunyi. Macam langit pun pause sekejap. Tiada bunyi pinggan berlaga. Tiada suara waiter jerit "roti kosong satu!"
Semua macam beku. Masing-masing tenggelam dalam kepala masing-masing, sorok trauma cara masing-masing.
Aku tengok air teh ais aku. Cair sepenuhnya.
Macam jiwa aku. Tiba-tiba...
"Eh, tapi serius weh... aku rasa lagi scary Ghibran bila dia marah budak intern tu hari tu." Azfar buka mulut. Suara dia naik satu nada, buat-buat riang.
"Yang mana?" aku tanya malas.
"Yang budak intern kena sound sebab silap install antivirus tu... kan kau, Bran... siap hempas keyboard!" Azfar mula gelak seorang.
"Gila weh, budak tu terus menangis, siap mintak tukar department lepas tu. Aku rasa budak tu trauma sampai sekarang." Dia sambung gelak, sampai terbatuk sikit.
Aku senyum sikit. Rissa tunduk, tapi senyum juga. Suasana mula hidup balik. Tapi...
Ghibran pandang Azfar lama tak kelip. Muka dia kosong.
"Azfar." Suara dia dalam. Tenang tapi seram.
Azfar sengih lagi. "Ala bro, chilllah... kau garang sangat kot kadang."
Ghibran letak sudu perlahan. "Kalau kau sebut pasal benda tu lagi, aku akan hempas kepala kau dekat meja ni. Tanpa antivirus."
Terus Azfar diam. Tangan dia berhenti gerak. Mulut separuh terbuka. Aku ketawa kecil. Rissa sudah tergelak betul. Siap tepuk meja.
Azfar tarik nafas panjang, capai straw dan cucuk ais lemon tea dia kuat-kuat. "Tak boleh buat lawak langsung budak ni..."
"Tapi aku rasa lagi kelakar masa kau cerita tengah layan Kiera kat hotel 5 star minggu lepas..."
Azfar terus terpaku. Aku pun perlahan-lahan letak gelas atas meja.
"Yang mana satu?" aku tanya tapi sebenarnya aku sudah tahu. Sebab... aku yang kacau mood dia malam itu.
Ghibran terus pandang aku. "Yang kau call dia masa dia tengah... 'sibuk main'."
Azfar terus naik suara. "Wehh, Bran! Tak payah la cerita sial tu!"
Tapi Ghibran sudah laju sambung.
"Kau angkat juga call Reza, kan? Tengah peluh-peluh atas badan orang, boleh sempat lagi jawab 'Kejap wehh aku busy!' lepas Reza tanya 'Kau bila nak balik, weh? Dah malam dah.'"
Aku terus tersembur teh ais atas tangan sendiri.
"HAHAHA SIAL AH, AKU INGAT!" Aku hentak meja. Tangan aku terketar, gelak tak berhenti.
Kepala Rissa sudah baring atas meja sambil tepuk paha. Muka merah tahan tawa.
Azfar bungkam. Tutup muka dengan tisu mamak. "Wei sumpah, Reza... kau hancurkan malam aku wei. Aku tengah naik mood kot masa tu..."
"Tak salah aku pun," aku balas selamba. "Aku ingat kau stuck kat traffic jam. Mana aku tahu kau stuck atas badan orang."
Ghibran belum habis.
"Aku tak heran la kau banyak awek, Azfar." Ghibran bersandar, tangan silangkan dada.
Nada suara dia macam tengah bagi ceramah PT3.
"Tapi... aku haraplah kau pakai kondom."
Azfar angkat kepala. "Wei sial lah kau!"
Ghibran pandang dia lama. "Bukan apa.
Nanti ada budak umur tiga tahun datang ketuk pintu rumah aku, panggil aku uncle. Pastu bila aku tanya 'anak siapa ni?' Budak tu jawab, 'Ayah saya Azfar. Tapi mama tak sure'."
EHK!
Rissa gelak sampai tersedak air sirap bandung.
Aku tercekik roti telur.
"GILA KAU GHBIRAN!" aku bersuara dengan suara tersekat.
Azfar sudah bangun sikit, tahan tawa dengan bengang. "Kau nak aku sumpahlah ni ke? Aku memang pakai okay! Aku beli berkotak kotak tau!"
"Jenama apa? Durex? One Touch?" Ghibran selamba. "Minggu lepas aku nampak kat dashboard kereta kau. Pink warna dia. Flavoured."
Azfar tunjal bahu Ghibran. "WOI! KAU PERGI USYA DALAM KERETA AKU?!"
Ghibran tak jawab. Dia cuma senyum sikit. Senyum orang yang memang hidup untuk menyakitkan ego orang lain.
Aku geleng kepala. "Azfar, kalau satu hari nanti mana-mana awek kau termengandung lagi... aku harap anak tu keluar macam Ghibran. Baru kau tahu azabnya."
Rissa letak kepala atas meja. Sudah tak larat ketawa. Azfar terus pandang aku. "Wey tolong jangan doakan benda gila macam tu!"
Kami masih gelak tak berhenti. Rissa sudah peluk perut, menangis. Kepala Azfar baring atas meja. Ghibran diam, tapi mata dia senyum jahat.
Tiba-tiba ada bayang hitam berdiri tepi meja. Aku angkat muka. Pelayan kedai mamak. Budak Bangladesh muda, muka merah tahan marah, tangan pegang buku order.
Dia tunduk sikit... tapi lepasi tu tiba-tiba jerit kuat...
"BROOO!! JANGAN CERITA LUCAH SANGAT LA WEHHH!! CUSTOMER SEMUA DAH DENGAR!!"
Kami semua terdiam. Azfar angkat kepala perlahan. Pelayan itu sambung, makin naik suara:
"INI KEDAI MAKAN LA BANG!! BUKAN STUDIO PODCAST!! IKAT TANGAN LA, FLAVOUR KONDOM LA SAYA NAK MUNTAH DENGAR!!"
BOOM!!! Aku tergelak sampai teh ais tumpah. Kepala Rissa terus rebah atas meja. Azfar tepuk dada macam kena serangan asma.
Pelayan itu sambung.
"SEBELAH TU ADA MAKCIK TENGOK KORANG MACAM SYAITAN! DIA BUNGKUS TERUS BALIK! DIA KATA KENAPA KAT MAMAK ADA ORANG CERITA 18SX?!"
Aku sudah tak boleh tahan. Aku berdiri sambil pegang perut.
"BRO PLEASE JANGAN MARAH, KAMI BAYAR EXTRA OKAY!"
Pelayan itu jeling tajam.
"LAIN KALI CERITA BAWAH BANTAL, BUKAN DEPAN NASI LEMAK!"
BOOM! Semua meja sebelah kami gelak kuat. Azfar menyorok belakang menu. Ghibran angkat tangan, surrender. Kami semua masih tergelak lepas pelayan itu jerit macam baru kena rasuk.
Azfar tengah lap air teh yang tumpah atas seluar, Rissa tak berhenti sengih sambil sembunyi belakang aku, Ghibran... tenang tapi mata dia sudah pandang pintu macam fikir nak cabut lari.
Tiba-tiba...
"HAH BAGUS DIK, BAGUS!"
Satu suara garau campur tajam macam parang masuk telinga kami. Semua terdiam. Aku toleh...
Seorang makcik tudung kelabu bangun dari meja belakang. Tangan dia pegang plastik nasi lemak bungkus. Tangan satu lagi... menuding tepat ke arah kami.
"KORANG NI INGAT TEMPAT NI APA?! NAK CERITA HAL KATIL, IKAT MENGIKAT, KONDOM FLAVOUR... ASTAGHFIRULLAHH!!"
Azfar terus tunduk macam budak kena rotan depan kantin. Makcik itu tak habis.
"BERTIGA NI DAH MACAM PELAKON FILEM HARAM! SORANG CERITA, SORANG SOKONG, SORANG GELAK MACAM JIN TANAH!!"
Aku... terbatuk tahan tawa. Tapi aku tak berani senyum.
Rissa sudah peluk tangan aku, suara dia bisik,
"Cakaplah ini scene drama pendek, cepat cover..."
Tapi makcik itu lebih laju.
"ANAK DARA ORANG DUDUK SINI, KAU CERITA IKAT TANGAN KAT HEADBOARD?! KALAU ANAK AKU DENGAR, AKU PIAT TELINGA KAU TAU TAK?!"
Azfar angkat tangan. "Makcik, minta maaf... kami tak sengaja..."
"TAK SENGAJA KEPALA HOTAK KAU!! KAU GELAK SIAPA SURUH?!"
Aku tergelak terus sebab tak tahan. "WEH AZFAR KAU KENA KEPALA HOTAK!"
Makcik itu jeling aku. "YANG KAU NI PULA, MUKA ELOK, MULUT MACAM ORANG TAKDE MARUAH. TAK PAYAH HENSEM SANGAT KALAU OTAK TAKDE!"
Rissa sudah jatuh bawah meja sambil tepuk lantai gelak. Ghibran terus capai straw, sedut air sampai habis. "Kita kena blah sekarang."
Azfar tunduk, angkat tangan, "Makcik... saya buaya insaf. Janji tak ulang lagi."
Makcik itu hulur plastik nasi lemak, tepuk kuat atas meja kami.
"AMBIL NI. BUATLAH MAKAN, BUKAN BERCERITA MACAM HARAM."
Share this novel