Bab 137

Mature Content Series 3593

Aku senyum sinis. Senyuman yang biasa buat perempuan salah faham dan lelaki nak tumbuk.

Tangan aku gosok dagu. Kasar. Berpasir sikit. Aku pandang sekeliling. Sunyi. R&R ini tinggal aku, Helena... dan dosa yang tengah menunggu masa nak berlaku.

Dalam satu saat aku capai lengan dia. Genggam kuat.

"ARGHHH! Azfar lepaskanlah bodoh!" dia jerit.
Dia meronta macam orang kerasukan. Tapi genggaman aku tak longgar.

"Sini, sayang..." suara aku lembut. Tapi mata aku tajam. "Aku bukan nak rogol kau pun... aku bukan lelaki macam tu..."

Aku sengih. Gelak sikit. Suara aku naik turun macam suara penggoda dalam cerita seram.

Dia cuba tarik lengan, siku aku, tendang kasut. "LEPASLAH LAHANAT! KAU GILA KE?!"

Aku tak peduli. Tangan kiri aku capai pinggang dia. Tarik rapat. Pinggang dia fit. Sedap. Walaupun dia selalu pakai t-shirt besar dan seluar baggy, aku tahu apa yang ada bawah itu. Badan dia keras bukan sebab dia berisi tapi sebab dia melawan.

Aku heret dia ke arah pintu kereta aku. Berdiri megah macam pentas sarkas dan Helena bintang persembahan malam ini.

"AZFAR! GILA KE KAU?!" LEPASLAH! AKU JERIT NI!!"

"Jeritlah, sayang," aku bisik dekat telinga dia. "Lagi kuat, lagi aku suka."

Dia tendang kaki aku. Tapi tak kuat sangat. Aku tahu... dia marah. Tapi aku juga tahu ada bahagian dalam diri dia yang suka bila aku tak berundur.

Helena... dia jenis perempuan yang benci kelemahan. Tapi lebih benci bila lelaki terlalu baik. Dan aku? Aku bukan baik. Tapi aku tahu... macam mana nak buat dia kekal dalam orbit aku.

"AUUHHH! SIALLAH KAU AZFAR!!"

Aku tarik pintu seat belakang, kuat-kuat sampai pintu bergegar.

Helena masih meronta dalam pelukan aku. Tanpa tunggu, aku tolak dada dia sekuat hati
BUK!

Dia terjatuh, terbaring atas seat, kaki bersilang, rambut berserabut, tangan naik nak tolak aku balik.

"LEPASKAN AKU! JANGAN ROGOL AKU!!"

Jerit dia tajam tapi aku tahu... bukan sebab dia lemah. Tapi sebab dia takut aku betul-betul hilang kawalan.

Aku sandar sikit, tarik nafas. "Aku nak borak je dengan kau... apa susah sangat ni, Helena?"

Suara aku lembut. Lembut macam racun. Tangan aku tekan bahu dia balik, biar dia baring semula.

Dia cuba bangun, tapi aku sudah bersedia. Tekan dia perlahan. Tapi cukup berat.

Aku geram. Sumpah aku geram tapi aku sabar.
Sebab aku nak dia tunduk bukan sebab paksa. Tapi sebab dia tahu aku lelaki terakhir yang akan sayang dia sampai mati. Tiba-tiba...

PAP!

Sesuatu jatuh dari poket seluar dia. Aku toleh. Plastik kecil. Lutsinar. Dalamnya ada pil warna biru.

Mata Helena terbeliak. Dia kaku. Aku lambat-lambat tunduk. Capai plastik itu. Angkat perlahan-lahan. Pusing jari. Senyuman aku naik... perlahan. Bahaya.

"Hmm... pil warna biru ni apa lagi, sayang?"

Helena bangun separuh badan. Tangan dia terjulur.

"Bagi balik, Azfar. Sumpah bagi balik!" Nada dia marah. Tapi mata dia... panik. Dia takut. Kali ini bukan sebab aku pegang pinggang dia. Tapi sebab aku pegang rahsia dia.

Aku geleng. "Kau ni memang suka parti, ya? Suka benda macam ni? So maksudnya... kau taklah suci mana, kan?"

Aku sengih lagi tapi mata aku tak senyum.
Mata aku baca jiwa dia.

Helena diam. Aku golek plastik itu atas jari aku.
Ringan. Tapi berat dengan potensi musnahkan hidup dia.

"Kali kedua, Helena..." Suara aku perlahan. "Hari tu... Erimin. Lepas tu Ecstasy. Sekarang... Ecstasy lagi."

"Aku ni penyayang, tapi kalau nak, aku boleh jadi informer polis paling berguna minggu ni."

Dia masih diam. Tak tolak. Tak merayu. Cuma diam dan bagi aku... diam itu jawapan. Diam itu tunduk dan aku... baru menang satu pusingan.

Aku pegang dagu dia semula. Kali ini... dia tak tepis. Dagu dia kecil. Kulit dia sejuk. Lembut macam kapas, tapi aku tahu tangan ini pernah tumbuk pintu stor bila marah. Dia biar aku sentuh. Buat pertama kali malam ini, dia diam.

"Helena?" Aku panggil lagi. Suara aku tenang. Separuh bisik. Tapi dalam hati... bergetar.

Mata dia pandang bawah. Bibir dia muncung sedikit. Tak ada vape, tak ada maki. Cuma kelopak mata yang makin basah.

"Aku tak bolehlah... kalau tak ada benda tu..."

Suara dia pecah. Tangan dia atas paha. Genggam baju sendiri. Dia tahan air mata. Tapi aku nampak jelas dia tengah kalah dengan perang dalaman dia.

Aku tunduk sikit, usap pipi putih gebu dia. Serius cantik. Tak pakai makeup pun, kulit dia flawless. Mata dia besar, bulu mata lentik semula jadi. Bibir itu... aku nak rasa. Tapi belum masa.

"Sayang..." aku cakap sambil letak dahi aku rapat ke dahi dia. "Kau ketagih ni..."

Dia angguk sikit. Mata masih basah. Tapi tak leleh. Perempuan ini keras, tapi aku tahu dalam keras itu ada luka yang tak sembuh.

Tangan aku yang satu lagi masih pegang plastik kecil. Pil biru. Logo smiley kecil. Ecstasy lagi.

"Ni yang kau nak, kan?" Aku angkat plastik itu perlahan depan muka dia.

Helena angguk. Laju.

"Bagilah aku balik, Azfar!" Nada suara dia sudah jadi arahan. Tapi suara dia masih serak. Desperate. Runtuh.

Aku tenung mata dia. Lama. "Sayang... kau sanggup buat apa... untuk dapat balik benda ni?"

Aku duduk perlahan di sebelah Helena. Seat belakang Civic jadi saksi drama paling bangang malam ini. Dia masih diam, mata tak berkelip pandang pil biru dalam tangan aku. Plastik kecil. Tapi dunia dia bergantung padanya.

"Kau nak aku buat apa?!" Akhirnya dia buka suara. Suara kasar. Tapi getar halus dalam itu aku boleh dengar.

"Hari tu aku dah peluk kau! Kau ambil gambar aku peluk kau! Kau simpan, kau psycho!" Nada dia naik. Mata dia marah. Tapi bibir dia tetap manis. Ironi betul perempuan ini.

Aku gelak. Tenang. "Eh... aku simpan gambar tu sebab kau nampak cute. Macam kucing kena mandikan."

Helena cebik. Tapi mata dia masih pandang plastik dalam tangan aku. Aku tunduk sikit. Senyum lebar.

"Aku boleh bagi balik."

Dia angkat kening. "Dengan syarat?"

"Hmm..." aku pusing plastik tu atas jari. "Sabtu ni... kau keluar dengan aku. Kita dating. Aku ambil kau depan rumah kau. Tak payah naik motor. Aku drive."

