Bab 32

Mature Content Series 1807

Aku duduk tegak di atas Yamaha MT25 yang baru keluar bengkel, cat hitam dia masih bau besi panas. Tapi belakang aku, melekat si perempuan gila itu.

Rissa. Perempuan celaka yang tak reti faham bahasa. Tangan dia dari tadi melekat pada hoodie aku, tarik senget, aku betulkan semula. Dia tarik lagi. Aku betulkan lagi. Entah bila aku setuju dia naik motor dengan aku pun aku tak tahu. Mungkin kepala aku sudah rosak.

Suara dia main di cuping telinga aku. Serak manja, konon nak cairkan aku padahal cuma buat aku rasa nak langgar divider. Tangan dia tak reti diam, main cuit perut aku, tarik lagi hoodie, sengih macam baru dapat mangsa. Aku sudah penat nak tengking dia. Penat nak suruh diam. Bising mulut dia, bising tangan dia, bising otak aku.

Aku pegang handle kuat-kuat. Enjin motor ini kuat, sayang kalau tak rembat terus. Kalau boleh aku nak biar angin cabut tangan dia dari pinggang aku. Tapi sialnya, aku masih diam. Masih biar dia melekat di belakang. Macam bangkai kena tindih.

Aku pulas throttle, bunyi motor meraung pecah jalan. Angin belasah muka aku, rambut Rissa terlepas sikit helmet. Aku sengaja tak perlahan. Biar dia terkejut. Biar dia menjerit. Biar dia jatuh pun tak apa. Aku tak kisah.

Tapi bodohnya, dia bukan takut. Dia menjerit seronok. Suara dia makin gatal di belakang.

"Hei Rezaaa laju lagi boleh?!" Suara dia meletup di tepi helmet aku. Tangan dia makin ketat peluk pinggang aku. Macam rantai hidup. Aku rasa jijik. Tapi aku pulas lagi.

Meter naik ke 120, 130 dan tayar depan rasa melayang bila jalan pecah. Aku sengaja mencelah antara kereta, bagi brek kejap-kejap sampai badan dia terhenjut. Rissa ketawa dan celaka betul. Orang lain sudah tercampak, dia makin menggeliat belakang aku. Tangan dia naik cuit perut aku lagi, naik sampai dada, aku tepis sikit, dia gelak.

"Eh, marah ke...?" Suara dia basah, tangan dia tarik bahu hoodie aku. Aku pegang handle makin kuat. Kalau aku lepaskan satu tangan, mungkin aku boleh tolak dia jatuh sekarang.

Aku mecelah lagi. Angin langgar dada, jantung aku berdegup kuat, bukan sebab laju, tapi sebab aku rasa nak jerit. Rissa di belakang menjerit bukan takut, tapi minta lebih.

Bodoh.

Lampu merah. Aku tekan brek, motor aku berhenti di garisan putih. Enjin motor masih berdehem ganas bawah paha aku, panas enjin tembus sampai tulang. Belakang aku, Rissa masih peluk macam lintah tak cukup darah. Aku rasa nafas dia turun naik di belakang tengkuk aku. Bau syampu mahal dia campur bau asap motor buat aku makin pening.

Helmet dia sama dengan helmet aku, full face hitam, visor gelap. Kalau orang tengok, dari jauh nampak macam pasangan bercinta bangang. Padahal aku cuma tunggul bergerak yang dia peluk tanpa restu.

Tiba-tiba, tingkap kereta di lorong kiri perlahan turun. Ada empat orang lelaki dalam Myvi putih, siap lampu LED lip lap. Speaker kereta bising muntah lagu rap entah apa. Seorang di seat penumpang belakang lentok keluar tingkap, senyum ke arah kami.

Dia siulkan bunyi panjang. "Weyy, awek cun wey! Helmet sama, couple ke bro?"

Yang belakang gelak. Seorang lagi ketuk bahu dia, suruh tambah ayat.

"Bagi pinjam kejap boleh? Kita orang tak lama... setel kejap je..." gelak dia makin berdekah, bunyi macam babi kena cekik.

Darah aku naik sampai cuping telinga. Aku jeling sepintas, nampak Rissa betulkan visor dia. Macam sengaja senyum di sebalik penutup mulut... celaka betul.

Yang lelaki dalam kereta itu makin kurang ajar. "Buka visor la sikit, baby! Nak tengok muka! Manja la sikit..."

Aku kemas genggam handle. Satu tangan aku sudah rasa gatal. Jari aku main brek depan, tangan kiri aku pegang clutch, tapi otak aku sudah kira kalau aku nak patahkan cermin sisi kereta itu sempat ke tak.

Rissa di belakang gelak kecil, suara dia bergetar terus ke leher aku.

"Reza... marah ke...? Bagi jelah... dia orang nak tengok je kan..." Dia sengaja cuit perut aku lagi.

Lampu masih merah. Aku rasa kalau lampu hijau pun, darah aku tak hijau. Lampu masih merah, tapi kepala aku sudah hijau, hijau menyala sampai cuping telinga. Tangan aku kemas cekam handle, bunyi enjin motor mendengus, macam sedar tuan dia tengah tahan sumpah seranah yang bertabur di lidah.

Si bangsat dalam kereta Myvi sebelah masih bising. Mulut semua bau longkang dari jauh. Si driver depan lentok lagi, siap bagi flying kiss ke arah Rissa yang sengaja tunduk manja di belakang aku, gelak dia halus, sengaja nak cucuk api aku hidup-hidup.

"Bro, kasi chance la bro! Helmet sama tapi share la sikit...!" Yang depan tepuk dashboard, suara rapuh gelak. "Hei awak, duduk belakang dengan abang sini la! Abang geram tengok punggung kau dari tadi!"

Aku rasa telinga aku berdengung sama macam waktu migrain nak meletup. Tapi ini bukan migrain. Ini adalah rasa nak cangkul kepala orang.

Rissa di belakang ketawa kecil, dada dia gegar, bahu aku kena helmet dia. "Reza... marah ke...? Luculah dia orang ni..." Jari dia main garu bahu aku. Sial betul.

Aku angkat tangan, buka visor perlahan-lahan. Mata aku bertembung mata si bangsat tingkap depan itu, anak mata dia sempat kecut setitik, tapi mulut dia masih senyum.

Aku tunduk sikit, suara aku seret naik dari kerongkong, sejuk, tapi tulang aku rasa nak patah. "Mati kau kejap lagi. Nak test, test betul-betul."

Aku tengking, suara aku pecah lampu isyarat sendiri. Yang dalam kereta senyap dua saat kemudian gelak lagi, macam setan main gendang dalam perut.

Aku toleh balik ke depan. Meter lampu merah dah tinggal tiga bar. Nafas aku bunyi halus, berdesing. Kepala aku rasa panas. Tangan aku getar nak lepaskan clutch, nak seret helmet Rissa jatuh pun tak apa. Belakang aku, Rissa masih ketawa. Macam hantu dapat tengok patung meletup.

Lampu hijau.

Aku tak tunggu otak habis kira. Clutch aku lepas, throttle aku pulas habis, bunyi motor meraung macam rimau lepas kandang. Tayar belakang seret sekejap atas jalan, bau getah terbakar naik. Myvi putih sebelah aku kini tinggal asap.

Angin hempap dada, helmet Rissa tolak bahu aku. Dia gelak lagi macam tak serik. Tangan dia merayap balik ke pinggang aku, ketat. Nafas dia putus-putus kat belakang tengkuk aku.

"Rezaaa... laju gila... bestnya..." Suara dia bercampur ketawa kecil.

Aku tak jawab. Mata aku merah, jalan depan berbelah dua, tapi aku redah lurus. Mencelah kiri, kanan sehingga kereta hon aku tak peduli. Kalau ada lubang, redah. Kalau ada lubang lagi besar, lagi aku tekan throttle.

Tangan Rissa makin berani cuit perut aku, tarik baju aku ke atas sikit. Aku tepis sikit-sikit dan makin dia gelak. Dia macam nak gigit bahu hoodie aku lagi. "Reza marah ke...? Sorrylah... comel tengok Reza marah..."

Aku rasa nak pijak brek, turun motor, seret dia jatuh. Tapi aku tekan lagi. Meter naik, 120, 140 lampu jalan terlepas satu-satu macam bintang patah.

Aku rasa panas baran ini tak akan padam selagi perempuan belakang aku masih ketawa. Tapi bodohnya, tangan aku masih pegang throttle bukan leher dia.

***

Bau enjin panas masih lekat di tangan aku. Baru saja aku matikan motor, parking senget bawah lampu jalan. Helmet aku cabut, rambut aku basah peluh. Dada aku turun naik, panas di hati aku masih bergayut di bahu, belum mahu turun.

Belakang aku, Rissa sudah pijak jalan tar dengan tapak kasut dia yang entah berapa banyak sentuh rumah sewa aku. Helmet dia tanggal dan rambut pendek dia melekat kat pipi, senyum dia macam penjahat kecil.

Tak sempat aku nak betulkan hoodie, tangan dia tarik pergelangan aku. Laju. Macam budak kecik tarik mak dia dalam pasaraya.

"Reza, jom..."

Aku malas tanya. Dia sudah separuh heret aku ke deret kedai hujung blok. Neon hijau terang, kedai ais krim. Pintu kaca berembun, dalam itu lagu pop murah berdenting.

Rissa toleh aku. Mata dia sepet senyum, bibir dia muncung manja.

"Belikan ais krim coklat boleh? Rissa teringin..."
Suara dia lembut kontras dengan perangai dia 10 minit lepas yang peluk aku macam rantai babi. Tangan dia masih pegang lengan aku, kuku dia sengaja main garu kulit.

Aku pandang muka dia. Pandang papan menu melekat kat pintu kaca. Pandang muka dia balik. Panas di dada aku masih belum habis tapi dia mintak ais krim. Dan bodohnya, tapak kaki aku tak bergerak ke belakang malah aku ikut dia masuk.

Bunyi loceng pintu kedai ais krim berbunyi halus semasa Rissa tarik aku masuk. Udara sejuk gila bau coklat, vanilla, bunyi peti sejuk dengung. Rissa masih peluk tangan aku, bawa terus ke kaunter. Mata cashier pun sempat jeling pelik, mana tak pelik, aku muka bengang, Rissa pula muka gedik.

Belum sempat aku buka mulut, Rissa sudah melangkah ke depan sambil sengih manja depan budak cashier yang berdiri kaku pegang scoop.

"Coklat satu, cone besar... tambah choc rice, rainbow sprinkle, caramel sikit... boleh kan?" Suara dia gedik sengaja, sengaja pamer gigi manja dia kat cashier budak hingusan itu. Budak itu gelabah angguk.

Aku lipat tangan, dada aku turun naik panas dada aku sudah terjun dari motor tadi, tumpang duduk dalam dada aku balik.

Rissa toleh dan seperti biasa mata dia bersinar, sengih tak tahu dosa. "Reza, Rissa teringin tau... nanti Reza bayar ye..."

Aku kerling ais krim yang baru cashier itu cedok. Cone besar, topping menimbun macam budak sekolah darjah tiga. Aku tarik nafas, tengok muka dia betul-betul.

"Siapa kata aku nak belikan kau ais krim?" Suara aku kasar, keluar dari kerongkong macam batu longkang.

Rissa tergelak kecil, sengaja main jari di lengan hoodie aku. "Alah... Reza belikan lah... sikit je pun... Rissa kan penat tadi..."

Dia sengaja sebut 'penat' sambil pandang mata aku. Mata dia separuh tertutup, gatal. Aku rasa nak hempas kepala dia dalam peti ais.

Aku jeling budak cashier, budak itu pandang aku, separuh takut. Tangan dia sudah pegang cone ais krim tinggi menggunung itu, topping sudah tumpah sikit di tangan.

"Letak balik." Aku cakap tenang tapi mata aku tajam. Budak itu beku.

Rissa sengih, suara dia tarik panjang, "Eh, Reza... please lah..."

Aku rasa jari aku berdetak nak cengkam leher dia tapi aku masih berdiri. Sial betul.

Budak cashier kaku, ais krim coklat atas cone sudah cair sikit, meleleh kena pada tangan dia. Rissa di sebelah aku sengih separuh gila, separuh manja, jari dia masih main tarik hujung hoodie aku. Bau topping manis bercampur bau syampu dia buat aku rasa nak muntah, tapi entah kenapa kaki aku tak bergerak keluar pintu.

Dia pegang tangan aku dengan dua tapak tangan dia, macam budak mintak duit jajan.

"Reza... please... Rissa nak makan depan Reza je... penat tau tadi peluk Reza laju-laju..." Dia sengaja bisik ayat itu, suara separuh renyah, separuh lembut. Bahu aku kejang.

Aku tunduk, tarik nafas panjang. Panas di kepala aku masih berpusing di dalam dada tapi tengok muka dia sengih separuh gila, entah kenapa tangan aku perlahan masuk poket jeans. Aku keluarkan dompet hempas atas kaunter.

"Berapa." Suara aku keluar malas, tapi mata aku masih pandang muka Rissa yang separuh bahagia.

Budak cashier gelabah, terus sebut harga sambil letak cone ais krim atas tray plastik. Tangan dia masih melekit caramel. Aku hulur duit, tak peduli baki, tak peduli resit. Mata aku tetap tepat pada muka Rissa yang tersengih makin tebal, lidah dia keluar jilat caramel yang meleleh tepi cone.

"Thank you, Reza..." Suara dia tarik, gatal. Dia selit cone itu dekat bibir, sengaja makan topping sambil mata dia kunci anak mata aku. Macam tunjuk barang depan aku, sengaja. Aku tarik nafas, rasa nak hempuk kepala dia atas cermin peti ais.

Aku pusing, sumbat dompet balik dalam seluar jeans. Tangan dia tiba-tiba tarik pinggang aku sikit, ais krim masih di tangan satu lagi.

Sial betul. Tapi aku biarkan. Bodohnya aku sebab aku biarkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience