Bab 183

Mature Content Series 4607

Langit sudah mula jingga. Matahari macam malas nak tenggelam, tapi bayang pokok sawit tepi pagar Lagoon Waterpark makin panjang.

Aku duduk atas bangku batu, tangan lipat, kaki silang. Reza duduk sebelah kiri aku, muka selamba macam tak malu baru tadi menjerit macam bini orang kena kejar anjing. Ghibran duduk sebelah kanan aku, kunyah roti sosej sumbat dari vending machine, sambil cakap besar.

"Kau nampak tak tadi aku steady je naik Monsoon 360 tu," kata Ghibran, selamba.

Aku telan air liur dan gelak kecil. "Steady kepala otak kau. Jerit 'Makkkkkk!' sampai budak umur 6 tahun pun tengok kau pelik."

Reza pandang Ghibran dengan muka paling tak hormat. "Kau ingat aku tak dengar kau cakap 'Tolong aku tak ready mati!'?"

"Aku tak cakap gitu!" Ghibran protes.

"Bodoh, aku duduk sebelah kau, suara kau sampai kaunter tiket. Lifeguard pun pandang kau dengan simpati," balas Reza, masih steady, macam tak pernah jerit langsung tadi padahal dia yang peluk pelampung kuat sampai kuku aku senget.

Aku sengih. "Kau pun Reza, masa lifeguard tu tekan button slide tu, muka kau macam tengah buat confession dosa silam."

Reza geleng kepala, "Aku lebih rela bunuh orang pakai pisau tumpul dari naik benda tu sekali lagi."

"Kecut, bhai. Kita tiga ekor RAG yang paling tak guna hari ni. Dua perempuan tu pula main semua slide macam tengah audition masuk Tentera Laut," aku kata sambil pandang ke arah bilik air wanita.

"Kau jangan lupa, Helena tu awek kau," sindir Reza. "Awek kau macho, kau pulak... jatuh pelampung sebab kaki menggigil tadi."

"Bodoh!" aku maki ringan sambil sepak kaki Reza. "Aku salah pakai selipar licin. Licin, tau tak? Bukan sebab takut."

Ghibran gelak besar, tersedak sikit roti. "Licin kepala hotak kau. Sampai duduk pun kau tercabut selipar, kaki menggigil macam ada gegaran Richter scale 7.0."

Kami bertiga ketawa macam sekumpulan jantan loser yang baru insaf dari aktiviti ekstrem. Semua redha, semua malu, tapi semua tetap nak menang cakap.

Aku pandang jam digital besar dekat pintu masuk. "Lama betul perempuan ni dalam bilik air. Diorang mandi semula ke?"

"Rissa tu mungkin touch up make up. Baju tak cukup kain dia tu kan mahal. Silap-silap nak selfie depan cermin," kata Reza.

Aku senyum sinis. "Kalau Helena lambat, mungkin dia tengah lempang Rissa kat dalam."

"Doa-doakan," balas Ghibran.

Kami bertiga gelak lagi. Suasana petang makin damai, tapi dalam kepala masing-masing masih trauma gelongsor yang tinggi macam azab kubur itu.

Aku tengah sedap-sedap gelak, tiba-tiba mulut aku gatal.

"Weh Ghibran, kenapa kau tak ajak Elvina? Kan best kalau dia ada sekali."

Reza terus pandang aku, sengih sikit. Muka macam tahu-tahu saja. Ghibran yang tadinya tengah kunyah roti tiba-tiba terhenti. Tangannya yang pegang plastik automatik perlahan-lahan jatuh ke paha.

"Oh... Elvina..." suara dia perlahan, tapi cover steady. "Dia tak sihat. Demam. Aku sudah ajak, tapi dia cakap tak larat."

Aku angguk perlahan. "Oh. Rugilah. Selalu dia teruja kalau bab seronok ni. Ingat lagi masa kita pergi jalan-jalan dua bulan lepas, dia yang paling semangat."

Ghibran sengih tawar. "Yelah. Kali ini dia tak larat..."

Reza sandar belakang. Pandangan dia tak lepas dari muka Ghibran. "Tak larat, eh?" suara dia tenang, tapi tajam macam pisau cukur. "Elvina yang selalu push Ghibran pergi jogging jam 6 pagi tu? Yang tak pernah missed kelas zumba hari Sabtu tu?"

"Rehat pun manusia perlukan, Reza," balas Ghibran. Nada dia masih relaks, tapi aku perasan anak mata dia sudah lain. Dia pegang botol air kuat sikit dari tadi. "Lagipun... dia kata pening kepala."

Aku diam, Reza pun diam. Lepas beberapa saat, Reza sengih senget. "Pening kepala... eh samalah macam aku dulu masa ponteng kelas sebab tak study, padahal tidur kat bilik asrama..."

Aku gelak. "Eh Reza, cerita lama kau ni tak payah throwbacklah!"

Ghibran gelak sekali, tapi bunyi dia hambar. Dia tunduk sikit, pegang dahi seolah-olah panas. Tapi aku tak tanya lebih. Kalau dia tak nak cerita, aku malas paksa. Tapi tetap pelik sejak bila Elvina tolak ajakan Ghibran?

"Kalau akulah," Reza buka suara balik, "awek tak datang waterpark tanpa sebab kuat, aku dah rasa tak sedap hati."

"Relakslah," Ghibran balas, senyum senget. "Dia okay. Aku check in dengan dia tadi pagi. Tengah rehat. Lagipun bukan semua orang suka tempat crowded macam ni."

Aku angguk sekali lagi tapi dalam hati... tetap rasa pelik. Sebab aku kenal Ghibran. Kalau dia betul-betul risaukan Elvina, dia tak akan datang pun sini. Tapi sekarang? Dia steady saja layan roti sambil gelak.

Tapi nak tanya lebih, bukan tempatnya. Lagi pun macam Reza selalu pesan kadang-kadang, lebih baik kita tak tahu.

"Oi, sudah keluar pun dua ekor ni," tegur aku sambil lambaikan tangan ke arah Rissa dan Helena yang melangkah dari arah tandas perempuan.

Rissa... macam biasa. Tank top ketat sampai nampak bentuk, dengan seluar jeans pendek atas paha. Muka on point, rambut pun sikat elok macam nak pergi kelab malam, bukan baru keluar waterpark.

Helena pula simple t-shirt oversized warna gelap, seluar jeans longgar, rambut masih basah. Jalan rilek, tapi mata tajam tengok sekeliling. Boyish as always, tapi masih nampak cantik.

"Lama weiii tunggu. Korang makeup dalam tu ke?" Ghibran bersuara, malas bangun dari bangku taman.

"Kau ingat senang ke nak touch up muka lepas kena air klorin?" Rissa jeling tajam, tapi bibir senyum menggoda sambil peluk lengan Reza.

Reza tolak sikit lengan dia, tapi muka sudah merah padam. "Tak payah rapat sangat. Baju kau tu kalau mak aku nampak, dia bagi kau kain batik terus."

Rissa sengih, "Kalau Reza nak, Rissa pakai kain batik saja esok."

"Bodoh..." Reza maki, terus tunduk.

Aku gelak celaka. "Jomlah. Perut aku sudah nyanyi lagu kebangsaan. Kita gerak kedai mamak port biasa nak? Aku belanja makan malam pulak."

"Wah wah wah..." Helena bersuara sambil angkat kening. "Apa hal tiba-tiba murah hati sangat ni, Azfar?"

Aku buat muka poyo. "Nak tengok senyuman korang je. Lagipun... bukan selalu kita outing macam ni. Layanlah satu malam ni. Makan free, ok?"

"Kau mabuk air klorin ke Azfar?" Ghibran sindir. "Biasanya kau kalau belanja orang, mesti ada udang galah sebalik mee."

