Bab 151

Mature Content Series 3947

Cermin mata aku senget semasa aku tolak pintu butik dari dalam. Aku betulkan pakai jari tengah. Rabun aku memang menyusahkan, tapi tanpa cermin mata ini, aku nampak dunia macam mimpi buruk yang kabur.

Tangan kanan genggam dua paper bag. Cotton dan linen. Baju baru. Warna gelap. Warna yang tak akan tunjuk darah kalau kena percikan nanti.

Langkah aku yakin keluar butik. Mall ini penuh manusia, tapi aku tak peduli. Kepala aku sarat dengan senarai kerja yang belum selesai. Satu nama dalam senarai itu baru saja hantar mesej pagi tadi lelaki yang aku perlu buang dari dunia ini, sebelum dia buka mulut.

Dan masa itu... DUK!

Bahu aku terhentak kuat dengan seseorang. Aku reflek toleh. Bersedia nak maki, bersedia nak pandang sinis tapi mata aku terus fokus pada muka.

Dan sial dia adalah Helena.

Dia pun pandang aku. Wajah dia... berubah. Mata dia terbeliak sikit, tapi cepat-cepat kontrol. Mulut dia macam nak cakap sesuatu, tapi dia diam.

Lepas itu aku nampak raut wajah dia serabut. Bukan takut. Tapi macam... tak yakin nak jumpa aku.

Helena tunduk, langkah cepat, terus jalan laju ke arah bertentangan. Hilang dalam orang ramai sebelum aku sempat buka mulut.

Aku berdiri diam. Tenung belakang dia. Tak kejar. Tak panggil. Tak senyum.

Langkah aku baru saja nak sambung, dua paper bag di tangan kanan, fikiran aku cuba paksa diri lupakan muka Helena yang baru hilang di sana tadi. Tapi tiba-tiba...

BUKKKK!!!

Satu bunyi jatuh kuat. Macam batang tubuh manusia hempap logam. Serentak suara orang ramai berseru, kecoh.

"Ya Tuhan!"

"Eh, jatuh ke tu?!"

"Cepat, tolong dia!"

Aku toleh spontan. Orang ramai mula berkerumun. Satu kelompok besar berkumpul dekat bahagian escalator tengah mall. Perasaan aku terus menendang. Aku berlari ke arah bunyi tadi.

Tangan kiri tahan dada perempuan yang berdiri tercegat tengok. "Excuse me," aku tolak sikit. "Move."

Langkah aku makin laju. Debar tak ada, cuma rasa ingin tahu dan sedikit jengkel. Aku benci gangguan waktu aku tengah mood nak balik.

Masa aku berjaya selit ke barisan depan kerumunan... mata aku fokus.

Dan aku nampak, Helena. Terduduk longlai dekat dasar escalator. Rambut dia serabut, lutut kiri bengkok pelik, tangan pegang sisi badan. Wajah dia pucat. Macam orang baru jatuh dari langit.

Dua tiga orang perempuan tengah bantu dia bangun. Seorang lagi sempat rakam dengan telefon. Biasalah. Manusia suka tengok orang terhempas.

Aku berdiri tegak. Tak bergerak. Mata aku tak lepas dari tubuh Helena yang perlahan-lahan cuba bangun. Kasut dia tertanggal. Bahu dia calar. Tapi satu benda dalam kepala aku mula buat bising:

"Macam mana dia jalan? Tak pakai mata ke?!"

Mall ini terang benderang. Escalator itu besar, ada pemegang kiri kanan. Kalau dia betul-betul jatuh... something not right. Tak akan jalan macam zombi sampai jatuh macam itu?

Atau... dia tengah tak stabil? Atau pengsan? Atau lebih menarik lagi dia tengah dalam pengaruh sesuatu?

Mata aku sempit. Cermin mata ini memang untuk rabun, tapi naluri aku masih jelas.

