Tepat pukul 12:30 tengah malam.
Langit macam dilukis dengan arang. Sunyi. Tak ada bunyi manusia. Yang ada cuma bunyi roda troli bergesel dengan lantai konkrit parking.
Krak... krak... krak...
Aku tolak troli itu perlahan. Berat gila. Guni hitam atas troli ini keras tak lembik macam sampah.
Dalam dia ada mayat Tasha. Aku jerut dia subuh tadi. Tangan aku masih teringat rasa leher dia masa tengkuk dia tak lagi melawan.
Reza jalan belakang aku. Senyap. Tapi mata dia liar. Pusing kiri kanan, tengok atas bawah.
Macam biasa, dia paranoid. Macam biasa, dia rasa semua orang intai hidup kita. Macam biasa... dia tetap ikut. Sebab dia pun sama macam aku. Sudah tak boleh patah balik.
Sebelah aku, Ghibran. Muka dia masam, tangan sumbat dalam poket hoodie.
"Aku sumpah... kalau aku tahu hidup aku akan seret mayat perempuan ni jam 12 malam, aku dah bunuh diri masa umur 18," bebel dia.
Aku tak jawab. Dia sambung, "Weh, kenapa kita kena buat ni? Bukan kau sorang je bunuh. Kenapa aku juga yang kena ikut buang mayat?"
Aku sengih. "Kau kan kawan."
Ghibran pandang aku dengan muka nak ludah.
"Aku kawan... bukan cleaner kau."
Troli berhenti depan Myvi hitam Reza. Reza tekan kunci. Lampu hazard berkedip. Aku dan Ghibran angkat guni sama-sama.
"Berat siot. Badan dia keras dah." Ghibran muncung. Aku angkat satu hujung, dia satu lagi.
"Masuk cepat. Kita tak ada masa." suara Reza tegang.
Kami sumbat guni ke dalam but kereta. Letak plastik hitam lapik. Sembur sikit minyak wangi kuat. Macam biasa, Reza obses dengan 'damage control'. Satu cebis DNA pun dia tak nak tinggal.
Aku pandang dia.
"Kalau kau sanggup buat semua ni... maknanya kau sama je dengan aku. So jangan berlagak konon kau suci."
Reza renung aku balik. Muka dia gelap tapi mata dia... kosong.
"Dulu aku baik. Sejak kenal kau, aku jadi macam ni." Aku sengih.
"Baguslah. Dunia ni tak perlukan orang baik."
Ghibran hempas pintu bonet. "Weh cepatlah, sebelum ada pak guard ronda!"
Reza naik tempat pemandu. Aku duduk depan. Ghibran belakang, peluk lutut. Enjin dihidupkan. Radio tak berbunyi. Tak ada muzik. Cuma bunyi tayar bergolek atas jalan bawah tanah.
Bangunan sunyi. Tapi dalam kereta ini... dosa berdengung kuat.
***
Kereta Reza berhenti perlahan. Lampu ditutup. Enjin dimatikan. Kami tak terus keluar. Dalam beberapa saat itu, semua diam. Masing-masing dengar bunyi cengkerik, angin, dan degup jantung masing-masing.
Aku tahu tempat ini. Tasik lama, hujung kawasan pembinaan terbengkalai. Tak ada CCTV. Tak ada orang lalu.
Tempat yang sama kami buang Shasha bulan lepas sebab Shasha ugut aku kata dia mengandung anak aku.
Reza buka pintu dulu. Keluar tanpa suara. Dia berdiri tepi bonet. Pandang ke arah air gelap yang tenang tapi menyorokkan berapa banyak bangkai manusia.
"Azfar. Ghibran. Angkat," arah Reza. Suara dia ketat. Tak ada tolak ansur. Macam ketua geng.
Padahal dia pun pembunuh psiko. Aku keluar. Ghibran menyumpah halus.
"Siallah hidup ni..."
Buka but kereta. Guni hitam itu masih di situ. Bau dia sudah naik sikit. Mayat bila mati lama, dia senyap... tapi menyengat. Kami angkat perlahan. Berat dia makin terasa.
Reza jalan dulu, suluh lampu dari telefon ke arah denai kecil. Kami ikut, troli tinggal di kereta.
Tanah berlecak. Kasut aku tenggelam sikit. Angin malam sejuk, tapi peluh aku turun perlahan dari tengkuk. Akhirnya, kami sampai tepi tasik.
Gelap dan diam. Cuma bunyi air tenang yang tak tahu, mayat siapa yang akan jadi tetangga baru malam ini.
"Letak sini," Reza tunjuk tanah berumput. Agak dekat dengan tebing, tapi masih tersembunyi dari pandangan. Aku dan Ghibran lepaskan guni atas rumput basah.
BUKKK!
Ghibran duduk mencangkung. Nafas laju. "Kalau ada neraka... confirm kita depan sekali masuk."
Aku capai lighter. Nyalakan sebatang rokok. "Tak payah tunggu neraka, bro. Dunia pun dah rasa macam neraka."
Reza diam. Mata dia tak lepas dari guni. Kemudian dia bersuara, perlahan.
"Azfar. Tolong ikat batu kat guni tu. Biar dia tenggelam terus."
Aku angguk. Ghibran sudah berdiri, bantu aku angkut batu besar tepi semak. Ikatan tali di guni diketatkan semula.
Reza berdiri depan air. Lampu dari telefon dia pantul atas permukaan tasik. Wajah dia separuh bercahaya separuh dalam bayang.
Aku dan Ghibran seret guni itu ke tepi. Reza bisik perlahan.
"Satu lagi rahsia. Satu lagi orang yang takkan buka mulut."
"Ready?" aku tanya.
Dia angguk. Kami angkat sama-sama. Hujung-hujung guni berat dengan batu.
Satu... dua... tiga...
PLUUUNGGGG!
Bunyi air pecah. Guni tenggelam perlahan. Buih naik kemudian senyap. Macam tak pernah ada sesiapa wujud di situ.
Ghibran tunduk. Aku hisap rokok sampai habis.
Reza masih berdiri, tangan dalam poket.
Aku tanya, "Rasa lega?"
Dia jawab tanpa pandang aku. "Aku rasa... aku makin hilang rupa manusia."
Tasha tenggelam.
Sunyi.
Aku tunduk. Rokok aku sudah tinggal puntung. Api merah kecik itu padam sendiri bila kena angin tasik.
Aku tak rasa apa. Tak rasa bersalah. Tak rasa bangga. Cuma... kosong. Di belakang aku, Ghibran masih tercungap.
Reza berdiri senyap. Muka dia gelap, tapi ada riak pelik macam nak tanya, tapi tak nak tahu jawapan. Dia buka mulut akhirnya.
"Siapa perempuan tu sebenarnya?"
Aku pandang dia. Senyum nipis. "Bukan urusan kau."
Dia ketap rahang. "Azfar. Kita dah tolong kau buang mayat. Atleast explain la sikit. Kau bunuh siapa sebenarnya?"
Ghibran mencelah. "Skandal lagi?"
Aku sengih. "Dia sedar satu benda pasal aku... yang dia tak sepatutnya tahu."
Reza mencarut perlahan. "Kau ni... buaya betul-betul haram jadah."
Aku angkat bahu. "Dulu dia yang kejar aku. Sekarang dia diam selamanya."
Reza geleng. "Kau ni penyakit."
Ghibran ketawa sinis. "Kau patut kena potong batang. Serius."
Aku ketawa perlahan. "Potong pun tak guna. Lidah aku lagi bahaya."
Aku sangka aku paling kejam dalam kumpulan ini. Aku silap. Reza berdiri tepi tasik, tak bergerak, tak bernafas pun nampaknya. Tapi mata dia... Tajam. Terlalu tajam.
Dia perhati pokok-pokok sekeliling. Tengok arah kamera jalan jauh di atas bukit. Kira jarak tapak kasut kami dari tanah lembap tepi tasik. Tengok kesan lumpur pada baju Ghibran. Tengok kesan tali di guni yang kami buang tadi. Dia catat semua itu... dalam otak dia.
Gila. Reza ini bukan setakat pensyarah. Dia macam forensic cleaner.
Aku jeling. "Kau ni kenapa macam polis menyamar?"
Reza tak jawab. Dia buka but Myvi. Ambil sebotol peluntur, sehelai kain, dan glove.
Dia mula lap but, tepi bumper, handle pintu. Aku terdiam.
Ghibran bersuara perlahan, "Weh... dia dah start."
Start apa?
Reza teruskan, dia tukar kasut, bakar kain lap, dan balut glove dengan plastik. Semua dia buat dalam senyap. Teratur. Aku rasa... dia pernah buat semua ini banyak kali. Bibir dia bergerak akhirnya.
"Kalau korang nak buat kerja bodoh lagi, bagitahu awal. Supaya aku boleh bersedia."
Aku sengih. "Bersedia? Untuk apa? Lari?"
Dia pandang aku. Mata dia kosong tapi mencucuk. "Untuk buang kau sekali, kalau perlu."
Aku beku seminit. Aku tahu Reza psiko tapi sekarang baru aku sedar dia lagi teruk dari aku.
"Reza... sejak bila kau buat semua ni?" Ghibran tanya perlahan.
Reza tunduk, buka but kerera semula. Ambil satu kotak plastik. Dalam kotak itu ada benda pelik sebuah jar kecil, penuh cecair lut sinar... dengan sesuatu terapung dalam itu. Aku pegang satu.
MATA MANUSIA.
"APA SIAL KAU SIMPAN NI?!"
Reza tenung aku. Suara dia tak naik. Tapi aku boleh rasa bahaya dari nada dia. "Jangan sentuh koleksi aku."
Ghibran sudah mundur tiga langkah. Wajah dia pucat. "Apa benda ni, Reza?!"
Reza tenung kami berdua. "Perempuan-perempuan yang suka kacau hidup aku. Aku bunuh mereka. Mata mereka... aku simpan. Untuk ingatan dan kenangan. Supaya aku tak diganggu lagi."
Aku tergamam. Senyap. Aku ingat aku buaya haram jadah. Aku ingat aku paling rosak.
Rupa-rupanya... Reza sudah jauh lama gila dari jalan manusia. Dan dia bukan jenis yang buat bising. Dia jenis yang buat kerja senyap, licin, lenyap.
Aku pandang mata dalam balang itu lagi. Air dalam jar itu bergoyang perlahan. Bola mata perempuan satu demi satu, mengerikan tapi cantik dalam cara pelik.
"Sepuluh mangsa," aku ulang. "Sepuluh kau bunuh... sebab ganggu hidup kau?"
Reza angguk. Tenang macam tengah bincang pasal assignment pelajar dia.
Aku tarik nafas. "Sepuluh orang tapi kenapa Rissa masih hidup?" Aku sengih sinis. "Padahal kau jerit paling kuat tiap kali dia dekat kau."
Reza tak jawab. Aku dekat sikit. Tak puas sindir. "Kau kata kau benci dia. Tapi dialah perempuan paling menyusahkan hidup kau. Kau bagi dia tidur dengan kau. Kau maki dia. Kau peluk dia. Tapi dia masih hidup. Kenapa?"
Reza diam. Muka dia keras, tapi mata dia jauh.
Macam tengah hadam soalan aku. Kemudian dia bersuara. Perlahan.
"Aku dah cuba bunuh dia. Sepuluh kali. Racun. Tolak dia dari tangga. Cekik dia masa tidur. Campak dia ke tengah jalan. Tapi..."
Dia senyum nipis. "Perempuan gila tu tak nak mati."
Aku dan Ghibran senyap. Hembusan angin tasik buat daun berbisik. Reza sambung, suara makin dalam.
"Dia akan muncul balik. Walaupun aku tinggal dia. Walaupun aku cederakan dia. Walaupun aku doa dia mampus. Dia tetap datang balik. Dia tetap... duduk sebelah aku. Macam dia tunggu aku jatuh cinta."
Aku ketawa kecil. "Dan kau jatuh juga, kan?"
Reza pandang aku. Tajam. Tapi tak menafikan. Senyap.
Tiba-tiba Ghibran mencelah dari belakang. "Reza... kau kan dah jatuh cinta dengan perempuan gila tu."
Aku pandang Ghibran, lepas itu tengok Reza semula. Reza geleng perlahan.
"Tak. Aku tak cinta dia."
Tapi mata dia... nampak, mata dia tipu diri sendiri. "Aku cuma... tak tahu macam mana nak hidup kalau dia betul-betul hilang dari aku."
Senyap lagi. Aku tepuk bahu dia perlahan. "Reza... kau dah jadi lagi gila dari kami."
Ghibran gelak perlahan. "Bukan setakat gila, bro. Kau... romantik versi pembunuh bersiri."
Kami bertiga berdiri tepi tasik, sambil sedar kita semua rosak. Tapi Reza? Dia rosak dengan cinta. Dan itu jauh lebih bahaya dari semua guni mayat.
Kami masih di tepi tasik. Rokok aku sudah habis. Ghibran tengah cari ranting buat baling ke air. Reza? Diam. Macam biasa. Konon cool, konon misteri. Aku toleh ke arah dia semula.
"Eh Reza... kau ingat tak masa kau pernah cakap dengan aku? Yang kau cium Rissa buat pertama kali. Lepas tu kau lari dari rumah dia?"
Ghibran sengih dua saat. Dia gelak dulu. Kuat. Tak bagi peluang. Aku sambung bahan.
"Aku ingat lagi muka dia masa tu. Muka merah, lepas tu kau cerita terus blah dari rumah Rissa. Muka macam anak dara cium crush kat sekolah."
Ghibran sudah baring atas rumput sambil ketawa terbahak. "Weh... Reza?! Yang konon psiko, pembunuh bersiri... cium perempuan first time terus panik?!"
"Mampus kau, romantic thriller gone wrong siot!" Aku tak tahan, aku pun gelak. Suara kami bergaung sikit tepi tasik.
Reza berdiri macam batu. Tapi aku nampak rahang dia ketap. Hidung kembang kuncup. Satu tapak saja dari naik tangan.
"Diamlah." suara dia keras. Tapi kami tak berhenti.
"Weh Reza... kau collect mata perempuan tapi Rissa collect hati kau?!" Ghibran jerit sambil gelak sampai terbatuk.
"Kau yang kata Rissa menyusahkan... tapi bibir dia yang buat kau sesat?" Aku sambung.
Tiba-tiba, Reza angkat tangan. "Cukup. Aku cakap cukup!"
Kami senyap. Dia tunduk, pejam mata sekejap. Nafas panjang. Kemudian...
"Ya!"
"Aku cintakan dia."
"Aku sayang Rissa."
"Puas korang sekarang?!"
Senyap. Angin tasik macam berhenti. Aku dan Ghibran pandang satu sama lain. Muka masing-masing terkejut campur eksited campur seronok nak menyakat lagi. Ghibran angkat tangan macam bagi speech.
"DENGAR SEMUA! REZA DAH CAKAP DIA SAYANG RISSA! HALO MALAYSIAAAAA!!!"
Aku tepuk tangan perlahan, sinis.
"Weh... pensyarah paling garang dalam sejarah negara akhirnya jatuh cinta dengan perempuan gila. RAG makin hancur."
Reza duduk atas batu. Muka dia blur campur bengang. Tangan tarik rambut. "Aku sumpah... aku nak bunuh korang malam ni."
Ghibran masih gelak kecil.
"Alaa... chilllah, Reza. Kami je yang tahu. Dunia luar mana tahu kau dah jadi buaya domestik."
Reza tarik nafas. Lama. "Kalau korang sebut nama Rissa sekali lagi malam ni... aku keluarkan satu mata dari koleksi, sumbat dalam mulut korang."
Senyap. Tapi kami masih tahan gelak. Reza... akhirnya mengaku dan kami saksi malam ini bahawa lelaki paling susah jatuh cinta, akhirnya tersungkur di kaki perempuan yang patutnya dia bunuh.
Share this novel