Aku gelak. "Tak adalah... cuma tengah bahagia."

"Ceh, sebab Helena makin lembut hati kot," Reza sampuk selamba. Helena terus sepak kaki aku dari tepi.

"Aduh! Sakit weh!" aku jerit, tapi gelak jugak sambil jalan.

Kami semua bergerak keluar dari kawasan Lagoon Waterpark, langit sudah mula gelap tapi masih nampak rona oren senja. Sambil jalan ke arah kereta Honda aku, suasana makin santai. Riuh rendah, tapi damai.

***

Kami tiba di kedai mamak port biasa yang jenis buka 24 jam, kerusi plastik warna merah biru, kipas siling berpusing slow macam malas hidup. Bau minyak panas, kari, dan teh tarik bercampur dalam udara malam. Suasana bising, tapi familiar.

Aku tolak pintu kaca dan terus jerit, "BOSS! MEJA LIMA! NAK ORDER TERUS NI!"

Reza tampar bahu aku. "Bodoh, sabarlah sikit. Orang baru je duduk."

"Aku laparlah weh!" Aku terus duduk kerusi hujung dan tolak-tolak sikit bagi cukup ruang untuk Helena duduk sebelah aku. Ghibran duduk sebelah Reza, Rissa pula duduk antara mereka berdua. Reza tarik kerusi menjauh sikit macam biasa, mengelak sentuhan.

"Boss! Roti boom dua, nasi goreng kampung satu, teh o ais limau kurang manis," aku laju order bila pelayan datang. "Dan, ha... satu lagi, murtabak ayam besar."

"Banyak gila kau order, Azfar," kata Helena, kening terangkat.

"Aku lapar. Jangan judge aku."

Ghibran usik, "Murtabak tu untuk tenaga malam-malam ke?"

Aku baling tisu ke muka dia. "Diamlah. Kau tak tahu apa aku hadap malam tadi..."

Reza potong, "Haaa kau memang takkan hadap apa-apa malam tadi. Tidur pun terkangkang!"

Semua gelak berdekah. Rissa siap tepuk meja.

"Si Reza ni, tidur je dengan cermin mata dia tu. Macam cikgu besar nak mimpi tanda kertas!" Rissa bahan.

Reza pandang dia tajam. "Kau pulak mimpi apa? Mimpi bogel dekat slide?"

"Oi oi oi," Ghibran angkat tangan. "Sensitif sikit. Aku masih trauma dengar kau jerit tadi Azfar."

Aku bengang. "Eh, kau pun jerit lahanat! Kuat lagi dari aku!"

"Tak, aku jerit sebab aku risau kau terkeluar dari pelampung tu. Perut kau macam batu bata."

"Sudahlah," Helena masuk line. "Korang ni kalau tak kutuk, tak sah sehari."

Reza sengih. "Sudah nama pun RAG. Bukan Respect And Grace. Kami Rosak Akhlak Geng."

Aku gelak paling kuat. "Rosak akhlak tapi ada girlfriend masing-masing. Power tak?"

"Eh tak semua ada girlfriend," Ghibran tiba-tiba bersuara. "Aku single sekarang. Jadi... aku suci balik."

Semua gelak sampai pelayan pun tersengih masa letak air atas meja. Aku pandang sekeliling meja penuh, hati pun rasa penuh.

TV kecil yang tergantung atas dinding kedai mamak ini tiba-tiba tukar siaran. Bunyi dentingan sudu dan hiruk pikuk pelanggan terhenti sekejap bila suara berita menyampuk.

"...seorang wanita dipercayai terjatuh dari tingkat lima sebuah flat di kawasan Wangsa Maju. Mayat wanita itu ditemui oleh orang awam dalam keadaan terbaring di tepi longkang. Polis masih menjalankan siasatan lanjut."

Aku, Reza dan Ghibran serentak angkat kepala pandang TV.

Visual flat tua muncul gambar blur mayat yang sudah diselimut, tapi jelas ada kesan darah atas simen. Flat itu... aku macam kenal. Aku jeling Reza. Dia sudah duduk tegak.

"Eh..." aku bersuara perlahan. "Macam kenal saja flat tu..."

Reza sempat toleh sikit ke arah Ghibran. "Bran..."

Ghibran tengah selamba hirup teh ais macam tak ada apa berlaku.

Reza berbisik dengan nada tajam, serak, tapi masih terkawal. "Kau... kau bunuh Elvina ke?"

Aku pegang meja. Jantung aku jatuh. Ghibran senyum sikit. Letak straw. Angguk. Sekali.

"Ya."

Reza terus pegang kepala. "Kau gila..."

Aku tergamam. Rasa macam aku tertelan tulang ayam.

"Patutlah kau tak bawa dia hari ni..." aku cakap perlahan.

Rissa dan Helena baru perasan situasi jadi pelik. Rissa pandang aku, "Kenapa?"

Reza pandang Rissa tapi tak jawab. Dia terus renung Ghibran yang masih steady, tenang, tak ada riak bersalah langsung.

Helena ketap bibir, peluk lengan sendiri. "Kau... bunuh dia betul-betul ke?" suara dia perlahan, tapi bergetar.

Ghibran angkat bahu. "Dia pun bukan suci mana."

Diam. Meja kami jadi senyap. Macam waktu berhenti. Aku tunduk. Nafas aku berat. Muka Reza makin tegang tapi dia tak bangun. Dia tak marah. Dia hanya diam. Macam tengah hadam semua.

Ghibran pula... masih duduk tegak. Mata dia tajam pandang skrin TV, tapi bibir dia senyum nipis.

"Relakalah," dia cakap perlahan. "Dia pun bukan siapa-siapa untuk aku."

Reza akhirnya bersuara. Nada dia perlahan, tapi tajam macam bilah cukur. "Kau gila ke apa, Ghibran?"

Suasana mamak masih riuh, tapi meja kami rasa macam ruang kedap bunyi. Dunia luar terus bergerak, tapi kami statik. Terkurung dalam rahsia yang tak boleh dicerna.

Azfar teguk air kosong. "Tapi... berita tu kata macam kes bunuh diri, kan? Bukan pembunuhan. Kau serius ke ni, Bran?"

Ghibran masih duduk bersandar santai. Dia pandang kami macam kami budak sekolah yang baru kena marah sebab ponteng.

Lepas itu dia sengih. Bahaya. "Aku tahu apa aku buat."

Dia capai straw yang jatuh atas meja, pusing-pusing dengan jari. "Tak ada CCTV. Tak ada saksi. Tak ada kesan tarik. Tak ada bunyi. Semua clean. Semua smooth."

Aku rasa perut aku mula sebu. Reza masih tak kelip mata, tapi aku nampak urat tegang dekat leher dia. Dan waktu itu Ghibran bersuara lagi.

"Kau yang ajar, kan, Reza?" Nada dia berubah. Berat. Menikam.

"Kalau nak bunuh, bunuh betul-betul. Lepas tu buat orang percaya yang mangsa tu memang nak mati pun. Semua orang ada sisi gelap. Kau yang cakap."

Dia tergelak perlahan. Tapi tawa itu... bukan tawa manusia biasa. "So aku buat. Kali ni, aku apply apa yang cikgu aku ajar."

Jari dia ketuk meja dua kali. Senyum lagi. Senyum psiko. Aku tunduk. Helena diam. Rissa tak berani bersuara. Reza masih kaku. Ghibran hirup sisa teh ais dalam gelas.

KRUK KRAK!

Bunyi straw sedut ais terakhir itu bergema dalam kepala aku. Satu perkara saja yang pasti sekarang. Tak ada jalan untuk patah balik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience