Bab 180

Mature Content Series 4607

Tangan aku masih peluk badan Elvina. Tubuh dia sejuk. Keras. Berat macam patung kosong. Muka dia senget sikit ke kanan. Mata masih terbuka, pandang langit tanpa dosa.

"Ini kali terakhir, sayang..." Aku bisik perlahan di telinga dia. Suaraku tak ada getar. Hanya tenang. Macam cakap dengan mayat itu perkara biasa.

Jari aku longgar. Pelukan aku makin renggang dan... aku lepas.

SWOOOOSHHHHH!!!

Tubuh Elvina terjunam ke bawah. Kepala dia jatuh dulu, rambut berkibar macam plastik hitam.

Masa seakan berhenti. Angin malam menolak sedikit hujung tudung langsir belakang aku.

DOOOMMPP!!!

Satu bunyi berderam kuat bergema dari bawah. Aku terus sandar badan ke dinding simen balkoni.

Dari celah lubang pagar, aku nampak. Tubuh Elvina sudah terlentang atas rumput, kepala dia menghentam simen tepi longkang.

Bawah kepala... berdarah. Warna merah pekat, meleleh ke celah retakan konkrit.

Mata dia masih terbuka. Macam tengah renung bintang, tapi tak sempat nak buat ucapan. Aku tergelak perlahan tapi makin kuat.

"Hahahaha..."

Bunyi tawa aku tenggelam dalam malam. Tiada jiran. Tiada saksi cuma angin, gelap, dan darah.

Aku angkat tangan. Tunjuk jari telunjuk ke bawah. Macam tunjuk markah untuk kerja seni.

"10/10."

Sempurna. Langkah aku undur. Masuk semula ke dalam rumah. Pintu balkoni aku tutup perlahan.

KLIK.

Langit malam kekal mendung tapi hati aku cerah sebab satu masalah... sudah selesai. Aku pusing badan. Langkah aku laju keluar dari dapur, lalu ruang tamu. Beg galas kejap atas bahu kanan. Berat, tapi aku tak rasa beban.

Sampai depan pintu utama, tangan aku capai tombol. Pusing perlahan.

KLIK.

Aku buka daun pintu sikit jenguk keluar. Lorong flat tingkat lima masih sunyi. Lampu dinding berkelip-kelip macam nak mati. Tak ada suara. Tak ada pintu terbuka. Tak ada bayang manusia. Aku tarik nafas.

"Sekarang." Aku keluar. Tarik daun pintu perlahan.

Pintu tertutup. Tangan aku kunci dari dalam. Kemudian aku tekan tombol. Confirm berkunci.

Langkah aku berubah jadi laju. Satu demi satu anak tangga aku turuni senyap, licin, penuh kawalan.

Tap. Tap. Tap. Tap.

Aku tak lari tapi aku tak lambat.

Tingkat 4.

Tingkat 3.

Tingkat 2.

Mata aku melilau.

Aku jeling kiri, kosong. Aku jeling kanan, pintu flat semua tutup. Tak ada bunyi TV. Tak ada bunyi kuali. Malam ini macam malam istimewa.
Macam Tuhan pun tak mahu kacau aku.

Tingkat 1.

Aku sampai ke ground floor. Lorong panjang depan flat gelap. Lampu jalan hanya nyala satu, yang lain semua mati. Bau longkang dan bau tanah lembap naik ke hidung aku. Aku jalan laju ke seberang jalan.

Tap. Tap. Tap.

Mata aku sapu kiri kanan tiada kereta. Tiada motor. Tiada saksi. Aku lintas jalan macam hantu. Langkah aku selamba tapi kepala aku ligat.

Motor aku Y15 hitam merah ada di bawah pokok besar. Tempat biasa. Tersorok sikit. Masih di situ. Masih setia.

Aku sampai, buka topi keledar dari tempat duduk. Sumbat atas kepala. Naik motor.

"Yeah..." aku sengih. Enjin hidup.

PRRAAAPPPPP!!!

Suara motor Y15 berdengung halus. Aku tekan handle. Motor meluncur perlahan keluar dari bayang pokok, masuk ke jalan besar yang sunyi.
Aku tak pecut.

Aku tenang. Laju tapi steady macam malam ini cuma aku yang hidup, yang bergerak, yang menang.

Arah perjalanan aku jelas. Kondo RAG. Rumah sewa kami. Rumah geng pembunuh dan malam ini, aku bawa pulang satu rahsia.

***

KLIK.

Aku tolak daun pintu rumah sewa aku rumah RAG. Kedengaran bunyi siaran TV menjerit dari ruang tamu.

Reza dan Azfar tengah bersila atas lantai, bersandar di sofa. Meja kopi depan mereka penuh plastik junk food, botol air mineral dan tisu kering.

Azfar nampak aku masuk senyum dulu tapi lepas itu dia sengih celaka.

"Oi, balik lambat. Pergi mana? Sambung tumbuk orang lain ke?" Dia gelak, bunyi macam beruk.

Reza tak cakap tapi pandang aku dari hujung mata. Muka dia masih lebam sebelah, bawah mata nampak gelap tapi dia steady. Tak letak ais pun. Lelaki memang macam itu.

Langkah aku perlahan. Masuk ruang tamu, aku campak beg galas ke tepi sofa bunyi thud perlahan. Kemudian aku duduk. Sebelah Reza. Sandar. Tenang macam tak ada apa berlaku malam ni.

"Oi," aku buka mulut. "Sorrylah tumbuk kau tadi."

Suara aku selamba. Tak ada ton bersalah. "Tak fikir apa pun tadi. Sakit hati punya pasal..."

Azfar pandang aku, telan snek, mulut penuh. "Tadi kemain kau nak bunuh orang... sekarang baik pulak?"

Reza angkat kening. "Dua jam lepas kau nak cabut kepala aku..."

Azfar sambung, "Sekarang kau duduk sebelah dia macam bini duduk sebelah laki lepas gaduh!" Dia gelak lagi, kali ini kuat.

"Aku seriuslah minta maaf..." aku jawab tapi nada aku tak ubah. Macam budak kena marah sebab patahkan penyapu.

Reza toleh aku sekejap. "Kalau aku MC hari Isnin sebab lebam muka, aku letak nama kau kat surat doktor."

Aku sengih. "Ala... sorrylah."

Azfar angkat tangan, tarik bahu dua-dua aku dan Reza serentak.

"Weh dua-dua aku sayang, okay? Jangan gaduh lagi. Nanti kalau Reza mati, Ghibran lonely. Kalau Ghibran mati, Reza boring. Kalau dua-dua mati..."

"...kau sunyi?" Reza sambung selamba.

Azfar sengih. "Aku boleh cari member lain tapi takkanlah segila korang."

Kami semua senyap sekejap tapi vibe rumah itu... peliknya rasa damai. Macam tak ada siapa tahu salah seorang antara kami baru bunuh orang sejam lepas.

Dan beg galas kat tepi sofa itu... masih penuh bukti kematian. TV masih berbunyi tapi tak ada siapa tengok.

Reza tengah belek telefon. Aku sandar malas. Azfar pula kunyah keropok sambil goyang kaki.

Tiba-tiba dia bersuara. "Weh... aku rindu Kiera lah."

Aku toleh perlahan. Reza angkat kening. "Skandal yang kaya tu ke?"

Azfar angguk, senyum penuh dosa.

"Dulu time dia tengah gilakan aku, tiap minggu dia ajak check-in hotel lima bintang. Siap kasi aku pilih mana satu hotel. Sheratonlah, Hiltonlah... aku pilih yang kat tepi kolam, ada jacuzzi."

Aku sudah geleng kepala. "Celaka."

Azfar makin seronok. "Weh, masa dalam bilik, dia suka aku cakap kasar. Aku tarik rambut dia, aku..."

"OI BABI!!" Reza terus jerit. Muka dia naik menyampah.

Aku pun menyampuk. "Kau gila ke cerita lucah kat ruang tamu ni? Bukan bilik kongkek!"

Azfar gelak, sengih tak rasa bersalah. "Ala dulu masa tu aku tengah buaya. Sekarang aku setia okay..."

Aku jeling dia. "Setia kepala bapak kau."

"Helena tu awek kau sekarang. Yang tu pun bukannya senang nak dapat. Masih suci kot!"
Aku terus tembak.

Azfar sengih makin lebar. "Aku taulah! Tulah aku sayang tapi Kiera lain... dia ada vibe kayangan. Bila dia bogel, rasa macam tengok..."

PAP!

Reza baling bantal ke muka Azfar.

"WEI SIAL DIAM LA!" Reza gelak, tapi suara garang.

Aku pun sepak lutut Azfar. "Sudahlah... nanti Helena datang rumah ni tiba-tiba, aku tak cover kalau dia sula kau guna kerusi."

Azfar tarik selimut sofa, tutup kepala. "Cemburu nampak..."

Aku dan Reza geleng kepala serentak. Dalam rumah sewa RAG ini... kalau tak ada gaduh, tak ada bunuh dan tak ada cerita lucah... bukan rumah kamilah.

Azfar masih berselimut atas kepala, suara dia keluar dari bawah kain itu sengau dan tak insaf.

"Weh, aku sudah empat bulan puasa weh."

Aku dan Reza toleh dia serentak.

"Puasa?" aku angkat kening.

"Yalah... puasa dari tidur dengan perempuan." Dia tarik selimut, munculkan kepala penuh bangga.

"Empat bulan. Empat. Bukan empat hari. Aku rasa aku patut dapat pingat emas, trofi, dan anugerah khas dari kerajaan."

Reza geleng kepala perlahan. "Pingat emas kepala butoh."

Aku sambung, "Trofi berkarat kau layaklah."

Azfar ketuk dada sendiri. "Weh, ni dugaan okay. Bila sudah terbiasa dapat semua... lepas tu kau cut off semua... mana tahan."

Dia pandang siling. Mata dia macam pelakon drama Melayu lelaki kecewa.

"Aku dahaga..." suara dia sayu.

Aku jeling. "Air mineral atas meja tu ha. Teguklah."

Azfar geleng perlahan. "Bukan dahaga air..."

Dia senyum nakal. Mata dia pandang kami. "...aku dahaga..."

PAK!

Reza terus angkat tangan, ketuk kepala Azfar kuat-kuat pakai remote TV.

"Diamlah BABI."

Azfar mengerang. "Aduhhh sial! Aku seriuslah ni... aku rasa aku boleh gila!"

Aku angkat bantal dan lempar ke muka dia. "Kalau gila, masuk wad. Jangan kongsi dengan kita orang. Nafsu kau tu level setan Afrika."

Azfar peluk bantal, tarik selimut semula. "Aku rindu zaman buaya aku..."

Reza selamba, "Kalau kau ulang ayat tu sekali lagi aku sumbat kau dengan trofi emas tu."

Azfar masih peluk bantal macam anak yatim putus cinta. Muka dia monyok. Matanya sayu. Nafasnya panjang.

"Empat bulan weh... aku sudah lupa macam mana bunyi perempuan menjerit..."

Aku malas tengok muka dia lama. "Kalau dahaga sangat," aku sambung, suara aku tenang...

"...esok kau bawak je Helena pergi pejabat agama."

Azfar ternganga. Reza terus pandang aku, senyum terangkat. "Ouh damn..."

Aku sengih. "Lepas tu hari-hari boleh buat projek tapi versi halal. Tak payah tunggu malam Jumaat. Tak payah pakai condom. Tak dosa. Boleh terus golek lepas Maghrib."

"HAHAHAHA!" Reza terus ketawa berderai. Azfar lempar bantal ke muka aku, tapi meleset kena tepi sofa.

"Oi sial! Kau ni... gila betul!"

Aku angkat bahu. "Aku seriuslah. Helena tu pun sayang kau. Setelkan saja."

Reza sambung, "Kau ingat senang nak jumpa perempuan sanggup tahan kau punya miang tu?"

Azfar garu kepala. "Boleh saja... nikah je pejabat agama tapi lepas tu aku takut pula... dia sudah tak seksi..."

Aku dan Reza serentak jerit: "LAHANAT!"

Azfar sudah makin melarat, sekejap rindu Kiera, sekejap rindu suara perempuan menjerit dan sekejap rindu jadi buaya.

Aku geleng kepala. Reza pula menyandar sambil angkat satu jari.

"Kalau kau nak isteri kekal seksi..." Nada dia perlahan macam ustaz bertauliah.

"...kau beli skincare yang Serum, Toner, Essence yang jenis RM300 sebotol tu."

Aku sudah tahan gelak.

Reza sambung lagi. "Bawa dia pergi spa. Sental satu badan. Urut betis sampai paha. Rambut dia jangan biar kering, saloon, rebonding, warna copper brown. Baru nampak mahal."

Azfar sudah mula geleng kepala.

"Baju tidur? Jangan beli kat pasar malam. Belikan yang lace, satin. Yang kau sendiri stim tengok. Jangan tahu bedal saja, tapi jaga tak reti!"

Azfar tutup telinga. "JANGAN CERAMAH KAT AKUUU! TELINGA AKU NAK BERDARAAHHHH!!"

Dia baring terus atas lantai. Menggeliat macam cacing. Selimut terbang ke lantai. Aku dengan Reza sudah tergelak guling.

"Aku sumpah nak report kat Helena yang kau rindukan Kiera tadi," aku kata selamba sambil capai telefon.

Azfar terus bangun. "WEI SIAL JANGAN! AKU KIRA KAU KAWAN!!"

Reza angkat bantal. "Kawan konon, tadi kau pukul Reza. Sekarang nak cerai hidup."

Azfar duduk bersila. "Weh korang ni... dari tadi serang aku. Padahal aku sudah insaf..."

Aku dan Reza tengok sesama sendiri. Reza selamba jawab, "Insaf kepala butoh."

Reza tiba-tiba bangun dari sofa. Gaya perlahan macam villain baru nak buka babak akhir filem.

Dia pusing menghadap Azfar yang masih terduduk bersila, rambut serabai, muka macam baru kena ceramah Tabung Haji.

Reza sengih. Sengih sinis. Sengih celaka.

"Ohh... aku lupa," dia mula bersuara. "Duit kau sekarang banyak habis sebab bayar loan kereta tu kan?"

Dia buat suara berlagak. "Honda Civic Type R. Rim besar. Bumbung hitam. Spoiler macam Fast & Furious."

Azfar telan air liur. Reza jalan perlahan ke depan. Tangan bersilang dada. Suara dia makin pedas.

"Tapi kalau Helena nanti gemuk... tak seksi... tak ada waistline... kau hadap jelah sampai tua."

"BUAKAKAKA!" Aku terhambur gelak.

Azfar tepuk dahi. "WOI BABI! Aku belum kahwin lagi!!"

Reza sengih makin lebar. "Sebab itulah aku bagi reminder awal-awal."

Azfar berdiri, tunjuk jari ke arah Reza. "Kau tu muka lebam sebab aku... jangan main api dengan aku!"

Reza angkat kening. "Muka lebam tak apa. Janji tak buta masa pilih perempuan."

PANGGG!!!

Terus tusuk masuk jantung. Aku sudah jatuh ke lantai terguling. Sakit perut tahan gelak.

"WOI HAHAHAHAHA!"

Azfar tunjal kepala aku. "Kau ni pun gelak tak guna!"

Reza peluk bahu aku dari belakang. "Weh Ghibran... aku rasa aku paling banyak pahala malam ni. Sindir orang zalim memang dapat point."

Azfar jerit, "SIAL! KAU ORANG BERKUMPUL KE NAK BAKAR AKU?!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience