Kelab malam biasa di Kuala Lumpur, jam 11:05 malam. Lampu kelip, muzik EDM gegar dada
Malam itu kelab penuh. Asap menari bawah lampu neon ungu. Orang ramai, muzik gila, vibe keras. Satu malam untuk lupakan hidup.
Meja VIP kami terletak betul-betul sebelah speaker. Penuh botol, gelas separuh cair, ais berbunyi.
Aku. Reza. Ghibran.
Aku duduk paling kanan. Tangan kanan genggam gelas, kepala separuh goyang ikut rentak. Nafas aku dalam. Satu malam yang sempurna untuk lupa semua masalah termasuk Helena.
Aku jeling ke kiri. Reza.
Duduk bersilang tangan. Pakai jeans gelap, jaket kulit mahal. Cermin mata masih sama yang dia pakai hari-hari. Tapi rambut dia sikat kemas malam ini. Muka dia nampak letih tapi licin. Muka orang psiko yang tengah burnout.
Aku senyum sinis. "Wey Reza... kau buat apa kat sini? Bukan kau benci tempat macam ni?"
Dia tak pandang aku. Mata dia pandang lantai dansa. Gelas dalam tangan dia belum disentuh.
"Banyak assignment student aku macam najis. Aku stress."
Aku angkat kening. "Tu je? Sampai rajin sikat rambut dan pakai jaket kulit?"
Dia toleh sikit. "Kau ingat aku tak boleh stress? Aku manusia jugak."
Aku sengih. "Kau manusia, tapi manusia keras kepala. Kalau minum malam ni, aku catat dalam buku sejarah RAG."
Dia tunduk tengok gelas dalam tangan. "Tengok mood."
Sebelah kiri Reza... ada Ghibran.
Goyang kepala ikut beat EDM. Muka merah. Bibir senyum sambil gosok rambut panjang dia. Gelas dalam tangan entah ke berapa.
"Fuhhh wehhh ni beat dia! Ni dia! KAU DENGAR TAK?!" Dia jerit atas muzik.
Aku jeling. "Kau dah botol ke berapa, Bran?"
Dia angkat gelas. "Ni? Aku tak kira. Tapi aku rasa aku tengah terapung."
Aku ketawa. "Jangan sampai terapung atas meja nanti."
Dan malam baru bermula. Muzik makin kuat. Lampu makin gila. Botol atas meja makin kosong.
Aku angkat gelas, teguk sikit. Tiba-tiba aku nampak Reza capai satu gelas shot kecil depan dia.
Dia minum. Satu.
Letak balik.
Capai satu lagi. Minum. Dua.
Aku terus tergamam.
Aku tunduk sikit, pandang dia. "Eh babi... kau minum ke?"
Dia letak gelas perlahan atas meja. Tak pandang aku. Cuma tengok depan. Mata dia bawah cermin mata itu... tajam.
Aku sengih. "Weh... kau jangan ulang balik kejadian birthday kau tahun lepas. Kau ingat tak? Separuh bogel. Towel je. Tidur depan peti ais."
Ghibran yang tengah goyang kepala tercekik sikit gelak. Reza toleh perlahan.
Senyum.
Senyum sinis.
Suara dia tenang. Tapi nada suara dia... ngeri. "Kalau aku betul bogel malam ni... kau nak buat apa?"
Aku kaku dua saat. "OI JANGAN. JANGAN MAIN PSIKO KAT SINI BODOH."
Ghibran gelak kuat. "Weh Reza. Sumpah kau buat ayat macam pembunuh diam-diam lepas minum!"
Reza angkat satu lagi gelas shot. "Kalau aku hilang baju... mungkin aku akan hilangkan nyawa orang sekali."
Aku terus tutup mulut. "Okay okay! Kau menang. Aku tak cakap apa dah. Minumlah. Chill. Jangan telanjang. Jangan bunuh orang."
Reza senyum. "Bagus. Pandai kau."
Lampu kelab terus berkelip. Muzik berubah. Beat tukar jadi lebih berat, lebih perlahan, tapi tetap gegar lantai.
Reza duduk bersandar sikit. Mata separuh layu, tapi masih fokus. Tangan dia main-main gelas shot. High sikit tapi bukan mabuk.
Tiba-tiba ada seorang perempuan datang dekat meja kami. Rambut panjang, baju ketat, lipstick merah pekat. Dia berdiri tepi Reza. Senyum.
"Hai... awak lecturer kan? Saya pernah nampak awak kat kolej."
Aku terus telan minuman aku. Ghibran senyum tak cukup ajar. Reza toleh sikit. Tak senyum.
Dia tengok perempuan itu dari atas sampai bawah.
Perempuan itu senyum lagi. "Awak nampak smart malam ni. Jom duduk minum sekali?"
Reza jawab tanpa ubah ekspresi. "Kalau saya nampak smart, kenapa awak ganggu?"
Perempuan itu terkedu. "Saya... cuma nak borak..."
"Saya tak borak dengan orang yang cari perhatian. Saya suka diam. Dan bunyi suara awak lebih bising dari speaker sebelah saya."
"Oh... sombongnya."
Reza senyum nipis. "Tak. Saya cuma jujur. Awak tak cantik bila cuba terhegeh. Tapi awak boleh belajar dari situ."
Perempuan itu terus senyum hambar dan pusing jalan. Aku dan Ghibran terdiam. Lepas tiga saat.
"WOI GILA APA KAU CAKAP CAMTU?!" Aku ketuk bahu Reza.
Ghibran pula mencelah. "Weh kalau aku, confirm kena tampar. Tapi kau... gila babi bro."
Reza tengok kami berdua. Teguk shot lagi satu.
"Kalau kau tak tahu beza antara pujian dan penolakan... kau patut minum racun, bukan arak."
Lampu terus berkelip. Muzik makin laju. Tapi bagi aku dunia berhenti bila Reza buka mulut.
Dia duduk tegak. Mata layu. Tangan pegang gelas. Tapi suara dia tiba-tiba...
"Aku rindu Rissa..."
Aku pandang dia. "Okay. Dah start." Aku bisik pada Ghibran.
Reza sambung. "Rissa satu-satunya yang buat aku rasa... ada sebab nak hidup. Tapi dia banyak cakap. Banyak tanya. Banyak ragam. Tapi... aku tak boleh marah dia."
Dia senyum tapi senyum itu... kosong. Tiba-tiba dia gelak kecil.
"Tapi Naura... dia tak faham bahasa. Dia datang... ketuk-ketuk. Masuk tanpa izin. Tanya soalan bodoh. Cakap dia suka aku. Dia kata aku baik."
Aku terus kaku. Ghibran berhenti goyang kepala. Muka dia pelik.
Reza terus cakap. "Aku cakap jangan datang bilik aku lagi. Tapi dia datang masa aku nak balik. Tudung dia buka nak tunjuk rambut. Mata dia nampak macam harapan."
"Aku cabut harapan tu. Perlahan. Satu-satu. Sampai dia berhenti pandang. Aku korek mata dia dan aku tikam dia 2 hari lepas..."
Aku terus tekan mulut dia.. Tangan aku genggam mulut Reza kuat.
"DIAM WEHHH!!!"
Ghibran pandang aku. Muka dia putih. "Azfar. Apa dia cakap tadi?!"
Reza gelak dalam mulut aku. "Mmmhhhmm..." Air liur dia basahkan tapak tangan aku.
Aku tarik muka dia rapat ke telinga aku. "Reza... shut the fuck up. Orang ramai. Kau nak mampus ke?"
Dia senyum senget. Mata separuh buka. "Aku dah simpan mata dia dalam balang, Azfar..."
Ghibran terus jerit. "BROOOOO!!!"
Aku tekup mulut Reza lagi kuat. Muka aku pucat. Dan dalam bunyi EDM yang gegar... hanya kami bertiga tahu... Reza bukan mabuk biasa. Dia mabuk darah.
"WOIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!" Ghibran terus berdiri. "AKU TAKNAK DENGAR DAH SIAL!!"
Dia terus cabut lari ke dance floor. Sumpah lari betul-betul sampai langgar pelayan, elak orang menari, macam babi kemalangan termasuk kelab.
Aku tengok belakang. "WOI BRAN!!! BABI!! KAU LARI MANA?! KAU TINGGAL AKU SORANG?!"
Tapi Ghibran sudah lenyap. Tinggal aku... dan Reza. Reza senyum. Lepas tu dia capai satu botol Jack Daniel's atas meja.
Teguk lama dan banyak!
Aku terus rampas. "WOI CUKUPLAH! KAU NAK MATI KE?!"
Tapi dia tolak sikit. Teguk sikit lagi. Kemudian... perlahan-lahan letak botol atas meja. Dia bersandar ke kerusi VIP, mata dia separuh tertutup.
"Aku penat... aku tidur jap..."
BOOM!
Kepala dia jatuh ke sisi. Nafas dia berat. Reza mamai lalu tertidur.
Aku ternganga. Tangan aku masih genggam botol. "Celaka punya manusia... bunuh orang boleh, tidur pun macam baby."
Reza sudah lena. Betul-betul tidur. Kepala senget, air liur sikit keluar. Nafas berat macam bayi kenyang susu... cuma versi psiko berdarah.
Aku tengok dia lima saat. Cakap dalam hati:
"Kalau rahsia kau terbongkar, aku tak akan masuk sekali."
Aku capai gelas sendiri. Teguk separuh. Letak balik. "Okay. Cukuplah drama Reza malam ni. Sekarang giliran aku."
Aku bangun. Langkah steady. Tinggalkan Reza bersandar macam patung display kedai arak.
Aku jalan ke lantai dansa. Lampu kelip-kelip ungu biru. Badan orang bergerak ikut muzik. Kain pendek. Bahu terbuka. Bau minyak wangi bercampur peluh dosa.
Aku scan dan tengok. Pilih. Tapi dalam kepala ada satu bayang iaitu Helena.
Rambut panjang. Wajah cantik macam anime. Suara kasar sikit. Senyum sinis. Tapi bila senyum... aku rasa dunia senyap.
Aku tengok perempuan depan aku pakai dress ketat, tengah menari. Aku senyum. Tapi... aku tak gerak.
"Tak... aku tengok je. Cuci mata. Sentuh tak. Sebab... aku dah cop Helena dalam hati."
Aku bersandar pada dinding. Sambil minum perlahan. "Aku buaya, tapi kali ni... buaya yang tunggu satu mangsa je."
Aku tengah bersandar. Tangan pegang gelas. Mata skodeng tapi tiba-tiba...
Macam dunia perlahan sikit. Lampu ungu kelip tepat ke satu sudut dinding. Satu susuk berdiri. Perempuan. Bersandar. Pegang botol. Kepala tunduk sikit.
Rambut panjang yang serabai. Muka separuh tutup. Baju turtleneck ketat. Warna hitam. Skinny jeans hitam. Kasut boots. Nafas dia berat.
Helena.
"Shit..." Aku terus melangkah. Langkah besar. Pantas. Tak peduli orang lalu lalang dan tak peduli muzik gegar telinga.
Sampai depan dia, aku sentuh dagu dia. Kulit dia sejuk. Aku perlahan-lahan dongakkan muka dia.
Dan ya... Ini Helena!
Tapi bukan Helena yang biasa maki aku. Bukan Helena yang jeling tajam atau hempuk aku dengan helmet.
Ini Helena versi high. Mata dia separuh terbuka. Bibir dia pecah sikit. Nafas dia berat. Wajah dia kosong tapi seksi tahap malaikat jatuh langit.
Aku pandang dia lama. Aku sengih. "Sial... jumpa jodoh aku dalam kelab malam ni..."
Aku pegang lengan Helena perlahan. Kulit dia sejuk. Tak melawan langsung. Dia ikut saja aku tarik. Langkah dia lambat. Kepala dia tunduk sikit.
Aku toleh belakang. Reza masih tidur atas sofa. Muka dia senget ke kiri, bibir separuh buka. Botol sebelah dia.
Sempurna. Tak ada saksi. Sampai meja, aku tarik lengan Helena lembut. Bagi dia duduk. Dia jatuh duduk perlahan atas sofa. Tak banyak reaksi.
Mata dia masih separuh buka. Redup pandang depan. Entah apa dia nampak.
Aku duduk sebelah. Dekat dan sangat dekat. Tangan aku naik... perlahan-lahan aku selak rambut dia ke belakang telinga. Jari aku sengaja usap sikit kulit leher dia. Tak ada reaksi.
"Comelnya kau bila high macam ni..." Aku bisik perlahan, dekat sangat dengan telinga dia.
Aku angkat tangan kanan. Cuba usap hidung dia perlahan. Sentuh... lembut. Dia tak gerak tapi nafas dia tetap naik turun.
Wajah dia... macam patung bernyawa. Patung yang tak marah aku. Tak jeling dan tak sumpah seranah. Tapi patung ini... lawa gila!
Aku senyum. Senyuman paling buaya malam ini. "Aku tak tahu kau telan berapa biji, sayang. Tapi malam ni... kau jadi milik aku."
Helena masih duduk. Kepala dia sedikit condong. Mata dia pandang kosong ke depan. Tiba-tiba...
"Heh..." Dia ketawa. Perlahan. Tapi makin kuat.
"Hehehe... hahaha... HAHAHA!"
Aku terkejut sikit tapi tak gerak. Aku tengok saja dia macam tengok pelakon pentas gila yang tengah debut malam pertama.
Dia pandang aku. "Azfar... kau tau tak... kenapa katak tak boleh naik motor?"
Aku senyum. "Kenapa, sayang?"
Dia angkat jari. Jari dia goyang ke muka aku. "Sebab dia... pendek! Dan dia... hijau. Hijau tak boleh naik motor. Nanti polis tangkap."
"HAHAHAHAHAHAA!" Dia ketawa besar. Sampai terhentak sikit ke belakang sofa.
Aku pegang bahu dia, stabilkan badan dia. "Okay okay okay... jangan jatuh. Katak tu chill dulu."
Helena tiba-tiba pandang aku serius. "Azfar... aku rasa kepala aku dah terbang..."
Aku sengih. "Jangan risau. Kalau kepala kau terbang, aku kejar pakai helmet."
Dia tepuk dada aku. Lemah. "Kau comellah malam ni... macam bantal."
Aku senyum lebih besar. "Kau high, tapi taste kau tetap tepat."
Helena tiba-tiba tarik hujung lengan jaket aku. Mata dia bulat, tapi pandangan dia tak fokus langsung.
"Azfar..."
"Hmm?" Aku pandang dia. Senyum tak turun-turun.
"Kalau kita kahwin... aku nak kahwin dalam kolam renang." Dia angguk sendiri, serius gila.
Aku tahan gelak. "Kolam renang? Biar basah?"
"Yeee. Tapi semua tetamu kena pakai pelampung unicorn. Kalau tak, tak boleh masuk."
Aku sudah ketawa. "Sumpah kau gila tapi comel."
Helena jeling, lemah. Tangan dia tiba-tiba pegang muka aku. "Azfar... kau tahu tak? Semua orang dalam kelab ni... ada kepala."
Aku angguk. "Itu normal sayang. Manusia memang ada kepala."
"Tapi kau je yang aku nak patahkan kepala dia." Dia gelak. Lepas itu tunduk cakap dengan air dalam gelas.
"Diamlah kau, air. Jangan hasut aku!"
"HAHAHAHAHA!" Aku gelak kuat. Tangan aku pegang dahi sendiri. "Kau ni perempuan paling bodoh... tapi paling cantik aku pernah tengok."
Aku pandang dia. Mata dia layu, tapi senyum sikit. "Kau nampak macam rosak tapi aku tetap nak simpan."
Share this novel