Meja plastik putih ini senget sebelah kaki, bergerak bila aku letak siku. Tengahari panas mentari betul-betul cucuk tengkuk, peluh jantan aku sudah lekat di kerusi. Angin kipas dinding pun macam malas pusing. Bau ais krim coklat Rissa naik sikit-sikit, campur bau vanila dia yang sudah separuh kering peluh.
Dia duduk depan aku. Croptop hitam singkat separuh perut, short denim rabak. Kulit paha dia putih silau, tak malu langsung, sengih pulak itu. Orang lalu tepi meja, budak delivery berhenti pandang dan dia buat tak tahu. Dia lentok sikit ke depan, ais krim coklat cone besar masih dalam tangan. Cair menitik, caramel meleleh ke jari dia.
Dia jilat hujung cone itu pelan, lidah dia main caramel, tarik sampai bibir basah. Mata dia tak lepas dari mata aku. Sial betul. Bunyi jilat dia tak kuat, tapi cukup nak cucuk telinga aku. Kalau aku tak tahan, aku hempuk kepala dia dengan kerusi plastik ini sekarang juga.
Dia sengih. Jilat jari satu-satu. Celaka betul gaya dia. Macam main filem separuh lucah dalam kedai ais krim.
Dia halakan cone itu ke arah aku. "Reza... nak rasa sikit?"
Suara dia serak manja, bibir dia separuh senyum, bibir yang masih melekit caramel. Aku angkat kening. Mata aku jeling ais krim itu, lepas itu jeling perut dia. Perut dia pun sengaja dia gerak sikit, dada turun naik, short rabak makin naik.
Aku kemam gigi, tangan aku pegang hujung meja kuku aku tekan plastik sampai berbekas.
Orang lalu lalang jeling. Seorang demu seorang telan air liur tengok dia macam itu dan dia suka. Dia sengaja lentok lebih. Mata dia kunci anak mata aku lagi.
"Taknak rasa? Sedap tau..." Dia sengih, jilat hujung cone itu balik. Suara jilat dia hilang dalam bunyi kipas berderit. Sakit hati aku mendidih bawah terik matahari tapi bodohnya aku, masih duduk depan dia.
Aku baru nak bangun konon nak beredar, konon nak selamatkan sisa sabar yang tinggal setitik dalam kepala tapi tangan Rissa lebih laju dari niat aku.
Dia sengih, ais krim coklat cone itu terus dia tolak tekan terus ke mulut aku. Sejuk ais krim meletup kat bibir, caramel lekat bawah dagu, coklat cair kena hidung aku sikit. Suhu panas matahari campur ais krim beku dan otak aku kosong dua saat. Lepas itu terbakar balik.
Aku tengok dia, mata dia sengih, mulut dia separuh senyum, gigi dia gigit hujung bibir sendiri. Macam bangga tengok bibir aku comot.
"Comel..." bisik dia, suara manja separuh celaka. Jari dia tarik ais krim balik, topping separuh hilang, tinggal caramel melekit kat mulut aku.
Aku hempas tangan atas meja. Kerusi aku bergegar. Orang sebelah meja pandang, ada yang tahan gelak, ada yang pura-pura sibuk hirup air. Rissa tunduk sikit sambil jilat caramel yang cair dekat jari dia. Mata dia masih kunci anak mata aku.
Aku sapu bibir dengan belakang tangan, comot. Sejuk ais krim sudah tukar jadi bara atas ubun-ubun aku.
"Kau sengaja kan." Suara aku rendah, serak tapi dada aku bergetar macam motor baru start enjin.
Dia sengih, bahu dia angkat sikit. Jari dia sengaja main caramel di hujung bibir dia dan selepas itu jilat lagi, manja, gatal.
"Manis kan? Reza suka manis..." Dia cakap sambil sengaja toleh perut dia, tunjuk perut kosong tak cukup kain.
Kalau bukan ramai orang lalu lalang, sudah lama aku hempas ais krim itu tepat muka dia. Tapi bodohnya, aku masih duduk dan bibir aku masih rasa caramel.
Aku ketuk meja. Bunyi kuat sehingga orang sebelah meja senyap sekejap. Mata aku tajam hala muka Rissa. Bibir aku melekit caramel, hati aku melekit marah.
"Eh kau ni bodoh ke apa?!" Suara aku pecah, keras. "Aku tak main-main, Rissa! Kau ingat aku suka sangat ke kau buat macam ni depan orang ramai?"
Rissa senyap dua saat, mata dia bulat sikit. Lepas itu dia ketawa kecil, macam baru dengar jenaka murahan. Dia lentok lagi ke depan, sengaja tayang dada bawah croptop tak cukup kain itu.
"Ala... Reza marah-marah ni cutela," balas dia perlahan, jari dia sengaja tarik-tarik rambut pendek dia yang sudah separuh basah peluh.
Aku berdengus kasar, tarik nafas panjang-panjang tahan baran. Aku tumbuk meja lagi tapi kali ini sampai ais krim cair atas meja pun terpercik sikit. Orang sebelah meja sudah kalut pandang kami berdua, bisik-bisik. Biar. Biar mereka tahu aku tengah baran.
"Kau memang tak reti faham bahasa, kan?! Aku cakap sekali lagi, aku benci kau buat macam ni. Aku benci perangai kau, aku benci kau, faham tak?!" Suara aku makin keras. Nafas aku turun naik. Rissa diam kejap, tapi mata dia tetap tenang. Lepas itu dia tarik nafas pendek, sengih lagi... bodoh betul sengih itu. Sumpah aku rasa nak koyak bibir dia sekarang juga.
"Kalau Reza benci sangat, takkan duduk sini lagi?" Suara dia lembut tapi sinis. Dia jilat caramel tepi bibir dia lagi, gaya macam tak pernah dengar aku marah tadi.
Aku tarik rambut sendiri, kepala aku panas macam nak meletup tengah terik ini. Tapi sial betul kaki aku tak gerak-gerak pun. Aku masih duduk depan dia. Masih bodoh depan perempuan gila ini.
Rissa tiba-tiba sandar ke belakang kerusi. Kaki dia bersilang santai, sengaja tayang paha putih tak cukup kain kat tengah panas ini. Bibir dia main senyum lagi, ais krim tinggal sisa cone dalam tangan.
Mata dia pandang aku, separuh serius, separuh mengada. "Reza, bila nak beli cincin kahwin kita? Rissa tunggu lama dah tau."
Aku terbatuk terus. Bunyi batuk aku macam separuh nyawa keluar. Kepala aku berdesing tiba-tiba. Aku pandang dia dengan riak muka aku bengang tahap neraka.
"Kau cakap apa ni, hah?!" Suara aku kasar sampai satu kedai toleh lagi. "Bila masa aku cakap nak kahwin dengan kau, perempuan gila?"
Dia sengih, tenang. Cone ais krim itu digigit hujungnya, dikunyah sambil jeling aku manja.
"La, haritu kan Rissa dah bagi hint. Reza buat-buat lupa pulak. Ke nak Rissa ulang lagi depan orang ni?" Suara dia santai, tapi sinis.
"Aku sumpah tak pernah cakap nak kahwin dengan kau! Sumpah! Kalau dunia tinggal kau sorang pun, aku takkan kahwin dengan kau!"
Rissa ketawa kecil, santai saja dia gelak depan aku tengah panas kepala ini. Orang sebelah meja sudah curi-curi pandang, seronok tengok drama tengahari buta.
"Comelnya bila Reza tipu diri sendiri," balas dia perlahan. "Rissa tahu Reza pun nak. Kalau tak, kenapa Reza asyik tak boleh jauh dari Rissa?"
Aku ketap gigi. Tangan aku genggam penumbuk bawah meja. Sabar aku sudah retak seribu. "Sebab kau asyik melekat macam lintahlah, bodoh!"
Rissa ketawa lagi. Gelak dia pecah dalam telinga aku kuat, celaka punya kuat. Aku rasa nak jerit, tapi suara aku sudah tersekat pada kerongkong.
Aku tengah tarik nafas nak sambung tengking, tapi Rissa lebih cepat buka mulut. Senyum dia makin lebar, macam tahu dia sudah menang.
"Kalau Reza tak suka Rissa, kenapa ambil hadiah iPhone hari tu?"
Aku terus kaku. Mata aku bulat sikit, lidah aku beku. Jari aku terasa genggam phone dalam poket hoodie, iPhone 16 hitam, yang dia hadiahkan hari itu. Aku sumpah aku lupa pasal itu. Macam mana boleh terima pun aku sudah lupa. Rissa gelak manja, puas tengok muka aku bengang campur blur.
"Itu dalam poket kau kan?" Jari dia tunjuk poket hoodie aku. "Tu iPhone 16 Rissa bagi. Mahal tau. Reza ambil, maknanya Reza suka Rissalah kan?"
Aku tarik nafas, kepala aku tiba-tiba rasa nak meletup. Sakit migrain aku datang balik, mencucuk belakang mata. Pandangan aku sudah mula berputar.
"Sial..." aku berdesis perlahan. Aku keluarkan telefon itu dari poket, letak atas meja dengan kasar. Mata aku sakit sangat, pelipis aku rasa berdenyut macam jantung kedua.
Rissa sengih makin lebar, macam setan dapat lesen buat dosa. "Comellah Reza. Malu-malu tapi pakai hadiah Rissa."
Aku genggam kepala sendiri dengan dua tangan, tunduk bawah sikit. Mata aku pedih, pelipis aku mencucuk-cucuk. Migrain ini sudah tahap nak pecahkan kepala aku.
"Diam boleh tak, Rissa?" suara aku keluar lemah, separuh merayu. Aku rasa mual.
Dia gelak kecil, tetap santai. "Okaylah sayang. Reza rehat dulu. Tapi jangan lupa cincin tau, nanti Rissa remind lagi."
Aku pejam mata rapat-rapat, tahan sakit kepala yang tengah tikam kepala aku. Dalam hati aku sumpah-seranah diri sendiri kenapa bodoh sangat terima hadiah perempuan gila ini?
Aku diam tak bergerak. Kepala aku tunduk, siku aku sangkut atas lutut, tangan masih genggam pelipis yang makin berdenyut. Migrain aku macam nak pecahkan kepala tengah-tengah kedai ini. Aku dengar bunyi kerusi plastik ditarik, makin dekat. Bau syampu mahal dia naik bali bercampur bau caramel.
Aku angkat kepala sikit, nampak muka Rissa sudah rapat sangat. Kerusi dia sudah betul-betul sebelah aku. Jari dia tiba-tiba naik, sengaja cuit hidung aku pelan-pelan.
"Reza ni sebenarnya hensem, muka jambu, macam artis Kpop. Sebab tu Rissa suka tau."
Aku tepis jari dia, malas. Tapi dia sengaja makin dekat, sengih makin manja makin gedik.
"Bayangkanlah...kalau kita ada anak nanti, mesti comel. Comel macam papa Reza."
Aku terus tegak balik. Migrain aku tiba-tiba hilang tiga saat bertukar jadi marah yang menyala balik sampai ubun-ubun.
"Woi perempuan gila, kau cakap apa ni?!" Aku teriak kuat. Kali ini satu kedai berhenti makan, pandang aku dan dia. "Bila masa pulak aku nak ada anak dengan kau? Dah gila ke?!"
Rissa cuma ketawa kecil, muka dia relaks macam baru buat lawak murah. Dia tarik tangan aku sikit, aku rentap balik.
"Alah Reza...rilekslah. Gurau sikit pun tak boleh," suara dia lembut, cuba pujuk. Aku genggam rambut aku sendiri kuat-kuat. Migrain aku datang semula, kali ini campur dengan rasa nak hantuk kepala ke meja.
"Aku...takkan...kahwin...dengan...kau," desis aku perlahan, tapi cukup kuat untuk dia dengar.
Dia cuma senyum, bisik dekat telinga aku. "Kita tengok nanti siapa menang."
Aku pejam mata balik, tahan rasa kepala nak meletup. Bodohnya aku kenapa aku masih setia di sini?
Aku genggam rambut kuat-kuat, pelipis aku mencucuk-cucuk, makin lama makin kuat. Otak aku sudah tak tahan dan kepala aku rasa penuh macam nak pecah. Aku tarik nafas panjang, lepas itu terus hentak dahi aku atas meja plastik ini kuat-kuat.
"Bodoh betul lah aku ni!"
Bunyi kuat sampai satu kedai toleh lagi. Orang lalu-lalang pun berhenti sekejap, tengok aku macam aku sudah hilang akal. Dahi aku pedih, mata aku panas, air mata aku meleleh tanpa sengaja. Aku sudah tak peduli siapa yang tengok yang penting, aku sudah putus ada tahap maksimum.
Rissa cepat-cepat tarik bahu aku, suara dia lembut manja cuba pujuk aku.
"Eh, sayang... Reza kenapa ni? Janganlah macam ni, nanti kita beli ais krim lagi ya, biar kepala kau sejuk sikit."
Aku angkat kepala, tengok muka dia, mata aku merah berair, suara aku pecah bercampur geram dan kecewa.
"Aku benci kau, Rissa. Faham tak, aku benci kau!"
Dia tarik nafas pendek, jari dia naik lap air mata aku perlahan. Aku cuba tepis, tapi dia pegang pipi aku makin kuat. Senyum dia masih tenang macam aku tak pernah maki dia tadi.
"Okay... okay, Rissa tahu Reza penat. Kita pergi beli ais krim lagi ya? Reza suka coklat kan? Biar cool balik."
Aku genggam penumbuk bawah meja, tapi mata aku dah makin kabur dengan air mata sendiri. Kepala aku sakit gila, dada aku makin ketat. Aku rasa nak meraung je kat sini, biar puas hati aku biar dia tahu betapa sialnya hidup aku sejak dia datang.
Tapi entah kenapa, bodohnya aku masih lagi duduk diam, biarkan tangan perempuan gila ini lap air mata aku macam budak kecik kena marah depan orang ramai.
Sial betullah hidup aku ini.
Share this novel