Ada yang tak kena. Tanpa fikir panjang, aku terus turun escalator yang satu lagi dengan laju, penuh kawalan. Setiap anak tangga aku pijak, aku kira dalam kepala.

Tiga. Dua. Satu.

Sebaik tapak kasut aku mencecah lantai bawah, aku tolak orang ramai tanpa minta izin.

"Sorry. Kawan aku," aku sebut, kuat, jelas, cukup untuk semua dengar dan beri laluan.

Perempuan yang tengah pegang bahu Helena sempat pandang aku, blur.

Aku ulang lagi. "Dia kawan aku. Biar aku bawa dia."

Suara aku tenang, tapi ada tekanan. Orang sekeliling mula berundur. Telefon dimasukkan semula dalam poket. Muka orang awam ini semua sama menyibuk lima saat, lepas itu bosan bila ada orang lebih berani ambil alih.

Helena pandang aku. Terkejut. Matanya luas. Nafasnya pendek. Dia nak cakap sesuatu tapi tak sempat.

Aku sudah tunduk, lengan kanan aku masuk bawah lutut dia, lengan kiri sokong belakang badan dia. Aku angkat perlahan tapi tegas.

Berat dia tak seberapa. Yang berat cuma beban soalan dalam kepala aku sekarang.

Dia tak melawan, tak jerit dan tak cakap apa-apa. Cuma diam. Terkejut tapi... tak panik.

Langkah aku yakin keluar dari mall. Mata orang ramai masih ikut gerak tubuh kami. Ada pengawal keselamatan pandang, tapi tak halang. Sebab aku nampak macam tahu apa aku buat dan aku memang tahu.

Pintu automatik terbuka. Angin luar menyambut wajah aku. Aku turun tiga anak tangga, lalu duduk di bangku konkrit betul-betul depan mall.

Aku turunkan Helena perlahan-lahan atas bangku itu, bagi dia duduk bersandar. Dia tarik nafas panjang. Tangan dia pegang sisi rusuk.

Aku tak bercakap. Cuma duduk sebelah dia. Letak paper bag kat lantai. Mata aku tak lepas dari wajah dia.

Helena masih diam. Mata dia tengok aku macam aku ini benda asing dan ya... aku memang benda asing dalam hidup dia. Tapi sekarang... dia cedera. Dia lemah dan aku satu-satunya yang tahan dekat situ.

Dia buka mulut perlahan. Suara kecil, rapuh sikit. "Reza..."

Aku angkat kening sikit.  "Ya?"

Helena geleng kepala. Dia tak sambung. Dia nampak keliru dengan dirinya sendiri dan aku pun. Sebab aku masih tertanya-tanya...

Apa yang buat perempuan macam Helena jatuh macam itu? Dan kenapa... bila dia nampak aku... dia nampak takut?

Helena masih senyap. Nafas dia teratur tapi berat. Aku perhati pergerakan lutut kirinya sedikit bengkak. Dia cuba sorok sakit, tapi aku sudah lama kenal body language orang yang cuba tipu kesakitan.

Aku buka mulut perlahan. "Ni terseliuh. Kena pergi klinik."

Helena geleng kepala cepat. Tak tunggu habis ayat pun. Terus geleng.

Mata aku sempit. "Kenapa?"

Dia masih diam. Dagu dia tunduk. Rambut menutup separuh wajah.

Aku ulang, nada aku lebih tegas. "Nanti makin bengkak. Kau nak jalan dengan satu kaki minggu depan?"

Helena angkat muka sikit. Wajah dia nampak takut-takut, tapi lebih kepada... takut kantoi. Bukan takut jarum. Bukan takut ubat.

"Tak nak," suara dia akhirnya keluar. Perlahan. "Aku tak nak... nanti kantoi."

Hah? Satu ayat. Cukup untuk bakar seluruh saraf analisis aku. Aku senyap. Bibir aku tutup rapat, tapi dalam kepala sudah berdengung.

Kantoi apa? Kalau setakat terseliuh, kantoi apa? Tak akan kantoi pakai kasut murah? Tak logik. Dan masa itu satu memori naik macam mimpi buruk malam pertama.

Azfar.

Pernah cerita sambil gelak separuh mamai. "Perempuan tu kuat layan... sampaikan aku suspect dia ambil barang. Bila high, dia macam lain. Tapi tu yang buat aku tertarik. Rare."

Oh. Aku toleh balik ke arah Helena. Mata dia tak pandang aku. Dia tengok jalan depan mall. Jari dia main-main dengan tali gelang tangan, seolah-olah nak larikan diri dari kenyataan.

Aku sengih perlahan. Senyum yang tak perlu dia tengok pun. Senyum yang hanya untuk diri aku sendiri.

"Urine test, eh?" Bisik aku dalam hati.

Atau... darah? Kalau masuk klinik, dia kantoi. Bukan sebab cedera tapi sebab badan dia ada sisa 'barang' yang tak patut ada.

Patutlah serabut. Patutlah jatuh. Aku tunduk sikit. Ambil botol air mineral dari dalam beg kertas aku. Buka penutup. Hulur ke arah dia.

"Minum."

Dia pandang botol itu. Ambil tanpa banyak soal. Teguk dua kali. Aku nampak tangan dia sedikit menggeletar.

Bila dia tunduk balik, aku cuma tenung dan dalam kepala aku... semuanya mula susun. Helena high. Di mall. Jatuh escalator. Tak nak ke klinik sebab takut kantoi.

Azfar tak tahu. Azfar masih fikir Helena itu bidadari degil. Aku senyum nipis.

Bodoh.

Aku masih perhati riak muka Helena. Tangan dia makin tenang lepas teguk air. Tapi mata dia masih tak berani lawan pandang aku lama-lama.

Aku buka mulut, nada aku neutral macam sembang kosong. "Balik naik motor besar tu ke?"

Soalan itu tembak terus ke arah satu memori lain. Azfar pernah cerita bahawa Helena bawa Yamaha R6. Motor mahal. Bunyi macam jet. Tapi Helena cuma geleng kepala.

"Naik bas je," jawab dia perlahan. Macam malu. Atau cuba tutup sesuatu.

Aku angguk sekali tapi otak aku dah ligat. High. Jatuh escalator. Tak naik motor. Guna bas. Something happened. Sama ada dia jual motor itu, atau... dia tak boleh bawa motor dalam keadaan sekarang.

Tak penting sekarang. Kaki dia terseliuh. Tak akan nak biar dia merangkak naik bas?

Aku bangun dari bangku. Capai semula dua paper bag atas lantai. Tengok dia.

"Aku pergi ambil kereta."

Nada aku datar. Tak minta izin. Perintah yang disamar sebagai makluman.

"Tunggu sini sekejap. Jangan bergerak banyak."

Helena sempat angkat kepala. Wajah dia macam nak soal tapi dia tak keluarkan sepatah perkataan.

Aku sudah langkah laju, tak tunggu reaksi. Langkah aku makin panjang, makin laju. Terus ke arah parkir kereta.

Bingkai cermin mata aku senget lagi masa aku turun anak tangga ke basement parking.
Aku biarkan.

Dalam kepala aku cuma satu: Kalau Helena betul-betul tengah high... dan aku hantar dia balik rumah...

***

Kereta aku, Myvi hitam dengan tinted gelap dan calar lama dekat pintu belakang berhenti perlahan-lahan depan mall. Aku tarik brek tangan dan matikan enjin.

Pandang ke depan. Helena masih duduk di bangku konkrit, lutut dirapatkan, tangan peluk beg sandang kecil. Dia nampak kecil tapi bukan comel. Nampak... retak.

Aku buka pintu, keluar, hempas semula dengan satu tangan. Tak kuat, tak perlahan. Cukup untuk dengar bunyi 'thud' yang buat kepala orang berpaling.

Langkah aku laju ke arah dia. Tanpa banyak bunyi, aku berdiri depan dia.

"Boleh jalan tak?" Nada aku macam selalu dingin, padat.

Helena angkat kepala, mata dia kelip dua kali. Kemudian dia angkat badan perlahan, cuba jejak kaki kiri. Tapi...

"Ahh!" Tubuh dia hilang imbangan. Dia terhuyung ke depan, hampir jatuh.

Refleks. Tangan aku terus sambut lengan dan pinggang dia serentak. Dia sempat paut bahu aku. Nafas dia pendek, mata dia pejam kejap.

Aku tak tunggu. Tak tanya. Tak bagi dia peluang untuk jatuh. Terus aku seluk lengan bawah paha dia, dan angkat tubuh dia.

Kali kedua hari ini dan kali ini, dia makin dekat dengan aku.

Helena terdiam. Tangan dia automatik peluk leher aku kuat, macam takut jatuh tapi yang aku tak jangka... dia tekan muka dia ke bahu aku.

Muka dia betul-betul rapat. Hidung dia menyentuh leher baju aku. Nafas dia suam, kulit dia sejuk. Aku ketap gigi. Langkah aku yakin bawa dia ke arah pintu penumpang.

Tapi aku rasa... tak selesa. Kenapa dia tekan muka macam itu? Macam... malu atau segan atau cuba cari perlindungan.

Tapi dari siapa? Dari aku?

Aku buka pintu dengan siku, dan perlahan-lahan baringkan dia atas seat depan. Helena masih tak tengok muka aku. Dia tunduk. Rambut panjang dia berterabur.

Aku tutup pintu. Pusing ke tempat pemandu. Masuk semula. Start enjin tapi tangan aku terhenti sekejap atas gear.

Minda aku ligat lagi. Perempuan high. Jatuh escalator. Tak nak ke klinik. Naik bas dan sekarang... peluk aku macam aku orang terakhir dalam hidup dia.

Something's off.

Dan aku rasa aku orang yang paling sesuai untuk gali semua.Jari aku baru sentuh gear. Enjin baru saja berdengung tapi sebelum aku sempat tekan minyak...

"Reza..." Suara dia perlahan. Rapuh. Macam serpihan kaca yang baru dilangkah.

Tangan aku berhenti. Aku pandang ke kanan dan tangan dia kecil, sejuk sudah genggam perlahan lengan aku.

Aku tak gerak. Mata aku perhati jari dia yang memegang aku. Tak kuat, tapi cukup untuk hentikan apa saja niat aku tadi.

Helena tunduk. Bahunya terangkat sedikit. Nafas dia macam terperangkap.

"Jangan... bawa aku balik rumah. Please." Dia tak pandang aku. Suara dia tersekat.

"Aku takut." Perlahan. Jujur tapi penuh misteri.

Aku senyap tiga saat. Tak tanya. Tak tekan. Sebab sekarang ini... kepala aku sudah penuh dengan seribu teori.

Takut balik rumah? Kenapa? Ada siapa tunggu? Ada apa dalam rumah itu? Atau dia lari dari sesuatu? Atau seseorang? Mata aku sempit tapi suara aku masih tenang.

"Okay," aku jawab pendek. "Pergi mana?"

Helena geleng perlahan. "Mana-mana. Asal bukan rumah. Tempat sunyi pun tak apa."

Tempat sunyi? Macam ayat terakhir sebelum orang overdose tapi aku tak cakap apa-apa. Tak tegur.

Aku cuma tarik tangan aku balik perlahan. Tukar gear. Langkah kaki tekan minyak. Kereta mula bergerak keluar dari kawasan mall. Meninggalkan semua mata yang masih memerhati.

Dan dalam kepala aku sekarang. "Apa sebenarnya yang Helena cuba sembunyikan?"

Dan lebih penting. "Siapa yang buat dia takut sampai macam ni?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience