Selepas seminggu, kembali ke rutin biasa. Kedai mamak biasa. Langit malam. Lampu kalimantang bergantung longgar. Meja plastik senget. Udara bau kari basi, sambal tumis, dan asap rokok campur bau enjin motor tapi entah kenapa... sini rasa damai.
Kami duduk meja hujung. Meja besar. Penuh pinggan. Azfar sudah sumbat dua keping roti canai dalam perut. Muka dia macam baru lepas balik dari perang.
"Ya Tuhan... nikmatnya roti canai ni...!" Dia peluk pinggan. "Kenapa aku tinggal lama sangat... aku rindu, sial..."
Aku geleng kepala. "Baru empat hari tak makan kedai mamak. Drama macam baru bebas dari penjara."
"Eh, empat hari tu panjang tau untuk tekak Melayu sejati macam aku!" Azfar tunjuk gaya patriotik sambil hirup teh tarik panas. Serta-merta dia ternganga. "Panas bangsat!!"
Aku tergelak. Ghibran duduk depan aku. Baju t-shirt hitam. Bahagian rusuk kiri dia masih berbalut bawah baju. Gerak sikit pun dia senyum kelat. Tapi dia tetap sumbat nasi goreng ayam dalam mulut.
"Nasi ni keraslah, bangang," dia komen.
"Roti canai lembut." Azfar hulur sekeping. "Kau nak? Aku suap."
Ghibran pandang dia. "Kau suap, aku sumbat pinggan ni dalam kerongkong kau."
Azfar senyum. "Cinta tak dibalas, sakit."
Aku pegang kepala. "Ya Tuhan, aku kena makan ubat tahan muntah sebelum jumpa korang lepas ni."
Azfar ketawa. "Weh serius, roti canai ni sedap sial! Lepas ni aku nak bungkus lapan keping. Simpan buat bantal."
Ghibran jeling. "Bantal kepala bapak kau. Bangun pagi berminyak muka."
"Bagus untuk kulit!" Azfar angkat tangan panggil waiter. "Boss!! Bungkus lapan roti canai! Tambah kari dhal!!"
Pelayan angguk. Tak pelik pun. Mungkin sudah biasa dengan pelanggan otak tak berapa stabil macam kami.
Aku habiskan air suam. Tenang. Tak lama, tapi cukup. Dalam hiruk-pikuk tawa dan makian, untuk sekejap... kami rasa hidup.
Aku sandar malas. Ghibran sudah mula sendawa kecil, tangan sapu perut kenyang. Senyap sekejap.
Tiba-tiba Azfar letak gelas teh tarik atas meja dengan perlahan. Wajah dia berubah serius... walaupun aku tahu dia jarang sangat ada 'mod' itu.
"Dengan ini," katanya, nada macam nak umumkan kematian raja, "aku nak maklumkan... Aizat dah mati."
Aku dan Ghibran pandang dia. Satu saat. Dua saat.
"Tak payah nak umum macam berita terkini, bangang," Ghibran tenung. "Kau yang hantar dia hospital. Kau yang nampak darah penuh lantai."
Azfar diam. Dia pandang meja. Jari dia main-main koyak plastik straw.
"Aku tahu," katanya perlahan. "Aku cuma... happy."
Aku terdiam. Ghibran pun senyap.
"Tapi hidup kena terus," Azfar tiba-tiba senyum. Muka dia naik balik aura celaka. "Dan sebab aku belum mati... nampaknya, aku kena teruskan legasi aku."
Ghibran sempitkan mata. "Legasi apa?"
Azfar angkat dua jari macam peace sign, tapi mulut dia... "Legasi buaya. Buaya sejati. Pemangsa urban. Jantan bertaring."
"Celaka," Ghibran cakap tanpa emosi.
"Aku akan kenang Aizat dalam setiap perempuan yang aku peluk lepas ni. Aku akan bisik nama dia... lepas aku puas."
Aku batuk kecil. "Boleh tak kau layan trauma tu dengan cara yang tak menjijikkan?"
Azfar senyum lagi. "Trauma aku, cara aku."
Dan aku tahu itu bukan lawak. Itu cara dia terus hidup. Azfar hirup teh tarik sampai bunyi seret straw.
"Takpe... Aizat dah pergi. Aku reda." Dia letak gelas, tarik nafas panjang gaya pasrah tapi... jahat. "Aku masih ada tujuan hidup."
Aku dan Ghibran serentak jeling dia.
"Tujuan apa lagi, Azfar?" Ghibran sudah nampak trauma nak dengar.
Azfar sengih. "Kiera."
Aku terus tolak kerusi ke belakang sikit. "Azfar, tolonglah. Helena kau?"
"Skandal aku yang kaya, yang suka booking hotel lima bintang tu." Dia senyum jahat. "Last time projek dengan dia, bilik ada jacuzzi, bro. Sampai aku sendiri rasa malu dengan pantulan muka aku dalam cermin siling."
"Celaka..." Ghibran terus ketuk kepala Azfar dengan garpu plastik. "Tak payah cerita detail bangang sangat boleh tak?!"
"Eh, aku cuma cakap pasal pantulan tau. Bukan aksi." Azfar buat muka tak bersalah.
Aku sudah lempar tisu kat dia. "Kiera tu kerja apa sebenarnya? Selalu nampak dia keluar dari BMW pecut macam Yakuza."
"Bisneswoman," Azfar jawab bangga. "Import barang. Barang apa, aku tak tanya. Aku bukan polis."
Ghibran jeling. "Dia import dadah ke, kau tak kisah?"
"Asal dia import aku masuk hotel, aku tak kisah."
Kami dua-dua tergelak. Celakalah Azfar.
"Aku rindu dia," Azfar sambung.
Aku angkat kening. "Helena?"
Azfar geleng. "Jacuzzi tu dan Helena..."
Azfar sudah mula bukak galeri telefon.
"Ni ha... aku nak tunjuk gambar Kiera last trip. Kami stay kat The Majestic. Bilik suite. Siap ada bathtub dengan bunga tabur." Dia tunjuk sambil bangga, macam budak sekolah menang pertandingan lukisan.
"Aku tak nak tengok," Ghibran potong. "Kalau aku nampak kulit perempuan tu sehelai pun, aku sumpah aku toreh fon kau."
"Relaksla. Aku dah crop. Gambar dia minum mocktail je." Azfar tunjuk juga. "Kau tengok senyuman dia... manis sial."
Aku jeling. "Manis sebab dia nampak kad kredit kau masa tu."
"Eh, tak kisahlah. Dia belanja aku balik dengan body dia."
PANG!!! Ghibran terus ketuk belakang kepala Azfar dengan tisu basah berlipat.
"OI!" Azfar terkejut.
"Kau kat sini... buat khutbah lucah macam takde akal."
Azfar garu kepala. "Aku tengah sedihlah ni bro. Setiap orang hadap kehilangan dengan cara berbeza."
Bunyi enjin motor itu macam suara bekas cinta yang tak reti diam nyaring, gedik, dan menyakitkan jiwa. Yamaha R6. Hitam Ungu warnanya. Bunyi ekzos dia menyelit masuk dalam telinga macam jarum halus cucuk saraf kepala.
Azfar terus bangkit dari kerusi plastik yang reput sikit di kaki, jenguk ke arah jalan besar. Lelaki itu sengih macam baru nampak menu buffet ada 'paha ayam panggang limited edition'. Mata dia bercahaya. Gatal. Standard.
"R6 tu weh... dia datang," bisik Azfar, miang tak bertapis.
Ghibran sudah angkat tangan, geleng kepala. Tak sempat kata apa-apa, muka dia sendiri dah bagi isyarat, "jangan start perangai bodoh malam ni."
Aku tak toleh. Tak perlu. Aku sudah tahu siapa. Langkah dia, cara dia buka helmet, semua sudah lekat dalam kepala. Satu-satunya perempuan yang boleh buat tiga orang lelaki macam kami jadi bodoh dalam masa lima saat.
Bunyi tapak kasut bertumit mula mendekat. Langkah perlahan, tapi yakin. Macam heroin masuk frame lambat-lambat dalam opening anime penuh gaya, penuh dosa.
Motor Yamaha R6 baru saja senyap, tapi kesan gegar dia masih berdesing dalam kepala. Aku tak pandang, tapi aku tahu Azfar tengah senyum macam nak telan orang.
Ghibran tarik nafas panjang. Aku hirup teh tarik aku perlahan. Pelayan Mamak sebelah sudah mula jeling-jeling sebab Azfar berdiri macam bouncer nak sambut VIP.
Tiga perempuan jalan masuk ke kedai. Semua pakai jaket kulit, helmet di tangan. Tapi mata kami cuma fokus pada satu: Helena.
Rambut dia panjang paras pinggang, bergoyang sikit tiap kali dia langkahkan kaki. Warna rambut itu... hitam tapi bila kena cahaya lampu kedai mamak, ada kilat-kilat merah maroon. Muka dia aku tak tahu nak describe macam mana, macam AI generate campur anime campur realiti. Hidung mancung, mata besar, bibir merah. Kulit dia putih macam tak pernah jemur tengah panas pun, macam dia baru keluar dari peti ais eksklusif Dior.
Helena jeling Azfar. Sekilas. Macam tengok longkang. Tapi longkang yang bau dia familiar.
Azfar terus duduk balik. Tapi sebelum bontot dia sempat jejak plastik kerusi.
"Sumpah dia jodoh aku. Terserempak lagi. Ini petanda, bro," kata Azfar dengan nada yakin tahap cinta mati.
Kuat. Kuat gila sampai dua meja depan berpaling. Aku rasa nak teleport ke dimensi lain. Ghibran sudah letak tangan tutup muka.
"Bodoh... kau fikir ini drama pukul 7 petang ke?" aku cakap separa bisik, tapi jelas. Muka aku sudah rasa panas. Mamak tengah lap meja pun pandang pelik.
Azfar tak peduli. "Kau tak rasa ke dia macam... haaa... macam karakter anime yang tetiba muncul time aku tengah lost direction dalam hidup? Macam..."
"Macam nak kena sepak," sampuk Ghibran.
Perempuan-perempuan itu duduk di meja sebelah. Meja paling sial dalam sejarah malam ini. Helena duduk paling hujung, sebelah bahu Azfar.
Aku pandang ke depan. Teh tarik aku sudah suam. Tapi suasana meja kami makin panas. Azfar masih tak sedar dia bakal jadi bahan cerita malam ini dalam group chat perempuan-perempuan berjaket motor itu.
Dan aku... cuma tunggu masa Helena buka mulut. Sebab aku tahu, sekali dia bersuara, Azfar tak akan tidur lena seminggu.
Azfar bangkit lagi. Kali ini tak tunggu greenlight. Dia tarik satu kerusi kosong dari meja kami bunyi seretannya kuat, macam nak bagi semua orang tahu dia buat move penting dalam hidup.
Reaksi Ghibran? Tutup muka dengan tangan. Reaksi aku? Pandang lantai. Malu level Tuhan tarik karpet.
Azfar bawa kerusi itu, duduk selamba sebelah Helena. Perempuan itu tengah hirup Milo aisnya yang baru sampai. Tak pandang pun Azfar. Macam dia duduk sebelah tiang elektrik. Senyap. Tak terjejas. Tak ada rasa. Tapi Azfar senyum. Senyuman buaya air tenang.
"Weh, kalau ini takdir... kau kena belajar hargai," katanya dengan suara manja syaitan. "Asyik terserempak... kedai mamak ni banyak, tapi kau tetap muncul dekat aku. Fatelah ni, babe."
Helena tak angkat muka. Masih pandang Milo ais dia. Pipi dia tak bergerak. Muka dia sejuk. Macam ais batu nak hempuk ke kepala Azfar.
"Kau takkan jawab, ye?" Azfar angkat kening. "Okey. Aku faham. Kau jenis cool. Mysterious. Aku suka."
Masih tak ada reaksi. Dan masa itu, aku tahu. Azfar akan buat hal.
Dia tunduk sikit, suara dia perlahan, tapi cukup untuk aku dan Ghibran dengar. Nada dia berubah dari miang jadi bahaya.
"By the way... helmet compartment R6 tu... jangan lupa kau pernah simpan sesuatu dalam tu."
Helena berhenti hirup. Tangan dia kaku pegang straw. Azfar senyum. Senyum jahat.
"Yelah... benda bulat, warna pink. Boleh buat orang lupa dunia. Nama dia... E."
Helena akhirnya toleh. Mata dia tajam. Lurus ke mata Azfar. Tapi dia tak cakap apa-apa. Bibir dia ketat. Nafas dia laju sikit. Tapi tangan dia steady. Masih pegang straw macam tak ada apa berlaku.
"Chilllah. Aku bukan polis. Tapi... polis tu kawan aku."
Azfar ketawa perlahan. Macam bunyi tikus kena jerut. Seram dan menyakitkan.
"Kau gila," Helena akhirnya bersuara. Suara dia low, tapi setiap suku kata tu berbisa. "Aku sumpah... kalau kau buka mulut pasal benda tu..."
"Relakslah babe. Aku bukan nak ugut," Azfar sengih lagi. "Aku cuma nak jadi orang penting dalam hidup kau."
Ghibran berdiri. "Weh, cukuplah," katanya tegas. Muka dia dah macam bapak orang.
Aku tarik lengan Azfar. "Jangan buat hal kat sini. Ada ramai orang."
Azfar senyum, bangun perlahan. "Okey. Aku faham bahasa badan dia. Aku tahu dia suka aku. Cuma dia ego. Typical hot chick."
Dia tolak kerusi, patah balik ke meja kami macam tak ada apa jadi. Tapi aku tahu malam ini, dia baru cabut pin pada bom waktu bernama Helena. Dan kalau Helena meletup, aku tak akan tolong padamkan api.
Share this novel