Lampu putih yang tergantung di tengah siling itu menyala tanpa belas. Cahayanya macam spotlight, sinar tajam yang membogelkan dosa.
Tiga kerusi.
Tiga tubuh terikat.
Dan aku berdiri di hadapan mereka, bersama Reza. Senang cerita, dua ekor malaikat maut tengah tunggu giliran nak bersuara.
Mak Helena sedar dulu. Kepala dia menggeleng kecil, mata terpicing apabila terkena cahaya. Bila akhirnya fokus dia jumpa muka aku dan Reza, dia ternganga. Bibir bergerak nak jerit, tapi tape hitam yang kemas tutup mulut dia macam sumpah senyap. Air mata sudah bertakung, tapi aku tak kisah.
Abang dan ayah tiri pula menyusul. Seorang demi seorang mula bangun dari lena. Abang Helena meronta dulu. Dia nampak keliru, panik, dan kemudian takut.
"Bangun pun," aku selamba.
Aku sandar tangan pada tiang kayu sebelah, menyilang kaki. Reza berdiri macam patung senyap, tegak, tapi aura dia tebal. Gelap. Bahaya.
Lelaki yang aku andaikan ayah tiri itu cuba bersuara, tapi suara dia keluar sebagai dengusan dari dalam tekak. Tape hitam itu kemas. Terus dia tengok kiri kanan, pandang mak, pandang abang. Muka dia putih. Bukan sebab malu tapi sebab nyawa dia tahu tempat ini bukan tempat untuk balik.
"Tak payah jerit. Tak ada siapa akan datang," aku sambung lagi. "Tempat ini... kalis jiran."
Reza masih belum bersuara tapi aku tahu otak dia tengah ligat. Dia buka beg hitam dia perlahan-lahan, zip panjang itu berbunyi zzzzrrt macam luka dibelah kulit.
Dari dalam, satu persatu barang keluar:
– Gunting besi, tua dan karat.
– Cable ties ekstra panjang.
– Playar muncung tajam.
– Pemutar skru.
– Sebotol cecair jernih yang bau dia menyengat sampai ke tekak.
Mak Helena mula teresak. Kaki dia terketar. Aku tengok jari dia kejang. Dia cuba buat isyarat dengan tangan yang terikat. Mungkin doa, mungkin rayu.
"Makcik oh makcik..." aku geleng perlahan, suara aku makin lembut. "Makcik pernah fikir tak perasaan anak makcik dulu, masa kena sepak terajang tiap malam? Masa tubuh dia dipijak, dikerjakan macam dia bukan manusia? Makcik nampak tapi makcik buat apa?"
Reza hulur gunting pada aku. Aku ambil, rasa berat. Genggaman logam berkarat itu sejuk. Bunyi klik klak bila aku buka tutup.
"Benda ini... pernah guna untuk potong kain dulu, kan?" aku tanya Reza, sengih celaka.
Reza cuma angguk perlahan. Dia tak senyum tapi mata dia, mata dia penuh bayangan luka yang tak pernah sembuh.
Abang Helena terus terjerit di balik tape hitam. Aku jalan ke arahnya. Aku berdiri betul-betul depan dia. Lutut aku sentuh hujung kakinya. Aku tunduk. Pandang mata dia.
"Kau yang mula dulu."
Aku angkat tangan, letakkan hujung gunting di bahagian celah antara ibu jari kuku kaki dan isi jari tengah dia. Dia geleng kepala laju. Badan dia meronta macam anjing baru sedar kena rantai.
"Satu demi satu," Reza bersuara akhirnya. "Sampai mereka semua rasa... apa yang Helena rasa dulu."
Aku sudah bersedia. Gunting sudah siap dalam genggaman. Hujung dia aku tekan perlahan pada celah kuku si bangsat ini. Baru sikit, tapi dia sudah merengek macam lembu kena sembelih.
KLIK KLAK...
"Relakslah ini baru mukadimah."
Aku senyum. Muka aku dekat sangat dengan dia. Nafas dia panas. Busuk macam sial.
Tiba-tiba, satu tangan pegang pergelangan aku. Tegap dan kuat. Gunting dirampas dari tangan aku. Aku toleh.
Reza.
"Salah teknik," suara dia rendah, tapi tajam macam bilah cukur. "Kalau nak cabut kuku, gunting tak cukup grip. Kau perlukan ini."
Dia pusing semula ke beg hitam dia. Tarik keluar satu objek. Berat, panjang dan tajam iaitu Playar long nose. Besi berkarat, tapi mata masih hidup.
Dia hulur ke aku, macam cikgu ajar murid. Aku sambut dengan dua tangan.
"Letak hujung muncung itu kat bawah kuku. Masuk perlahan. Lepas itu... tekan kuat dan tarik. Sekali jalan."
Reza senyum nipis, psiko punya senyum. Aku angguk, teruja. "Gila... kau sudah try sebelum ni ke?"
"Kau rasa?"
Kami ketawa. Sama-sama. Senyap-senyap, gelap-gelap tapi tawa kami berdengung dalam ruang itu macam gema neraka. Macam jin kena rasuk.
Mak Helena meraung di sebalik tape. Abang dan ayah tiri dia pun sama. Mereka semua menggigil. Kerusi bergesel atas lantai.
THUMP!
KREKK!
DUPPP!
Bunyi tali bergesel, bunyi nafas panik, bunyi tubuh meronta tapi semua sia-sia.
"Woi, woi..." aku angkat suara sambil acah-acah cucuk playar itu ke udara. "Duduk diam boleh tak? Kejap lagi korang tak ada kuku langsung nak meronta!"
Reza tunduk, gelak kecil. Dia capai satu kerusi plastik buruk, duduk menghadap mereka macam penonton wayang.
"Kau tahu tak," suara dia perlahan. Seram sejuk. "Bila manusia takut sangat, tubuh dia akan keluarkan hormon untuk bertahan tapi hormon itu akan mati... bila otak dia mula faham yang dia memang tak akan boleh diselamatkan."
Dia tenung mak Helena. "Dan sekarang... hormon tu tengah perlahan-lahan mati dalam badan kau, wahai makcik."
Tiga-tiga yang terikat itu sudah mula menangis. Air mata mengalir tak henti tapi tiada siapa peduli. Sebab Reza sudah bangun balik. Dia berdiri tengah-tengah, dan hembus nafas panjang.
"Aku akan seksa kau orang satu demi satu," dia berkata dengan nada paling tenang aku pernah dengar. "Sampai kau orang mampus."
Aku ketawa lagi. Kali ini, kuat sikit. Sebab aku tahu bahawa malam ini, bukan malam biasa. Malam ini malam berdarah.
Reza melangkah perlahan ke arah mak Helena. Tapak kasut dia bunyi ketap-ketap atas lantai simen. Langkah tenang tapi aku tahu, dalam kepala dia sudah ada skrip.
Dia berdiri betul-betul depan perempuan itu.
Mak Helena yang bertubuh kecil, mata merah bengkak, nafas laju. Dia tak bergerak tapi dia nampak. Dia dengar. Dia rasa.
Reza tunduk sikit. Jari dia pegang hujung tape hitam yang melekat pada mulut perempuan tia itu. Perlahan.
KRKKKTTT.
"Mmmmh!! Uhh— ahh..."
Kulit mulut mak Helena terkopek sikit masa tape itu tanggal. Bibir dia terus berdarah.
"Tolong... tolong jangan apa-apakan kami..." Suara dia bergetar. Serak. Penuh luka.
"Saya tak tahu siapa awak semua... tolonglah. Kami tak salah apa-apa. Kami cuma..."
"Siapa kalian?" dia tanya lagi nada panik. "Tolong... tolong bagitahu. Apa salah kami sekeluarga?"
Aku sudah tak tahan. Aku ketawa. Serius aku ketawa. Bunyi dia kuat. Macam baru lepas tengok wayang lawak paling gelap dalam hidup aku.
"Apa salah?" aku ulang. "Makcik... makcik tanya apa salah?"
Aku jalan perlahan ke sebelah Reza. Mata aku tajam ke arah perempuan tua itu.
"Kami semua... kawan Helena."
"Kami tahu semua yang kau, laki kau, dan anak kau itu sudah buat pada dia."
Mata dia membulat. Nafas dia makin laju. Ayat aku itu macam tampar muka dia bertubi-tubi.
"Kami di sini... datang untuk balas dendam."
Reza sambung. Suara dia rendah. Berat. "Kau... dan dua ekor yang lain itu... tak layak dipanggil keluarga."
Dia dekatkan muka ke wajah mak Helena. Dekat sangat. Hidung hampir bersentuh tapi Reza tak kelip mata langsung.
"Keluarga sepatutnya lindungi, bukan hancurkan."
Mak Helena menangis lagi tapi kali ini dia tak meronta. Sebab dia tahu tak ada lagi pintu keluar. Tak ada maaf.
Hanya hukuman.
Reza tegak berdiri di tengah. Dia pandang aku. Isyarat mata, satu isyarat yang aku tahu maksudnya sejak zaman kami hidup tanpa belas.
"Ghibran," suara dia tenang, tapi keras. "Cabut satu dulu. Kuku dia."
Aku angguk tak banyak soal. Langkah aku berat, tapi bukan sebab takut. Sebab aku tengah tahan rasa teruja. Macam budak dapat hadiah.
Aku berdiri depan abang tiri Helena. Lelaki yang dulu pernah tepuk punggung Helena macam mainan. Lelaki yang mulut dia dulu sembur ayat jijik tiap malam. Lelaki yang pernah jerit kata 'tak ada orang akan percaya kau' sambil hempas pintu bilik.
Sekarang... kau duduk diam-diam atas kerusi. Terikat. Macam bangkai tunggu dibaham. Dia cuba tendang kaki. Kerusi bergerak sedikit.
GRAKKKK!
Tali plastik tarik kulit pergelangan dia sampai merah. Dia menggigil. Mata merah berair. Suara dia serak:
"Jangan... tolong... jangan buat aku..."
"Kau ingat tak malam itu, masa Helena lari keluar rumah dan kau kejar dia?" aku tanya perlahan, playar long nose dalam tangan. "Kau sepak dia. Kau tarik rambut dia. Kau gelak."
Aku angkat tangannya. Dia meronta lagi, tapi sia-sia. "Sekarang giliran aku pegang tangan kau."
Aku ambil jari telunjuk dia. Kuku nampak keras. Bersih. Ironi. Aku buka muncung playar perlahan-lahan. Letak betul-betul bawah hujung kuku.
CEKLEK!
Muncung besi masuk ke celah.
SRKKK!
Tekan sikit. Masuk dalam. Dia jerit. Badan dia melompat dalam kerusi tapi ikatan kemas. Kau boleh jerit sampai langit runtuh pun, tapi kuku kau tetap kena cabut, bodoh.
Aku tarik perlahan. Darah mula meleleh dari celah kulit. Bunyi dia...
Krrrkkk... TAK!
Kuku dia tercabut separuh. Dia menjerit macam binatang. Mata terbeliak, urat leher timbul. Air liur, peluh, darah semua campur macam bubur najis.
Aku sengih. Playar masih pegang sisa kuku itu.
"Kau tahu tak..." aku berbisik, dekat telinga dia. "Sakit ini tak akan buat kau mati tapi cukup nak buat kau rasa nak gigit lidah sendiri."
Cekk... PRRRT!
"ARGHHH!!!"
Kuku dia tercabut penuh. Melekat pada muncung playar. Darah meleleh. Menitis atas lantai. Titis pertama ialah titis pembuka tirai.
Aku pusing dan tunjuk kuku itu kat Reza.
"Satu down." Reza senyum kecil. "Sembilan lagi."
Aku masih pegang kuku yang tercabut itu dalam playar. Titis darah jatuh tap, tap macam tempo jam rosak.
"ARGHHH!!!"
Jeritan abang tiri Helena masih bergaung dalam ruang kosong tapi aku dah kebal. Telinga aku sudah biasa dengan suara orang menyesal. Tiba-tiba...
KRAK!
Suara pintu utama dari arah belakang berbunyi. Reza dan aku berpaling serentak. Jantung aku berdetak kuat. Instinct automatik. Reza terus buka zip jaket, tangan dia sudah separuh ke pinggang seperti bersedia tarik pisau.
Pintu terbuka perlahan. Bunyi krek-krek-krek dari engsel berkarat. Angin luar masuk, bawa bau tanah dan jalan tar malam.
Kelibat pertama muncul: Azfar.
Dia tersengih, tenang dan langsung tak minta maaf dengan nada bersalah.
"Sorry beb... lambat sikit."
Reza sempat tarik nafas lega tapi mata dia masih tajam. "Mana kau pergi?"
Azfar selamba buka kasut di ambang pintu. Lepas itu dia langkah ke sisi dan ada seseorang di belakangnya.
Langkah ringan. Bunyi tapak kasut perempuan atas lantai simen. Kedengaran perlahan tapi tajam.
Helena.
Dia masuk ke ruang itu, berdiri tegak, berdepan dengan tiga orang manusia yang dulu dia panggil keluarga. Mata dia tak berkelip, tak ada riak belas dan tak ada air mata.
Hanya sepasang mata tajam, dingin, penuh dendam yang selama ini terkunci.
Aku yang biasanya paling banyak bunyi, tiba-tiba senyap. Reza pun tak cakap apa. Hanya Azfar, masih dengan senyum celaka dia.
"Kita nak buat persembahan, kan?" Azfar angkat kening. "Kalau macam itu, biar penonton utama ada sekali."
Helena melangkah ke tengah-tengah ruang. Dia berdiri betul-betul depan mak dia. Mata bertentang mata tapi bukan macam anak tengok ibu.
Mak Helena menangis, terkumat-kamit sebut nama dia. "Helena... anak mak... maafkan mak..."
Tangan Helena perlahan-lahan angkat. Bukan untuk peluk tapi untuk tunjuk satu jari ke arah abang dia yang jarinya kini berlumuran darah.
"Start dengan dia," Helena bersuara, tenang.
Dia kemudian duduk atas kerusi plastik usang, silang kaki. Macam penonton VVIP. Muka dia kosong, tapi mata dia terbakar.
"Aku nak tengok."
Mak Helena masih menangis. Suara dia pecah. Parau. Bibir berdarah sebab tape hitam tadi cabut kasar tapi mulut itu tak henti.
"Helena... anak mak... maafkan mak..."
"Mak... mak tak tahu... mak tak sangka semua tu jadi..."
"Mak cuma nak jaga rumah tangga... mak..."
Dia tersedu. Nafas tersekat-sekat. Air mata turun tanpa henti. Dagu menggigil. Suara makin tinggi macam tercekik.
"Mak tahu mak salah! Tapi mak tetap mak kau, Hel... tolong... jangan buat macam ni..."
Helena tak jawab. Dia cuma duduk. Tangan dia pegang lutut. Mata dia tajam, tepat ke arah wajah yang satu masa dulu pernah dia panggil 'mak' waktu dia masih cukup kecil untuk berharap.
Sekarang, tiada harapan. Cuma dendam. Azfar bersandar pada dinding, angkat kening ke arah Reza.
"Ready, bos?"
Reza angguk. Perlahan. Helena masih diam tapi tubuh dia tak menggigil. Sebab luka dia... sudah lama mati rasa.
Share this novel