Helena tergamam. Mata dia sempit. Muka dia tahan marah. Tapi dia masih tak kata tidak.

"Pil tu?" Nada dia makin mendesak.

Aku angkat tangan. "Kalau kau betul-betul keluar dengan aku, baru aku bagi." Senyuman aku makin lebar. "Simple deal, kan?"

Dia tenung aku. Nafas dia pendek. "Bodohlah kau ni, Azfar!"

Dia maki tapi aku tetap gelak. Aku angkat tangan. Cuit hujung hidung dia. Comel. Dingin.

TAP!

Dia tepis kuat. Macam biasa. Tapi aku tetap tak serik.

"Main hard to get ya, baby..." Aku bisik sambil sandar semula ke seat. Plastik pil aku masukkan semula ke poket.

"Sabtu... 8 malam. Kalau kau tak keluar, aku tak bagi benda tu. Dan aku akan bawa plastik ni pusing satu balai polis sambil nyanyi lagu jiwang."

Dia duduk sebelah aku. Senyap. Tapi aku tahu dia tengah susun makian dalam kepala. Tangan dia atas paha, kaki silang, bibir muncung sikit gaya perempuan yang geram tapi masih tak lari.

Aku pandang dia lama. Muka dia separuh tenggelam dalam bayang-bayang kabin kereta. Tapi aku tetap nampak kulit dia bersih, hidung dia mancung, dan rambut dia... beralun turun ke dada. Aku geram. Sumpah geram.

"Helena..." aku panggil perlahan.

Dia pandang aku. "Apa?"

Aku senyum. Tangan kanan aku angkat... perlahan aku letak atas paha dia.

Dia tengok tangan aku. Mata dia terbeliak sikit. "Azfar. Kau jangan start."

"Bukan start, sayang. Warm up je," aku bisik sambil senyum.

Dia tolak tangan aku kasar. "Aku sepak kau nanti!"

Aku gelak kecil. "Eh... kau ni, aku sentuh sikit je. Takkan paha pun haram?"

"Kalau dari tangan buaya macam kau memang HARAM GILA!"

Aku gelak lagi. Tapi tak angkat tangan terus. Aku alih letak tangan atas bahu dia pula. Lembut.

"Dengar sini, Helena..." aku suara perlahan, mata tengok mata dia. "Aku tahu aku bukan lelaki baik. Tapi bila aku dengan kau... aku rasa nak jadi lelaki yang cukup baik untuk sentuh kau dengan cara yang betul."

Dia tergamam sekejap. Muka dia keras, tapi mata dia berkaca. Aku hampir percaya dia akan benarkan.

TAP!

Tangan aku kena tolak lagi.

"Kau ni degil tahap neraka, Azfar!"

Aku senyum. "Tapi kalau degil aku boleh buat kau lembut... aku akan degil tiap malam."

Dia tutup muka. "Siallah kau."

Lampu jalan malap. Udara malam dingin, tapi suasana antara aku dan Helena masih panas, panas dengan dendam, tarik tali, dan emosi tak stabil.

Dia sudah diam lama. Tangan dia main hujung t-shirt, mata pandang luar tingkap. Bibir dia sudah tak muncung macam tadi, tapi aku tahu dalam kepala dia ada ribut yang aku tak nampak.

Aku pandang dia. Tenang tapi jujur. Kali ini aku nak tanya benda betul. Bukan pasal vape, bukan pasal pil. Tapi pasal dia.

"Helena..." suara aku perlahan.

Dia tak toleh. Tapi aku teruskan. "Mak kau... dengan ayah kau... dorang okay ke?"

BOOM!

Sekelip mata, dia terus berubah. Tangan dia naik. Tutup kedua-dua telinga.

"JANGAN CAKAP PASAL DORANG!!!"

Dia menjerit. Kuat. Mata dia terbuka luas, muka dia pucat. "JANGAN SEBUT!!! JANGAN SEBUT!!!"

"Eh Helena! Sabar, weh! Kau okay ke?"

Aku terkejut. Sumpah aku tak pernah tengok dia pecah macam ini. Selama ni dia marah, dia maki, dia sepak tapi dia tak pernah gila macam sekarang.

Dia goncang kepala kiri kanan. Tangan dia makin tekan telinga. Air mata mula turun sikit tapi dia tak sedar.

"JANGAN CAKAP PASAL MAK AKU!!! JANGAN CAKAP PASAL BABI TU!!!"

Aku senyap. Terus senyap. Aku tak tahu nak sentuh atau nak diam. Dia menangis... tapi suara dia keras. Macam suara orang yang tengah pukul balik mimpi ngeri dari zaman kanak-kanak.

Sial. Apa yang mak ayah dia pernah buat sampai macam ini sekali reaksi dia?

"DIA BUKAN AYAH AKU!!!"

Jeritan Helena meletup dalam kereta. Langit R&R sunyi, tapi dalam Civic macam neraka terbuka.

"Dia bangsat! Bangsat!!! AKU BENCI DIA!! AKU BENCI MAK AKU!!!"

Aku kaku. Jantung aku laju. Tapi tangan aku beku. Mulut aku separuh buka tapi otak aku kosong.

Helena geleng kepala laju-laju. Macam orang nak hilangkan suara dalam otak dia. Mata dia terpejam rapat, dan tangan dia tekan telinga makin kuat.

"Aku benci! Aku benci!! Jangan sentuh aku! Jangan jangan jangan!!!"

Dia meracau. Suara dia jadi pecah. Tarik nafas pun tak betul. Aku terkejut. Panik. Tapi aku tahu kalau aku biar, dia boleh rebah.

Aku terus peluk dia. Tangan aku peluk dari tepi, kuat tapi bukan kasar.

"Helena..." suara aku serak. "Dengar aku. Dengar suara aku. Aku kat sini. Bukan dia. Aku, Azfar..."

Dia masih meracau. Kepala dia goyang kiri kanan. Badan dia keras. Mulut dia bergerak laju. Tapi aku tak faham sepatah pun.

Dia cakap entah dalam mimpi, entah dalam ingatan yang patah tapi aku tahu satu benda:

Dia tak sedang lawan aku. Dia sedang lawan hantu dalam kepala dia. Dan aku... buat pertama kali dalam hidup aku, aku tak tahu nak buat apa.

"Helena... kau okay tak ni?" Aku tengok muka dia. Tangan aku masih peluk dia, tapi dada dia makin tak gerak nafas dia makin perlahan.

Dia diam. Tak jerit. Tak maki. Muka dia pucat.

"Helena...?" suara aku makin rendah. Mata dia terbuka separuh... dan kemudian tertutup perlahan.

"Helena?!"

Aku panik. Terus tampar pipi dia lembut. Bukan nak sakiti tapi nak kejutkan.

"Weh, bangun... jangan buat hal, please..." Aku tampar lagi. "Helena? Dengar aku cakap?"

Dia tak bergerak.

"HELENA!!!" Suara aku akhirnya naik. Jantung aku dah rasa macam nak pecah.

Aku pandang sekeliling. Kawasan R&R ini sunyi. Kosong. Tak ada satu kereta lalu. Tak ada motor. Tak ada bunyi selain suara aku dan bunyi daun bergerak perlahan ditiup angin.

Sial. Apa aku nak buat sekarang? Aku goncang badan dia perlahan. Dia masih tak buka mata. Bibir dia separuh terbuka. Nafas pendek. Tangan dia jatuh atas seat. Aku beku.

Azfar, si buaya gila perempuan. Si mulut longkang yang selalu relaks. Tapi malam ini... aku kalah. Sebab yang pengsan di tangan aku, bukan perempuan biasa.

Ini Helena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience