Bab 187

Mature Content Series 5074

Keluar saja dari kolej, aku terus pandu kereta ke lokasi yang Rissa tetapkan dalam WhatsApp tadi, satu mall yang aku sendiri tak pernah jejak, tak akan jejak, kalau bukan sebab perempuan celaka itu.

Sekarang aku berdiri di sebelah dia. Mata aku separuh terbakar tengok Rissa senyum-senyum depan rak baju nikah. Dress putih, ada lace, kain satin, rekaan jenia duyung dan lembut. Helaian demi helaian, dia pegang. Dibelek, dicium dan ditenung macam nak masuk alam ghaib.

"Yang ni lawa tak, sayang?" Dia tanya dengan suara manja yang kononnya comel.

Aku tak jawab. Aku pandang dia lama. Dari kepala ke kaki. Rambut dia pendek kemas. Kuku cat warna nude. Bibir ada kesan gincu tapi yang paling jelas?

Tanda merah di leher yang belum hilang. Hasil malam dua hari lepas. Malam dia cakap dia rindu. Malam aku cakap aku tak sabar tunggu dia sah jadi milik aku depan hukum dan neraka.

Pekerja perempuan di sebelah Rissa tunggu dengan muka penuh senyuman palsu. Sabar konon. Dalam kepala dia mesti sumpah seranah.

"Perempuan ni cerewet betul..."

Ya. Aku pun pening tapu dalam sakit kepala ini, ada satu rasa yang tak boleh aku padam.

Bangga.

Rissa berdiri dekat aku, pusing perlahan. Dress putih berkilau di tangan dia. Mata dia bersinar.

"Kalau baby suka yang ni, aku try, okay?"

"Apa-apa pun cantik bila kau pakai," aku jawab malas. "Muka kau bangun tidur pun sudah cukup cantik nak akad depan tok kadi."

Dia sengih dan aku nampak mata dia jadi basah sikit. Entah kenapa, aku rasa nak cium dia masa ini juga. Dalam butik ini, depan pekerja dan depan orang awam.

Biar satu dunia tahu perempuan ini sudah aku tempah dan minggu depan, aku akan buat dia halal. Dan selepas itu, aku akan buat dia milik aku sampai tak boleh bernafas.

"Yang ni ke?" dia ulang lagi. Aku angguk perlahan. Tak tengok pun dress itu sebab aku tak kisah pasal kain. Aku cuma kisah pasal isi bawah kain itu.

Rissa lari kecil ke fitting room. Aku berdiri luar, tangan dalam poket, kepala sedikit condong. Dalam cermin sisi, aku nampak bayang dia. Menari sikit. Ketawa kecil. Bahagia. Dan aku rasa satu benda: Tenang.

Celaka. Aku benci rasa ini tapi bila datang dari dia, aku relakan. Dia satu-satunya manusia yang buat aku rasa... nak hidup lama.

Dalam kepala aku ulang satu benda:

"Minggu depan, aku akan jadi suami dia."

Dan lepas itu, tak ada siapa boleh usik dia lagi. Tak ada lelaki boleh tengok dia lagi. Tak ada mulut boleh sebut nama dia lagi.

"Sayang..." Suara dia muncul balik dari sebalik langsir fitting room. "Aku keluar ni. Jangan pandang pelik."

Langsir ditarik perlahan. Aku terdiam. Dress putih tu melekap elok dekat tubuh dia. Pinggang cantik. Bahu telanjang separuh. Mata dia bersinar.

Aku ternganga dalam diam tapi bibir aku sengih sikit.

"Lawa tak...?" Dia tunduk malu.

Aku balas tanpa fikir. "Kau pakai karung guni pun lawa."

Dia gelak dan masa itu aku tahu... perempuan yang aku pernah benci dulu sudah jadi benda paling aku sayang dalam dunia ini.

Aku garu kepala yang tak gatal. Mata aku tenung dress ketat yang Rissa pakai. Leher terbuka, dada terbonjol. Tangan aku tiba-tiba jadi gatal nak capai selendang dan balut seluruh badan dia.

"Rissa," aku sebut nama dia dengan nada amaran. "Kau jangan pilih seksi macam ni. Kita nak nikah kat pejabat agama. Kau gila ke? Pakai yang simple saja."

Dia muncung, muka merajuk, konon. Padahal dalam kepala dia mesti tengah fikir macam mana nak buat aku termakan pujuk.

Perempuan ini... kalau tak menyakitkan hati aku sehari, dia tak boleh tidur.

Rissa masuk balik ke dalam fitting room. Langsir berayun. Aku dengar dia membebel dari dalam.

"Tak seksi pun... sayang ni over sangat... hmm..."

Aku tutup mata kejap. Sabar. Sabar. Nikah tinggal seminggu. Lepas itu halal. Lepas itu aku boleh balut dia 24 jam.

Beberapa minit kemudian, dia keluar dan hulur dress tadi pada pekerja butik. Pekerja itu ambil dengan sopan, senyum plastik tahap 10.

Rissa sambung pilih dress nikah lain. Aku masih berdiri tegak. Tangan masuk poket. Kaki kiri sudah lenguh. Mata aku separuh pejam.

Mengantuk, penat tapi aku tak bergerak sebab aku tahu kalau aku tak ada sebelah dia, dia akan rasa tak disayang dan aku tak sanggup tengok muka dia bila dia rasa aku tak sayang dia.

Dia capai satu dress nikah lain. Putih, lengan panjang, ada lace halus. Potongan A-line. Nampak suci sikit walaupun pemiliknya tak pernah cukup kain masa keluar rumah.

Rissa senyum tunjuk dress itu pada aku. "Sayang, yang ni okay tak?"

Aku angkat kening. Tengok tag harga. RM1,099.

Aku telan air liur perlahan. "Kau nak nikah ke nak kahwin dengan Sultan?"

Tapi aku tak cakap. Aku cuma betulkan cermin mata yang sudah senget, senyum nipis dan aku angguk.

"Kalau kau suka, aku belikan."

Sebab dalam hidup aku... aku sudah hilang semua. Mak, ayah, masa depan yang tenang dan masa silam yang bersih.

Yang aku ada sekarang cuma satu benda: Rissa.

Dan kalau RM1,099 boleh buat dia rasa cantik masa jadi isteri aku aku rela bayar walaupun dalam hati aku rasa nak rebus tag harga itu buat sup.

"Okaylah, Rissa try ni pulak," dia cakap. Dress nikah baru tu dia bawa masuk fitting room lagi.

Aku masih berdiri di luar, sama posisi, sama renungan dan sama sabar. Tapi dalam dada aku aku sudah mula rasa bahagia yang sakit.

"Rissa..."

"Nanti masa kau lafaz 'aku terima nikahnya'..."

"...kau tahu tak, dalam hati aku... aku tengah lafaz satu lagi ayat: 'aku terima neraka kau sebagai syurga aku.'"

Beberapa minit kemudian, langsir fitting room terbuka dan Rissa keluar posing macam model muslimah Instagram yang baru hijrah semalam.

"Cantik tak?" Dia senyum manja. Tangan angkat sikit pegang skirt. Bahu diselak macam nak jual shawl. Kaki silang macam baru keluar majalah Nur.

Aku... terpaku. Mata aku terbeliak. Mulut aku separuh terbuka.

"Can... cantik..." Aku angguk laju macam pelajar baru kena soal viva depan dekan.

Sumpah. Pertama kali aku tengok Rissa pakai dress yang sopan, tertutup, lengan panjang, tak nampak belahan dada dan tak nampak paha.

Tak nampak dosa dan aku rasa kalau aku mati sekarang, aku mati bahagia.

Dress putih nikah itu... cantik. Putih yang lembut, ada lace halus, beralun tapi bila dia yang pakai dress itu nampak lebih mahal dari harga RM1,099.

Dia bertubuh tinggi, badan fit langsing, bahu cantik dan leher Rissa jinjang. Dia nampak macam pengantin. Tapi pengantin yang kau rasa nak ikat dan simpan dalam rumah seumur hidup.

"Aku nak dress ni, bolehkan?" Dia berdiri depan aku. Tangan dia pegang lengan aku.

Sentuhan itu... lembut tapi aku rasa macam arus elektrik merayap dari lengan ke otak.

"Ye boleh..." Aku jawab sambil telan air liur. "...tapi ambil sekali dengan tudung atau selendang." Jari aku terus tunding ke rak tudung kat belakang dia.

Dia pandang aku terkejut. Muka dia berubah.

"Kenapa nak kena pakai tudung? Baby tak pernah pakai tudung tau tak?" Nada dia naik. Suara naik. Dagu angkat sikit. Rissa sudah mula nak naik hantu.

Aku pandang dia balik tenang tapi tajam.

"Kau gila ke tak pakai tudung? Kita nikah dekat pejabat agama, Rissa. Nak masuk bilik akad, bukan masuk kelab malam."

Dia terdiam. Mata dia renung aku. Mulut muncung tapi jari dia sudah bergerak.

"Okay okay..." Dia terus pusing sambil marah manja. "Aku pilih sekarang... Dik! Ikut aku!"

Pekerja perempuan yang dari tadi macam patung, terus hidup balik. Dia ikut Rissa dengan penuh semangat.

Dua-dua mula pilih selendang putih yang matching dengan dress nikah tadi.

Aku pandang mereka dari jauh. Letih, penat dan mengantuk. Tapi dalam hati aku... tenang.

"Rissa... Kadang kau menyusahkan tapi sumpah... aku tak nak hidup tanpa kau."

***

Kami keluar dari butik kedua. Mall ini tiba-tiba rasa sempit. Penuh manusia. Penuh bunyi tapi tangan aku penuh juga.

Sebelah kiri, paper bag baju melayu aku lengkap dengan sampin, songkok, dan butang eksklusif. Sebelah kanan, paper bag berisi dress nikah dan selendang putih Rissa yang lebih mahal daripada ansuran motor aku tiga bulan.

Aku jalan dengan langkah perlahan. Sambil fikir... "Ni ke rasa jadi bakal suami? Penat tapi tenang."

Rissa jalan sebelah aku, dia manja, pegang lengan aku dan usap perlahan. Macam aku ini bukan manusia tapi barang kemas dia.

"Sayang, thank you belikan semua ni..." Suara dia lembut. "Nanti kita nikah, aku tak sabar nak jadi isteri paling comel..."

Aku tak jawab, aku cuma sengih tapi dalam hati aku sudah menjerit: "Kau sudah pun comel, bodoh. Kau saja tak nampak."

Tangan dia masih atas lengan aku, usap-usap, cubit sikit, garu sikit tapi aku tahu maksud sentuhan tu: dia bahagia. Dia selesa. Dia rasa disayangi.

Dan aku... walaupun tangan penuh plastik... hati aku penuh dengan rasa tak tentu arah.

"Rissa..." aku sebut nama dia perlahan. Dia pandang aku.

"Lepas kita nikah nanti... kau tak boleh goda lelaki lain lagi. Kau milik aku. 100%. Faham?"

Dia sengih sambil peluk tangan aku. Kepala dia sandar sikit dekat bahu aku.

"Sayang ni... jeles ke?"

"Aku tak jeles. Aku gila. Kalau aku nampak kau pandang jantan lain... aku koyak mata kau dulu."

Dia gelak. Sumpah, gelak itu buat mall ini rasa macam taman bunga kejap.

"Rissa suka la bila Reza garang macam ni... sebab aku rasa selamat sangat. Tak lama lagi Rissa jadi isteri Reza..."

Aku diam tapi dalam kepala aku, ayat itu ulang 10 kali. "Isteri aku. Rissa. Halal. Sah. Milik aku."

Paper bag boleh bertukar. Sampin boleh tukar warna. Dress nikah boleh ada lima helai tapi perempuan ini... aku tak akan tukar. Tak akan jual dan tak akan kongsi.

"Rissa... lepas kita nikah nanti... Kau takkan tidur sorang sudah. Selamanya."

"Sir Reza?" Suara itu datang dari kanan. Aku toleh dan macam dijangka Cik Zana.

Baju kurung pink belacan. Tudung lilit senget sikit. Tangan pegang beg Shopee. Zana, kerani pentadbiran di kolej aku yang diam-diam selalu hantar makanan dekat pejabat, yangkonon ikhlas, tapi aku tahu, dia nak lebih dari ucapan terima kasih.

"Eh Cik Zana?" Aku senyum palsu, angkat kening. "Buat apa sini?"

Dia senyum lebih lebar dari bibir dia. "Saya beli barang. Sir Reza buat apa? Beli apa tu?"

Mata dia jatuh ke paper bag yang aku pegang. Dress putih dalam plastik jernih. Sampin aku sebelah.

"Err... beli baju untuk akad nikah minggu depan." Aku jawab perlahan. Nada tenang tapi dalam hati aku sudah dengar siren kecil.

Zana terkebil. "Oh... jadi Reza apply cuti bulan lepas sebab nak kahwin? Kenapa tak beritahu semua orang?"

"Saya nikah kat pejabat agama saja." Aku sengih sinis. "Rasanya tak perlu kot nak heboh satu kolej."

Rissa di sebelah aku, senyap tapi mata dia, aku nampak. Tajam, tenang dan penuh racun.

Dia pandang Zana atas bawah macam pandang tisu yang sudah kena ludah. Tangan dia masih di lengan aku, tapi jari dia mula picit. Kuat sikit. Tanda amaran.

"Haa, perkenalkan..." Aku alih pandangan pada Rissa. "Ini bakal isteri saya. Harissa."

Rissa lambai tangan. Senyum palsu dia keluar, senyum yang aku tahu kalau kau nampak dalam filem... lepas itu akan ada mayat dijumpai dalam stor.

"Hi," Rissa cakap. Suara manja tapi mata dia...
tajam macam pisau sayur.

Zana senyum tapi mata dia liar. Turun naik. Scan dari rambut Rissa sampai buku lali.

Mungkin sebab Rissa tak cukup kain atau sebab dia rasa dia cukup segala benda. Cukup tudung, cukup adab, cukup layak berdiri sebelah aku.

Tapi sialnya, aku tak pilih dia. Aku pilih Rissa dan dia tahu itu. Sebab itu senyuman dia tadi sudah mula longgar.

"Tahniahlah, Sir Reza. Tak sangka... senyap-senyap saja..." Nada dia macam manis, tapi aku sudah lama baca subteks dia: Kenapa bukan aku?

Aku senyum kecil. "Terima kasih. Saya nak gerak dulu. Banyak barang nak angkut."

Aku tarik Rissa. Kami melangkah pergi tapi semasa pusing... aku rasa mata Zana masih terpacak di belakang kepala aku. Dan entah kenapa, aku rasa macam nanti dia akan muncul lagi.

Dalam hati aku bisik: Kalau kau ganggu hidup aku lepas ini, Zana... aku akan pastikan nama kau masuk dalam folder hitam aku dan kau tahu apa jadi dengan semua nama dalam folder itu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience